7 Tips Jimat Belanja ketika Travel di Luar Negara

Disebabkan pengaruh  dari media sosial, sekarang ini kebanyakkan orang mula melancong ke luar negara dan menjadi satu aktiviti yang sangat popular. Lain orang, lain caranya melancong, ada yang melancong tidak kisah kalau banyak duit keluar sekalipun dan ada pulak yang melancong dangan cara bajet.

Namun begitu, kebanyakkan masalah yang sering dihadapi pelancong apabila mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Ini mungkin disebabkan oleh cas-cas yang mahal yang dikenakan seperti teksi atau cenderahati.

Anda tidak perlu runsing lagi, saya akan share kepada anda beberapa tips untuk jimat belanja ketika travel di luar negara.

Bercuti Berkumpulan

Buat yang masih bujang, ini adalah cara yang terbaik bagi menjimatkan kos anda. Lagi ramai orang, lagi banyak anda dapat jimat. Dengan adanya kumpulan untuk travel bersama, anda dapat menjimatkan kos belanja dengan cara berkongsi antara satu sama lain.

Semestinya byk kos yang bole kita jimatkan. Contohnya seperti kos pengangkutan, penginapan, mungkin kos souvenir pon boleh jimat. Buat survvey dahulu sebelum pergi travel, kerana kebanyakkan agensi pelancongan menawarkan pakej pelancongan secara berkumpulan. Contohnya seperti Adamani Travel Sdn Bhd.

Penerbangan Tambang Murah

Image result for airasia pexels

Bila sebut pasal penerbangan tambang murah, semestinya kita akan ingatkan pada syarikat penerbangan AirAsia. AirAsia semestinya menawarkan penerbangan dengan tambang yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain.

Untuk dapatkan tiket yang lebih murah, biasanya tiket boleh dibeli lebih awal terutama dalam tempoh promosi. Rancang perjalanan anda lebih awal untuk dapatkan tiket lebih murah.

 Bawa Stok Makanan Segera

Kebanyakan pelancong akan menghadapi masalah sama iaitu masalah mencari makanan halal. Susah untuk kita mencari restoran yang menjual makanan yang halal.

Jadi, anda bawalah makanan segera seperti mi segera, biskut atau bubur nasi segera yang mudah untuk kita bawa. Kebanyakan produk makanan segera ini boleh didapati di kebnyakan pasaraya di seluruh negara.

Tinggal di Hotel Bajet

Penginapan yang selesa menjadi keutamaan pelancong untuk menginap dalm beberapa hari sahaja.Namun jika anda mahu berjimat, tinggal di hotel atau homestay lebih murah.

Hotel bajet sangat senang untuk dicari, Hotel bajet salah satu alternatif terbaik untuk menginap. Cari hotel yang selesa dan bersih.

Guna Kenderaan Awam

Menggunakan kenderaan awam lebih murah daripada mengupah pemandu atau membawa enderaan sendiri. Anda tidak perlu risau tentang belanja minyak petrol, kos pengangkutan awam jauh lebih murah jika mengupah pemandu. Contoh kenderaan awam yang murah seperti bas atau tren. Teksi digalakkan untuk naik tetapi hanya ke tempat-tempat yang tiada perkhidmatan bas atau tren sahaja.

Pergi Luar Waktu Puncak

Pilih waktu melancong yang tak ramai pergi bercuti seperti waktu bekerja atau bukan pada hujung minggu. Elakkan waktu puncak seperti hari cuti, perayaan, atau hujung minggu kerana ramai orang bercuti pada hari tersebut dan mungkin akan sesak dengan orang ramai tidak kira di airport mahupun di tempat anda melancong.

Dapatkan pakej dan diskaun jika pergi melancong pada hari biasa. Harga hotel juga biasanya lebih murah.

Cari Diskaun & Promosi

Untuk merasai kenikmatan penjimatan ketika melancong, survey dan kajian perlu dilakukan untuk mencari diskaun dan promosi yang terdapat di tempat pelancongan. Alert dan follow update terkini yang menawarkan promosi yang anda mahukan.

Jadi tiada masalah kan untuk anda melancong kerana sudah saya bagi tips-tips ni kepada anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda bercuti. Selamat Bercuti!

 

Sumber : Maskulin

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts