14 Tempat Menarik yang “Best” di Bandung

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
rancabali-2936604_960_720

Dengar sahaja Bandung, pasti ramai yang mengenalinya sebagai destinasi membeli-belah yang cukup meriah dengan harga yang murah.

Namun begitu, jangan hadkan pengetahuan anda tentang Bandung setakat itu sahaja, sebab banyak lagi tarikan-tarikan lain yang mampu memukau perasaan anda sekeluarga apabila ke sini. Indahnya bukan kepalang, terletak di antara tiga buah gunung, udara di sekitar Bandung cukup menyegarkan.

Seperti yang dikatakan, tarikan di Bandung bukan terhenti di lokasi shoppingnya sahaja yang begitu banyak, malahan juga kafe-kafe dengan konsep yang menarik, alam semulajadi dengan pemandangan mengasyikkan dan lain-lain lagi.

Nak tahu di manakah agaknya lokasi-lokasi ini? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Bandung ini

 

#1.Pasar Baru Trade Center

Credit : misterbandung.com

Jangan terkejut, Pasar Baru yang terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia ini  telah wujud sejak tahun 1884 lagi. Kenapa terkenal sangat pasal ini ya? Pernah anda dengar sesiapa yang ingin datang membeli-belah di Bandung sebab kain-kainnya yang murah? Di sinilah lokasinya.

Cukup murah mengalahkan harga-harga pakaian yang anda temui ditawarkan di Malaysia. Pasar ini sangat luas dengan 8 tingkat kesemuanya, dapat anda bayangkan betapa banyaknya pilihan yang disajikan di depan mata?

 

#2.Toko Tiga

Credit : serbabandung.com

Kedai ini terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia mahupun penduduk lokal sebagai tempat membeli jeans original dengan harga yang murah. Sudah tentu jeans berjenama seperti Levi’s harganya sangat mahal jika dibeli di kedai-kedai lain.

Di sini, anda berpeluang membeli jeans berjenama dengan harga jauh dibawah harga pasaran! Rugi jika tidak memborong di sini. Ada juga pelbagai kemeja berjenama yang dijual di sini. Kedai ini biasanya dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

 

#3.D’fashion Textile & Tailor

Credit : tripadvisor.com.my

D’fashion Textile & Tailor terdiri dari 5 tingkat. Dan menyediakan kain yang tidak perlu diragukan lagi kualitinya. Pelbagai macam material textile lengkap ada di sini baik kain tempatan ataupun import seperti dari Korea, Italy, Perancis, hingga Thailand. Anda akan menjumpai pelbagai macam jenis material di setiap tingkatnya.

Selain itu D’fashion Textile & Tailor dilengkapi dengan kemudahan ruang rehat yang selesa. seperti sofa, TV, tandas serta tempat sembahyang untuk tetamu.

 

#4. Rumah Mode

Credit : Nora Edora Fuad

Tak cukup dengan membeli-belah di Pasar Baru? Mari kita menghabiskan wang di Rumah Mode pula. Rumah Mode adalah sebuah pusat membeli-belah pakaian berjenama dengan identiti tersendiri yang terlihat dari segi rekabentuknya yang memiliki pengaruh tradisional Jawa.

Keunikan seni binanya dan fesyen pakaian yang rata-rata mengikut trend terbaru menarik ramai kaki shopping terutama pada hujung minggu. Sehinggakan sekali anda terlepas pandang, pakaian yang menarik mata anda tadi mungkin sudah diambil orang.

 

#5.Jalan Cihampelas

Jalan Cihampelas merupakan sebuah nama Jalan yang ada di Kota Bandung, dimana Jalan Cihampelas sekarang menjadi pusat perhatian pelancong yang ingin berbelanja jeans.

Di sepanjang jalan Anda akan banyak menemukan kedai-kedai yang menjual pakaian yang terbuat dari bahan jeans dengan harga yang bervariasi.

 

#6.Factory Outlet Jalan Riau

Credit : tempatwisatadibandung.info

Factory Outlet Jalan Riau ini menghadirkan berbagai produk yang akan membuat siapa saja yang memakainya akan terlihat up to date, seperti pakaian dewasa dan anak – anak.

Di samping itu juga menjual souvenir – souvenir cantik  dan ada juga Factory Outlet yang khusus menjual pakaian untuk pria. Selain itu juga terdapat Terminal Tas yang menyajikan Berbagai merk tas wanita atau pun tas pria yang selalu up to date.

Tak hanya itu, di jalan Riau ini juga terdapat Factory Outlet The Summit, The Secret, Heritage, Oasis yang masing masing menyediakan berbagai model pakaian yang sangat bagus dengan harga yang relatif terjangkau.

 

#7.Kawah Putih

Kawah Putih terletak di kawasan sekitar Ciwidey di mana pemandangan di sini menjadi perhatian ramia pengunjung yang datang.

Pasir di sekitar Kawah Putih berwarna putih terang karena kononnya mengandung unsur belerang. Anda dapat melihat warna airnya berubah-ubah atas sebab reaksi kimia yang berlaku dalam air tersebut.

Kawah Putih juga menjadi perhatian bagi orang-orang yang suka bergambar kerana keadaan panorama di Kawah Putih ini mampu menarik perhatian setiap jurugambar yang ada.

 

#8.Rumah Makan Saung Andir

Credit : rumahmakandiciwidey.blogspot.com

Berbagai menu makanan disajikan Rumah Makan Saung Andir, sebut saja ikan bakar, ikan goreng, ayam bakar, ayam goreng, lalapan, sayur asem, pete, tahu, tempe, serta berbagai minuman. Harga pelbagai, dari Rp5.000 hingga Rp60 ribu.

Di sisi lain restoran, terdapat tempat berkumpul, reunion, serta aula bagi para pengunjung yang ingin mengadakan diskusi atau seminar dengan jumlah peserta yang besar.

 

#9.Jalan Cibaduyut

Caption : tripadvisor.com.my

Jika anda peminat kasut dan barang kulit, anda perlu ke Pasar Cibaduyut. Pasar ini terkenal sebagai ikon kasut dan barangan kulit di Indonesia. Jangan tak percaya, ia merupakan pusat membeli belah yang terpanjang di dunia.

Anda boleh dapatkan kasut kulit dengan harga yang berpatutan. Malah, anda boleh menempah dan dapatkan kasut buatan tangan yang direka bentuk eksklusif mengikut citarasa anda.

Harga barangan di sini lebih murah berbanding dengan Malaysia yang menyebabkan ramai pelancong dari Malaysia yang datang membeli disini.

 

#10.Bakso Malang Karapitan

Caption : TripAdvisor

Antara makanan yang sedap di Bandung ialah Bakso Malang Karapitan. Kamu hanya perlu datang ke Bakso Malang Karapitan kerana di sini rasa bakso Malangnya sama seperti yang di Malang.

Selain bakso Malang tempat ini juga menyajikan mi ayam, fried rice burger steak. Bakso Malang Karapitan memberikan menu makanan khas street food dengan rasa dan penampilan yang mewah. Untuk harga pun masih lagi mencapai bajet.

 

#11.Farm House Lembang

Credit : http://mixedupalready.com

Terletak di kawasan tanah tinggi pergunungan Lembang, Farm House Lembang boleh dikatakan seperti sebuah kota Eropah kecil dengan bunga-bungaan yang tumbuh mekar pelbagai warna, udara yang sejuk dan bangunan-bangunan dengan seni bina negara Eropah.

Pendek kata, tak payah terbang jauh ke sana untuk menikmati semua ini, di Bandung pun ada Eropahnya sendiri! Selain daripada atmosferanya yang begitu menyegarkan, Farm House Lembang turut memiliki tarikan lain seperti zoo mini yang menempatkan arnab, kambing, burung, angsa dan banyak lagi.

Bagi para wanita, anda boleh menyewa gaun era klasik di Eropah dengan bayaran Rp.50.000 untuk sejam dan berposinglah anda sepuas hati di sekitar farm house ini. Antara tarikan yang paling unik di sini adalah rumah hobbitnya yang sering menjadi spot pilihan instagrammers tegar.

 

#12.Floating Market

Credit : sheratonbandung.com

Seperti di Bangkok, Bandung juga mempunyai pasar terapungnya sendiri sebagai tarikan. Jika di Bangkok pasar terapungnya menjual sayur dan buah-buahan, pasar terapung di Bandung pula menjual aneka hidangan Indonesia untuk dicuba. Bermacam variasi makanan dijual seperti sate arnab, bakso, dan siew mai menjadi pilihan untuk mengisi perut.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti lain seperti menaiki bot dan menerokai Taman Jepun yang unik di sini. Pelbagai cenderahati batik dan ole-ole Bandung turut dijual di sini sebagai kenangan. Jangan lupa untuk menukar tiket dengan minuman panas bila sampai nanti!

 

#13.De’ Ranch

Credit : youtube.com

Suhu yang sejuk, udara yang nyaman dan pemandangan yang mempesonakan, apa lagi sebab yang perlu dinyatakan untuk meyakinkan anda supaya ke sini? Teringin menaiki kuda? Di sinilah tempatnya untuk anda mencuba aktiviti ini, dengan konsep “Wisata Kuda Ala Koboi” anda dapat menunggang kuda di sini sambil mengenakan pakaian koboi yang disewa.

Suasananya di De’Ranch Lembang begitu sempurna membuatkan anda tidak berhenti-henti menekan kamera. Bukan itu sahaja aktiviti yang ditawarkan di sini, aktiviti lain yang boleh juga dicuba adalah seperti flying fox, peti luncur, memancing dan banyak lagi! Penuh aktiviti sehari anda di sini.

 

#14.Paris Van Java Shopping Mall

Credit : wikimapia.com

Bagi anda yang sukakan shopping, mall ini menyediakan pelbagai pilihan kedai berjenama dari serata dunia serta kafe dan restoran bertaraf antarabangsa. Selain itu, terdapat juga pawagam dan tempat meluncur ais, taman permainan, gym, dan kedai buku.

Dengan rekabentuk bercirikan ala Paris, pusat membeli-belah berkonsep semi outdoor ini boleh dikatakan antara yang termoden di Bandung.

 

Bandung tidak seharusnya dilihat sebagai sekadar Kota Fesyen semata-mata. Terdapat pelbagai kawasan pelancongan yang menarik perlu diterokai di sini.

Kawasan gunung berapinya serta lokasi alam semulajadinya yang lain pasti akan memberikan pengalaman baru bagi anda.

Bandung juga menyediakan kawasan sesuai untuk kunjungan seisi keluarga terutamanya yang mempunyai ternakan dan pemuliharaan haiwan serta taman tema. Jadi apa tunggu lagi? Selamat Bercuti!

 

Sumber Credit : 

www.pergimulu.com

www.dagoholiday.com

www.lifestyle.okezone.com

www.blog.policystreet.com

www.kompasiana.com

www.maisinggah.com

www.bidadari.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Paling jauh korang travel sampai ke mana?  Cer korang
  • Etika ketika dalam penerbangan part 2 Apa peristiwa yang korang
  • Naa cantik kan? Ini lah Garden by the Bay Singapore
  • Autumn In My Heart Dont forget to visit Nami Island
  • Salah satu tempat menarik di Sabah Masjid Terapung di Kota
Close Menu