Pakej Percutian Murah Untuk Keluarga dan Honeymoon

Berbulan madu adalah saat indah yang perlu anda ciptakan bersama pasangan anda.  Inilah waktunya untuk anda bersama si dia tanpa ada gangguan dari sesiapa pun.  Oleh itu, dimanakah lokasi tempat untuk anda berbulan madu atau honeymoon?   Sama juga seperti anda yang inginkan percutian bersama keluarga, anda sudah tentu mahukan ketenangan dan hiburan yang menarik dan tidak dapat dilupakan.

pakej percutian murah untuk keluarga

Nak cari tempat-tempat menarik terlalu banyak diluar negara sana, tetapi masalah akan datang apabila bercakap tentang kos kewangan.  Semua orang inginkan percutian yang menarik yang memberikan kos rendah tetapi cukup lengkap dengan semua kemudahan.   Betulkah ada tempat percutian yang menarik tetapi murah?

Risiko dan Masalah Pakej Percutian yang Murah

Tahukah anda bahawa pakej percutian yang murah juga mempunyai risiko dan masalah yang tersendiri?  Sekiranya tidak dapat dibendung, ia juga akan memberi kesan kepada anda, pasangan anda atau juga kepada keluarga anda yang mengikuti pakej percutian tersebut.  

risiko pakej percutian murah untuk keluarga

  • Perlu pergi sendiri ke tempat percutian
  • Tidak tahu jalan ke tempat percutian
  • Parking Berbayar
  • Perlu naik bas
  • Tak tahu peraturan di negara orang
  • Tiada kemudahan kereta
  • Penginapan yang tidak memuaskan

Walaupun adanya risiko dan masalah tersebut, anda boleh meneruskan percutian anda.  Tetapi ada ketika anda terpaksa keluarkan duit lagi untuk hal-hal yang tidak diingini.  

masalah ketika melancong percutian bajet

Rumitnya! Kalau macam tu, semua percutian memang makan bajet besar dan mahal ke?

TIDAK.  Sebenarnya, ada pakej percutian yang murah tetapi sangat berbaloi dari segi kemudahan, kenderaan, penginapan, perjalanan serta tempat-tempat percutiannya sangat menarik!  Semestinya anda dan pasangan yang pergi honeymoon akan merakamkan seribu satu kenangan bersama pakej percutian ini.  Begitu juga anda yang bercuti bersama keluarga di sini.

Pakej Percutian Universal Studio 2018

Pernah dengar Pakej Percutian Universal Studio?  Ya, ia adalah sesuatu tempat yang sangat menarik dan wajib anda kunjungi.  Terdapat 4 niversal Studio didunia ini iaitu di Singapore, Japan, California dan Florida.  Bagi kita yang menetap di Malaysia,  Universal Studio Singapore (USS) adalah yang paling berdekatan dan perlu anda jadikan tempat honeymon dan percutian anda.  

USS tempat percutian murah untuk keluarga

Universal Studio Singapore atau lebih dikenali sebagai USS ini adalah sebuah taman tema pertama yang dibina di Asia Tenggara.  Ia juga merupakan taman tema kedua di Asia selain Jepun.  Keunikan dan perbezaan taman tema ini dengan taman tema didalam negara pastinya membuat anda dan pasangan terkejut serta tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri dan menjadikan ianya satu pengalaman yang sangat berharga.

percutian keluarga di USS

USS menyediakan permainan dan aktiviti yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat.  Ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi USS.  Apatah lagi tahun 2018 ini, anda sudah bersedia?

7 Zon Universal Studio Singapore

Taman tema besar ini terdiri daripada 7 zon mengelilingi lagun. Setiap zon mempunyai temanya yang tersendiri dan semua tema itu adalah berdasarkan filem blockbuster atau rancangan televisyen yang menampilkan watak yang sangat unik, kreatif dan terkenal.  Antara zon tersebut ialah Zon Hollywood, Zon Madagascar, Zon Far Far Away, Zon The lost world, Ancient Egypt, Zon Sci-Fi City dan Zon New York.

peta zon permainan USS Singapore

1. Hollywood

 Zon Hollywood ini merupakan permulaan dimana ia terletak di kawasan pintu masuk utama USS.  Disini, anda akan tertarik dengan teater ala broadway dan anda akan menjumpai Replika Hollywood Boulevard.  Selain itu, terdapat replika Hollywood Walk of Frame yang sangat terkenal seluruh dunia.

zon hollywood di USS Singapore
kredit : rwsentosablog.com

Anda juga berpeluang untuk melihat penampilan watak istimewa.  Kanak-kanak pasti menyukai watak Minion dan Betty Boop dari filem Despicable Me!  Bukan itu saja, malah terdapat juga Winnie Woodpecker, Marilyn Monroe, Po dari Kung Fu Panda, Frankenstein Monster, Woody Woodpecker, Charlie Chaplin dan Beetlejuice.        

2. Madagascar

Berada di Zon Madagascar ini membuatkan anda dan keluarga tidak kering gusi melihat telatah kartun-kartun watak Madagascar ini.  Kesemua watak disini adalah sama seperti watak didalam filem kartun tersebut.

madagascar zone di USS Singapore

Tarikan utama zon ini adalah A Crate Adventure dimana pelancong akan dibawa naik satu sampan yang akan masuk ke dalam sebuah gua.  Keadaan didalam gua amat menyeronokkan kerana pelancong berpeluang menemui watak-watak kartun Madagascar dan boleh bercakap-cakap dengan anda dan bergerak-gerak.  Ia sangat live dan menghiburkan.  Suasana di zon ini juga sangat natural dan asli dan ia mempunyai hutan tropika yang subur.  Di sini juga, anda dapat bertemu dengan watak istimewa seperti Alex, King Julien, Skipper, Gloria, Kowalski, Swasta dan Rico.

3. Far Far Away

Zon Far Far Away ini sangat terkenal dengan istana Shrek dan Fiona.  Aktiviti menarik di sini adalah Shrek 4-D Adventure.  Shrek 4-D Adventure ini adalah tayangan wayang ala-ala 3D tetapi ini lebih advance dimana terdapat kesan gerakan kerusi dan suasana sebenar seperti di dalam tayangan wayang tersebut.  Ia amat menyeronokkan.  Tak sia-sia sesiapa yang masuk ke sini, selepas habis tayangan anda mesti rasa nak lagi.  Princess Fiona & Sherk akan membawa anda ke dalam pengembaraan dan penerokaan mereka.

far far away zone uss singapore

4. The Lost World

Zon The Lost World terbahagi kepada 2 kawasan iaitu Jurassic Park dan Waterworld. Semua orang mengenali filem Jurassic Park yang terkenal dengan Dinasour dan menjadi filem kegemaran kanak-kanak.  Atas filem francais yang dipopularkan oleh Steven Spielberg itu, aktiviti menarik seperti Park Rapids Adventure telah dihasilkan.  Jurassic Park Rapids Adventure akan membawa anda menaiki sampan moden yang berbentuk bulat. Kapal ini akan bergerak ke tempat hidupan dinasour, inilah masanya untuk anda dan keluarga anda meluangkan masa melawat dinasour.  Selain itu, disini juga terdapat Canopy Flyer yang seakan-akan roller coaster.

the lost world USS Singapore

Kawasan Waterworld pula adalah berdasarkan filem Waterworld dibintangi oleh Kevin Costner.  Kenangan anda dan pasangan akan tercetus dengan lebih indah lagi apabila berada disini. Aktiviti Waterworld menjadikan anda juga terlibat dalam lakonan secara live dengan aksi-aksi menarik yang bertemakan air. Anda digalakkan datang awal ke aktiviti ini untuk mengambil tempat.  Sepanjang lakonan air itu beraksi, anda yang berada di kawasan basah juga akan dicurahkan air oleh pelakon-pelakon aksi tersebut. Seronoknya!  Mereka melakonkan aksi air seolah-olah mereka berada di lautan yang luas dengna penggunaan bot dan jet ski.  Letupan-letupan besar dan aksi stunt sangat menarik!  Bagi anda yang ingin datang ke sini, anda perlu menyemak showtime terlebih dahulu.

5. Ancient Egypt

Seperti tahun 1930, penerokaan Mesir dilakukan pada zaman Mesir Purba.  Begitu jugalah suasana ketika berada di dalam Zon Ancient Egypt ini.  Zon ini mengandungi bangunan gaya obelisk (Cleopatra Needle) iaitu membawa maksud tuhan matahari dan piramid yang khas.  Di sini, makam firaun menjadi tarikan para pengunjung untuk meneroka dan mengimbas zaman mesir purba.  Pengunjung seakan-akan memegang watak Brendan Fraser dalam filem The Mummy.  Mereka yang sukakan sejarah dan penerokaan misteri, inilah zon yang paling bermakna dan menyeronokkan.

ancient egypt tempat percutian menarik di USS singapore

6. Sci-Fi City

Bagi peminat Transformer, Zon Sci-Fi City sangat menarik kerana terdapat permainan Transformer The Ride dan juga Battlestar Galactica Cyclon (track biru) serta Battlestar Galactica Human (track merah).  Ia adalah sebuah roller coaster yang amat disukai dan menjadi kegilaan pengunjung ketika datang ke sini. Di stesen Transformer The Ride pula, terdapat wayang 3D dimana pengunjung boleh menonton wayang tersebut. Menariknya, pengunjung akan berada di dalam kereta dan diselamatkan oleh kumpulan Transformer iaitu Optimus Prime dan Bumble Bee.  Mereka di serang oleh Deceptions. Kereta yang dinaiki pengunjung juga seolah olah terbaik dan meletup.  Suasana menjadi seakan-akan realiti dan menjadikan sesetengah pengunjung panik, ada juga yang seronok bergembira.

sci-fi city tempat menarik di USS Semasa Percutian

Keunikan zon Sci-Fi City juga adalah daripada hiasan-hiasan dinding disitu yang menampakkan pengunjung seperti berada di dalam bandar Optimus Prime yang sebenar. Sepanjang perjalanan melalui ke tapak permainan, terdapat susunan kereta-kereta Transformer yang sama seperti di dalam wayang. Anda patut merasai sendiri pengalaman mencabar ini di Zon Sci-Fi City dan berkunjung ke Universal Studio Singapore 2018 ini!

7. New York

Akhir sekali adalah Zon New York.  Terdapat pelbagai ikon seperti di dalam filem di kaca televisyen anda termasuklah latar langit bandar, lampu neon, facades dan kaki lima.  Disini juga, anda dapat menyaksikan replika Perpustakaan New York Awam yang terkenal dengan dua patung singa di pintu masuk.  Anda boleh mengambil gambar disini.  Kebanyak tempat di zon ini sangat kreatif dan unik.  Terdapat penampilan menarik seperti Sesame Street dengan watak mereka iaitu Elmo, Big Bird, Ernie, Grover, Abby Cadabby, Bert, Cookie Monster dan Oscar.

new york zone di USS

Kelebihan Pakej Percutian Studio Selangor (USS) 2018

Bagaimana? Menarik kan tempat percutian USS 2018 ini? Lakarkan kenangan anda bersama pasangan sewaktu honeymoon dengan percutian yang menarik lagi berbaloi ini.  Anda juga mampu menggembirakan ibu bapa dan keluarga anda dengan mendapatkan pakej percutian menarik dan murah ini.  Terdapat banyak kelebihan Pakej Percutian USS 2018 anjuran Adamani Travel ini.

nak bercuti ke USS Singapore bersama keluarga

1. Penginapan Yang Bersih, Selesa dan Strategik ke Tempat-Tempat Menarik

penginapan bersih di singapore

2. Pengangkutan MPV Pergi Balik Dari Singapore Oleh Expert Driver

pengangkutan MPV denan pemandu ke USS Singapore

3. Tidak Perlu Turun dari MPV dan Beratur Panjang Cop Pasport Di Imigresen (Naik Van Bas perlu turun berjalan jauh)

kelebihan menggunakan adamanitravel untuk trip ke USS

4. Program Perjalanan Yang Telah Diatur Untuk Anda

itenerary ke USS bersama adamanitravel

5. Sesuai Untuk Anda yang Bercuti Bersama Keluarga atau Rakan Yang Ramai

pakej percutian keluarga berbaloi ke uss singapore

Pakej Percutian Murah Untuk Keluarga Tentunya Pakej Universal Studio Singapore!

Macam mana? Terkejut kan? Yang ini memang betul-betul murah! Pasangan anda dan keluarga anda juga pasti terkejut dengan pakej ini.  Sudahlah murah, berbaloi pula tu, tempat-tempat percutian dan aktiviti yang termasuk dalam senarai pun sangat menarik! Kalau macam ini tak sabar nak pergi bercuti. Nak hadiahkan percutian ini untuk isteri anda pun boleh.

pakej universal studio singapore murah

Pakej USS 2018 ini termasuk:

  • Penginapan Homestay di Johor Bahru
  • Pengangkutan MPV (Private Tour)
  • Pemandu Berpengalaman
  • Aturcara Program Perjalanan

full package ke USS singapore termasuk pengangkutan dan penginapan

Mudah dan murah kerana pakej ini telah menyediakan penginapan yang selesa dan pengangkutan ke tempat-tempat anda ingin kunjungi.  Pemandu pun berpengalaman dan masa anda juga akan terluang dengan baik kerana aturcara program telah disediakan.  Inilah percutian yang murah dan sesuai untuk anda sekeluarga atau untuk honeymoon. Anda boleh melihat aturcara program di website atau facebook Adamani Travel.  Banyak pakej-pakej percutian 2018 menarik dan murah yang mereka sediakan.

Testimoni Mereka yang Telah Mengambil Pakej Percutian USS 2018

testimoni peserta pakej ke Universal Studio Singapore (1) testimoni peserta pakej ke Universal Studio Singapore (2) testimoni peserta pakej ke Universal Studio Singapore (3)

Tempah Pakej Percutian Murah Ke Universal Studio Singapore Sekarang

Anda boleh menghubungi Adamani Travel untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej dan itenerari yang ditawarkan. Nak bincang bajet dan penginapan juga boleh diuruskan. Boleh teruus buat tempahan menerusi nombor telefon tertera atau pertanyaan di Facebook dan website.

logo adamani travel pakej percutian murah

Adamani Travel | Pakej Percutian USS 2018
Hubungi:
Tekan untuk telefon (018-7751456) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:  Adamani Travel
Website:  http://www.pakejussmurah.com/tempahan

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts