Empat bandar terkotor di dunia

Sekiranya anda ingin pergi melancong, mesti anda akan cari tempat yang menarik dan bersih kan? Tetapi tahukah anda terdapat juga tempat terkotor di dunia yang mungkin akan mengubah perancangan anda.

Empat buah bandar yang akan saya senaraikan ini adalah antara bandar yang kotor dan tercemar sekali. Kebanyakkan penduduknya mengalami masalah kesihatan disebabkan pencemaran tersebut.

Jadi di sini saya akan senaraikan 4 bandar terkotor di dunia.

Delhi (India)

Delhi merupakan bandar metropolitan yang dikenali ramai. Dengan kadar populasi yang melebihi 1.3 billion itu, tidak mustahil bagi negara tersebut untuk tersenarai sebagai antara bandar yang terkotor di dunia. Bandar ini memenuhi segala pencemaran yang kita tahu, antaranya seperti pencemaran bunyi, pencemaran udara, pencemaran air serta pencemaran bau. Dengan berlakunya pencemaran-pencemaran ini, maka kebanyakkan penduduk disana mengalami masalah kesihatan yang pelbagai. Namun, dengan berlakunya masalah seperti ini, kerajaan India kini giat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Luanda (Angola)
Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak bagus demi tubuh badan mereka. Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang nelanda Angole pada 2016.
Port au Prince (Haiti)

Port au Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar di Haiti. Bandar ini juga terletak di Teluk La Gonave. Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat dagangan dan perniagaan. Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.
Dhaka (Bangladesh)

Dhaka terletak di Buriganga dan merupakan ibu kota Bangladesh. Dhaka juga terkenal sebagai  pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran. Dengan populasi sebanyak 15 juta penduduk, bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat. Keadaan itu juga telah menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.

Jadi sudah tahu kan 4 bandar ni? masih ada masa untuk anda ubah fikiran jika anda ada niat mahu melancong ke sana. Tapi mungkin banda-bandar tersebut menjadi semakin baik dari semasa ke semasa, kita tidak tahu. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk membuat kajian tentang tempat anda ingin pergi barulah membuat keputusan. Selamat Bercuti!

 

Sumber Credit : Vitdaily

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts