Pakej Percutian 2019 Menarik di Malaysia

Terasa nak bercuti? Apa salahnya anda menjauhkan diri dari tekanan dan kerja anda, terus angkat beg pergi bercuti.  Seronok kan?  Tak perlu fikirkan hal kerja.  Setiap hari menghadap benda yang sama pun bosan juga kalau tak pernah manjakan diri dengan bercuti!  Sekali sekala apa kata anda ajak keluarga atau kawan-kawan anda pergi bercuti ke tempat-tempat yang menarik dan menyeronokkan.

pakej percutian 2018 menarik

Nak mudah, anda cari sahaja pakej percutian untuk tahun 2019 yang menarik di Malaysia ini.  Semestinya tempat pun menarik! Kalau boleh nak bercuti di luar negara yang dekat-dekat pun boleh.  Sebenarnya, pelbagai tempat yang boleh anda lawati mengikut kesesuaian bajet anda.  Jangan terkejut dengan harga pakej percutian 2019 ini, sekiranya anda berminat mendapatkan pakej percutian yang murah, YA sememangnya ada!  Anda tidak perlu memikirkan bajet yang besar, kemudahan perlancongan seperti kenderaan, tempat tinggal serta tempat menarik yang hendak dituju lagi.  Inilah masanya untuk anda mendapatkan percutian yang menarik, murah, selesa, berbaloi dan terbaik dengan Pakej Universal Studio!

Pakej Percutian Universal Studio 2019

universal studio hollywood
Universal Studio Pertama di Hollywood

Anda tak pernah bercuti dengan Pakej Percutian Universal Studio? Secara umumnya, terdapat 4 Universal Studio di dalam dunia iaitu di California, Florida, Japan dan Singapore.  Sudah tentu Singapore adalah negara yang terdekat dengan kita! Universal Studio Singapura (USS) ini bertempat di Pulau Sentosa dan merupakan USS yang pertama dibina di Asia Tenggara.  USS sangat disyorkan dan ia mendapat permintaan tinggi daripada ramai pelancong atau kaki travel. Sudahlah tempatnya menarik, kemudahan dan perkhidmatan kenderaan awam seperti bas, monorail, MRT, cable car juga pula banyak disediakan di USS.  Bukan itu sahaja, malah kos pakej percutian USS 2019 ini sangat murah, jimat dan berbaloi!

pakej percutian 2018 ke universal studio singapore

Pakej Universal Studio Singapore 2019

Percutian anda akan menjadi sesuatu yang amat menyeronokkan sekiranya anda memilih tempat percutian yang menarik serta aktiviti yang menarik dan menghiburkan.  Kebanyakan tempat mempunyai nilai dan keunikannya sendiri, begitu juga dengan Pakej Percutian USS ini yang merupakan sebuah taman zon yang bertema.  Tempat percutian menarik ini pastinya akan menjadikan gambar-gambar kenangan anda sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan.

roller coster di Universal Studio Singapore

Anda dijamin akan dapat merasai keseronokan bersama keluarga disini kerana kesemua permainan atau aktiviti disediakan ditempat ini sesuai dengan semua lapisan masyarakat tidak kira tua, muda atau kanak-kanak. Keseronokan dan pengalaman yang anda temui disini sangat berbaloi dengan harganya yang amat murah dan berpatutan!

Apakah perkara yang amat menyeronokkan di Taman ini?  Untuk pengetahuan anda, taman menarik ini terdiri daripada zon-zon bertema yang mengelilingi lagun.  Terdapat 7 zon yang amat unik dan wajib anda lihat serta rasa sendiri! Setiap zon taman ini adalah dicipta khas berdasarkan filem blockbuster atau watak-watak yang unik, hebat dan terkenal didalam tayangan televisyen.  

7 Zon Bertema Dalam Percutian Menarik Di Universal Studio Singapore (USS)

Anda tidak akan menyesal menikmati 7 zon menarik ini dalam percutian 2019 yang tidak akan dilupakan. Lihat saja peta ini pun anda sudah boleh bayangkan betapa besarnya kawasan Universal Studio Singapore ini.

peta zon permainan USS Singapore

  •  Zon Hollywood

 Melalui Pakej Percutian Universal Studio Singapore ini, anda tidak akan terlepas dari memasuki Zon Hollywood dimana zontema ini terletak di kawasan pintu masuk utama USS.  Taman tema yang mempunyai pohon palm serta replika Hollywood Walk of Fame yang terkenal ini membuatkan anda dapat merasai suasana Hollywood Boulevard.  Selain itu, anda dapat melihat teater ala broadway dan penampilan watak-watak istimewa yang menarik dari filem blockbuster seperti Woody Woodpecker, Winnie Woodpecker, Po dari filem Kung Fu Panda, Frankenstein Monster, Charlie Chaplin, Beetlejuice, Betty Boop dan Minions dari Despicable Me.  Anak-anak pasti akan berasa teruja dan sangat seronok melihatwatak-watak kegemaran mereka.

zon hollywood di USS Singapore
kredit : rwsentosablog.com
  • Zon Madagascar

Kartun Madagascar amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak malah ada kanak-kanak yang sukakan binatang, haiwan serta adventure setelah menonton filem ini, apatah lagi sekiranya berada di kawasan yang seakan-akan dalam filem tersebut.  Anda boleh bayangkan dimana zon ini seakan-akan hutan tropika yang rimbon, cantik, subur, segar dan dingin.

madagascar zone di USS Singapore

Anda berpeluang menaiki satu sampan untuk masuk ke dalam gua dan didalam gua tersebut, anda akan bertemu dengan pelbagai watak madagascar serta dua tunggangan.  Penampilan watak madagascar yang menarik ini akan bercakap-cakap dan bergerak-gerak sepanjang anda berada di dalam gua.  Menarik kan? Mesti anak-anak dan keluarga anda akan gembira dan tersenyum lebar dengna telatah watak-watak tersebut.  Penampilan istimewa di zon ini termasuklah Alex, Gloria, Kowalski, Swasta, King Julien, Skipper,dan Rico.

  • Zon Far Far Away

Anda peminat filem kartun Shrek? Di zon ini, anda dapat bersama-sama dengan Princess fiona dan Shrek dalam pengembaraan mereka.  Tidak lupa juga dengan watak si keldai atau donkey yang kelakar itu bersama kekasihnya Naga betina.  Aktiviti yang amat menakjubkan dimana anda boleh turut serta menaiki roller coaster atau duduk di atas punggung sang naga untuk bersama-sama menyaksikan perjalanan shrek dan fiona ini adalah Shrek 4D Adventure.  Ianya seakan-akan wayang 3D dimana pergerakan kerusi dan renjisan air juga terlibat kononnya seperti gerakan kita menaiki naga dan renjisan air adalah seperti berasal dari bersin keldai dalam tayangan tersebut.  Sangat berbaloi,  menyeronokkan dan menghiburkan. Selain itu, tidak terkecuali watak-watak sampingan dalam filem Shrek yang lain juga terlibat seperti Three Little Pigs, The Big Bad Wolf, Gingy sehingga Pinocchio dan lain-lain lagi.

far far away zone uss singapore

  • Zon The Lost World

Berada didalam kawasan zon ini membuatkan anda benar-benar melupakan segala masalah dan anda seolah-olah berada di zaman Dinasour.  Jurassic Park Rapid Adventure adalah salah satu aktivitu dan kawasan yang dihasilkan bagi menarik minat pelancong-pelancong yang benar-benar cintakan flora dan fauna serta ingin mendalami kawasan hidupan liar seperti dinasour.  Filem Jurassic Park yang pernah dipopularkan oleh Steven Spielberg ini juga menjadikan aktiviti yang dijalankan disini menarik dan bersesuaian dengan kemahuan pelancong iaitu terhibur.  Jurassic Park Rapid Adventure menyediakan sampan canggih berbentuk bulat untuk membawa anda melawat kawasan Dinasour dan roller coaster atau canopy flyer juga turut ada disini.

the lost world USS Singapore

Selain itu, terdapat satu lagi kawasan didalam zon ini iaitu Waterworld.  Aktiviti waterworld ini pula adalah inspirasi daripada filem Waterworld yang dibintangi oleh Kevin Costner.  Ramai yang tak sabar-sabar untuk pergi ke kawasan ini! Disini anda akan menyaksikan lakonan secara live tentang aksi-aksi tema air yang hebat serta teknik-teknik mereka beraksi di kolam besar.  Kolam besar ini diumpamakan sebagai lautan dimana terdapt bot dan jetski.  Ianya sangat menarik kerana penonton juga seolah-olah berada dalam situasi air tersebut dimana mereka yang duduk di bahagian basah akan dicurahkan air secara mengejut.   Letupan-letupan air juga amat mengejut dan menyeronokkan. Memang seronok pertunjukan air ini, kalau sampai awal lagi bagus! Anda harus pastikan showtime atau masa persembahan terlebih dahulu kerana persembahan ini tidak 24 jam diadakan.

5.  Zon Ancient Egypt

Seterusnya adalah zon Ancient Egypt dimana ia merupakan zon Mesir Purba yang melibatkan penerokaan Mesir pada era tahun 1930.  Suasana dan tempat zon ini dihiasi dengan bangunan gaya obelisk iaitu Cleopatra Needle.  Ia lebih kepada melambangkan tuhan matahari mereka serta kewujudan piramid pada masa itu.  Paling teruja adalah anda juga dapat menyaksikan makan firaun disini.  Masihkah anda ingat peranan Brendan Fraser dalam filem The Mummy? Itulah peranan anda yang masuk ke zon ini iaitu anda akan menjadi sebagai peneroka arkeologi yang datang ke sini untuk merungkai misteri.  

ancient egypt tempat percutian menarik di USS singapore

6.  Zon Sci-Fi City

Zon ini terdapat permainan Transformer The Ride, Battlestar Galactica Cyclon (track biru) dan Battlestar Galactica Human (track merah) iaitu sebuah roller coaster yang menarik ramai pelancong untuk datang ke sini.  Pelancong boleh menonton wayang 3D di stesen Transformer The Ride.  Mereka akan berada di dalam sebuah kereta dan akan diselamatkan oleh kumpulan Transformer iaitu Optimus Prime dan Bumble Bee yang di serang oleh Deceptions.  Situasi permainan ini seakan-akan realiti dan benar-benar seperti kenyataan kerana watak-watak semuanya hidup.  Apatah lagi suasana kereta yang pelancong naiki akan tunggang terbalik dan bunyi letupan disana sini menjadikan pelancong kelihatan panik.

sci-fi city tempat menarik di USS Semasa Percutian

Selain itu, pengunjung juga akan dapat melihat hiasan-hiasan dinding seperti berada di dalam bandar Optimus Prime yang sebenar. Lorong panjang untuk menuju ke tapak permainan juga akan mempunyai susunan kereta-kereta Transformer yang sama seperti di dalam filem dan wayang.

  • New York

Zon ini amat sesuai untuk anda yang suka meneroka replika-replika lama.  Di sini terdapat pelbagai ikon yang selalu digambarkan dalam filem-filem termasuk latar langit bandar, facades, lampu neon,dan kaki lima. Anda juga tidak boleh ketinggalan melawat Replika Perpustakaan New York Awam yang terkenal dengan dua patung singa di pintu masuk. Terdapat penampilan watak Sesame Street termasuklah Elmo, Big Bird, Bert, Ernie, Grover, Abby Cadabby, Cookie Monster dan Oscar.

new york zone di USS

Menarik kan semua zon-zon dalam taman tema tu? Tak sangka ada tempat sebegini.   Belum pernah kita melawat tempat-tempat sebegini.  Pakej Percutian USS 2019 ini memang sangat menarik dan berbaloi.  Dari segi tempat memang best dan memuaskan! Tapi, bagaimana dengan harga, kemudahan, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya? Memang benar, banyak lagi yang anda perlu fikirkan dari segi persediaan kemudahan.

Kemudahan Dan Kelebihan Pakej Percutian USS 2019 di Malaysia

Penginapan Homestay Yang Murah, Bersih, Selesa disediakan

pakej penginapan untuk ke USS

Perjalanan Strategik ke Tempat-Tempat Menarik

pengangkutan disediakan untuk ke USS

Pengangkutan MPV Pergi Balik Dari Singapore Oleh Expert Driver

pengangkutan MPV denan pemandu ke USS Singapore

Tidak Perlu Turun dari MPV dan Beratur Panjang Cop Pasport Di Imigresen (Naik Van Bas perlu turun berjalan jauh)

kelebihan menggunakan adamanitravel untuk trip ke USS

Bajet Yang Murah Dan Berpatutan

pakej percutian 2018 yang murah dan berbaloi

Program Perjalanan Yang Telah Diatur Untuk Anda

pakej percutian 2018 ke uss dengan itenerary

Sesuai Untuk Anda yang Bercuti Bersama Keluarga atau Rakan Yang Ramai

pakej percutian 2018 untuk keluarga

Pakej USS 2019 termasuk:

  • Penginapan Homestay di Johor Bahru
  • Pengangkutan MPV (Private Tour)
  • Pemandu Berpengalaman

Aturcara Program Perjalanan

full package ke USS singapore termasuk pengangkutan dan penginapan

Cadangan Itinerari Perjalanan Pakej Uss 2019 (3 Hari 2 Malam)

Hari Pertama : 2.00pm Ketibaan & Daftar Masuk Penginapan

  • Ketibaan Di Johor Bahru
  • 2.00 petang Daftar Masuk Homestay di Johor Bahru
  • Aktiviti Bebas

Hari Kedua : Universal Studio Singapore & City Short Tour

  • 8.30 am Bertolak Ke Singapore
  • Memulakan Program
  • Universal Studio Singapore
  • Merlion Park
  • Arab Street
  • Bugis Street
  • Garden By The Bay
  • Pulau Sentosa
  • Marina Bay Sand

Hari Ketiga 3 – Daftar Keluar Penginapan

  • Aktiviti Bebas
  • 12.00 PM Daftar Keluar Homestay
  • Selesai

Testimoni Mereka Yang Telah Mengambil Pakej Percutian USS 2019

testimoni pelanggan 3 pakej uss 2018 testimoni pelanggan pakej uss 2018 testimoni pelanggan 2

Tempah Pakej Percutian Murah Ke Universal Studio Singapore Sekarang

Anda boleh menghubungi Adamani Travel untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej dan itenerari yang ditawarkan. Nak bincang bajet dan penginapan juga boleh diuruskan. Boleh teruus buat tempahan menerusi nombor telefon tertera atau pertanyaan di Facebook dan website.

Adamani Travel | Pakej Percutian USS 2019
Hubungi:
Tekan untuk telefon (018-7751456) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:  Adamani Travel
Website:  http://www.pakejussmurah.com/tempahan

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts