30 Idea Tempat Menarik Di Hatyai Songkhla Dan Krabi 2019 Yang Wajib Dikunjungi

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter

Thailand merupakan sebuah sebuah negara yang agak besar dan terkenal yang sering dikunjungi oleh pelancong. Maka, sudah tentulah ia mempunyai banyak tarikan yang menarik sehinggakan dapat menarik ramai pelancong asing termasuklah rakyat Malaysia.

Kedudukan Thailand yang bersebelahan dengan sempadan Malaysia juga menjadikan ia sebuah destinasi percutian yang wajib dikunjungi.

Selain itu, mata wang yang lebih rendah daripada Ringgit Malaysia juga membuatkan ramai rakyat Malaysia tidak berasa terbeban untuk bercuti ke Thailand.

Kami akan berkongsi antara tempat menarik yang wajib anda kunjungi jika bercuti di Hatyai, Songkhla dan Krabi.

 

1. ELEPHANT TRACKING

credit : Mohd Azli Abdul Malek via flickr.com

 

Jika anda bercuti ke Hatyai tak lengkap kiranya jika anda tidak mencuba aktiviti ‘Elephant Tracking’ di Chang Puak Camp.

Kem ini dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Jika anda ke sana, anda akan disambut oleh staf kem tersebut dan dia akan bercakap Bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Gajah dan Thailand, berpisah tiada, di Chang Puak Camp ini anda akan dapat merasai sendiri pengalaman menaiki gajah dan menikmati pemandangan sekitarnya.

Selain itu,  anda sekeluarga juga boleh mencuba aktiviti lain yang ditawarkan di kem ini seperti member gajah makan, memanah, ATV, dan menembak.

Harga tiket : Dewasa (500Baht), Kanak-kanak (300Baht)

 

2. NORA PLAZA

credit : www.triphobo.com/places/hat-yai-thailand/nora-plaza via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Nora Plaza. Nora Plaza yang terletak di Jalan Thammanoon Vithi dan ia merupakan sebuah tempat membeli belah yang agak popular di bandar Hatyai.

Barangan kulit seperti beg tangan, kasut, dompet dan pelbagai lagi barangan kulit lain adalah antara yang menarik di sini.

Terdapat juga barangan lain seperti emas, jed, aksessori wanita, cenderahati dan pakaian.

Jadi, jika anda mahu menbeli cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan, anda boleh ke Nora Plaza ini.

Setiap pengunjung yang datang akan diberi kad diskaun sebanyak 20% untuk membeli belah di Nora Plaza.

 

3. BEE FARM

credit : dia-yang-indah.blogspot.com/2018/09/healing-hat-yai-big-bee-garden-dan-nora.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Bee Farm. Kepada pengemar madu yang ingin mengetahui tentang lebah dan madu wajib mengunjungi Big Bee Farm ini.

Di sini anda boleh menambah pengetahuan tentang madu serta kebaikkannya dan cara-cara pembuatan madu.

Di sini anda akan dilayan oleh salah satu staf Big Bee Farm, dimana dia akan menjelaskan mengenai asal usul madu.

Anda juga berpeluang menemukan beberapa jenis  sarang lebah daripada yang tradisional sehingga yang modern disamping, boleh merasai kemanisan dari madu asli ini.

Big Bee Farm menyediakan banyak maklumat tentang proses pembuatan madu dan yang menariknya, madu dibuat dari ekstrak semula jadi yang berasal dari bunga opium. Bunga opium dikenal sebagai tanaman sejenis adiktif.

Jangan risau kerana bunganya tidak berbahaya kepada kita malah memberikan banyak kebaikan dalam diri kita.

 

4. RENU/RANU KOHYO

credit : www.bukalapak.com/p/food/cemilan-snack/br33xf-jual-koh-kae-snack-kacang-thailand via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Ranu Kohyo. Ranu Kohyo adalah salah satu kilang kacang gajus yang terkenal di Thailand Hatyai.

Kacang yang dijual harganya sangat berpatutan.

Bagi penggemar kacang korang wajib datang ke sini untuk membeli berbagai bagai jenis kacang.

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis makanan di sini antaranya, paste Tomyam, kekacang, jeruk dan rumpai laut yang dijual di sini.

 

5. KAYSORN SOUVENIR HATYAI

credit : www.missdae.com/2016/02/krabi-la-khaokab-cave.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Kaysorn Souvenir Hatyai. Kaysorn adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sebelum pulang.

Kaysorn ialah kedai yang menjual barangan cenderahati yang sangat cantik.

Pelbagai cenderahati yang anda boleh beli di sana antaranya beg, baju, keychain, dan lain lain yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih.

Dengan harga yang berpatutan, anda bolehlah membeli cenderamata untuk sanak saudara dan rakan-rakan di Malaysia.

 

6. ALIFF BUFFET

credit : www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g297921-d13577038-i346991297-Khlonghae_Seafood-Hat_Yai_Songkhla_Province.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Aliff Buffet. Aliff Buffet juga turut dikenali sebagai Khlong Hae Seafood.

Khlong Hae Seafood merupakan restoran seafood yang  halal dan terkenal di Hatyai, Thailand. Pelbagai jenis seafood yang dijual disini antaranya ialah udang, sotong, kerang, siput, kupang dan berbagai bagai jenis makanan laut.

Selain seafood, ada juga sayur-sayuran, fishball,  daging, ayam dan kambing yang dah siap dihidangkan dengan pelbagai perasa.

Di restoran ini mereka menyediakan dua dapur, iaitu steamboat dan BBQ. Ia sudah tentunya akan memenuhi citarasa dan selera anda sekeluarga.

 

7. ASEAN NIGHT MARKET

credit : x10sapient.blogspot.com/2016/09/asean-trade-night-market-hatyai-thailand.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Asean Night Market. Asean Night Market merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai.

Pasar ini juga berdekatan dengan Central Festival Mall dan Magic Eye 3D Museum. Jadi, jika anda  ke  Central Festival Mall dan Magic Eye 3D Museum, anda bolehlah singgah ke sini.

Asean Night Market ini menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sebelah malam. Di sini merupakan salah satu pasar malam yang terbesar di Hatyai, Thailand dimana, pasar ini mempunyai 2 tingkat.

Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut, pakaian, aksesori wanita, produk-produk make up, gadjet-gadjet, aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi yang mana harganya jauh lebih murah dan berpatutan.

Tingkat 2 merupakan food court. Terdapat banyak gerai makanan halal yang menjual makanan seperti pizza, tomyam, masakan panas dan masakan Thailand disini. Jangan risau, In shaa Allah semua halal dan selamat untuk dimakan.

 

8. MAGIC EYE 3D MUSEUM

credit : Mohd Azli Abdul Malek via flicker.com

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Muzium 3D. Muzium 3D ini terletak berdekatan dengan Central Festival Mall.

Ia adalah sebuah bangunan dua tingkat yang di dalamnya terdapat karya seni 3D yang cukup realistik iaitu Magic Eye 3D Museum.

Disini terdapat banyak lukisan seni yang sangat cantik dan sangat ‘real’ apabila anda melihatnya.

Dengan bayaran 400 Baht anda akan diberikan sepasang stokin untuk dipakai di dalam muzium kerana lukisan-lukisan yang menakjubkan ini bukan hanya terdapat pada dinding, malahan di lantai muzium juga.

Anda boleh bergambar di mana-mana sahaja, sama ada di  atas, bawah, kiri dan kanan. Karya-karya 3D yang sangat realistic ini sudah tentunya akan membuatkan anda sangat teruja.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan magik selama 40 minit.

Pada hari Isnin dan Selasa, muzium ini dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 7 malam. Pada hari-hari lain, ia dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam.

 

9. SONGKHLA SAMILA BEACH

credit : www.thesundaily.my/world/bomb-damages-mermaid-statue-at-thailand-s-popular-samila-beach-YY313133 via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Songkhla Samila. Songkhla Samila ini merupakan sebuah pantai yang mempunyai tugu berbentuk ikan duyung ataupun Mermaid Statue.

Pantai Samila ini memiliki kisahnya yang tersendiri dimana pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang nelayan muda yang terlihat seekor ikan duyung yang sedang menyisir rambut.

Namun bila didekati, ikan duyung itu terkejut lalu melarikan diri meninggalkan sikat emas yang digunakannya.

Selepas daripada pertemuan itu, nelayan tadi pun menunggu setiap hari di tempat yang sama dengan harapan untuk melihat ikan duyung itu, tapi ia tidak pernah kembali.

Begitulah kisahnya yang disampaikan dari zaman ke zaman sehingga tugu ini dibina untuk mengingati kisah ikan duyung ini.

Jika anda datang ke pantai ini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di tugu ikan duyung.

 

10. FLOATING MARKET

credit : ahmaja2009 via flicker.com

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Floating Market. Kalau ke Hatyai tapi tidak melawat Pasar Terapung Hatyai Klong Hae, memang tidak lengkap percutian anda.

Pasar yang unik ini agak fotogenik kerana  jualan-jualannya dilakukan di atas sampan.

Terdapat lebih kurang 50 buah sampan semuanya dan banyak pilihan makanan yang ada untuk anda cuba.

Antara makanan yang terdapat di sini adalah seperti kari Selatan Thai, roti hotdog, ayam goreng, penkek kelapa, samosa dan macam-macam lagi yang mengenyangkan.

Selain itu, terdpat juga gerai-gerai di bahagian darat sekitarnya serta kedai-kedai yang menjual pakaian, makanan dan cenderamata.

 

11. LEE GARDEN

credit : www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g297921-d3654190-i142923650-Lee_Garden_Plaza-Hat_Yai_Songkhla_Province.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Lee Gardens. Lee Gardens adalah salah satu plaza Hotel Hatyai yang terletak di jalan Prachathipat dan sering dikunjungi oleh ramai pelancong.

Bukan sekadar hotel tiga bintang, malahan terdapat beberapa tingkat di bawah hotel yang diperuntukkan untuk mall. Terdapat medan selera di tingkat bawah dan aneka jenis makanan di sana.

Hotel ini tergolong dalam antara hotel yang terlama di sini.

Terdapt banyak fasiliti di hotel ini termasuklah, kolam renang, ruang makan yang sangat luas, wifi, serta kemudahan lainnya.

Pada sebelah malam pula, anda boleh ke pasar malam atau lebih kenali sebagai Lee Garden Night Market.

 

12. MASJID BESAR SONGKHLA

credit : patricklepetit.jalbum.net/SONGKHLA/PHOTOS/HATYAI/Songkhla%20Central%20Mosque/index.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Masjid Besar Songkhla. Masjid Pusat Songkhla merupakan masjid yang menjadi simbol kewujudan masyarakat Muslim di Songkhla dan adalah masjid yang terbesar di sini.

Masjid ini agak terkenal bukan hanya kerana saiznya yang besar tetapi kerana fungsinya yang juga menjadi tempat pernikahan ramai orang yang datang ke Thailand.

Perjalanan untuk ke masjid ini hanya mengambil masa sebanyak 5 hingga 10 minit sahaja dengan berjalan kaki dari pasar terapung.

Jadi, selepas membeli belah di pasar terapung, anda bolehlah ke Masjid Besar Songkhla ini untuk solat.

 

13. TANG KUAN HILL

credit : www.tripadvisor.com.sg/LocationPhotoDirectLink-g317134-d2721070-i127968013-Tang_Kuan_Hill-Songkhla_Songkhla_Province.html via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Tang Kuan Hill. Nama lain bagi Bukit Tang Kuan adalah Bukit Monyet.

Jika anda naik ke atas bukit ini anda akan berpeluang menikmati panorama yang mengasyikkan seluruh bandar termasuklah air laut biru.

Dari puncak bukit ini juga, anda dapat melihat 2 buah pulau yang tidak jauh dari situ iaitu Pulau Kucing dan Pulau Tikus disamping pemandangan yang cukup menyejukkan mata.

Uniknya bukit ini, terdapat lif yang disediakan untuk anda yang tidak mampu untuk mendaki sehingga ke puncak bukit. Jadi anda tidak perlu risau dan berpenat mendaki bukit ini.

 

14. SONGKHLA AQUARIUM

credit : www.youtube.com/watch?v=U7I0p64s_B8 via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Songkhla Aquarium. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga dan anak-anak, anda wajib singgah ke Songkhla Aquarium.

Aquarium ini terletak berdekatan dengan Pantai Songkhla. Jika anda ke sini, anda berpeluang untuk melihat berbagai sepsis hidupan laut antaranya ialah sepsis ikan ikan yang jarang ditemui, penyu,  pelbagai jenis batu karang dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan Strange Feeding Time, dimana  hidupan laut tersebut diberi makan oleh penyelam scuba. Pertunjukan ini mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Jika anda mahu menyaksikan Strange Feeding Time ini, terdapat waktu-waktu tertentu untuk pertunjukan ini iaitu pada 10.45am, 12.00pm, 1.15pm, 2.30pm dan 3.45pm.

Terdapat juga taklimat berbentuk visual mengenai sejarah dan asal usul Songkhla yang berdurasi 10 minit ditayangkan.

Bayaran masuk ke Songkhla Aquarium ini adalah sebanyak 300 bath untuk dewasa dan 200 bath untuk kanak-kanak.

15. NAGA SCULPTURE (PATUNG NAGA)

credit : www.thephuketnews.com/serene-songkhla-a-visit-to-the-southern-province-41181.php via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah The Great Serpent Nag. The Great Serpent Nag juga turut dikenali sebagai Naga Sculpture.

Menurut penduduk setempat The Great Serpent Nag adalah naga yang melindungi wilayah Selatan Thailand. Bagi mereka naga ibarat dewa yang menjaga mereka.

Selain itu, mereka percaya bahawa air yang keluar dari mulut replika naga itu  member barakah dan rezeki kepada semua penduduk Selatan Thailand

Untuk pengetahuan anda, monument naga ini terbahagi kepada tiga bahadian iaitu kepala badan dan ekor. Setiap bahagian monument naga ini di tempatkan di lokasi yang berlainan dan membawa maksud yang berlainan.

Kepala naga melambangkan  kebijaksanaan dan kebajikan. Bahagian badannya melambangkan kemakmuran manakala, ekornya melambangkan karisma dan kekuatan.

Kepada anda yang berminat dengan sejarah dan mitos, anda bolehlah melawat Naga Sculpture dan bergambar di sini.

 

16. BLACK CRAB

credit : ThailifeTouring via flickr.com

 

Tempat menarik di Hatyai Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Black Crab. Jika anda ke Krabi, tidak lengkap kiranya jika anda tidak melawat Monumen Ketam Gergasi yang dipanggil Black Crab.

Black Crab terletak di sepanjang tebing Sungai Krabi dan merupakan salah satu tarikan paling menarik di bandar hari ini.

Gelaran Black Crab yang diberikan oleh penduduk setempat melambangkan kehormatan terhadap  hutan bakau dan habitat semulajadi ketam hitam.

Selain itu, ia juga memberikan gambaran tentang gaya hidup tradisional laut penduduk setempat.

Monumen ini menjadi kawasan pelancongan yang berjaya menarik ramai pelancong untuk bersiar-siar dan bergambar.

 

17. NOK AWK

credit : tomyamthailand.com/2016/10/05/pictures-of-krabi-town/ via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Pekan Krabi. Pekan Krabi terletak di selatan Thailand, lebih kurang 700kms jauh dari Bangkok.

Pekan ini mempunyai beberapa patung yang menarik dimana, salah satu daripada patung ini adalah helang laut berbatu putih.

Patung ini terletak di garis pantai Sungai Krabi, berhampiran pusat bandar. Patung burung helang itu dipamerkan dengan sayapnya terbentang seolah-olah bersedia untuk terbang ke udara.

Ini menggambarkan bahawa terdapat pembiakan helang-helang ini di wilayah itu.

Selain itu, ada juga penduduk yang percaya bahawa burung helang tersebut telah ditugaskan oleh kerajaan bandar.

Jika anda ke sini, anda boleh meluangkan waktu petang anda  di pantai Sungai Krabi. Selain pemandangannya yang cantik, terdapat juga banyak kemudahan rekreasi di sini.

 

18.KRABI NIGHT MARKET

credit : 快樂雲 via flickr.com

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Krabi Night Market. Krabi Night Market  ataupun Krabi Town Walking Street adalah pasar yang tidak begitu besar tapi cukup padat dengan bermacam jenis barang yang termasuklah cenderamata dan makanan.

Antara barangan menarik yang dijual di sini ialah beg kulit, barangan mutiara, lukisan pop-art dan banyak lagi.

Ia sudah tentunya akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih kerana semuanya cantik-cantik belaka.

Sambil berjalan-jalan di sini anda juga berpeluang menyaksikan persembahan muzik tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak.

Di samping itu, anda dapat melihat demonstrasi pembuatan pelbagai barangan kraftangan Thailand yang cukup unik.

 

19. GASTROPOD SHELL FOSSIL

credit : SteveInLeighton’s Photos via flickr.com

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Shell Cemetery. Antara perjalanan  dari Ao Nang dan Krabi terdapat satu tapak yang dikenali sebagai Shell Cemetery atau dalam bahasa Thai dikenali sebagai Susaan Hoi.

Di sini terdapat Gastropod Shell Fossil yang dianggarkan berusia antara 50 hingga 75 juta tahun. Jika dilihat sekali imbas, Shell Cemetery ini kelihatan seperti koleksi blok konkrit yang patah.

Namun begitu, menurut pakar, blok konkrit ini diperbuat daripada lapisan cangkang yang tersusun bersama untuk membentuk jisim padu kira-kira 200 meter panjang dan tebal 40 sentimeter.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah sebahagian daripada fosil kerang tertua di Bumi, dan hanya ada dua tapak lain yang serupa di dunia iaitu di Amerika Syarikat (berhampiran Chicago) dan di Jepun.

Jika anda tidak berminat dengan fosil, anda masih boleh melawat ke sini terutamanya semasa air surut dimana ia akan berbentuk kolam air yang kecil, dan pelbagai kehidupan marin terdapat disitu.

Pemandangan ketika matahari terbenam juga sangat cantik dan menakjubkan.

 

20. AO NANG WALKING STREET

credit : www.justgola.com/a/krabi-night-market-walking-street-1978051791 via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Ao Nang Walking Street. Ao Nang adalah lorong berbentuk L, dimana sebahagiannya dilindungi di sudut selatan Jalan Ao Nang (Pantai).

Dibuka pada tahun 2007, Walking Street adalah sebuah kompleks membeli-belah di mana anda akan menemui sebuah galeri seni, tukang jahit, kedai ais krim, restoran masakan Thai, Mexico, dan antarabangsa, bank, dan rumah tumpangan di sebelah Ao Nang Beach.

Ao Nang Walking Street mempunyai tiga pintu masuk. Di sini terdapat banyak gerai gerai  menjual pelbagai jenis cenderahati.

Antaranya ialah topeng, kain tradisional Thai, pemegang lilin, bingkai dan arachnida yang dipasang dan pakaian seperti T-shirt, pakaian renang dan pantai.

Jadi jika anda ingin membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang, anda boleh la ke Ao Nang Walking Street.

 

21. EMERALD POOL

credit : codyclark21@att.net via flickr.com

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Krabi Emerald Pool. Krabi Emerald Pool (Sa Morakot) adalah tarikan unik di selatan Thailand.

Krabi memang terkenal dengan keindahan semulajadinya yang luar biasa. Jika anda bercuti di Krabi, tidak lengkap kiranya anda tidak ke sini.

Kolam Emerald di Taman Semula Jadi Hutan Thung Teao ialah sebuah hutan dataran rendah yang kaya dengan kepelbagaian bio, disamping lengkap dengan jejak alam semula jadi dan kolam kristal.

Terletak di kawasan Khao Pra-Bang Kram, ia merupakan tempat yang hebat untuk menlihat haiwan dan spesies tumbuhan yang jarang ditemui antaranya termasuk burung Pitta Gurney yang pernah dianggap pupus.

Hutannya subur dengan pokok-pokok tua, binatang di  hutan yang luar biasa dan bukit batu kapur yang terbuka memang sangat mempesonaka.

Terdapat pejabat taman berhampiran dengan Ban Bang Teao yang akan memastikan bahawa tiada pemburuan haiwan dilakukan dan tidak ada bahayaserta ancaman ketika pelancong melawat ke sini.

 

22. PODA ISLAND

credit : CK&J via flickr.com

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Poda Island. Koh Poda adalah pulau kapur kecil yang hanya mengambil masa sebanyak 25 minit untuk ke sini dari pantai Semenanjung Railay

Pulau ini adalah antara pulau yang terkecil yang terdapat di Krabi dimana saiznya tidak lebih daripada satu kilometer diameternya.

Ia ditutupi dengan pokok palma dan hampir seluruhnya dikelilingi oleh pantai pasir putih yang lembut.

Terdapat terumbu karang yang terletak 20 meter dari pesisiran pantai.

Jika anda ke sini anda boleh menikmati permandangan yang indah dan jika anda mahu bermain snorkeling, ia juga turut disediakan.

 

23. TUB ISLAND

credit : www.holidaygogogo.com/thailand/tup-island-krabi/ via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Pulau Tup. Pulau Tup adalah salah satu daripada pulau-pulau yang popular di sekitar Krabi.

Terletak di barat daya Ao Nang dan kedudukan antara Pulau Poda dan Pulau Ayam, Pulau Tup  juga adalah antara pulau kecil yang terdapat di kepulauan ini.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Tup adalah pulau yang paling kerap dilawati kerana termasuk sebahagian daripada lawatan ‘Longboat’ Four Islands ‘dari Ao Nang.

Pasirnya yang putih dan sangat cantik pastinya tidak akan mengecewakan anda yang melancong ke sini.

Keseluruhan kawasan ini sangat indah, dengan panorama pantai Krabi sebagai latar belakangnya dan anda juga berpeluang melakukan aktiviti snorkeling di sini.

 

24. CHICKEN ISLAND

credit : www.krabiandamantour.com/chicken-island.php via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Pulau Ayam. Koh Kai bermaksud ‘Pulau Ayam’ dalam bahasa Thai, juga dipanggil Koh Hua Khawan atau Koh Poda Nok.

Ia adalah sebuah pulau kecil kepunyaan kepulauan Poda yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Ao Nang di wilayah Krabi. Koh Kai mengambil namanya dari batu berbentuk ayam yang membentuk hujung selatannya.

Satu lagi kelainan dari Koh Kai adalah ia menawarkan pengunjung untuk berjalan dari satu pulau ke satu pulau yang lain di atas jambatan tanah ketika air surut dan dikelilingi oleh air jernih.

Perairan di sekeliling pulau ini menjadikan  ia  tempat melihat terumbu karang yang luar biasa, disamping menyediakan pengunjung dengan aktiviti snorkeling dan peluang menyelam yang hebat.

Untuk pengetahuan anda, selain sebuah pondok kecil yang menjual makanan ringan dan minuman, tidak ada infrastruktur yang dibina di Koh Kai.

 

25. RAILAY BEACH

credit : grzegorzmielczarek via flickr.com

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Railay Beach. Railay adalah salah satu pantai yang paling banyak menarik pelancong untuk mengunjunginya di Thailand.

Di sebelah selatan Pantai Ao Nang, pantai ini di sekeliling tanjung yang berbatu dan hanya boleh diakses dengan bot sahaja.

Selain pemandangannya yang indah dan tenang, keunikan pantai ini ialah anda akan dapat melihat pantai pasir putih yang indah, tebing batu kapur yang tinggi, gua dan lagun tersembunyi di sebalik tebing.

Semuanya berada dalam jarak yang sangat dekat di mana anda boleh berjalan kaki sahaja.

Untuk pengetahuan anda, di sekitar pantai ini tidak terdapat bas dan kereta, yang ada hanyalah bot panjang kerana anda hanya boleh keluar masuk dari tempat ini melalui jalan laut sahaja.

 

26. ELEPANT TREKKING

credit : www.yourtripthailand.com/product/32433/half-day-afternoon-elephant-trekking-amp-waterfall-no-lunch via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Elephant Trekking. Elephant trekking merupakan salah satu aktiviti menungang gajah yang menarik di Krabi.

Nosey Parker Elephant Camp yang terletak 7km daripada Pantai Ao Nang sememangnya akan menjanjikan anda satu pengalaman yang baru.

Bayaran untuk menaiki gajah bergantung pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebanyak 500baht dikenakan untuk 30 minit, 600baht untuk 45 minit, dan 700baht untuk 1 jam.

Laluan perjalanan semasa menaiki gajah berbeza mengikut tempoh masa bayaran.

Berbeza dengan elephant camp di Hatyai, di Krabi tidak ada pertunjukan anak gajah disediakan.

 

27. ATV RIDE

credit : www.krabi-tourism.com/atv.htm via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah ATV Ride. ATV Ride merupakan aktiviti menunggang kenderaan bermotor 4 tayar di kawasan hutan selama 30 minit.

Song Praek Rafting ada menawarkan aktiviti ATV ride ini. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, anda wajib mencuba aktiviti ini.

Bermula dari 1,000 Thai Baht anda akan alami keseronokan yang berganda disamping dapat melihat tumbuh tumbuhan semula jadi di dalam hutan.

 

28. SHOOTING RANGE

credit : www.againstmenandfish.com/2016/03/thailand-1st-march-to-11th-march-2016.html/ via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Krabi Shooting Range. Krabi Shooting Range ini merupakan tempat menembak yang menggunakan senjata sebenar.

Terdapat pelbagai jenis senjata api yang sebenar di sini. Antaranya ialah senapang jenis M4 sehingga pistol 44 Magnum.

Bayaran untuk melakukan aktiviti menembak ini berbeza mengikut jenis senjata dan jumlah das tembakkan.

Anda tidak perlu risau jika tidak pernah menembak, ini kerana anda akan dibantu oleh penembak terlatih di tempat ini. Selain itu, cirri-ciri keselamatan di sini juga sangat ketet dan terjamin.

Bagi anda yang tidak berani menembak, anda boleh mencuba aktiviti memanah yang turut disediakan di situ.

 

29. TIGER CAVE TAMPLE

crdit : www.tripstorekrabi.com/Tours/Krabi/Jungle-Tour via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah Tiger Cave Tample. Tiger Cave Tample, juga dikenali sebagai Wat Tham Sua, terletak berhampiran Pekan Krabi di selatan Thailand.

Kawasan sekitarnya diliputi oleh pokok-pokok besar yang berusia beratus-ratus tahun.Tiger Cave Tample menjadi pusat meditasi, disamping ia juga merupakan tempat pengkajian arkeologi dan sejarah.

Alat batu, peninggalan tembikar, dan acuan untuk membuat tapak kaki Buddha telah dijumpai di penggalian.

Di dalam gua kuil utama, anda akan menjumpai gambar-gambar aneh organ-organ dalaman dan mayat yang terbelah yang digunakan untuk perkara-perkara yang lebih rohani oleh penduduk setempat.

Daya tarikan utama di kompleks kuil adalah anda perlu memanjat menara batu kapur untuk melihat “jejak Buddha”.

Sebaik sahaja anda sampai ke bahagian atas, anda akan disajikan dengan pemandangan kawasan desa dan Laut Andaman yang sangat indah.

 

30. 7 HEAVEN

credit : www.krabi-magazine.com/seven-heaven-park-for-children-in-krabi/ via google

 

Tempat menarik di Hatyai, Songkhla dan Krabi yang seterusnya ialah 7 Heaven. 7 Heaven ialah sebuah taman yang besar yang terletak di lereng bukit yang terletak 800 meter dari Jeti Ao Nam Mao.

Taman ini diinspirasikan daripada cerita Alice in Wonderland. Terdapat banyak patung kartun yang besar dan buah catur setinggi 4 meter yang terpamer di sekeliling taman ini.

Jika anda bercuti bersama keluarga dan anak-anak, tempat ini memang wajib dikunjungi.

Permandangan dari atas bukit sangat cantik dan indah. Namun, disebabkan bukitnya yang agak curam, anda dinasihatkan supaya berhati ati semasa mendaki.

Di sini anda boleh bergambar sepuasnya bersama patung patung besar yang ada. Tarikan lain yang ada di 7 Heaven ialah mini water theme park. Jadi anda bolehlah bermandi manda di sini.

Selepas penat bergambar dan bermain air, anda boleh berehat dan menginap disini juga. Cumanya, bayaran penginapan di dalam 7 Heaven agak mahal berbanding di luar.

 

 

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikal ini sehingga ke penghujungnya. Diharapkan agar artikal ini dapat membantu anda merancang percutian anda ke Thailand nanti.

Selamat Bercuti!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • WOWWWWW !!! PAKEJBAJET SINGAPORE KAMI BAGI PRIVATE TRANSPORT MPV STAREX
  • PAKEJ BAJET DAY TRIP SINGAPORE CITY TOUR DARI JB PRIVATE
  •  WOWWWW DENGAN HARGA RM127  PAKEJBAJET NAIK MPV STAREX
  • PAKEJ VIP USS  SHORT SINGAPORE CITY TOUR 3H2M DARI
  • NEW PAKEJBAJET SINGAPORE BY ADAMANI TRAVEL KHAS UTK ANDA YG
  • MACAM NI CARA AKU HAPPYKAN MAK AYAH  FAMILY AKU
Close Menu