Cara Beli Tiket Flight Air Asia Online

Cara Beli Tiket Flight Air Asia Secara Online

1- Buka website AirAsia

Langkah pertama untuk membeli tiket flight Air Asia adalah anda perlu ke Website Air Asia seperti di bawah. 

 

Note: Sebelum anda membuat belian tiket flight anda boleh mendaftar sebagai ahli (klik ikon  > Sign up) atau anda boleh terus ke langkah 2 tanpa mendaftar. Mengikut pengalaman saya, dengan mendaftar sebagai ahli, proses belian tiket menjadi lebih cepat. Selain itu, jika berlaku sebarang “error” atau gangguan sistem semasa proses bayaran, tempahan anda telah disimpan. Jadi anda boleh login dan klik pada ikon manage booking untuk meneruskan tempahan/ bayaran.

 

2- Mencari penerbangan/ flight

Lepas anda dah masuk ke website AirAsia, anda perlu pilih jenis penerbangan/ flight sama ada sehala (one-way), kembali/dua hala (round-trip) atau pelbagai (multi-city). Lepas anda dah pilih jenis penerbangan/ flight masukkan destinasi berlepas (dari) dan mendarat (ke). Masukkan juga tarikh berlepas dan bilangan penumpang. Selesai isi maklumat anda klik search.

 

3- Memilih masa penerbangan/ flight

Paparan berikut akan keluar lepas anda dah klik search. Pilih masa penerbangan/ flight yang anda nak. Mengikut pengalaman, saya lebih suka memilih masa ketibaan penerbangan di waktu siang terutama destinasi yang saya tidak biasa. Selesai pilih masa penerbangan/flight  klik continue.

 

Kalau anda belum login sebagai ahli paparan di bawah akan keluar. Masukkan emel address dan password dan klik login sekiranya anda dah daftar sebagai ahli dan klik “continue as guest” kalau anda belum daftar sebagai ahli.

 

4- Mengisi maklumat penumpang

Isikan maklumat anda. Pastikan semua ruang bertanda * di isi dan pastikan ianya betul atau anda mungkin akan dihalang dari menaiki pesawat/ flight sekiranya ada maklumat yang salah. Selesai ini, klik continue.

5- Add-ons

Paparan berikut akan keluar. Sekiranya anda ada nak tambah apa-apa keperluan lain seperti luggage, insurans atau makanan, anda boleh klik pada box yang berkait. Kalau anda taknak anda boleh untick pada box yang berkait dan klik continue sehingga anda dibawa ke page bayaran (langkah 6).

6- Membuat bayaran

Sebelum anda membuat bayaran anda perlu tick beberapa box (sila rujuk gambar di bawah). Isikan maklumat anda sebagai “contact details”. Pastikan anda masukkan emel address yang aktif dan sah sebab emel pengesahan akan dihantar ke emel tersebut. Pilih jenis bayaran sama ada “internet banking, credit card/ debit card”. Selepas anda dah pilih jenis bayaran, isikan maklumat berkait (jika perlu) dan klik Purchase.

 

Untuk membuat bayaran anda boleh ikuti beberapa langkah yang diberi sehingga anda berjaya membuat bayaran dan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 

 

Selesai.

 

Note: Pastikan anda langgan/ Subscribe iklan dari Air Asia bagi membolehkan anda menerima atau mengetahui promosi harga murah dari Air Asia. Biasanya promosi akan dihantar menerusi emel.

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts