55 Tempat Menarik Di Langkawi 2019 Yang Mesti Dilawati

Langkawi sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi kerana ia  merupakan antara pulau tercantik yang terdapat di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Langkawi juga dikenali sebagai Pulau Lagenda kerana ia menyimpan  pelbagai mitos dan legenda.

Selain terkenal kerana mitos-mitosnya, Langkawi juga terkenal kerana ia merupakan sebuah pulau bebas cukai. Jadi, anda boleh berbelanja sakan kerana semua barang yang terdapat di sini sangat murah dan berpatutan.

Setiap tahun, Langkawi pasti akan menerima banyak kunjungan pelancong sama ada perlancong tempatan mahupun pelancong asing dari seluruh negara.

Kami akan berkongsi antara tempat menarik yang mesti anda lawati jika bercuti di Langkawi.

 

1. CABLE CAR LANGKAWI ( SKYCAB )

credit : Ahmad Fadali via flickr.com

 

Cable Car Langkawi merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika anda bercuti di Langkawi. Cabel Car langkawi ini menggunakan teknologi Swiss dan jarak dari stesen bawah ke stesen tengah adalah 1.7km.

Bagi anda yang gemarkan cabaran, pastinya ia akan menjadi pengalaman yang sangat menarik kerana stesen tengah sangat tinggi dan berlantaikan kaca. Anda juga akan melihat tali kabelnya yang panjang sehingga tidak nampak hujungnya.

Terdapat 3 pilihan gondola berlainan harga yang boleh anda pilih. Dari dalam gondola, anda akan dapat melihat prmandangan yang berlatarkan kehijauan pokok pokok dan kapal laut di lautan.

Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.

Di stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi. Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi, laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

KLIK SINI PAKEJ LANGKAWI 2019 MURAH>>

2. UNDERWATER WORLD LANGKAWI

credit : ohemolas via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Underwater World Langkawi. Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.

Underwater World ini terletak di hujung Pantai Cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah.

Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Anda juga boleh melihat penguin, ikan jerung, singa laut dan ikan arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

Di aquarium ini terdapat 3 jenis penguin yang sangat comel. Antaranya ialah penguin Afrika, penguin Rockhopper berambut ranggi serta penguin Marmoset yang menyerupai sepsis monyet paling kecil di dunia.

Bagi anda yang membawa anak kecil, ini akan membantu mereka mengenali sepsis haiwan yang jarang di temui.

 

3. SKY BRIDGE LANGKAWI

credit : REPLA64 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Sky Bridge Langkawi. Sky Bridge Langkawi adalah tempat yang paling sesuai bagi anda yang ingin melihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak yang paling menarik.

Sky Bridge ini merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit (Bukit Machinchang) yang mana pengunjung boleh berjalan dan melihat pemandangan Pulau Langkawi secara 360 darjah.

Untuk ke SkyBridge pelancong hanya boleh ke sini dengan menaiki kereta kabel.

Waktu terbaik adalah untuk ke sini pada waktu petang kerana cuaca yang kurang panas. Sekiranya cuaca buruk, SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel Langkawi pada kebiasaannya akan ditutup.

Pemandangan dari SkyBridge ini memang cantik, suasananya sangat segar dan nyaman bila berada di atas Sky Bridge ini. Sky Bridge ini mampu menampung seramai 250 orang pada satu-satu masa.

 

4. HAJI ISMAIL GROUP

credit : julie_0823 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Haji Ismail Group.  Satu lagi destinasi yang sangat popular dan bakal digemari oleh ibu, nenek, mak sedara dan sebagainya ialah Haji Ismail Group.

Haji Ismail Group merupakan kedai paling hit di kalangan pelancong apabila ke Pulau Langkawi. Pendek kata, inilah tarikan utama yang menyebabkan ramai kaum hawa tidak sabar untuk bercitu ke Langkawi.

Memang tak sah kalau tak shopping disini, dekat sini ada bermacam barangan yang dijual dengan harga yang membuatkan anda rasa macam nak borong semuanya!

Daripada pinggan mangkuk, coklat, barangan dapur hinggalah kepada kain pelikat dan minyak gamat semuanya ada. Sekarang, dengan kompleks HIG ini, semuanya mudah dan anda tak perlu bersesak sesak lagi.

 

5. WILDLIFE PARK LANGKAWI

credit : Adrian Rumne via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Wildlife Park Langkawi. Di zoo biasa anda mungkin tidak dibenarkan memberi binatang makan. Tapi di Wildlife Park Langkawi ini pula anda bukan sahaja boleh melihat, tetapi digalakkan memberi makan kepada binatang disini.

Kalau anda bercuti bersama anak-anak dan ingin mencari aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Langkawi, pastikan anda singgah di sini.

Taman hidupan liar ini boleh dikatakan seperti mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis hidupan seperti pelanduk, ikan, buaya, landak dan monyet.

Yang paling mencuri tumpuan di sini ialah Bird Paradise yang menempatkan pelbagai jenis spesis burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Kalau anda belum pernah ke mana-mana taman burung anda bolehlah mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat burung comel ini.

 

6. MAKAM MAHSURI

credit : asiyah jasmy via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Makam Mahsuri. Bagi anda yang suka mengkaji sejarah lama, Makam Mahsuri adalah salah satu tempat yang anda perlu kunjungi ketika bercuti ke Pulau Langkawi.

Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.

Selain dapat mengetahui kisah Mahsuri, anda juga boleh menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.

 

7. SKYTREX LANGKAWI

credit : xqholidays.com.my/st_activity/langkawi-skytrex/ via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Skytrex Langkawi. Satu lagi aktiviti di Pulau Langkawi yang akan memberikan anda ledakan yang sangat maksima dalam tubuh anda.

Kalau anda pernah dengar tentang Skytrex di Shah Alam, cawangan Skytrex di Langkawi ini pula agak berbeza dan lagi menarik daripada Shah Alam kerana kawasannya yang lebih luas dan waktu operasinya yang lebih kerap.

Sesuai sangat untuk anda yang inginkan aktiviti yang boleh menghanyutkan minda anda jauh seketika daripada masalah di Bandar.

Dipendekkan cerita, ini tempat anda merentas hutan. Bezanya, dari dahan ke dahan. Tapi jangan risau. Ada tali keselamatan. Dan laluan pun boleh anda pilih ikut samada anda cergas atau tidak.

Untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sini, anda perlu memiliki berat tidak lebih daripada 100 kg dan ketinggian tidak kurang daripada 1.5 meter.  Anda juga boleh memilih untuk melakukan aktiviti di sini mengikut tahap yang berbeza iaitu Beginner, Intermediate dan Expert.

Memang puaslah kalau dapat beraktiviti kat sini! Sambil melakukan aktiviti lasak yang ditawarkan, anda boleh menikmati pemandangan yang mengujakan Gunung Mat Chincang.

 

8. MANGROVE TOUR LANGKAWI

credit : uzairwaheed via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Mangrove Tour. Langkawi Mangrove Tour dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman menyelami alam sekitar yang cukup mengujakan.

Di mana dengan menyertai lawatan ini, anda dapat menerokai kepelbagaian flora dan fauna yang ditawarkan hutan paya bakau Langkawi.

Perjalanan yang anda tempuhi akan melalui kawasan-kawasan seperti sungai yang mengalir tenang, pantai-pantai berpasir putih, pembentukan unik batu-batu kapur dan banyak lagi.

Menarik kan, selain itu anda juga boleh mengeratkan silaturahim sesama sendiri.

 

9. KILIM GEOFOREST PARK

credit : Travel Music Photography via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Kilim Karst Geoforest Park. Kilim Karst Geoforest Park merupakan sebuah kawasan taman hutan yang berkeluasan lebih daripada 100 km persegi.

Penerokaan sekitar taman ini dapat membuka mata anda dengan pelbagai jenis keindahan alam yang terdiri daripada pembentukan gua-gua indah, pantai yang memukau pandangan mata, kawasan paya bakau dan banyak lagi.

Antara lokasi yang menjadi tarikan di sini adalah Gua Kelawar, Gua Buaya, Rumah Terapung dan kawasan Eagle Feeding. Di Langkawi juga, terdapat hutan paya bakau dengan pelbagai tarikan alam untuk dilihat.

Dari jeti anda boleh berjalan kaki melalui flatform kayu yang disediakan melalui hutan paya bakau dan juga anda boleh melihat kehidupan paya bakau yang ada di sini seperti pokok Bongak, pokok Ketan dan juga gua yang dipenuhi dengan kelawar. Dengan ini anda melihat kelawar dalam gua secara berdepan.

Selain berjalan kaki, pengunjung juga boleh menyewa bot disini untuk menikmati keindahan paya bakau melalui sungai.

Sambil melihat keindahan flora anda juga dapat menyaksikan ragam haiwan-haiwan liar yang menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai habitat mereka.

 

10. SNORKELING LANGKAWI

credit : CoinFlip via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah snorkling Langkawi. Di Langkawi terkenal dengan Pulau Paya, pulau ini sangat sesuai kepada anda yang gemar snorkelling kerana air nya sangat jernih dan banyak hidupan marin yang kita boleh lihat dalam air.

Kalau anda ingin melihat ikan-ikan berenang dengan banyak dan bebas seperti di dalam akuarium di sekitar anda, inilah lokasinya.

Nak tahu kenapa banyak sangat hidupan marin dekat sini? Sebabnya adalah kerana ia merupakan salah satu pulau yang termasuk di dalam Taman Marin yang mana aktiviti perikanan adalah dilarang sama sekali.

Selain ikan-ikan, hidupan eksotik lain juga dapat dinikmati keindahannya seperti batu-batu karang yang penuh warna-warni.

 

11. GEOPARK LANGKAWI

credit : IainCamero via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Geopark Langkawi. Langkawi adalah satu-satunya tempat di mana anda dapat mencari batu tertua dan urutan paling lengkap dari batu-batu paleozoik di Malaysia.

Proses geologi yang berlaku dalam tempoh lebih daripada 450 juta tahun telah mewujudkan kepelbagaian geologi yang begitu banyak di Langkawi yang sebahagiannya mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi.

Geologi pulau-pulau Langkawi hari ini adalah hasil daripada sejarah pengangkatan yang sangat panjang di bawah keadaan keadaan paleoenvironmental yang pelbagai, diikuti dengan peristiwa-peristiwa tektonik dan magmatic dan akhirnya oleh proses permukaan yang begitu indah memancarkan landskap sekarang.

Dari peristiwa-peristiwa dan proses-proses ini, Langkawi mewarisi spektrum batu sedimen, igneous dan metamorf yang luas dengan banyak mineral, fosil dan struktur geologi dari kedua-dua asal-usul deposit dan deformasi.

Pemotongan batuan yang terdedah menghasilkan lebih banyak ciri-ciri erosional yang menarik kepada batu Langkawi.

Jika anda datang ke sini sudah tentu banyak perkara baru yang dapat anda pelajari.

 

12. ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI

credit : Faisal Rafiq via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Oriental Village Langkawi. Oriental Village Langkawi adalah sebuah tarikan yang sangat menarik yang terletak di Pantai Kok. ‘Kampung’ ini bukanlah perkampung biasa tapi ianya padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang bila dilakukan.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah kereta kabel, jambatan yang dipanggil Sky Bridge, menaiki gajah, animal feeding, galeri, tempat-tempat shopping cenderamata, kedai-kedai makan dan berbagai bagai lagi.

Oriental Village ini boleh dikatakan sebagai taman yang sangat cantik dan sesuai untuk anda mengajak anak anak untuk bersiar siar.

Disebabkan banyak sangat tarikan dalam satu tempat menarik, terdapat sebuah kedai yang memberikan khidmat sewa Segway untuk memudahkan anda sekeluarga melawat setiap tarikan tanpa rasa penat.

 

13. LANGKAWI NATURE PARK

credit : vinayvinay7 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Nature Park. Langkawi Nature Park (LNP) terletak di dalam kawasan Taman Kilim Geoforest. Ia adalah sebahagian daripada Langkawi Geopark yang lebih besar dan salah satu tempat pelancongan Eco terbesar di seluruh rantau ini.

Di LNP, anda akan dapat mengetahui  kepentingan Geoforest, Mangrove & Wildlife. Anda juga ditawarkan menaiki bot untuk melihat Taman Kilim Geoforest dan dapat mengalami pengalaman luar biasa berjalan kaki sepanjang 800 meter melalui hutan bakau asli tebal.

Sebagai tambahan kepada keindahan alam semulajadi ini, anda juga boleh melihat  pelbagai spesies haiwan dari seluruh dunia. Ini termasuk haiwan pemangsa (terutama Singa Putih), beberapa pemilihan Hutan Hujan Tropika, Camelids dari seluruh dunia, beruang dan antelop dari Afrika.

Anda juga berpeluang melihat beberapa spesies burung yang terbang dengan bebas di dalam kapal terbang.

Sesetengah burung dan haiwan ini akan dibawa keluar untuk bertemu lebih dekat dengan pelawat semasa Pameran Haiwan di arena khas.

 

14. TAMAN BUAYA LANGKAWI

credit : turbozmr2 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Taman Buaya Langkawi. Taman Buaya Langkawi atau Langkawi Crocodile Farm terletak 32 km dari Pekan Kuah.

Di sini anda boleh melihat buaya dalam habitat semulajadi mereka. Bagi anda yang ingin mendekati haiwan predator ini bolehlah membawa keluarga ke sini.

Hampir 1,000 ekor buaya dipamerkan di Taman Buaya Langkawi ini. Buaya diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan antaranya ialah Kolam Pembiakan, Kolam Pemakanan, dan Kolam Pertunjukan.

Selain itu anda juga akan berpeluang untuk memberi makanan kepada anak anak buaya disini.

Sebagai hiburan, anda boleh menonton pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih.

Jika sudah sampai di Taman Buaya Langkawi ini, jangan lepaskan peluang untuk melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450 kilo.

 

15. TAMAN LAGENDA LANGKAWI

credit : Roving via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Taman Lagenda Langkawi. Taman ini dibuka pada tahun 1996, Taman Lagenda Langkawi adalah hasil cetusan idea daripada Tun Mahathir.

Segala bentuk tugu atau ukiran patung yang menggambarkan legenda atau mitos Langkawi akan dapat anda lihat di sini. Ia juga lengkap dengan papan yang menyampaikan kisah di sebalik arca yang dipamerkan, tak ubah seperti sebuah ‘muzium terbuka’.

Taman ini tidak terletak jauh dari jeti Kuah. Taman ini lebih kepada tempat bersiar siar dan terdapat pelbagai jenis landskap yang sangat cantik yang dapat kita lihat di sekeliling kita.

Jika anda sudah sampai ke taman ini, jangan lepaskan peluang untuk merakamkan detik detik indah kerana permandangannya di taman ini sangat cantik dan indah sekali.

Di samping itu, tarikan lain yang turut dapat dinikmati di sini adalah 4 buah tasik buatan yang indah, bukit tinjau yang berketinggian 20 kaki, laluan berjogging dan banyak lagi. Ia sudah tentunya sangat sesuai untuk anda yang sudah berkeluarga beriadah.

 

16. SUNSET CRUISE LANGKAWI

credit : Parrot40 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Sunset Cruise Langkawi. Disini sangat sesuai untuk pasangan yang sedang honeymoon. Sunset Cruise Langkawi ialah adalah perkhidmatan kapal yang besar dan selesa di mana anda boleh belayar sambil melihat permandangan matahari terbenam.

Ia menjadikan Langkawi adalah salah satu tempat  yang amat romantis yang akan diingati selamanya. Sunset Cruise Langkawi beroperasi 7 hari seminggu.

Kapal yang menjayakan trip Langkawi Sunset Dinner Cruise ini diberi nama Sea Splash. Sebenarnya Kapal ini banyak menyediakan pakej-pakej lain antaranya ialah Sunset Dinner Cruise (Sharing and Chatered), Island Escape Fish Farm Adventure (Sharing and Chatered),Living On Board dan banyak lagi.

Jika anda bercadang ingin berhoneymoon di Langkawi, disini adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi.

Sambil menaiki cruise ke tengah lautan dan melihat keindahan panorama matahari yang sedang terbenam di ufuk barat, pasti ia akan menjadikan bulan madu anda lebih romantic dan indah bersama yang tersayang.

Anda tidak perlu khuatir kerana mereka disini menyediakan banyak kemudahan seperti tempat solat, bilik air, tempat masak, ruang tamu yang amat luas, dan mereka juga menyediakan tempat untuk BBQ.

Menariknya, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk menaiki Sunset Cruise Langkawi jika anda bercuti di sini.

 

17. IDAMAN SURI LANGKAWI

credit : julie.tian via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Idaman Suri Langkawi. Jika pinggan mangkuk di Haji Ismail Group tidak ada yang berkenan di hati, jangan risau dan pening kepala kerana ada lagi satu tempat shopping iaitu di Kuah ataupun lebih dikenali sebagai Idaman Suri Langkawi.

Idaman Suri adalah sebuah lagi lokasi membeli-belah yang menarik di Langkawi.

Untuk pengetahuan anda, di Idaman Suri ini ada bermacam barangan kelengkapan rumah yang termasuklah pingan-mangkuk dijual dengan harga sangat berbaloi yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata.

Sedia maklum, Pulau Langkawi merupakan kawasan bebas cukai, sudah tentu mereka yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk mencari barangan yang menarik untuk dibawa pulang.

Bukan setakat jenama local tapi jenama luar negara pun ada tau. Dengan harga yang berpatutan pasti akan membuatkan anda rambang mata.

 

18. DATARAN LANG LANGKAWI (EAGLE SQUARE)

credit : Rosli_09 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Dataran Lang Langkawi. Jika anda datang ke Langkawi tidak sah kalau anda tidak singgah ke Dataran Lang Langkawi ini.

Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar bersama yang tersayang.

Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.

Jika letih berdiri di Dataran ini ada menyediakan kerusi untuk anda duduk sambil bergambar dan bersantai bersama keluarga disini.

 

19. ART IN PARADISE LANGKAWI (3D MUSEUM LANGKAWI)

credit : Phalinn Ooi via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Art In Paradise Langkawi. Dipendekkan cerita, Art In Paradise ini lebih kenali sebagai Muzium Seni 3D ataupun 3D Trick Art.

Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D.

Kenapa anda perlu melawat muzium ini? Kalau anda nak tahu, muzium ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia.

Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik.

Disini banyak menempatkan lukisan yang kelihatan seakan akan hidup, jika diperhati dari sudut tertentu.

Pelancong yang datang kesini boleh bergambar dengan sepuasnya, kerana pihak muzium juga menyediakan contoh cara untuk mengambil gambar supaya tampak lebih real dan menjadi.

Jadi, para para wanita, pastikan mekap anda tak cair walaupun dah berpeluh ya.

Bayaran: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20

Alamat: Oriental Village Burau Bay, 07000 Langkawi

 

20. GALERIA PERDANA

credit : Larry.Ellis via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Galeria Perdana. Galeri atau muzium ini merupakan satu tempat menarik di Langkawi yang sangat ideal untuk lawatan sambil belajar.

Di sini anda akan dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah-hadiah yang pernah diterima oleh kerajaan Malaysia (ketika era pemerintahan Tun Mahathir) sebagai penghargaan terhadap pelbagai jenis pencapaian.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah anda dapat melihat sendiri transformasi beberapa sektor di Malaysia seperti kenderaan lama sehinggalah sekarang.

Kalau anda cintakan seni dan ingin tahu mengenai budaya dan adat sesebuah negara, ini adalah tempat tarikan terbaik untuk anda melihat sendiri seni berharga dari seluruh dunia.

Waktu operasi adalah pada setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Harga Tiket

Dewasa: RM5, Kanak-kanak: RM2

 

21. LANGKAWI JETSKI

credit : SebastienToulous via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Jetski. Jika anda merancang untuk merasai pengalaman bermain Jetski di Langkawi, maka anda harus datang ke pantai Pantai Cenang atau Burau bay di pantai barat pulau itu.

Di sini anda akan menemui banyak kaunter pantai dan hotel yang menawarkan Jet Ski untuk disewa. Terdapat juga pengendali di pantai Tanjung Rhu yang menawarkan Jet Skis untuk disewa setiap jam.

Jika anda sangat gemarkan aktiviti extreme, anda sanagat digalakkan untuk mencuba Jet Ski.

Manakala, kawasan seperti Datai Bay dan Kuah di mana resort besar menduduki kawasan pantai peribadi, anda tidak akan menemui sukan air bermotor, kerana hotel-hotel ini telah memutuskan untuk tidak menawarkan pilihan sedemikian untuk mengelakkan kesan alam dan sistem eco.

 

22. LANGKAWI LAGOON BEACH RESORT

credit : Tinker Sailor Soldier Spy via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Lagoon Beach Resort. Sesuai untuk keseronokan dan bersantai, Langkawi Lagoon Beach Resort terletak berhampiran dengan Langkawi Airport di Langkawi.

Dengan lokasi yang strategik, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar. Hotel mengalu-alukan tetamu dengan kemudahan seperti pantai peribadi, kolam renang luaran, dan tempat letak kenderaan percuma.

Selain itu, ia juga berhampiran Field of Burnt Rice dan Atma Alam.

Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan percutian anda menarik dan terisi sebaiknya.

Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang luas, termasuklah perkhidmatan di bilik 24-jam, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta dan meja penyambut tetamu 24-jam.

Untuk kemudahan anda, sarapan bufet disajikan dengan bayaran setiap pagi dari jam 7:30 pagi hingga 10:30 pagi. Nikmati hidangan dari keselesaan bilik anda dengan perkhidmatan bilik.

Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, Kampung Padang Mat Sirat, 07100 Langkawi, Kedah

Telefon No. : 04-953 3750

 

23. SKYDIVE LANGKAWI

credit : crabroc via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Skydive Langkawi. Dengan instruktor dan krew yang datang dari Australia, SkyDive Langkawi sudah tentu menjanjikan percutian yang menarik dan extreme buat anda.

SkyDive Langkawi ini merupakan tempat terbaik untuk anda terjun dari kapal terbang di bawah kendalian profesional.

Untuk pengetahuan anda, Skydive Langkawi ini sebenarnya tempat tempat terjunan tertinggi di Asia.

Anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk melakukan skydive. Ini kerana anda akan terjun secara tandem dimana instruktor anda yang mengawal kesemuanya sehingga anda selamat mendarat di Tanjung Rhu.

Harga : Bermula dari RM 1290

Alamat : Office 7 Lot 35 Komplek ABZ Jalan Airport, 07100 Padang Matsirat, Kedah

Telefon No. : 012-314 6162

 

24. RUMAH TERBALIK LANGKAWI

credit : rita_boonda via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Rumah Terbalik Langkawi. Ini adalah salah sebuah lokasi dimana anda perlu memastikan bateri  kamera dan phone anda sudah penuh sebelum sampai. Kalau tak, rugi sebab ini adalah sebuah tarikan unik yang mesti diabadikan dalam foto!

Langkawi Upside Down House adalah rumah terbalik yang terletak di dalam kontena.

Disebabkan ianya dipanggil ‘upside down’, semua benda yang ada dalam kontena ni adalah dalam kedudukan terbalik.

Sampai anda pun boleh pening kepala tertanya-tanya sama ada anda yang terbalik atau barang dalam rumah ni yang terbalik. Jangan malu untuk posing pula!

Ada lebih daripada 15 kawasan bergambar ‘lintang-pukang’ yang terdapat di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Bayaran: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM15

Alamat: Jalan Padang Matsirat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

 

25. GAMAT LANGKAWI (NUSANTARA GAMAT)

credit : chenta87 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Gamat Langkawi.

Bagi anda yang ingin menambah stok minyak gamat di rumah, anda boleh datang ke Nusantara Gamat.

Di Nusantara Gamat, anda bukan sahaja dapat membeli minyak gamat dengan harga yang murah sahaja, malahan anda berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana minyak gamat tersebut diproses dari awal sehingga siap dihasilkan.

Selain minyak gamat, Nusantara Gamat juga telah menghasilkan produk lain yang berasaskan gamat yang tinggi khasiatnya seperti blam, sabun dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm

Alamat: Nusantara Gamat, Jalan Padang Mat Sirat

 

26. PEKAN KUAH

credit : Arushad via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pekan Kuah. Kuah atau Bandar Kuah adalah sebuah bandar, mukim dan ibu kota Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia adalah titik masuk bagi anda yang datang dengan feri dari sama ada tanah besar atau Pulau Pinang.

Bandar ini berpusat di jetinya, yang membawa para pelancong setiap tahun yang datang untuk menikmati tarikan di Langkawi.

Selama bertahun-tahun, Kuah telah berkembang menjadi sebuah bandar yang moden dan bertenaga dengan banyak peluang membeli-belah dan makan, dibantu oleh pertumbuhan pengunjung yang mengagumkan ke Langkawi.

Nama ‘Kuah’ berasal dari perkataan Melayu untuk kuah, dan legenda menyatakan bahawa bandar itu timbul dari secangkir kuah yang ditumpahkan di atas tanah oleh dua raksasa, Mat Raya dan Mat Cincang (sekarang nama dua gunung tertinggi di Langkawi ), semasa mereka berperang.

Kuah mempunyai pelbagai hotel tetapi tiada resort, kerana bandar ini tidak mempunyai pantai yang sesuai walaupun terletak di tepi laut.

Namun, Kuah menawarkan banyak kemudahan dan tarikan, menjadikannya tempat yang mudah dan menarik untuk dikunjungi walaupun kekurangan pantai dan tempat-tempat malam.

Hari ini, Kuah berkembang pesat sebagai pusat komersial dengan kompleks membeli-belah, restoran, kedai makanan segera, hotel dan kedai kraftangan.

 

27. KOMPLEKS KRAFTANGAN LANGKAWI

credit : www.travelfish.org/sight_profile/malaysia/peninsular_malaysia/perlis/langkawi/1809 via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Kompelk Kraftangan Langkawi. Kompleks Kraf Langkawi merupakan salah satu destinasi utama pelancongan di Pulau Langkawi dan juga pusat kraf setempat, yang mempersembahkan pelbagai produk kraf autentik seperti batik, anyaman, ukiran kayu, logam, seramik serta aneka kraf.

Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi.

Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.

Ia merupakan ‘One Stop Center ‘ bagi jualan hasil kraf Malaysia

Selain itu, Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan.

Terdapat juga aktiviti interaktif kraf seperti mewarna batik, mendirikan keris dan menyumpit. Bagi aktiviti mewarna batik, pelancong tempatan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan pelancong asing sebanyak RM15. Manakala, bagi aktiviti mendirikan keris dan menyumpit tiada bayaran akan dikenakan

Alamat: Kompleks Kraf Langkawi Malaysia, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi.

Tel: 04-9591913

 

28. TELAGA HARBOUR

credit : Joe Faizal Photographer via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Telaga Harbour. Ia merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian dinaik tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar.

Selain itu, kawasan disekitarnya dibangunkan semula dengan nama Perdana Quay yang menempatkan restoran-restoran dan apartment mewah menjadikan tempat ini kelihatan mewah dan eksklusif.

Antara tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi ialah kedai roti eksklusif The Loaf milik mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad.

Anda boleh jadikan Telaga Habour sebagai persinggahan untuk santai minum petang sambil melihat kapal-kapal berlabuh yang pasti menjanjikan pemandangan yang eksklusif.

Disini terdapat butik, restoran, bar, spa, hotel dan anda boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk kapal layar mewah yang berlabuh di marina. Pada waktu malam ketika lampu telah dinyalakan, Telaga Harbour Park kelihatan cantik dan hebat.

Alamat :  Lot 1 Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.

Nombor Telefon : 0 4-959 2208

 

29. GO KARTING LANGKAWI

credit : Prabash via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Go-karting Langkawi. Go-kart Langkawi dibuka 7 hari seminggu walaupun pada hari cuti umum.

Bagi anda yang gemarkan sukan extreme, anda bolehlah pergi ke Go Karting Langkawi untuk bermain go kart.

Setiap satu sesi berlangsung selama kira-kira 10 minit dan satu trek boleh memuatkan sehingga 20 orang permain dalam suatu masa.

Alamat: Lot 67, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Kedah, 07000 Pulau Langkawi

Telefon : 04-9523152

 

30. BIRD PARADISE LANGKAWI

credit : Martin Malíček via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Bird Paradise. Langkawi Bird Paradise telah dibuka kepada orang ramai pada 30 November 2002. Ia dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Menteri Kedah, Y.A.B. Dato Seri Razak Zain pada 24 Disember 2002.

Pada 1 Januari 2006 dan sejajar dengan pelbagai pameran hidupan liar baru, ia telah ditukar nama kepada  “Taman Hidupan Liar Langkawi”.

Jika anda pergi melawat ke Langkawi Bird Paradise, anda akan disambut oleh burung-burung yang indah semasa anda berjalan-jalan di taman-taman tropika.

Anda akan melalui bilik burung besar di mana spesis yang lebih besar mempunyai ruang untuk meregang sayap mereka dan terbang. Anda juga boleh berinteraksi dengan haiwan melalui sesi pemakanan yang menyenangkan.

Sudah tentunya, ia akan menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan buat anda sekeluarga.

Alamat : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi : 8.30 pagi – 6.00 petang

Telefon : 04-966 5855

 

31. LANGKAWI CORAL

credit : Langkawi Coral via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Coral. Langkawi Carol merupakan tempat pemuliharaan dan memelihara keindahan alam semulajadi dan warisan budaya di Malaysia.

Alamat : Plot 9-11, Tingkat 2, Komplek Cayman, Jalan Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu operasi : Setiap Hari jam 9.30 pagi – 10.30 malam

No Telefon : 04-966 7318

 

32. EAGLE FEEDING LANGKAWI

credit : timpattis via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Eagel Feeding Langkawi. Anda akan nampak banyak helang laut di kebanyakan tempat di sekitar Langkawi.

Eagles coklat kemerah-merahan (juga dikenali sebagai Kites Brahminy) adalah bentuk helang yang paling biasa yang anda akan dapati di sini. Anda juga akan melihat banyak White Bellied Sea Eagles di Langkawi juga yang lebih besar saiznya.

Kawasan pemakanan utama dari helang coklat kemerahan adalah di kawasan Sungai Kilim di hujung timur utara yang merupakan sebahagian daripada Kilim Geopark dan juga kawasan air berhampiran pulau Pulau Singa Besar yang terletak di selatan pulau utama.

Ia adalah pemandangan yang menakjubkan di mana sejumlah besar helang mengelilingi langit dan menyelam ke sungai untuk menangkap makanan mereka.

Apabila anda sampai ke kawasan air yang tenang yang dikelilingi oleh hutan yang padat, tukang perahu itu menutup mesin untuk menghilangkan bunyi bising, pergi ke bahagian belakang bot dengan beg penuh kulit ayam dan mula membuang potong ke dalam air.

Kemudian helang-helang tersebut akan mula menerkam untuk menangkap makanan mereka yang terapung di atas air.

Semasa memberi makan, anda akan melihat 30-40 helang yang terbang di langit dan menyembur sebaik sahaja mereka mengenal pasti sasaran mereka.

Populasi Eagle di Kilim Geopark semakin meningkat. Dimana, sekarang terdapat lebih daripada 500 helang liar di kawasan ini.

 

33. BUFFALO PARK LANGKAWI

credit : timzone@y7mail.com via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Buffalo Park Langkawi. Buffalo Park terletak di hujung jauh Padang Matsirat di tengah-tengah tumbuhan kehijauan dan ladang getah dengan latar belakang gunung yang indah.

Ia adalah ladang tenusu yang aktif yang juga menggalakkan Agro Pelancongan. Ia juga adalah satu-satunya tempat di seluruh Malaysia di mana anda mendapat Mozzarella Cheese segar dari susu kerbau.

Susu yang dihasilkan di ladang digunakan untuk membuat produk berasaskan susu seperti keju, yogurt, ais krim dan susu berperisa dengan pelbagai jenis. Anda juga boleh melihat pembuatan Mozzarella dan jenis keju lain di ladang.

Bagaimanapun, ambil perhatian bahawa aktiviti-aktiviti ini mempunyai masa tertentu dan anda perlu hadir pada masa itu untuk mengambil bahagian di dalamnya.

Ladang itu juga menawarkan tunggangan seperti ransangan kerbau (RM20), kerbau menunggang kerbau (RM35), anok rides (RM25) dan lain-lain.

Terdapat sebuah kafe di pintu masuk ladang tenusu. Ia terbuka dari sisi dan menawarkan suasana yang mesra dan santai. Anda boleh merancang untuk makan siang di sini.

Salah satu barangan terbaik di sini ialah stik yang terbuat dari daging kerbau dan disajikan dengan kentang dan sos mashed. Ia berharga RM15 setiap pinggan.

Terdapat ais krim dari rasa yang berbeza yang dibuat dari susu kerbau. Kos RM2 untuk tiga sudu.

Produk-produk susu yang lain termasuk Keju Mozzarella yang terkenal (RM12 setiap 100gm) dan Ricotta Cheese (ringan & berkrim, RM6 setiap 100gm), susu kerbau (RM3), Yogurt (RM3) dan krim berperisa (RM2). Di kafe anda boleh memesan roti dengan keju Mozzarella.

Yuran : RM3 untuk penduduk tempatan (dengan MyKad), RM5 untuk pelawat dari negara lain.

Waktu Operasi : Sabtu hingga Khamis (10 pagi hingga 5 petang), Jumaat tutup

Alamat: Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Cabang, Langkawi 07100.

 

34. LANGKAWI ZOO

credit : Luca Comparini via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Zoo. Kepada anda yang bercuti bersama anak-anak, anda boleh singgah ke Zoo Langkawi. Terdapat pelbagai jenis haiwan yang ada di zoo ini.

Tidak seperti di zoo lain, Zoo Langkawi sememangnya akan memberikan anda pengalaman yang baru dimana anda bukan sahaja dapat melihat haiwan malahan dapat membelai dan memberi makan.

Anda akan berpeluang memberi burung-burung jinak, landak hinggalah kepada keldai makan.

Selain itu, anda juga boleh membelai sesetengah binatang di sini. Contohnya arnab-arnab gebu yang jinak-jinak. Jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama haiwan-haiwan tersebut.

Harga Tiket

Warganegara : Dewasa – RM 24, kanak-kanak – RM 16

Pelancong Asing : Dewasa – RM 39, kanak-kanak -RM22

Alamat : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu operasi : 8.30 pagi – 6.00 petang

Telefon : 04-966 5855

 

35. LANGKAWI LAGOON BY OMBAK VILLA

credit : naturallylangkawi.my/portfolio/ombak-villa-langkawi/ via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Ombak Villa Langkawi. Ombak Villa Langkawi terletak hanya 3 km atau kira-kira 5 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, menawarkan pemandangan Laut Andaman dan gunung Mat Chinchang yang luar biasa.

Ombak Villa Langkawi menawarkan gabungan sempurna seni bina Melayu tradisional dengan reka bentuk dalaman kontemporari moden.

Tetamu boleh memilih untuk menginap di Suite Ombak, Seroja Suite atau Villa Seri Kasturi yang direka dengan luas dengan beranda peribadi yang menghadap ke Laut Andaman.

Kemudahan mewah iaitu kolam renang, gimnasium dalaman dan luaran, dewan pertemuan dan jamuan menanti anda.

Untuk makan dan hiburan anda, resort ini ada menawarkan pilihan makanan pilihan dari masakan tempatan dan antarabangsa di Restoran Bayu, Mentari Lounge, Amai Bistro dan Al Shallal Restaurant yang pastinya akan memenuhi citarasa anda.

 

36. KILIM MANGROVE TOUR

credit : Sandy via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Kilim Mangrove Tour. Dalam perjalanan di Sungai Kilim ini anda boleh melihat spesies pokok-pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang sudah berusia jutaan tahun.

Anda juga akan dapat melihat helang, meneroka masuk ke dalam gua-gua, melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar (dan melihat ikan sumpit) hinggalah melawat ke kawasan laut Andaman yang hampir dengan sempadan Thailand.

Untuk ke Sungai Kilim, anda perlu mengambil bot dari Jeti Kilim yang bermula dari RM300 untuk sebuah bot dengan 8 tempat duduk. Jangka masa lawatan adalah 1 jam.

Namun begitu,bagi anda yang ingin benar-benar meneroka, anda boleh mengambil pakej 4 jam yang bermula dari RM500 untuk 1 bot.

Bergantung kepada pakej, anda mungkin dapat singgah untuk makan tengahari dan diberi masa untuk aktiviti snorkeling.

 

37. PULAU PAYAR

credit : unite via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pulau Payar. Pulau Payar Marine Park ini merupakan pulau yang tidak berpenghuni.

Namun, ramai pengunjung yang datang ke pulau ini untuk bercuti. Jika anda datang ke Pulau Paya ini, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan.

Bagi anda yang ingin bermandi manda, anda berpeluang untuk bermandi manda bersama sama ribuan ikan-ikan di Pulau Payar. Selain itu, anda juga boleh mencuba snorkelling dan scuba diving bersama keluarga dan rakan-rakan.

Seterusnya, bagi anda yang gemarkan untuk melihat keindahan alam sekitar dan pokok-pokok, anda juga boleh masuk ke hutan untuk jungle trekking.

Anda juga akan berpeluang untuk meneropong pelbagai spesies burung liar seperti burung pergam dan helang di pulau ini.

Harga Tiket / Harga Pakej Pulau Payar

Terdapat dua jenis pakej yang boleh anda cuba di Pulau Payar:

  1. Pakej Pantai

Pakej snorkeling ini selalunya berharga RM230 seorang. Anda akan dihantar dengan bot ke tepi pantai untuk snorkeling di pesisir pantai. Pakej ini termasuk dengan makanan dan  makanan akan dibekal dalam bekas.

  1. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral

Pakej ini selalunya berharga di atas RM390 seorang. Jika anda mengambil pakej ini, anda akan dihantar ke platform tengah laut menggunakan bot untuk aktiviti scuba diving. Untuk pengatahuan anda semua, disini ada lebih banyak ikan berbanding di pantai. Untuk pakej ini, makanan disediakan dalam bendtuk buffet.

Alamat:Pulau Payar Marine Park

 

38. TASIK DAYANG BUNTING

credit : ktula via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Tasik Dayang Bunting. Tasik Dayang Bunting mendapat namanya kerana terletak di dalan jejeran bukit yang kelihatan seperti seorang wanita ‘bunting’ yang  sedang berbaring.

Selain itu, tasik ini juga kononnya merupakan tasik kegemaran puteri kayangan yang bernama Mayang Sari.

Jika anda datang ke Tasik Dayang Bunting, anda boleh melakukan aktiviti mandi manda dan berenang. Namun anda hendaklah menggunkan jaket keselamatan yang telah disediakan.

Selain itu, terdapat platform terapung yang membolehkan anda duduk bersantai sambil merendamkan kaki untuk digigit ikan ikan yang ada di sini.

Anda juga boleh melakukan aktivti berkayak sambil menikmati panorama di kawasan Tasik Dayang Bunting.

Jika anda ingin ke Tasik Dayang Bunting ini, anda perlu menaiki bot dengan pakej Island Hopping yang bermula dari RM50 dan ke atas

Harga Tiket: Dewasa – RM5, Kanak-kanak – RM3

Alamat: Pulau Dayang Bunting

 

39. PULAU TUBA

credit : Bernard Spragg via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pulau Tuba. Jika anda inginkan percutian yang tenang dan jauh daripada kesibukkan bandar, anda bolehlah berkunjung ke pulau tuba. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau tuba ini.

Untuk pengetahuan anda, pulau tuba terletak bersebelahan dengan Tasik Dayang Bunting iaitu di Selatan Langkawi.

Pulau Tuba merupakan merupakan kawasan perkampungan yang masih memiliki ciri ciri bentuk muka bumi semula jadi dan tidak diterokai. Suasananya yang tenang dan damai sangat jarang ditemui di Malaysia.

Untuk ke Pulau Tuba, anda boleh mengambil bot dari Jeti Marble. Terdapat beberapa permandangan indah di sekitar Pulau Tuba iaitu, Jeti Teluk Puyuh, Bakar Arang, Tanjung Pandan, dan Bukit Licin.

Motorsikal juga boleh disewa untuk melawat tempat tempat tersebut.

Terdapat makanan laut yang wajib anda cuba apabila anda ke Pulau Tuba. Antaranya adalah Bronok dan Kerang Bulu. Bronok biasanya dipotong kecil kecil dan dimasak bersama kerabu mangga. Manakala kerang bulu pula sedap dimasak pelbagai cara.

 

40. PULAU BERAS BASAH

credit : safuan_zahari via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pulau Beras Basah. Ingin menikmati pemandangan yang penuh dengan kehijauan bumi dan menyegarkan mata? Pulau Beras Basah adalah lokasi percutian yang terbaik untuk anda.

Di Pulau Beras Basah, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan air laut yang jernih serta pasir putihnya sambil bermandi-manda dan berkelah di tepi pantai.

Bayu laut yang mendamaikan di pulau ini sudah tentunya akan member ketenganan kepada anda. Jika anda bernasib baik, anda akan berpeluang untuk melihat burung helang dan ikan lumba lumba die pulau ini.

Alamat: Pantai Tengah, 07000 Langkawi.

 

41. PULAU SINGA BESAR

credit : www.viator.com/Langkawi-attractions/Pulau-Singa-Besar/d338-a16008 via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pulau Singa Besar. Pulau Singa Besar ialah salah satu pulau yang terdapat di Langkawi. Nama pulau ini berasal dari legenda masyarakat sekitar yang dahulu kala dipercaya tinggal seekor singa raksasa yang bertugas menjaga pulau ini.

Pulau Singa Besar terletak diantara dua pulau iaitu Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting.

Jika anda berkunjung ke pulau ini, anda dapat menikmati permandangan kehijauan hutan yang sangat tebal disekeliling Pulau Singa Besar.

Jika anda melakukan aktiviti jungle trekking di hutan pulau ini, anda akan dapat melihat pelbagai jenis fauna yang berkembang dan membiak dengan baik kerana masih belum diterokai lagi.

Antara fauna yang terdapat di hutan Pulau Singa Besar ini ialah monyet, kadal, iguana, helang, kancil dan burung-burung hutan. Anda juga akan berpeluang untuk member makan helang helang yang terbang bebas di udara.

Untuk pengetahuan anda, di Pulau Singa Besar ini tidak terdapat hotel atau cottage.

Jika anda mahu menginap di pulau ini, anda perlu berkhemah di pinggir pantai. Pihak pengurus pulau ini sengaja berbuat demikian bagi menjaga keaslian dan kelestarian pulau ini. 

 

42. PANTAI CENANG

credit : luco via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pantai Cenang. Pantai Cenanag adalah tarikan yang paling ramai pelancong kunjungi ketika bercuti di Langkawi.

Disebabkan pantainya yang landai dan luas, anda dan keluarga boleh ambil angin atau mandi dengan selesa. Selain itu, pada waktu air surut, ombak di Pantai Chenang tidak kuat.

Pantai Cenang adalah antara kawasan pantai yang paling terkenal di Langkawi.

Kalau dah terkenal, sudah semestinya kawasan di sekitar tidak mengecewakan, cukup meriah dengan pelbagai jualan barangan dan tempat-tempat yang menawarkan aktiviti air yang menarik seperti jet ski, parasailing, banana boat dan banyak lagi.

Lapar? Macam-macam kedai makanan ada di sini, pilih sahaja yang mana menarik selera anda.

Pantai yang juga merupakan antara yang terpanjang di Langkawi ini agak padat dari bulan Oktober hingga Mei.

Kalau anda ke Langkawi sekitar bulan yang padat ini, waktu yang terbaik adalah di awal pagi untuk mendapatkan lebih privasi.

Alamat:Pantai Cenang, Langkawi 07000

 

43. PANTAI TENGAH

credit : Rajlakshmi Kalita via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pantai Tengah. Terletak hanyalah bersebelahan dengan pantai yang meriah dengan pelawat iaitu Pantai Cenang, Pantai Tengah adalah pilihan tarikan alam semula jadi yang lebih tenang untuk anda yang ingin menikmati rasa nyaman pantai yang sebenar tanpa gangguan ramai.

Pantai yang mempunyai pasir putih dan air yang jernih ini menawarkan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang sungguh mempesonakan.

Sambil-sambil melepak-lepak tu, lengkapkan ‘gaya santai tepi pantai’ anda dengan air kelapa yang menyegarkan tekak.

Selepas puas bersantai, anda boleh mencuba bermacam aktiviti menarik yang ditawarkan di sini seperti banana boat, jet ski, parasailing dan bermacam lagi.

Jika anda inginkan sesuatu yang relaks, rawatan spa turut ditawarkan di sini.

Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi

 

44. PANTAI PASIR HITAM

credit : abiommacro2 via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pantai Pasir Hitam. Jangan terkejut, Pantai Pasir Hitam ini bukan ‘hitam’ pada namanya sahaja, tapi memang pasirnya berwarna hitam.

Menurut mitos, pada satu masa dahulu, terdapat seekor burung Garuda yang datang dan menculik seorang puteri cina yang cantik wajahnya dengan niat yang baik, namun begitu, tunang si puteri ini yang datang dari Rome telah bertempur dengan Garuda ini demi mendapatkan kembali puteri.

Perang antara burung Garuda dengan tunang puteri ini tidak henti-henti sehinggalah sampai ke Pulau Langkawi sampai menyebabkan pasir pantai ini menjadi hitam kerana sisa peperangan.

Tapi, kalau diikutkan sebab sebenarnya, tak lah se‘epik’ yang disangka, kerana pasir ini menjadi hitam disebabkan oleh campuran kandungan mineral yang berbeza iaitu zirkon, ilmenit dan tourmaline.

Ia juga dikatakan yang mineral-mineral yang terdapat di dalam pasir ini datang daripada Gunung Raya melalui mata air yang mengalir tidak jauh dari pantai.

Alamat : Pantai Pasir Hitam, Air Hangat, Langkawi

 

45. PANTAI TANJUNG RHU

credit : BeanTse via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pantai Tanjung Rhu. Tanjung Rhu adalah sebuah kawasan pantai yang sungguh mempesonakan keindahannya sehingga termasuk di dalam senarai sebagai antara 100 pantai yang terindah di dunia oleh media antarabangsa, CNN.

Namun begitu, pantai ini lebih tenang dan privasi berbanding Pantai Cenang. Sambil menikmati kedamaian pantai, anda dapat menikmati pemandangan pokok-pokok rhu yang tumbuh mekar di kiri dan kanan.

Bukan itu sahaja, kecantikan kawasan pantai ini turut diserlahkan lagi dengan kewujudan bot-bot nelayan dan bot pelancong yang berlabuh di tepian pantai.

Aktiviti yang sering dilakukan di sini pula adalah seperti parasailing, snorkeling dan banyak lagi.

Namun begitu, pantai ini turut menjadi kawasan pantai persendirian yang mana hanya boleh dilawati oleh tetamu penginapan di sekitar kawasan.

Oleh itu, terdapat kemungkinan yang anda tidak boleh mengakses pantai ini dari pukul 5.30 pm dan ke atas.

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, Tanjung Rhu, 07000 Langkawi

 

46. PANTAI PASIR TENGKORAK

credit : www.langkawi-info.com/attractions/pantai-pasir-tengkorak.htm via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Pantai Pasir Tengkorak. Mengapa pantai ini diberi nama yang agak menakutkan dan menyeramkan? Mengikut lagenda tempatan, suatu masa dulu terdapat raksasa laut atau air pusar yang menenggelamkan banyak kapal dan kemudian mencampakkan tengorak mangsanya di pantai ini.

Mengikut satu lagi lagenda, satu pertempuran hebat di antara Jentayu dengan Garuda berlaku di pulau berdekatan.yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban banyak ditemui di pantai ini.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika anda ke sini ialah berenang. Anda boleh mandi manda di pantai ini. Namun begitu, pengawasan daripada orang dewasa perlu bagi kanak-kanak.

Disini juga boleh berkelah iaitu makan-makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Makanan perlu dibawa sendiri daripada rumah.

Selain itu, aktiviti seperti berkhemah juga sesuai dijalankan disini. Banyak sekolah yang menjadikan tempat ini sebagai tapak perkhemahan.

Bagi pelancong asing mereka akan bersantai di pasir pantai ini bagi menikmati cahaya matahari dan suasana tenang di pantai ini.

Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang disediakan di sini, antaranya meja untuk berkelah, surau, tandas dan pondok tepi pantai

 

47. 5D MUSEUM LANGKAWI

credit : www.malaysianfoodie.com/2015/01/believe-able-new-attraction-langkawi.html#.XHO3zfkzbIU via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah 5D Museum Langkawi. Merupakan muzium yang satu – satunya konsep 5D yang ada di Malaysia dan misi muzium ini ialah menjadikan tarikan ini berkait rapat dengan 5 pancaindera yang dikurniakan kepada kita iaitu bauan, pendengaran, melihat ,rasa dan juga sentuhan.

Muzium ini terletak di Langkawi Fair Shopping Mall yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi.

Waktu operasi muzium ini ialah dari jam 10 pagi sehingga 7.30 petang dan dibuka setiap hari.

Manakala harga tiketnya pula berbeza untuk warganegara dan pelancong asing. Bagi warganegara dewasa hanya RM30 dan bagi kanak – kanak pula RM20 sahaja dan bagi pelancong asing dewasa RM38 dan RM 28 bagi kanak – kanak.

Alamat : Lot No. FF 2 & FF 3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah.

 

48. CANOPY ADVENTURE LANGKAWI

credit : Umgawa Market via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Canopy Adventure Langkawi. Kalau anda belum cukup seronok dengan Skytrek Langkawi, dan mahukan aktiviti outdoor yang lebih mengerah keringat dan extrem, anda boleh ke Langkawi Canopy Adventure.

Dengan kos bermula RM 180 seorang, anda bakal masuk ke hutan Gunung Raya dan memanjat pokok, merentas denai, melakukan ziplining dan abseiling bersama pemandu hutan yang terlatih.

Pendek kata, kalau anda sudah lama mahu jadi seperti Tarzan, ini tempat terbaik di Langkawi untuk anda melakukannya.

 

49. ISLAND HORSE LANGKAWI

credit : _The Mandarin_ via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Island Horse Langkawi. Island Horse adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan jika anda bercuti di Langkawi dan sekiranya anda  tak kisah untuk berbelanja lebih.

Anda boleh melawat Langkawi Horses Equestrian Centre yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Oriental Village Langkawi untuk sebuah pengalaman yang akan terukir di dalam memori.

Anda boleh merasai pengalaman menunggang kuda berdasarkan jadual yang disediakan.

Jangan risau, jika anda tidak pernah menungang kuda, pihak Equestrian Centre ini akan memastikan semuanya disesuaikan dengan kemampuan anda.

Antara lokasi penerokaan menggunakan kuda yang ditawarkan adalah melalui kawasan-kawasan air terjun yang tersembunyi, hutan yang menghijau, kawasan-kawasan kampung dan pantai-pantai yang nyaman.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (7.00am – 11.00am, 3.00pm – 6.00pm)

Alamat: The Perdana Stables, Telaga Tujuh Waterfalls, Langkawi

 

50. TAMAN MARDI LANGKAWI

credit : www.luqmanzakaria.com/2018/03/Tempat-tempat-menarik-berkaitan-agro-pelancongan-di-kedah-dan-perlis.html via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Taman Mardi Langkawi.

Berkeluasan 27.39 hektar, Taman Agroteknologi Mardi menawarkan anda sekeluarga pengalaman yang penuh manfaat kerana di sini anda sekeluarga dapat mempelajari banyak perkara berkaitan teknologi-teknologi yang digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia.

Jika anda ke sini, anda dapat melihat lebih daripada 20 jenis pokok buah-buahan seperti buah nanas, buah cempedak, buah belimbing, buah mangga dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, tumbuhan herba juga boleh didapati di sini. Kesemua jenis tumbuhan yang dihasilkan di sini dapat dilihat dan diteroka dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.

Yang menariknyanya, setelah puas melihat kesemua ladang yang terdapat di sini, anda boleh bersantai di sebuah perhentian untuk menikmati pelbagai jenis buah tempatan yang terhasil mengikut musimnya.

Anda juga boleh menikmati semua ini secara percuma!

Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, datanglah ketika musim buah yang bermula dari bulan Mei sampai Julai.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8.30am – 5.00pm) | Jumaat Tutup

Bayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Alamat: 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Ulu Melaka Kuah, 07000, Langkawi

 

51. HELIOUTPOST LANGKAWI

credit : www.tripadvisor.co.za/LocationPhotoDirectLink-g298283-d2202047-i195512831-Helioutpost-Langkawi_Langkawi_District_Kedah.html via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Helioutpost Langkawi. Langkawi bukan sahaja cantik kalau dipandang dari tepi pantai atau dalam bot — tapi jauh mengasyikkan jika dilihat dari atas.

Ramai yang tidak tahu, tapi anda sebenarnya boleh menyewa helikopter kecil dengan HeliOutpost untuk melihat permandangan pulau Langkawi.

Yang penting, sediakan sahaja duit.

Jika bajet anda kecil, anda boleh menaiki helikopter ini dengan harga RM550 (maksima 3 orang) untuk 6 minit. Kalau bajet anda besar, boleh sahaja ronda pulau dengan lebih lama.

 

52. MUZIUM LAMAN PADI

credit : liptak.de via flickr.com

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Muzium Laman Padi. Laman Padi merupakan salah satu tempat yang menarik di Langkawi. Disini anda dapat melihat sawah padi terbentang luas dan pasti menjanjikan pemandangan yang sangat indah dan damai.

Suasana sawah padi sebenar akan dapat dirasai kerana terdapat juga orang-orang yang berada di tengah-tengah sawah padi.

Anda bukan sahaja dapat melihat sawah padi, malahan dapat dengan mengenali lebih dekat jenis-jenis padi yang ada disini. Disini juga terdapat sebuah muzium padi yang boleh anda lawati.

Apabila sampai disini anda akan dilayan dan dibawa melawat sawah padi. Pengalaman yang paling mengujakan ialah apabila anda dibawa turun ke sawah padi dan melihat sendiri bagaimana padi di tanam.

Anda juga akan diberi peluang untuk mencuba sendiri menanam padi dan akan diajar cara yang betul.

Datanglah ke Laman Padi ini bagi mereka yang ingin melihat sendiri bagaimana padi diproses. Selain daripada dapat melihat pemandangan indah anda juga akan dapat menimba ilmu mengenai padi.

Disini juga terdapat restoran seashells yang sangat popular untuk makan malam.

Alamat : Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.

Nombor Telefon :  0 4-955 3225

Waktu Operasi :  10:00 a.m – 6:00 p.m

 

53. DEV ADVENTURES LANGKAWI

credit : www.langkawi-nature.com/langkawi-eco-tours.htm via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Dev Adventures Langkawi. Kalau island hopping masih belum cukup seronok dan anda mahu merasai seronoknya berkayak melalui paya bakau Langkawi, anda bolehlah ke Dev Adventures Langkawi.

Dev Adventures Langkawi adalah salah satu pengendali kayak paling terkenal di pulau ini.

Bermula dengan harga RM 220 seorang, aktiviti berkayak akan mengambil masa sekitar 5 jam.

Kalau bot-bot pelancong melalui kawasan besar, anda akan melalui kawasan lebih terpencil dengan pelatih anda. Ini menjadikan suasananya lebih eksklusif dan anda akan berpeluang untuk melihat lebih banyak helang, ular, memerang dan kelawar.

Jika anda menpunyai anak kecil, mereka boleh ikut berkayak. Dengan syarat mereka berumur 5 tahun dan ke atas.

Makan tengahari disertakan sekali dan jika anda ingin membawa kamera, beg kalis air akan dipinjamkan kepada anda.

 

54. LANGKAWI PARADE

credit : cartoola.my/malls/langkawi-parade-megamall via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Langkawi Prade. Langkawi Parade adalah pusat membeli-belah yang besar dan terdapat 60 kedai-kedai, pasar raya, 12 restoran, sebuah hotel bajet moden, pawagam, pelbagai peringkat tempat letak kereta dan banyak lagi.

Pusat membeli belah ini terletak di luar kawasan bandar. Jika anda ingin datang ke sini dari pusat bandar, ia akan mengambil hanya 15 minit sahaja untuk sampai.

Jika anda ingin mencari hadiah atau cenderamata, anda bolehlah ke Langkawi Parade.

Waktu Operasi: Setiap Hari, 10.00 pagi – 9.30 malam

Alamat: Langkawi Parade Megamall A14-15, Pokok Assam, Langkawi

No Tel: 04-966 5017

 

55. KAMPUNG AIR HANGAT LANGKAWI

credit : www.langkawi-insight.com/langkawi_00007d.htm via google

 

Tempat menarik di Langkawi yang seterusnya ialah Kampung Air Hangat Langkawi. Berbeza dengan kebanyakan air panas di Malaysia, air panas di sini datangnya dari air masin dan bukannya air tawar.

Di sini kolam air panasnya dibahagikan kepada beberapa tahap ia itu dari yang paling panas kepada yang hampir sejuk agar sesuai dengan anda.

Tempat ini dahulunya cukup popular. Tapi dengan adanya banyak kolam air panas di Malaysia, ia menjadi kurang dikunjungi walaupun di letak sebagai antara tarikan di Pulau Langkawi ini.

Jadi jangan terkejut jika hanya anda dan keluarga sahaja yang berada di sana sewaktu kunjungan.

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 5 petang

Harga Tiket : Dewasa – RM5, kanak-kanak – Percuma

 

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikal ini sehingga ke penghujungnya. Semoga sedikit sebanyak, artikal ini dapat membantu anda merancang percutian anda ke Langkawi.

Selamat Bercuti!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts