Kebanyakan orang apabila mahu melancong di Australia pasti akan memilih Perth sebagai tempat pilihan. Perth merupakan salah satu bandar yang cantik dan dikunjungi oleh ramai pelancong terutama dari Malaysia dan Singapura.
Perth juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antara tempat yang boleh dikunjungi seperti dalam list di bawah yang kami bagi:
#1.Kings Park
Apabila berkunjung ke Perth semestinya tempat ini akan ada di setiap list pelancong iaitu Kings Park. Kings Park merupakan salah satu taman yang disediakan untuk semua orang awam berpiknik, joging dan beriadah.
Semestinya tempat ini anda perlu anda lawati kerana Park di kawasan Perth ini merupakan satu-satunya taman yang menyediakan kerusi meja dan tempat basuh tangan. Kemudahan ini memang sangat sesuai untuk orang awam berkunjung.
Disebabkan taman ini terletak di atas bukit, anda boleh menikmati pemandangn seluruh bandar Perth dari atas bukit.
Kings Park ini bukan taman biasa, boleh dikatakan inilah raja segala taman sebab cukup lengkap dengan pelbagai tarikan menarik yang diidamkan sewaktu bersiar-siar di Perth.
#2.Fremantle Market
Kalau dah smpai ke Perth, mestilah kita nak bawa balik sesuatu untuk orang yang tersayang nanti kan? Jadi jangan lupa untuk singgah ke Fremantle Market.
Di sini anda akan dapat lihat pelbagai souvenir dari pelbagai jenis seperti barangan antik, hasil kayu, barangan kulit, barnagan basah pun ada untuk anda.
Bukan itu sahaja tarikan Fremantle Markets ni ya, sebenarnya, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897, pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti.
Jika anda mahu ke sini, periksa dahulu jadual perjalanan anda kerana Fremantle Market hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
#3.Kailis Fish n Chip
Apabila berada di Australia, tak sah kalau tidak makan di Kailis Fish and Chip. Kailis Fish and Chip merupakan salah sebuah kedai Fish and Chip yang paling sedap di Perth, Australia dengan harga di antara $8-$50.
Fish and Chip dia memang sedap. Ikan dia rasa fresh dan memang ngam-ngam dengan tekak pecinta ikan. Kena pula dengan sos tartar dia, memang lagi sedap.
Kalau dah sampai di cafe ni nanti, cepat-cepat cari tempat kosong di bahagian dengan pemandangan kawasan pelabuhan. Tiada yang lagi sempurna selain daripada dapat menikmati makanan yang lazat sambil disajikan dengan pemandangan yang menyejukkan mata.
#4.Rainbow Container
Semestinya tempat ini yang mesti dikunjungi apabila berada di Perth oleh pelancong tidak kira dari negara mana sekalipun iaitu Rainbow Container.
Rainbow Container ialah kontena berwarna-warni dan bentuk susunan kedudukan kontena tersebut seperti pelangi. hanya ada Rainbow Container sahaja yang berada di kawasan itu tetapi menjadi tarikan ramai orang.
#5.Caversham Wildlife Park
Setiap negara ada keistimewaan mereka sendiri, di Perth, Australia ada Caversham Wildlife Park. Di sini merupakan zoo bagi haiwan-haiwan yang kita tak jumpa kat negara lain, yang hanya hidup di Australia sahaja.
Di sini anda boleh beramah-mesra dengan Kanggaroo dan Wallaby sesuka hati. Nak peluk-peluk pun diorang tak kisah.
Tempatnya bebas, tetapi ada jadual khusus untuk anda beramah mesra dengan haiwan-haiwan. Contohnya dengan Koala pada jam 9.00 pagi, Wombat pada 9.30 pagi, dan ada pertunjukan penjagaan biri-biri dan lembu pada jam 10.00 pagi.
Anda juga berpeluang untuk mencuba memerah susu lembu di sini. Kemudian pada jam 12.00 tengah hari ada pertunjukan Penguin makan ikan.
#6.Margeret Chocolate Factory
Bagi penggemar coklat, di Perth anda dapat menikmati berpuluh-puluh coklat yang dihimpunkan di Margeret Choc Factory. Anda dapat merasakan coklat yang segar dan panas terus dari kilang, sebab kilang coklat hanya di belakang kedai sahaja.
Ada beberapa coklat yang diletakkan alkohol, jadi anda perlu pilih coklat dengan betul.
Rugi yang teramatlah kalau terlepas peluang ke sini. Nak tahu kenapa? Sebab anda juga dapat merasa dengan percuma coklat-coklat yang dihasilkan di sini, masuk pun percuma tau! Sebagai kilang coklat, terdapat beratus jenis produk yang dihasilkan di sini, jangan salahkan kilang pula kalau anda pulang dengan diabetes, berpada-padalah ya!
#7.Bell Tower
Salah satu tarikan yang unik dan mesti anda lawati di Perth. The Bell Tower bukan sahaja sebuah bangunan tapi ia juga merupakan instrumen muzik yang terbesar di dunia dengan ketinggian 82.5 meter.
Di menara ini terdapat 12 buah loceng yang didatangkan dari sebuah gereja terkenal di London yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-14 lagi. Sekiranya anda naik ke dek pemerhatian menara ini, anda dapat melihat pemandangan 360 darjah sekitar Perth dan Swan River.
#8.Elizabeth Quay
Elizabeth Quay ini baru sahaja dibuka pada 29 Januari 2016 di Perth, Australia. Kawasan ini banyak tarikan seperti taman permainan, Water Park, Gerai-gerai makan, dan banyak lagi.
Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan ataupun sekiranya anda tak nak keluarkan duit langsung, anda boleh sahaja berjalan-jalan di sekitar sungai dan menaiki jambatan yang terdapat di sini untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga dengan latar belakang yang sangat cantik.
#9.Pinnacle
Perjalanan ke Pinnacle mengambil masa selama 3 jam dari bandar Perth. The Pinnacles merupakan kawasan padang pasir yang terdapat banyak batuan unik sesuai untuk anda bergambar di sana. Nasib anda baik jika anda terserempak dengan kanggaru di kawasan tersebut.
Semestinya apabila anda mendengar tentang padang pasir, mesti anda akan fikirkan pasal cuaca yang panas terik. Jadi kami cadangkan anda untuk datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari terik.
Tapi musim yang paling best untuk ke Perth adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar. Anda dinasihatkan untuk siapkan bekal minuman kerana tiada air yang disediakan di sana.
#10.Lancelin Sand Dunes
Satu lokasi yang wajib apabila berada di Perth. 1 jam 30 minit dari bandar Perth sekiranya menaiki kereta.
Di sini anda boleh menyewa sand board di mana kita boleh bermain gelongsor di kawasan pergunungan pasir. Sewa selama dua jam dengan hanya $10 sahaja.
Penat dia bukan masa main, tapi masa nak mendaki balik ke puncak. Rasa pening, nak muntah, semua ada sebab kami pergi waktu tengah hari. Tapi tempatnya memang wajib pergi sebab kawasan pemandangannya yang sangat cantik.
#11.Blue Boat House
Berlokasikan di tepi laut, Blue Boat House merupakan pemandangan yang disukai orang ramai terutama pengguna Intagram. Menjadi tarikan orang ramai terutama dari Malaysia.
Tarikan utama tempat ini adalah bila kita ambik gambar, nampak cantik gila. Dengan langit warna biru, laut pun biru, rumah pun biru, jadi nampak macam tenang.
Jadi dah tahu kan nak ke mana nanti bila sampai ke Perth. Jikalau anda ada lagi tempat menarik selain dari list yang kami bagi, boleh bagitahu kami di ruangan komen di bawah ini. Selamat Bercuti!
PS : Kami ada sediakan Pakej Ke Perth Australia 2020. Jika berminat anda boleh klik link berikut untuk info leboh lanjut >>PAKEJ PERTH 2020<<