23 Destinasi Terbaik Di Sabah 2019 Yang Wajib Dilawati

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter

Sabah sememangnya merupakan antara negeri yang sering menjadi pilihan pelancong yang bercuti di Malaysia.

Hal ini demikian kerana, bentuk muka buminya yang semula jadi menjadikan ia destinasi yang paling sesuai untuk pelancong datang dan lari daripada kesesakkan bandar.

Jika anda ingin melancong di negeri bawah bayu ini, banyak tempat dan aktiviti menarik yang boleh anda kunjungi.

Kami akan berkongsi tempat menarik yang sering menjadi destinasi pilihan pelancong ketika bercuti di Sabah.

 

1. TUN MUSTAPHA TOWER

Credit : www.yayasansabahgroup.org.my/menara_tun_mustapha_uniqueness.cfm via google

 

Menara Tun Mustapha, Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah merupakan bangunan yang mempunyai konsep reka bentuk yang sangat menarik.

Bangunan setinggi 30 tingkat ini dibina menggunakan aluminium dan kaca, dimana ia merupakan yang pertama dan belum pernah dicuba di rantau ini.

Bangunan mempunyai struktur dan ketahanan yang sangat tinggi kerana ia boleh menahan kelajuan angin sehingga 272 kilometer sejam.

Bangunan pencakar langit ini kelihatan seakan-akan kapal roket besar yang sedia untuk dilancarkan.

Bangunan ini melambangkan keteguhan Gunung Kinabalu yang boleh dilihat di panel kaca bangunan yang menandakan mercu kemegahan Negeri Sabah.

Kedudukannya yang berdepan sengan Teluk Likas, bangunan ini diberi persamaan dengan Taj Mahal moden yang berubah warna sepanjang hari bergantung kepada keadaan dan suasana awan, matahari dan warna langit.

 

2. UPSIDE DOWN HOUSE / RUMAH TERBALIK

Credit : guillotinehead via flickr.com

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Rumah Terbalik. Rumah Terbalik di Sabah adalah yang pertama di Malaysia.

Rumah terbalik ini terletak di Kundasang dan perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Rumah kampung tradisional Sabah yang dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur, tandas, beranda dan taman dalam posisi terbalik.

Rumah kampung terbalik direka untuk semua peringkat umur dan ia merupakan satu daya tarikan untuk pelancong yang bercuti di Sabah.

Bagi anda yang gemar bergambar, pastinya anda akan menghabiskan banyak masa di sini kerana kedudukan rumah yang terbalik dan latar belakang yang menarik pastinya akan ‘real’ dalam gambar.

 

3. JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI

Credit : www.sentiasapanas.com/2016/11/asal-usul-jambatan-tamparuli.html#axzz5hM6dSOuM via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan Tamparuli merupakan jambatan yang dibina merentasi sungai Tamparuli.

Ia sangat terkenal di Sabah dan merupakan mercu tanda kepada pekan Tamparuli.

Tamparuli merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Tuaran, Sabah. Bandar kecil ini didiami oleh penduduk yang berbangsa Kadazandusun.

Pada asalnya, jambatan ini dibina menggunakan kayu dan tali sahaja. Namun, ia telah musnah ketika banjir besar melanda pada tahun 1930an.

Selepas itu, pada tahun 1933 pihak Britsh telah membina semula jambatan yang baru dengan menggunakan simen dan besi sepanjang 200meter.

 

4. KUNDASANG WAR MEMORIAL PARK

Credit : www.tripadvisor.co.uk/LocationPhotoDirectLink-g3845613-d2334891-i95917459-Kundasang_War_Memorial-Kundasang_Ranau_Sabah.html via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Kundasang War Memorial Park.  Kundasang War Memorial Park merupakan tempat bersejarah yang menceritakan tentang pengorbanan askar-askar British dan Australia dalam mempertahankan Negara.

Pada tahun 1945, ketika perang dunia kedua askar-askar Britsh dan Australia bertungkuslumus mempertahankan Negara daripada serangan tentera Jepun.

Di sini terdapat 4 taman yang menempatkan monument-monumen bersejarah iaitu British Garden, Austalian Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden & Pool.

Jika anda mahu melawat Kundasang War Memorial Park ini, anda disarankan untuk datang pada waktu pagi ataupun sedikit petang untuk mengelak cuaca panas.

Bayaran masuk ke sini hanyalah RM2 sahaja jika anda mempamerkan MyKad anda.

 

5. PEKAN NABALU

Credit : BabaMuadz via flickr.com

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pekan Nabalu. Pekan Nabalu adalah perbandaran pasaran di hujung daerah Kota Belud sebelum memasuki daerah Ranau.

Pekan Nabalu mempunyai beberapa deretan pasaran yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga.

Selain itu, terdapat juga pasar rumah panjang dimana vendor menjual barang-barang seperti cenderahati kemeja Sabah, kraftangan manik, alat muzik dan banyak lagi.

Oleh kerana terdapat banyak vendor sudah pastinya anda akan rambang mata untuk memilih barang yang hendak dibeli dan bagi anda yang bijak dalam tawar menawar harga, anda pasti akan mendapat harga yang terbaik dari yang penjual.

Seterusnya, jika anda mahu membawa pulang hasil tempatan seperti keropok tempatan, madu liar tempatan dan bahan makanan fermentasi, ia juga ada dijual di sini.

 

6. PEKAN KUNDASANG

Credit : www.hazwanhairy.my/2017/02/percutian-bajet-ke-kota-kinabalu-sabah.html via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pekan Kundasang. Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu.

Tumpua utama pelancong pelancong datang ke  pekan ini adalah kerana pemandangannya yang indah. Pekan ini sering menjadi tumpuan pendaki-pendaki yang ingin mendaki ke Gunung Kinabalu.

Untuk pengetahuan anda sumber pendapatan utama kepada penduduk di sini adalah pertanian.

Oleh itu, jika anda ke sini, anda akan melihat banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar dijual di sini.

Di pekan ini juga terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan cenderahati. Jadi, anda bolehla membeli belah sebelum pulang.

 

7. DESA CATTLE DAIRY FARM

Credit : Ezzat Roslan via flickr.com

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Desa Cattle Dairy Farm. Di Sabah, Desa Cattle Dairy Farm merupakan antara daya tarikan yang Berjaya menarik ramai pelancong ke sini.

Desa Cattle Dairy Farm ini adalah ladang lembu yang menghasilkan sekitar 900,00 liter susu dalam setahun.

Ladang seluas 199 hektar ini menempatkan pelbagai jenis lembu dan  sebahagian besar lembu adalah dari baka Friesians.

Untuk pengetahuan anda, Desa cattle Dairy Farm ini merupakan pengeluar susu tertinggi semua baka lembu.

Ini merupakan destinasi yang ideal untuk anda sekeluarga berkunjung.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda ke sini antaranya memberi makan anak lembu, memberi makan kambing, melihat bagaimana susu diproses serta mencuba proses pemerah susu.

Sebelum pulang, jangan lupa dapatkan beberapa cenderahati terutamanya produk tenusu popular seperti susu Desa Cattle dalam kotak serta ais krim mereka.

 

8. MARAKAU FISH SPA MASSAGE

Credit : salamisimon1.blogspot.com/2019/02/fish-spa-bombon-kampung-marakau-ranau.html via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Marakau Fish Spa Massage. Marakau Fish Spa adalah salah satu tarikan pelancongan di Ranau, Sabah.

Terletak di Kampung Marakau Ranau lebih kurang 2.5km dari Pekan Ranau, ia hanya mengambil masa 7 minit sahaja untuk sampai ke spa dengan menaiki kereta.

Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menyentuh dan memberi makan kepada ikan-ikan jinak yang ada di sini, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

Antara jenis-jenis  ikan yang terdapat di Bombon ini ialah seperti ikan emas, kelah, lampam jawa, belut dan juga talapia.

Untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak, anda berpeluang mendaki bukit Dompurungon yang terletak berdekatan dengan bombon tersebut.

 

9. PORING HOT SPRING RANAU

Credit : patzzi polaris32 via flickr.com

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Poring Hot Spring Ranau. Jika anda ingin merenggangkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah dalam badan, anda wajib berkunjung ke sini.

Poring Hot Spring ini dibuka setiap hari dengan bayaran yang sangat murah iaitu RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun.

Selain bemandi manda, terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan iaitu  Outdoor Hot Spring, Rock Pool, Slide Pool dan Indoor Bath Tubs.

Sambil-sambil berenang, anda juga boleh tenangkan fikiran dan stress anda disini.

 

10. KINABALU PARK WORLD HERITAGE

Credit : jonjacob^^ via flickr.com

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Kinabalu Park World Heritage. Kinabalu Park World Heritage ini mempunyai habitat yang sangat luas.

Kinabalu Park World Heritage Site telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan merupakan taman negara yang pertama di Malaysia.

Taman ini dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Suasana tenang, sejuk dan indah membuatkan ramai pelancong yang datang ke Kinabalu Park ini terpegun.

Jika anda ingin menginap di sini anda boleh menyewa bilik lodge, homestay atau hotel sekitarnya.

Bayaran masuk ke Kinabalu Park hanya RM3 untuk Dewasa dan RM1 untuk Kanak-kanak.

 

11. ANJUNG SENJA KOTA KINABALU SABAH

Credit : mat-drat.blogspot.com/2016/12/tempat-makan-best-di-kota-kinabalu.html via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Anjung Senja. Anjung Senja adalah medan selera yang terletak kira kira 1km daripada Medan Selera Pasar Filipina.

‘Anjung’ yang bermaksud serambi, dan ‘Senja’ (senja) merujuk kepada pusat penjaja besar yang hanya dibuka sepenuhnya pada waktu petang.

Anjung Senja berada berdekatan dengan laut Kota Kinabalu yang terletak di sudut selatan kawasan bandar tepi pantai.

Berbeza dengan Medan Selera Pasar Filipino, suasana dan lokasi Anjung Senja lebih tenang dan bersih.

Jika anda penggemar makanan laut, anda wajib datang ke sini kerana menu utama  di Anjung Senja adalah makanan laut yang segar.

 

12. PULAU SAPI

Credit : Zuo Lu via flickr.com

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pulau Sapi. Untuk pengetahuan anda, Pulau Sapi merupakan antara pulau yang kejap dikunjungi pelancong.

Di antara semua pulau yang berhampiran dengan Kota Kinabalu, Pulau Sapi telah mendapat undian terbanyak sebagai pulau kegemaran pelancong.

Pulau Sapi bukan sahaja menawarkan pengalaman alam semula jadi, malahan turut menawarkan aktiviti seperti Coral Flyer.

Sudah tentunya anda akan terpegun dengan keindahan Pulau Sapi sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini.

Walaupun Pulau Sapi hanya berkeluasan 25 hektar, tetapi ia mempunyai banyak tarikan dan keunikkan, iaitu langit biru, pantai berpasir putih, air laut yang jernih, hutan yang hijau.

 

13. PULAU MANUKAN

Credit : www.tempatmenarik.my/pulau-manukan-tempat-menarik-di-sabah/ via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pulau Manukan. Pulau Manukan adalah pulau paling kerap dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun pelancong asing.

Dengan jarak yang hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki bot, dari Kota Kinabalu membuatkan pulau ini sering menerima kunjungan pelancong.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Pulau Manukan. Antaranya ialah, tandas, restoran, aktiviti sukan air, kedai cenderamata dan juga tempat penginapan.

Terdapat beberapa orang  ‘lifeguard’ yang ditugaskan untuk mengawasi laut dan keselamatan pelancong.

Selain itu, terdapat juga sekumpulan polis yang ditugaskan menjaga kesejahteraan dan mencegah jenayah daripada berlaku di pulau ini.

 

14. TODAK WATERFRONT (SUNSET VIEW)

Credit : https://www.pikbee.one/tag/waterfrontkotakinabalu via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Todak Waterfront. Todak Waterfront ialah tugu iklan todak (Blue Marlin) yang menjadi lambang kepada pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Tugu ini terletak bersebelahan dengan Todak Waterfront.

Jika anda ke Kota Kinabalu, jangan lupa untuk ke sini dan bergambar di tugu ini.

Pada waktu petang, tugu ini biasanya akan dipenuhi oleh pelancong kerana pemandangan matahari terbenam sangat cantik dan indah sekali.

 

15. NIGHT MARKET DATARAN TODAK (MAKAN MALAM)

Credit : tomatowithcheese.blogspot.com/2015/04/cuti-cuti-sabah-part-3-makan-seafood.html via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Night Market Dataran Todak. Di Night Market Waterfront terdapat banyak gerai makanan seafood dan sangat sesuai untuk anda yang gemarkan makanan laut.

Lokasi Night Market Dataran Todak ini berdekatan dengan pasar Filipina.

Kawasan ini sangat meriah dan aktif pada waktu malam dengan kunjungan para pelancong. Bagi sesiapa yang inginkan makanan seafood yang segar dan murah di sini lah tempatnya.

Jangan lupa untuk mencuba lobster, ikan merah, sotong, udang, seaweed, latok dan sambal belacan di sini kerana ia sangat sedap dan akan memenuhi selera anda.

 

16. NIGHT MARKET SINSURAN (SHOPPING MUTIARA)

Credit : www.ayiekakijalan.com/2011/04/ceritera-3-hari-2-malam-kuching-dan_10.html via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Night Market Sinsuran. Night Market Sinsuran ialah pasar malam yang menjual makanan laut sama seperti Night Market Dataran Todak.

Namun begitu, di Pasar Malam Sisuran, makanan laut bukanlah tarikan utama di pasar ini. Pasar Malam Sinsuran ini lebih dikenali oleh pelancong tempatan mahupun asing kerana mutiara Sabah.

Di sini terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis mutiara, pastinya anda akan rambang mata untuk memilih disamping harganya yang berpatutan.

Namun begitu, jika anda mahu membeli mutiara di sini anda perlulah  berhati-hati supaya tidak tertipu denga mutiara tiruan.

Mutiara yang asli  biasanya tidak mempunyai permukaan yang sekata berbeza denga mutiara tiruan yang berbentuk bulat sekata.

 

17. FILIPINO MARKET SIGHTSEEING

Credit : eventseeker.com/venue/192318-filipino-market-rest-of-malaysia via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pasar Filipina. Pasar Filipina adalah destinasi pelancongan utama bagi pelancong yang bercuti di Sabah.

Pasar Filipina ini terdiri dari pasaran basah, pasar malam, kompleks kraftangan dan pusat penjaja. Ia sangat popular dengan makanan laut dan cenderahati.

Sebahagian besar pasar ini dikendalikan oleh pendatang dan penduduk tempatan yang berasal dari pulau-pulau selatan Filipina.

Jika anda datang ke sini, anda boleh membeli kraftangan yang berwarna-warni, makanan ringan tradisional, ikan masin dan mutiara yang dituai dari lautan.

Pada waktu malam, pelancong biasanya akan ke pasar ini untuk mendapatkan makanan laut yang segar seperti  ikan, udang, kepiting, sotong dan kerang.

 

18. DRY AND FROZEN SEAFOOD SIGHTSEEING

Credit : www.mysabah.com/wordpress/sabahs-best-dried-seafood-in-tanjung-market-of-tawau/ via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Dry and Frozen  Seafood Sightseeing. Dry seafood terletak berhampiran Pasar Filipina dan Pusat Kraftangan.

Ia merupakan tempat ini merupakan syurga bagi makanan laut kering.

Jika anda mahu membeli makanan laut kering ataupon sejuk beku anda boleh ke sini.

Bagi anda yang berkemahiran dalam tawar menawar, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 30% daripada harga asal.

Pelbagai jenis makanan laut yang kering dan beku yang boleh anda dapati di sini. Makanan beku yang di jual juga sangat segar dan masih baru lagi.

 

19. JAMILAH JEWELLERY SHOP

Credit : placesmap.net/MY/Jamilah-Jewellery-83493/ via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusya ialah Jamilah Jewellery Shop. Ini adalah tempat yang wajib bagi pelancong yang mengunjungi Kota Kinabalu terutamanya wanita.

Terletak di Jalan Fuad Stephen berhadapan Kompleks Sinsuran. Kedai ini ialah menjual barangan kemas wanita dan lelaki yang berasaskan Mutiara dan Kristal.

Ia sememangnya bermutu, asli dan rekaannya yang pelbagai mampu memenuhi semua citarasa para pelanggan.

Terdapat dua jenis mutiara yang  iaitu mutiara air masin dan mutiara air tawar.

Mutiara air masin adalah mutiara eksklusif kerana nilainya yang tinggi dan harga yang dijual boleh mencecah ribuan ringgit kerana kesukaran untuk mendapatkannya.

Berbeza dengan mutiara air tawar, ia mempunyai bentuk seperti jagung, ubi kentang dan beras yanf senang didapati dan harganya jauh lebih murah.

 

20. SIGNALL HILL

Credit : www.jomjalan.com.my/listing/menara-signal-hill/ via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Signall Hill. Di atas Signal Hill terdapat satu menara yang membolehkan anda melihat pemandangan Kota Kinabalu dari atas.

Walaupun menara ini dibuka dari pukul 8 pagi, para pelancong lebih gemar datang pada waktu senja dan malam kerana pemandangan ketika itu adalah yang terbaik sekali.

Bentuk menara tinjau Signal Hill ini juga agak istimewa kerana ia dibina seakan-akan bentuk UFO.

Walaupun Signal Hill merupakan tempat tertinggi di bandar Kota Kinabalu, namun bangunan-bangunan di bandar yang tinggi telah membataskan pemandangan ke arah lautan.

 

21. COCOA BOUTIQUE : CHOCOLATE FACTORY OUTLET IN TANJUNG ARU

Credit : outoftownblog.com/cocoa-boutique-chocolate-factory-outlet-tanjung-aru/ via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Cocoa Boutique. Cocoa Boutique adalah kilang coklat terkenal yang terletak berhampiran Tanjung Aru.

Butik ini telah menarik ramai pencinta coklat dari seluruh dunia untuk datang ke sini kerana terdapat lebih daripada 300 jenis produk coklat.

Kilang coklat di Tanjung Aru ini ditubuhkan pada tahun 2005 di Malaysia dan kini merupakan salah satu peruncit coklat utama di Malaysia ini.

Coklat yang dihasilkan oleh Cocoa Boutique hanya dijual di kedai ini sahaja dan anda tidak akan menemuinya di tempat lain.

Jadi, sangat rugi jika anda tidak singgah di Cocoa Boutique ini untuk membeli coklat kerana anda tidak akan berpeluang merasainya di empat lain.

 

22. PANTAI TANJUNG ARU

Credit : sabah.attractionsinmalaysia.com/Tanjung-Aru-Beach.php via google

 

Tempat menarik di Sabah yang seterusya ialah Pantai Tanjung Aru. Ini adalah pantai paling popular di Kota Kinabalu.

Selain pemandangannya yang indah, pasirnya juga halus dan mempunyai kawasan yang cetek. Jadi anak-anak anda boleh bebas bermain dan berlari.

Namun begitu, air di sini tidak sebersih kawasan pantai Aru yang lain.

Pantai Tanjung Aru terletak berhampiran dengan pusat bandar. Jika anda melawat Kota Kinabalu tidak lengkap kiranya jika anda tidak melawat ke sini.

Yang menariknya di sini ia penuh dengan gerai makan. Jadi selain melihat pemandangan, anda juga boleh bersantai sambil menikmati makanan yang ada dijual di sini.

 

23. IMAGO SHOPPING MALL

Credit : www.agoda.com/loft-residences-imago-mall-kk-times-square/hotel/kota-kinabalu-my.html?cid=-218 via google

 

Tempat menaik di Sabah yang seterusnya ialah IMAGO Shopping Mall. IMAGO Shopping Mall adalah pusat membeli-belah yang terletak di tengah Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Dengan kira-kira 800,000 kaki persegi, pusat membeli-belah 4 tingkat ini mempunyai lebih kurang 300 buah kedai yang terdiri kedai runcit, hiburan dan tempat makan.

Ia telah berjaya menarik ramai pengunjung pada setiap tahun yang termasuk penduduk tempatan dan pelancong dari seluruh dunia.

 

Akhir kata, ribuan teima kasih kerana sudi membaca artical ini sehingga ke penghujungnya.

Semoga artikal ini dapat membantu anda dalam merancang jadual perjalanan anda bercuti ke Sabah nanti.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

LANGGAN NEWSLETTER UNTUK KONTEN EKSLUSIF TIPS PERCUTIAN TERUS KE INBOX ANDA!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Makanan yang wajib try kat Hatyai Songkhla Thailand ice creamnyummy
  • Floating Market ni min boleh categorizekan sebagai syurga makanan OMG
  • Wow menariknya telur goreng Hatyai syurga makan
  • Kalau ke Hatyai tapi tak melawat Pasar Terapung Hatyai Klong
  • Tips sebelum ke airport untuk berlepas ke luar negara
  • Trip makan2 credit  aidiyanaazlin   hatyaitrip pakejhatyai pakejhatyaimurah
Close Menu