Pakej TRIP KE Hatyai songkhla
2026

3 hari 2 malam
pilihan naik bas/vip van dari kuala lumpur atau van dari padang besar/ BUKIT KAYU HITAM
(private & joined trip)

Pilihan Naik Bas/Van Dari KL atau Naik Van Dari Sempadan Padang Besar.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH kami UNTUK PAKEJ trip HATYAI 2026 ?

PENGANGKUTAN

Kami menggunakan bas persiaran dari KL Sentral / Johor/ Melaka/ Kuantan/ Kelantan dan mana-mana R&R yang menghala ke Utara, bas yang sangat selesa, pemandu Melayu yang terlatih, super mesra pelanggan dan berhemah. Anda ada masa untuk naik Tuk-Tuk juga tau ...

HOTEL

Hotel 3 star dengan 2 orang 1 bilik hokeyyy...contoh bilik ada di gambar bawah...dan bersebelahan dengan kedai makan Halal yee...

TOUR GUIDE BERPENGALAMAN

Tour guide kami sangat mesra dan berpengalaman dalam membawa anda semua ke destinasi-destinasi yang dituju.

Sesuai untuk semua

Trip ni sesuai untuk trip keluarga, trip Jabatan, trip sekolah dan sesuai untuk pelbagai umur, dari baby sampai ke warga emas..bas door to door service tak perlu menapak tauu...

LAWATAN

Mana kami bawa pergi? hmmm bukan sekadar hatyai je yeee.. (Hatyai , Songkla , Danok )... Bukan sekadar lawatan tapi ada shopping dan trip makan sampai lebam...nak tahu kami ke mana lagiii, jom whatsapp...

TRAVEL AGENCY Dipercayai & Berlesen

Jangan risau, ADAMANI TRAVEL bekerjasama dengan team yang sangat dikenali, servis terbaik & yang penting murah. Kami Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia & Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

antara penginapan di HATYAI

Apa Kata mereka tentang PAKEJ TRIP HATYAI yang disediakan oleh kami?

PILIHAN pakej TRIP HATYAI 2026

FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PAKEJ & TRIP KE HATYAI, THAILAND

❗ MAKLUMAT PENTING

Harga pakej tidak termasuk makan & minum serta tiket lawatan sepanjang trip.


❌ PAKEJ TIDAK TERMASUK

🍽️ Makan & Minum (WAJIB dibayar kepada crew semasa trip)

  • 900 THB – Dewasa / 10 tahun ke atas
  • 600 THB – Kanak-kanak (4 – 9 tahun)

📌 Termasuk:

  • 2x Sarapan pagi
  • 1x Makan tengah hari
  • 1x Makan tengah hari steamboat

🎟️ Aktiviti Pilihan (Optional)

  • 🐘 Naik gajah – 700 THB
  • 🏎️ ATV Ride – 700 THB

Bayaran ini memastikan perjalanan lebih lancar tanpa perlu fikir tempahan makan sepanjang trip.

Anda boleh bayar deposit dahulu  dan baki dibayar 2 bulan sebelum tarikh trip.

Bayaran boleh dibuat secara online transfer atau bank-in di CDM (Cash Deposit Machine).
Perlu lampirkan bukti pembayaran, resit & maklumat lengkap setiap peserta seperti nama penuh, no ic & no phone.

Deposit RM100 seorang, dan baki bayaran/ bayaran penuh 2 bulan sebelum trip

Ya, sangat sesuai. Kami menggunakan van & door to door service. Tak perlu menapak jauh-jauh.

Anda  hanya perlu sediakan pasport. Pastikan passport anda masih aktif dan berbaki 6 bulan ke atas. 

Pastikan anda tidak mempunyai sekatan untuk keluar dari Malaysia. Buat semakan di kaunter atau website Imigresen di http://sspi.imi.gov.my/sspi/

Sebarang masalah berkaitan  pasport dan sekatan ke luar negara ini yang berlaku selepas tempahan dibuat adalah tanggungjawab individu terbabit. 

Pertama kali nak ke luar negara? Tak tahu samada perlu apply pass jenis apa?Passport ke? Ke Border pass dah cukup? Atau kalau ramai boleh apply sekali yang mana lebih menjimatkan?

✅ PASSPORT ✅

RM200 – Dewasa
RM100 – Kanak-kanak

Valid untuk 5 tahun dari tarikh dikeluarkan

Pemohon wajib hadir sendiri ke Pejabat Imigresen

Bawa IC & Surat Beranak jika kali pertama nak apply passport

✅ BORDER PASS ✅

RM10 SEORANG

Valid untuk 1 tahun dari tarikh dikeluarkan

Kelahiran atau alamat di IC samada di Perlis/Kedah/Kelantan/Hulu Perak

Pemohon wajib hadir sendiri ke Pejabat Imigresen

Bawa IC & 2 gambar saiz passport background putih

Terhad ke 5 wilayah terdekat Thailand. Satun,Songkhla,Narathiwat,Yala dan Pattani

Contoh dibenarkan : Pak Bara,Koh Lipe,Hatyai,Satun,Dannok,Pdg Besar,Tak Bai,Songkhla,Samilla Beach, Sakom

Contoh terlarang : Krabi, Trang,Phatalung,Phuket,Koh Samui,Koh Panga

✅ PASSPORT GROUP ✅

RM200 PER DOKUMEN

Untuk 5-20 Orang per dokumen

HANYA SAH untuk ke Singapore,Myanmar,Cambodia, Thailand,Laos,Brunei, Vietnam

SEMUA pemohon WAJIB hadir semasa memohon dokumen

Siap dalam tempoh 5 hari bekerja

Valid dalam tempoh 9 bulan untuk 1 kali perjalanan saja

Sumber Info : http://www.imi.gov.my

Tidak perlu untuk warganegara Malaysia. 

Untuk bukan warganegara Malaysia perlu mohon visa di embassy negara masing-masing. Dan perlu diuruskan sendiri.

🛡️ MAKLUMAT INSURANS

🇹🇭 Insurans Thailand

Pihak kami menyediakan Insurans Thailand yang bermula dari sempadan Thailand.
Insurans ini hanya melindungi kemalangan yang berlaku semasa berada di dalam bas sepanjang perjalanan.

Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pihak berkuasa Thailand akan menguruskan hal berkaitan seperti:

  • Rawatan hospital
  • Urusan pihak polis
  • Dan lain-lain keperluan berkaitan

🌍 Cadangan: Travel Insurance

Kami sangat mengesyorkan para peserta untuk mengambil Travel Insurance bagi perlindungan yang lebih menyeluruh sepanjang perjalanan.

Antara penyedia yang boleh dipertimbangkan:

  • Allianz (allianz.com.my)
  • AIG (aig.com.my)
  • Etiqa (etiqa.com.my)
  • Chubb Travel Insurance (chubtravelinsurance.com.my)
  • Tokio Marine (tokiomarine.com.my)
  • AXA (axa.com.my)
  • GoBear (gobear.com)

✈️ Flight Insurance (Jika menggunakan penerbangan)

Bagi peserta yang menggunakan penerbangan seperti AirAsia, anda juga disarankan untuk mengambil Flight Insurance.

Insurance ini boleh ditambah semasa:

  • Proses tempahan tiket
  • Web check-in

📌 Sila maklumkan kepada agen sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh perjalanan jika ingin membuat tambahan ini.

Perlindungan termasuk:

  • Pembatalan atau kelewatan penerbangan
  • Kehilangan atau kerosakan bagasi
  • Dan situasi tidak dijangka lain

⚠️ Peringatan Penting

Sekiranya anda tidak mengambil Travel Insurance atau Flight Insurance, sebarang kos akibat kejadian tidak diingini adalah di bawah tanggungan sendiri sepenuhnya.

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos tambahan yang berlaku, sama ada di dalam atau luar negara.


Langkah perlindungan yang baik memastikan perjalanan anda lebih tenang dan selamat.

Tukar tarikh & pakej mestilah diberitahu “2 bulan” sebelum tarikh trip & akan dikenakan caj penalti RM50/ seorang.

Peserta boleh menukar ke nama peserta lain “3 minggu” sebelum tarikh trip.

Pertukaran tarikh hanya 1 kali sahaja dan hanya sah dalam tahun tersebut sahaja.

Deposit/ bayaran penuh tidak akan dikembalikan jika mana-mana peserta membatalkan tempahan.

NO SHOW tanpa sebarang maklumat awal dikira CANCEL.

Pembatalan di atas kes kematian, kemalangan atau musibah adalah atas budi bicara pihak pengurusan berserta bukti yang sahih.

Ya, Jadual perjalanan seperti di atas dan akan berubah mengikut keadaan semasa dan pihak kami berhak menukar jadual perjalanan tanpa sebarang notis awal.

Ramai rakyat malaysia telah memilih adamani travel UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA & DALAM MALAYSIA

INGIN MEMBUAT TEMPAHAN PAKEJ & TRIP HATYAI 2025 ?

Hubungi kami sekarang sebelum trip penuh!