Zaman dah berubah, negara dah maju. Pergi mana-mana pun senang tak perlu lagi nak bawa wang tunai yang banyak ataupun tak perlu pening-pening dengan tukaran matawang terutamanya jika melancong atau bercuti ke luar negara.
Kad kredit ni dah terbukti sebagai medium pembayaran paling selamat sebab boleh kurangkan risiko kecurian terutama bila nak bercuti ke negara orang. Yelah kan, kalau bawa tunai dan hilang tak boleh nak dapat balik duit, tapi kalau kad kredit hilang kita boleh telefon bank suruh batalkan kad. Tak gitu?
Kenapa kad kredit sangat best digunakan semasa bercuti ke luar negara?
Selain selamat, kad kredit juga bagi banyak ganjaran dalam bentuk mata ganjaran, air miles dan paling penting tak perlu susah-susah nak beratur check-in luggage segala. Leceh tau!
Kalau yang nak cepat kumpul ganjaran tu boleh juga guna kad kredit untuk buat tempahan hotel, tiket penerbangan, makanan tak pun shoppinglah apa lagi!
Banyak sangat kelebihan pakai kad kredit ni. Kadang-kadang tu malas nak periksa tukaran mata wang untuk dapatkan tukaran yang baik, tapi kalau guna kad kredit tak perlu lagi nak beratur panjang-panjang tukar duit.
Selain tu, poket kita tak lah tebal dengan duit dan syiling bila hanya perlu bawa sekeping kad. Ini sudah pasti memudahkan perjalanan!
Jadi, buat kaki travel, korang mesti masih tercari-cari kad kredit terbaik kan? Kitaorang ada satu pilihan terbaik dengan ‘Kad Kredit Paling Power’ abad ini daripada Hong Leong Air Asia!
Berbelanja di luar negara kini lebih menguntungkan dengan Kad Kredit HLB Air Asia!
Pemegang kad kredit ini akan memperoleh BIG Points untuk setiap perbelanjaan dan boleh ditukarkan ke AirAsia BIG Points (RM1 dibelanjakan boleh dapat sampai 6 BIG Points) yang kemudian boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan percuma ke destinasi terpilih. Wow!
Menariknya kad ni, dia tak macam kad-kad lain. Semua perbelanjaan yang kita buat, secara automatik akan terus tukar jadi mata ganjaran BIG. Tak payah susah-susah nak convert air miles!
Setiap kali guna kad ni kita akan dapat lebih 6x mata ganjaran BIG Points untuk perbelanjaan harian dan apabila tempah penerbangan dengan AirAsia.
- Setiap RM1 belanja di AirAsia = 6 BIG Points
- Setiap RM2 belanja di luar negara = 1 BIG Point
- Setiap RM3 belanja di dalam negara dengan Platinum Card = 1 BIG Point
- Setiap RM5 belanja di dalam negara dengan Gold Card = 1 BIG Point
Paling gempak, boleh tebus penerbangan seterusnya dengan cepat serta mudah!
Untuk kaki travel, kad ni memang terlajak berbaloi untuk korang. Tahu tak kenapa?
Okay, contohnya, kita berbelanja RM600 sebulan dengan Kad Kredit HLB AirAsia, kita akan secara tak langsung layak ke Langkawi setiap tahun! Kalau belanja RM1,000 sebulan kita boleh tebus penerbangan ke Macau setiap tahun. Best sangat ni.
Korang mesti dah teruja nak dapatkan kad ni kan?
Kalau ditilik-tilik kelebihan Kad Kredit HLB AirAsia, memang dah tak perlu lagi nak fikir panjang-panjang. Paling penting tak payah nak fikir terlepas penerbangan sebab nak kena beratur untuk check-in bagasi. Kiranya masuk je lapangan terbang tu, segalanya berubah macam dibentang karpet merah like a boss! Tertakluk khas buat pemegang kad platinum.
Rugi untuk kaki travel yang tak gunakan kelebihan Kad Kredit Terbang Paling Power HLB AirAsia ni, sebab secara tak langsung, kita boleh melancong secara percuma! Tak kan tak tergoda?
Lagi sekali kitaorang nak highlight yang Kad Kredit Terbang Paling Power ni adalah kad kredit terbaik terutama bagi korang yang kerap travel. Bukan semata-mata kumpul point je tau, tapi banyak sangat kelebihan yang ada pada kad ni yang takde dekat kad-kad kredit yang lain.
Kalau tak percaya, layari website dan Facebook rasmi Hong Leong Bank untuk dapakan maklumat lanjut dan apply kad kredit terbaik dengan Kad Kredit Terbang Paling Power Hong Leong Bank!
Sumber Kredit : https://siakapkeli.my