6 Tips Cara Jimat Melancong Dalam Negara, Nombor 3 Tu Boleh Cuba Buat, Berbaloi Kalau Dapat

Siapa yang tidak suka bercuti? Namun dengan kos sara hidup yang tinggi, ramai yang mungkin menangguhkan percutian mereka. Tapi siapa kata bercuti memerlukan kos yang tinggi? Tak perlu ke luar negara, pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di Malaysia ini. Jika kena dengan caranya, pasti anda juga boleh menikmati percutian dalam negara dengan kos yang rendah.

Apa kata anda semak 6 tips cara jimat untuk melancong dalam negara seperti yang dikongsikan oleh laman web Cari Destinasi ini. Nak bercuti boleh tapi jangan sampai membazir. Tips nombor 3 tu mungkin boleh cuba buat, mana tahu nasib anda baik. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua !

1. Cari tempat pelancongan yang kurang popular tetapi tetap menarik.


Apa nak buat, andai kata anda perlu juga bercuti pada musim cuti penggal sekolah juga, apa kata beralih angin ke tempat menarik di Malaysia yang kurang popular.

Sebenarnya, banyak tempat menarik di Malaysia yang underrated tetapi boleh dikatakan destinasi yang sesuai untuk bercuti.

Percutian ke pulau? Kalau sebut pasal bercuti ke pulau, memang tiada tempat lain yang bermain di benak fikiran kita sama ada Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman. Memang benar pulau ini cantik, tapi ada lagi pulau-pulau lain yang kurang popular seperti di Terengganu, Johor dan Sabah.

2. Pergi bercuti pada bukan masa cuti sekolah/peak season.

Harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa. Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute.

Super duper traffic jam dan semak dengan kenderaan di jalan raya. Kena beratur panjang gila kalau nak lakukan aktiviti pelancongan, contohnya kalau nak naik kereta kabel di Pulau Langkawi, boleh tunggu janggut jawabnya menunggu giliran.

Jadi kesimpulannya, sama ada anda susah nak ambil cuti atau tidak, disarankan sangat-sangat untuk pergi pada hari-hari biasa. Simpan cuti tahunan untuk bercuti dengan keluarga pada bukan musim percutian penggal atau musim kemuncak.

3. Beli secara online tiket penerbangan selepas waktu malam pada weekday.

Tips ini saya sendiri pernah alami ketika membeli tiket pada lewat malam sekitar pukul 1 pagi tetapi pada waktu itu terfikir :

”eh kenapa harga macam murah pulak? semalam macam mahal sedikit”

Pada awalnya rasa macam ”mungkin aku salah lihat kot”, rupa-rupanya memang harga dia jatuh selepas lewat malam. Namun atas nasiblah, kawan-kawan pun ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika membeli tiket online pada waktu lewat malam.

Beli tiket pada hari weekday kerana pada hujung minggu biasanya harga lebih mahal. Kalau anda selalu guna portal Air Asia, mereka ada kemudahan filter untuk mencari tiket yang murah pada hari-hari tertentu.

4. Clearkan ‘cookies’ di browser internet anda.

Sekiranya anda sering menggunakan sesuatu platform online untuk membuat survey dan mencari tiket penerbangan, sila clear ‘cookies’ terlebih dahulu sebelum membuat tempahan tiket.

Seperti juga enjin carian Google atau Yahoo, cookies digunakan oleh apa-apa syarikat yang ada enjin carian untuk melihat sejarah pencarian anda. Jadi, semakin banyak anda membuat carian di search engine mereka, lagi mudah mereka nak naikkan harga tiket.

Untuk clearkan cookies, anda boleh menggunakan aplikasi percuma seperti CCleaner. Cara keduanya adalah dengan login dengan menggunakan ‘icognito window’ di browser anda sama ada di 5chrome atau firefox.

5. Tempah penginapan awal lebih jimat.

Seperti yang tersedia maklum, kalau anda tempah penginapan lebih awal, harga yang ditawarkan kebiasaannya lebih murah. Salah satu tempat terbaik untuk mencari penginapan dan offer hotel murah adalah di Agoda dan juga Booking.

Alternatif kedua adalah menggunakan Airbnb. Airbnb ini merupakan platform antarabangsa untuk mencari rumah homestay. Namun harus diingatkan, pemilik adalah orang biasa dan bukannya mahir dalam urusan perhotelan.

Tips untuk berjimat dengan Airbnb : Sebelum menempah melalui Airbnb, sila PM host tersebut dan minta diskaun. Kebiasaannya, kalau anda seorang yang genuine, mesra dan mempunyai reputasi yang bagus, host tanpa segan silu akan beri diskaun.

6. Lakukan aktiviti percutian yang free.

Di setiap destinasi pelancongan yang anda lawati, semestinya ada sesuatu tempat menarik yang tidak memerlukan kos langsung. Dan kebanyakan destinasi percutian yang free ini lebih tertumpu kepada kawasan rekreasi seperti pantai, taman rekreasi, taman awam, pesta budaya, air terjun dan juga galeri-galeri awam.

Sumber : http://siakapkeli.my/

Sumber Kredit : https://siakapkelinews.blogspot.com

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts