Senarai Pakej Percutian Ke Sabah Untuk Tahun 2019

Negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai bentuk muka bumi yang indah. Dek kerana keindahan yang ada di negeri Sabah itu, menjadikan negeri dibawah bayu ini antara tempat yang paling popular untuk pelancongan di Asia Pasifik. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, hutan menghijau, berpantai dan berpulau serta budaya masyarakatnya yang berbilang bangsa antara daya tarikan terbesar pelancong dari China dan Korea Selatan untuk datang melancong ke negeri Sabah ini.

pakej percutian ke sabah tahun 2018

Di Sabah, terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Setiap tempat yang ada di Sabah mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Selain keindahan, negeri di bawah bayu ini juga turut menawarkan aktiviti yang menarik dimana kebanyakan aktiviti yang disediakan dapat membawa anda lebih dekat dengan alam semulajadi di sana yang indah dan unik… Mari kita lihat, apa yang menarik di Sabah.

12 Tempat Menarik Di Sabah

1. Taman Kinabalu

Taman Kinabalu merupakan tempat dimana bermulanya eksplorasi pendakian puncak Gunung Kinabalu iaitu pintu masuk ke Gunung Kinabalu yang menjadi salah satu tempat menarik di Sabah yang paling popular. Terletak di Ranau, Sabah. Taman ini mempunyai ketinggian 1585 meter dari paras laut serta meliputi kawasan seluas 754 km persegi yang merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

taman kinabalu - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Taman Kinabalu ini dijadikan sebagai kawasan biologikal yang terpenting di dunia dengan lebih daripada 4500 jenis flora dan fauna yang merangkumi 100 jenis mamalia, lebih daripada 110 jenis siput darat dan 326 jenis burung. Jadi, anda tak perlu lagi ke zoo untuk melihat pelbagai jenis binatang.. Cukup hanya ke Taman Kinabalu ini. Anda juga boleh ke Monumen Gempa Bumi Kinabalu juga terletak di taman ini.

2. Kota Kinabalu Wetland Centre

Kota Kinabalu Wetland Centre terletak di Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, Kota Kinabalu sabah merupakan sebuah hutan bakau yang mempunyai keluasan 24 hektar yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Di sini anda juga disediakan ruang berjalan kaki berpapan sepanjang 1.5 km supaya membolehkan anda dan keluarga mahupun kawan-kawan menerokai hutan bakau ini dengan selamat.

wetland center- pakej percutian ke sabah tahun 2018

Kota Kinabalu Wetland Centre ini juga terkenal dengan pelbagai spesis burung. Hampir 80 spesis burung berada di sini yang berterbangan bebas di mengelilingi hutan bakau ini. Sekiranya anda seorang pencinta burung, bolehlah datang kesini untuk melihat sendiri keunikan yang ada di sini. Anda pasti teruja.

3. Marine Museum

Marine Museum Sabah ini terletak di Universiti Malaysia Sabah dan dikatakan antara yang terbaik yang berada di Kepulauan Borneo. Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruangan atrium yang dapat memberikan anda pengalaman seperti berada di dasar lautan. Muzium ini juga memaparkan flora fauna di dalam laut dan akhir sekali adalah laluan paya bakau.

marine museum- pakej percutian ke sabah tahun 2018

Anda juga berpeluang untuk melihat tayangan video tentang hidupan laut pada setiap Sabtu, 9.00am hingga 12.30pm dan seterusnya pula pada jam 2.00pm hingga 4.00pm. Manakala pada jam 3.30pm hingga 4.00pm pula anda berpeluang melihat pelbagai hidupan laut diberi makan.

4. Masjid Negeri Sabah

Tidak sah kalau melancong di sesebuah tempat tidak singgah ke masjid yang ada di sana. Masjid Negeri bagi negeri Sabah ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan Kota Kinabalu, Sabah.

masjid negeri sabah - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Masjid ini memiliki seni bina yang menggabungkan bangunan-bangunan pada zaman keagungan Islam dan zaman moden. Kubah masjid ini pula diinspirasikan daripada masjid yang terkenal di dunia iaitu Masjid Biru di Istanbul, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan Masjid Jame di New Delhi, manakala, menaranya yang berketinggian 215 kaki pula diambil dari rekaan Masjid Nabi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah.

5. Masjid Kota Kinabalu

Masjid Kota Kinabalu pula merupakan masjid kedua terpenting di Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Senibinanya diinspirasikan daripada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Ia juga diberi gelaran sebagai Masjid Terapung kerana dikelilingi oleh lagun buatan manusia.

masjid kota kinabalu - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Selain itu, masjid ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, Klinik penjagaan paliatif, 3 buah madrasah dan ladang ikan. Jika anda ingin menikmati keindahan masjid ini dengan lebih mempesonakan, anda boleh menaiki bot pedal yang disediakan oleh pihak masjid bagi membolehkan anda mengelilingi masjid ini.

6. Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill Observatory Platform dibina seolah-olah seperti UFO ini merupakan dek pemerhatian yang terletak di Signal Hill, puncak tertinggi di Kota Kinabalu. Di sinilah anda dan keluarga dapat menikmati pemandangan terindah dan terbaik sekitar Kota Kinabalu, tiada yang dapat melawan pemandangan dari Observatory Platform ini.

observatory platform kota kinabalu - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Dari Signal Hill ini anda dapat menyaksikan pemandangan sekitar Kota Kinabalu sehingga ke pulau-pulau yang terdapat di sekelilingnya yang cukup menakjubkan dan mampu menjadi kenangan terindah buat anda.. Signal Hill Observatory Platform ini terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu, Sabah.

7. Pulau Sapi

Terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Sapi menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik bagi setiap pengunjung yang datang ke Sabah. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, di Pulau Sapi terletaknya Coral Flyer yang merupakan zipline yang terpanjang di dunia. Dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya, nak berflying fox, inilah dia lokasi paling ekstrem untuk dicuba.

pulau sapi - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti seperti snorkelling dan selaman skuba terutamanya pada waktu-waktu dimana matahari memancarkan cahaya yang cerah, dengan air yang agak jernih, cahaya matahari dapat menembusi air laut yang membolehkan anda menikmati panorama indah hidupan di sekeliling batu-batu karang laut yang penuh warna-warni dengan jelas sekali. Bulan Februari sehingga Mei merupakan bulan yang terbaik untuk melawat Pulau Sapi disebabkan pulau ini memiliki segalanya yang diidamkan oleh pencinta alam semulajadi.

8. Pantai Tanjung Aru

Sekiranya anda ingin bersantai bersama keluarga, Pantai Tanjung Aru adalah tempat yang paling sesuai. Terletak hanya 6 KM sahaja dari bandar Kota Kinabalu menjadikan Pantai Tanjung Aru ini tempat tumpuan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga. Kemudahan yang disediakan di sini juga lengkap. Jadi, anda tak perlu risau untuk berkelah bersama keluarga walaupun mempunyai anak yang masih kecil.

pantai tanjung aru - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Disini juga anda dapat menikmati pelbagai makanan yang ada dijual di tepi pantai seperti air kelapa, air tebu, satay dan sebagainya. Apa yang lebih menarik di sini, anda boleh menikmati pemandangan yang indah ketika matahari terbenam iaitu pada jam 5.30 petang dan keatas. Jadi, jika ke Pantai Tanjung Aru, jangan lepaskan peluang untuk melihat moment indah ini..

9. Muzium Negeri Sabah

Muzium Negeri Sabah yang terletak di Jalan Muzium, Kota Kinabalu ini mempunyai keluasan 17 hektar yang dikelilingi oleh taman indah penuh kehijauan. Selain taman yang indah, di sekitar muzium ini juga terletaknya sebuah zoo dan kampung warisan. Antara pameran lain yang terletak di kompleks ini adalah Muzium Peradaban Islam Sabah dan Pusat Sains dan Teknologi. Satu destinasi yang wajid dilawati sekiranya ke Sabah.

muzium negeri sabah - pakej percutian ke sabah tahun 2018

10. Borneo Trading Post

Tidak sah jika melancong tidak membawa ole-oleh dari tempat yang kita lawati.. Di Borneo Trading Post ini anda boleh melihat barangan yang sangat menarik untuk dijadikan ole-ole atau tanda ingatan sebaik pulang dari Sabah nanti. Anda pasti rambang mata untuk memilih barangan yang ada di sini.

borneo trading post - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Borneo Trading Post yang terletak di Jalan tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong-pelancong asing kerana produk-produk yang dijual dan keunikan kebanyakan barangan di sini agak sukar ditemui di tempat jualan kraf yang lain. Antara barangan yang boleh ditemui di sini adalah seperti tempat menyimpan nasi, mangkuk-mangkuk, barang kemas dan banyak lagi produk buatan kayu yang lain. Hati-hati berbelanja di sini, boleh licin poket.

11. Pasar Filipina

Pasar Filipina ini pula merupakan syurga bagi pencinta makanan. Memandangkan Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil laut, jadi di sini anda akan dapat menikmati pelbagai jenis makanan laut yang sedap dan enak.

pasar filipina - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Jika anda ke Pasar Filipina ini, jangan lupa untuk mencuba makanan popular di sini iaitu BBQ kepak ayam madu yang memang sedap.. Pasar Filipina ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu.

12. Pasar Malam Sinsuran

Pasar Malam Sinsuran ini terletak bersebelahan Hotel Le Meridien adalah Pasar Malam Sinsuran yang menjadikan mutiara sebagai tarikan utama. Sebelum membeli, pastikan anda terlebih dahulu tahu menilai yang mana mutiara asli dan mutiara yang palsu bagi mengelakkan dari tertipu.

pasar malam sinsuran - pakej percutian ke sabah tahun 2018

Di samping itu, hasil kraftangan lain juga banyak dijual seperti T-shirt Sabah, magnet peti ais, dan lain-lain lagi yang boleh dijadikan cenderamata kepada yang tersayang.

Jom Bercuti Di Sabah Dengan Pakej Percutian Ke Sabah Dari Adamani Travel

Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Sabah pada tahun ini, bolehlah menempah pakej percutian dari Adamani Travel kerana pakej yang disediakan sangat murah berbanding di tempat lain.. Kemudahan dan servis yang diberikan juga sangat bagus dan anda pasti akan berpuas hati. Di sini saya senaraikan pakej percutian ke sabah untuk tahun 2017/2018 yang disediakan oleh Adamani Travel sebagai rujukan anda semua.

bercuti ke sabah

Pakej Ke Sabah (Kota Kinabalu) 4 Hari 3 Malam

Pendaftaran bagi Pakej Percutian Ke Sabah bagi tahun 2018 ini telah pun dibuka. Jika anda merancang untuk bercuti ke Sabah, anda bolehlah membuat pendaftaran sekarang bagi mengelakkan kenaikan harga yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Trip yang disediakan juga terhad. Jadi, cepat-cepatlah mendaftar ye sebelum pendaftaran di tutup.

Ok, untuk Pakej Ke Sabah (Kota Kinabalu) 4 Hari 3 Malam ini, anda akan diberi 3 pilihan tempat penginapan iaitu di Adam Homestay Kota Kinabalu, Likas Square Apartment Hotel ataupun Cititel Express Hotel. Jadi, anda boleh menentukan sendiri penginapan pilihan anda. Semua penginapan yang disediakan gerenti memberi keselesaan kepada anda.

pakej 4 hari 3 malam ke sabah

Dalam pakej ini juga disediakan sebuah pengangkutan sama ada kenderaan sedan, van atau MPV untuk dua hala perjalanan iaitu pergi dan balik bersama seorang pemandu beragama Islam yang berpengalaman supaya perjalanan anda berjalan lancar dan selamat. Aturcara perjalanan anda juga telah lengkap disediakan dan diatur oleh pihak penganjur. Jadi, anda tak perlu risau kerana perjalanan anda nanti akan lengkap dengan program tanpa ada lompongan.

Untuk pengetahuan anda, pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan, hidangan makanan dan minuman, tiket ke tempat lawatan dan juga insuran perjalanan.

Pakej Ke Sabah (Kota Kinabalu) 3 Hari 2 Malam

Bagi pakej 3 hari 2 malam ini pula, sebaik sahaja anda tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), anda akan menyertai City Tour. Anda akan dibawa melawat ke Masjid Negeri, Ocean Waterfront, Signal Hill, Masjid Terapung, Pantai Tanjung Aru dan juga Atkinson Clock Tower. Selesai sahaja City Tour, anda akan dibawa pula ke tempat penginapan untuk check in dan selepas itu, anda boleh melakukan aktiviti bebas anda. Oh ya, untuk aktiviti City Tour tadi, masanya adalah fleksible kerana mengikut masa ketibaan anda.

pakej 3 hari 2 malam ke sabah

Hari kedua pula anda akan dibawa dari tempat penginapan ke Kundasang yang memakan masa selama hampir 2 jam untuk melawat tempat menarik di sana. Tempat pertama yang akan anda singgah adalah di Rumah Terbalik. Selain itu juga, anda akan dibawa ke Kinabalu Park (Timpohon Gate), Kundasang Memorial Park, Desa Casttle Farm (Malaysia New Zealand), Luanti Fish Spa (Tagal) dan singgah di gerai sayur dan buah di Pekan Kundasang sebelum bertolak balik ke tempat penginapan di Kota Kinabalu.

adamani travel heritage village di sabah

Hari terakhir iaitu hari ketiga anda akan dibawa membeli belah di salah satu lokasi pilihan seperti Pasar Filipino, 1Borneo Megamall, Suria Sabah Shopping Mall atau Pusat Pemborong Mutiara Sinsuran. Aktiviti ini juga adalah tertakluk kepada masa tiket penerbangan anda.. Selesai membeli belah, anda akan bertolak pulang ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu..

Sebut Harga Pakej Percutian Ke Sabah 2018

Untuk mendapatkan sebut harga bagi pakej percutian ke Sabah bagi tahun 2018 ini, anda boleh terus menghubungi pihak Adamani Travel bagi mendapatkannya secara percuma seperti Itinerari perjalanan, aktiviti, tarikh, masa, harga dan lain-lain lagi. Jadi untuk lebih jelas, sila berhubung dengan Adamani Travel untuk sebarang perbincangan.

upside down di sabah

Tempat Sekarang Pakej Percutian Ke Sabah 2018 di Adamani Travel

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Pakej Percutian ke Sabah atau destinasi terbaik percutian mahupun pelancongan samada dalam dan luar negara, boleh berhubung melalui pihak Adamani Travel Sdn. Bhd.

logo adamani travel pakej percutian murah

Adamani Travel | Pakej Percutian Bajet
Hubungi: 
Tekan untuk telefon (018-7751456) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:  Adamani Travel
Website:  http://www.adamanitravel.com

Alamat:
Syarikat Adamani Travel Sdn. Bhd.
Jalan Padi Emas 4/1 Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru.
Email : adamanitravel@gmail.com

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts