GA03 10 Tempat Menarik Yang Paling Popular Di Singapore Anda Boleh Lawati

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
6815991326_1b70227d3a_c

Singapore merupakan salah satu destinasi pelancongan paling menarik di Asia Tenggara. Kami ingin berkongsi antara 10  tempat menarik yang popular, menjadi tarikan pelancong yang boleh anda lawati di Singapura.

Ia menjadi tarikan pelancong bukan sahaja dari Asia malah dari serata dunia kerana prasarana moden dan lokasi-lokasi yang menarik.

Rakyat Malaysia juga menjadikan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selain Pulau Sentosa, terdapat banyak lagi lokasi menarik di Singapura.

Kami ingin berkongsi antara 10  tempat menarik yang popular, menjadi tarikan pelancong yang boleh anda lawati di Singapura.

 

1. UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

credit : nfcj via flickr.com

 

Ramai orang Malaysia yang ke Singapore semata-mata nak ke USS. Best ke? Memang best sangat2.. Bukan sahaja merupakan tarikan yang sangat menarik di Singapura, tetapi di dunia.

Universal Studio Singapore satu-satunya cawangannya di Asia Tenggara dan merupakan salah satu francais Universal Studio daripada 5 cawangan di dunia termasuk di Hollywood, Jepun, Korea Selatan, dan Florida.

Dan bagi rakyat Malaysia, lokasi ini adalah yang paling hampir. Untuk pengetahuan anda, USS dibahagikan kepada 7 zon bertema iaitu Hollywood, Sci-Fi City, Madagascar, Far Far Away , The Lost World, Ancient Egypt dan New York.

Penuh dengan aktiviti dan permainan yang menarik di setiap zon. Permainan di sini pula direka khas untuk pelbagai peringkat umur.

Antaranya ialah Revenge of the Mummy di mana anda seperti memasuki rumah hantu kerana anda seolah-olah memasuki sebuah gua yang gelap dan penuh dengan mummy yang berdendam.

Sesame Street Spaghetti Space Chase pula sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan pengembaraan. di sini mereka dapat menyaksikan Sesame Street menghalang Macaroni daripada mencuri spaghetti di bumi.

Transformer the Ride 3D sangat diminati ramai kerana anda diselamatkan oleh transformers daripada kuasa jahat dan anda dapat beraksi bersama mereka dalam menumpaskan Deceptions.

Anda seperti berada di dalam filem transformers kerana kereta yang anda naiki bergerak- gerak seolah-olah anda berada di dalam dunia transformers.

Roller coaster yang sangat laju dan mendebarkan dan sangat rugi kalau anda melepaskan peluang untuk mencubanya.

Lebih menarik lagi, anda dapat menyaksikan persembahan secara langsung di WaterWorld. Di sini anda dapat santai dengan lakonan-lakonan hebat dengan pelbagai aksi di dalam air. Sangat best!

Penambahan efek api dan air yang membuat pengunjung lebih terpesona dengan aksi-aksi mereka. Jangan lupa untuk periksa waktu tayangan dahulu kerana bukan setiap masa ada.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Tiket Masuk ke USS: Dewasa 13 – 59 Tahun S$76 (Anggaran RM230)| Kanak-kanak 4 – 12 Tahun S$56 (Anggaran RM180)

 

>>KLIK SINI  PAKEJ KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE MURAH DARI JB<<

 

2. GARDENS BY THE BAY 

credit : kirainet via flickr.com

 

Keindahan Gardens by the Bay menjadi tarikan utama pelacong di Singapore.

Bangunan yang unik berbentuk seperti cengkerang dan di dalamnya anda dapat merehatkan mata anda dengan kehijauan dan kecantikan flora. Gardens by the Bay ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden.

Ada dua tempat yang paling menarik yang dinamakan Cloud Forest and Flower Dome.

Di Cloud Forest anda dapat melihat air terjun indoor yang tertinggi di dunia. Rasanya, kalau sekali dah masuk ke taman ini, macam tak nak keluar, memang indah, lagi-lagi sekiranya anda datang pada waktu malam sekitar 7.00pm – 9.00pm kerana pada waktu ini cahaya lampu neon akan dibuka dan mencahayai pokok-pokok yang terdapat di taman ini.

Di Flower Dome, tempat yang penuh dengan pelbagai jenis bunga yang cantik. Di sini juga penuh dengan pokok gergasi yang mempunyai laluan pejalan kaki terapung yang digelar “skywalk”. rumah hijau iklim-terkawal terbesar di dunia.

Rumah hijau ini menawarkan pelbagai jenis fauna yang sangat indah dan menarik serta dibuka bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Jika anda ingin bersiar-siar di sini, tiada sebarang caj dikenakan, kecuali jika ingin masuk rumah hike Juga merupakan lokasi yang sempurna untuk mengambil gambar, taman ini dibukan bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

Waktu Operasi: Outdoor Gardens (Setiap Hari 5.00am – 2.00am) | Tarikan Lain (Berbeza-beza Mengikut Jenis Tarikan)

Bayaran Masuk: Percuma – S$ 15 (Anggaran RM46.64) (Berbeza-beza Mengikut Jenis Tarikan)

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE MURAH DARI JB <<

 

3. MARINA BAY SANDS 

credit : Michaela Lohei via flickr.com

 

Memang tak sah melancong ke Singapura kalau tak melawat tarikan utamanya iaitu Marina Bay Sands. Pernah dengar tentang Las Vegas kan? Kalau nak tahu, Marina Bay Sands ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion! Lengkap dengan hotel, 2 pusat membeli-belah, 2 teater dan lain-lain lagi.

Infrastruktur ikonik yang sangat mempesonakan ini menjadi perkara wajib untuk disinggahi dan menjadi lokasi penggambaran yang paling popular di Singapura, lebih-lebih lagi waktu malam.

Apa yang menarik untuk para pelancong di Marina Bay Sands ini adalah panorama sekitarnya yang sangat indah terutamanya pada waktu malam kerana kedudukannya di tepi air ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.

Waktu yang sesuai untuk datang adalah pada waktu malam  kerana diterangi lampu-lampu cantik dan ada juga pertunjukkan lampu laser dia sini.

Di sepanjang Marina Bay, ada pelbagai tarikan lain seperti Merlion, The Helix Bridge, ArtScience Museum, Singapore Flyer, The Promontory.

Dari sini juga, anda boleh nampak pokok raksasa di Gardens by the Bay.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah membeli-belah, Sand Sky Parks, Wonder Full (pertunjukan cahaya), makan di restoran yang eksklusif serta melawat muzium sains seni paling dengan binaan menakjubkan.

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

4. SENTOSA ISLAND

credit : Marc van der Chijs via flickr.com

 

Sentosa merupakan sebuah pulau resort yang terkenal di Singapura dan juga merupakan salah satu tempat di mana terletakkan simbol negara Singapura, Merlion.

Terdapat banyak tarikan utama di dalam Pulau Sentosa. Antaranya ialah Resorts World Sentosa, Tiger Sky Tower, Butterfly & Insect Kingdom dan Singapore Aquarium S.E.A yang menempatkan ribuan jenis spesis haiwan akuatik.

Tarikan terkenal yang terdapat di Resorts World Sentosa adalah seperti Universal Studios Singapore, The Adventure Cove Waterpark, Maritime Experiential Museum, dan S.E.A. Aquarium yang juga merupakan oceanarium yang terbesar di dunia.

Dengan lebih 100,000 haiwan, SEA Aquarium kat Sentosa Resorts World ini bukan saja aquarium terbesar di dunia. Tapi ini juga antara yang tercanggih pernah orang bina. Woww!!

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

5. MERLION PARK

credit :  art_lee98 via flickr.com

 

Terletak di One Fullerton Singpore, Merlion Park merupakan tarikan besar bagi Singapura. Terdapat dua patung Merlion di taman ini satu dgn ketinggian 8.6 meter dan sebuah lagi berketinggian 2 meter.

Merlion yang berbentuk patung arca berkepala singa dan berbadan seperti ikan merupakan mercu tanda Singapura.

Patung ini juga dihiasi dengan air pancut yang keluar dari mulut. Dari Merlion park, anda dapat melihat pemandangan Marina Bay Sands dengan jelas.

tugu yang menghadap laut dan pelbagai tarikan di Pulau Sentosa ini adalah tempat bergambar popular di kalangan pelancong asing.

Tugu dengan kepala singa ini membawa maksud yang Singapura ialah ‘singa’ lautan manakala ekor ikan adalah gambaran bahawa Singapura asalnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan sebelum ia menjadi semoden sekarang.

Tidak banyak yang boleh dibuat di Merlion Park ini. Tetapi jika anda ke Singapura jangan lupa datang untuk gambar kenang-kenangan.

 

>>KLIK SINI  PAKEJ  SINGAPORE MURAH DARI JB <<

 

 

6. ORCHARD ROAD 

credit : Thanathip Moolvong via flickr.com

 

Orchard Road merupakan pusat membeli belah yang terkenal dan menjual barangan berjenama yang terkini di Singapura. Ia menjadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah.

Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong.

Juga terdapat pelbagai kedai makanan, western, tempatan dan macam lagi. Di sini juga ada galeri seni dan dan tempat penginapan. Jika tidak mahu mengeluarkan kan duit, anda boleh window shopping dan cuci mata di sini.

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

7. SINGAPORE FLYER

credit : matamayke via flickr.com

 

Singapore Flyer adalah roda ferris gergasi yang terbesar di dunia dengan ketinggian 165 meter sehingga “High Roller” yng dibuka di Laas Vegas mengalahkan Singapore Flyer pada tahun 2014 dengan ketinggian 167.6 meter.

Flyer tersebut mempunyai kapsul-kapsul berhawa dingin yang menempatkan 28 penumpung setiap kapsul.

Anda pasti kagum melihat pemndangan dari atas ferris wheel ini kerana anda boleh melihat hampir seluruh Singapura dan jangan terkejut kalau anda jugak dapat melihat Malaysia.

Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat di sini seperti ke Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 10.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60) | Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$21 (Anggaran RM65.29)| Warga Emas S$24 (Anggaran RM74.62)

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

8. CLARKE QUAY 

credit : Nikcanlove1 via flickr.com

 

Terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi dengan restoran dan bar yang menawarkan pelbagai menu makanan barat, daerah kolonial Singapura ini lokasi terbaik untuk berhibur pada hujung minggu.

Clark Quay yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-19 kini telah berubah wajah di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan waktu malam melalui Singapore River Cruise yang menjanjikan pengalaman mengujakan!

Anda boleh dapatkan tiket di kaunter yang terletak berdekatan dek pada harga RM74 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan bot klasik ini akan membawa anda mengembara ke beberapa lokasi popular seperti Merlion Park, Marina Bay Sands, Clifford Pier dan Raffles Landing Site melalui perjalanan selama 40 minit.

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

 

9.  BUGIS STREET

Dah puas berjalan di Singapore mesti nak bawa balik sesuatu sebagai cenderahati kan? Tapi bajet pula tak banyak sebab dah beli tiket lawatan dan makan minum kat Singapore, maka Bugis Streetlah lokasinya untuk bershopping dengan murah.

Di sini anda boleh temui bermacam barang dari pakaian, cenderamata, kosmetik hinggalah ke gajet, semuanya ada di sini.

Mana taknya, ada banyak gerai di sini, memang tak habis jalan kalau sehari.

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am – 10.00pm)

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

10. ARAB STREET

credit : Haasnoot94 via flickr.com

 

Di Arab Street pula banyak gerai-gerai kecil yang menjual barangan yang diimport dari Parsi seperti karpet, tekstil, batu permata dan beberapa kraftangan lain. Bagi anda yang meminati barangan dari timur tengah, Arab Street pastinya syurga beli-belah buat anda!

Restoran Zam Zam terletak di Arab Street dan berdekatan dengan Masjid Sultan. Kat kawasan ni jugalah segala makanan sedap-sedap Singapore termasuklah one of my favourite Mee Rebus Kampung Glam Cafe.

Di sini terkenal dengan pelbagai jenis murtabak yang diantaranya adalah Murtabak Kambing dan Murtabak Rusa disamping Murtabak biasa seperti Ayam dan Daging. Speciality Murtabak di sini adalah dari segi variasi saiz Murtabaknya. Dari saiz kecil, medium, besar hinggalah kepada Super Special.

Lihat saja pada portion besar Murtabak dihidangkan sudahpun membangkitkan selera. Rasa ranggup di luar Murtabak begitu sedap ditambahkan pula dengan rasa mewah isi di dalamnya.

Memang tak kedekut isi sebab isinya begitu tebal dan melimpah ruah. Isi utama seperti ayam ataupun daging dimasak bersama bawang dan telur serta rempah ratus yang sedap.

Untuk Murtabak bersaiz kecil iaitu berharga SGD6 ataupun RM15 ini sudah cukup untuk dimakan bersama 2-3 orang. Selain dari kuah kari, Murtabak ini juga boleh dimakan bersama timun.

 

Akhir kata, terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca artikel ini sehingga ke penghujung. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang ke mana nak pergi di Singapura nanti

Walaupun ia sebuah negara yang sangat kecil, memang mengejutkan betapa banyaknya tempat menarik di Singapore yang hebat tak kisahlah untuk yang muda mahupun yang muda di hati, untuk yang berduit ataupun nak berbajet sebab banyak juga yang percuma kan?

Oleh itu, jangan buang masa lagi, jomlah bercuti ke Singapore  tahun 2019 ni !  Mari kita mengaum di Kota Singa!

 

>>KLIK SINI  PAKEJ SINGAPORE 2019 MURAH DARI JB <<

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Salah satu tempat menarik di Sabah Masjid Terapung di Kota
  • Etika ketika dalam penerbangan part 2 Apa peristiwa yang korang
  • Sedapnyaaa chilli lobster di pasar philipine   repost maurina
  • Paling jauh korang travel sampai ke mana?  Cer korang
  • WOW cantiknya pemandangan di Candi Prambanan Yogyakarta   Cer
  • Naa cantik kan? Ini lah Garden by the Bay Singapore
Close Menu