Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri yang terletak selatan semenanjung Malaysia. Negeri Johor terkenal menerusi tempat-tempat menarik seperti tempat perlancongan, makanan, taman tema, macam-macam lagi. Jalan-jalan dan makan adalah tema yang sesuai dengan Johor kerana negeri ini menyimpan banyak keunikan untuk anda kunjungi dan merasai aneka makanan yang sedap-sedap.
Ramai yang menjadikan negeri Johor sebagai destinasi percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan juga secara solo. Di samping itu juga negeri Johor merupakan laluan utama untuk penduduk Malaysia ke Singapura dan juga Singapura ke Malaysia menjadikannya sentiasa dipenuhi pelancong dari dalam dan luar negara. Johor Bharu pula merupakan ibu negeri bagi negeri Johor dan Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor. Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke sini, pasti mencari tempat penginapan yang selesa bukan?
Homestay Murah Adam Homestay Johor Bahru
Ramai yang ingin mencari kelainan semasa percutian. Bagi anda yang tinggal di bandar yang sesak dengan kenderaaan dan ingin mencari penginapan yang jauh dari bunyi kenderaan menginap di Adam Homestay merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan pasti tidak dapat dilupakan. Apa tidaknya, sewaktu anda telah keletihan dan ingin berehat setelah seharian berjalan, homestay ini memberi keselesaan yang cukup sempurna buat percutian anda.
Adam Homestay Menyediakan Penginapan Yang Selesa Buat Anda Dan Keluarga
Adan Homestay menawarkan penginapan yang selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Johor Bahru. Adam Homestay penginapan yang persis rumah anda sendiri. Ia satu-satunya homestay yang menawarkan pekej menarik iaitu penginapan yang selesa berserta mampu memuatkan seramai 30 orang dalam satu masa. Jika anda bercuti bersama keluarga sangat sesuai menginap di sini dengan keluasan rumah yang cukup selesa dan tenang sekali menjadikan homestay ini antara homestay pilihan ramai.
Lokasi Yang Berhampiran Dengan Kawasan Pelancongan Dan Kemudahan Awam
Jika anda menginap di Adam Homestay pasti tidak membosankan kerana homestay ini berdekatan dengan pusat perlancongan seperti hanya mengambil masa selama 15 minit ke Johor Premium Outlets (JPO), Legoland Malaysia, hello kitty dan banyak lagi. Manakala jika anda memerlukan kemudahan lain seperti mesin atm, dobi layan diri, restoran KFC, Pizza, kedai runcit, hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari jarak homestay.
Lokasi Yang Berhampiran Dengan Taman Tema Legoland
Bagi yang mencari pakej percutian Legoland di Johor Bahru, ianya pakej yang amat sesuai untuk golongan yang sukakan hiburan, melakukan aktiviti dan juga sesuai untuk keluarga. Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia. Legoland Malaysia Resort ini terletak di Tama Industri Nusa Cemerlang di Nusajaya, Johor dan hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari Adam Homestay.
Lokasi Yang Berhampiran Dengan Restoran Popular Asam Pedas Botak
Johor Bahru kini dihujani dengan pelbagai penduduk serta budaya dari pelbagai kaum. Jadi, tidak hairanlah jika makanan di sini juga menjadi tarikan pelancong tidak kira dalam mahupun luar negara. Antara restoran yang paling digemari ramai jika singgah ke Johor Bahru adalah di asam pedas Botak. Asam pedas dan johor memang kombinasi yang tidak dapat dipisahkan. Tempat ini dikatakan menyediakan asam pedas yang paling sedap di Johor Bahru. Tidak rugi singgah ke sini untuk merasa sendiri keenakan asam pedas yang digemari ramai ini.
Kemudahan Memasak Seperti Rumah Sendiri Di Adam Homestay Johor Bahru
Adam Homestay menyediakan kemudahan memasak seperti di rumah sendiri. Ada peti sejuk , dapur masak, rice cooker dan microwave. Boleh menjimatkan sikit bajet percutian anda. Jika anda tidak sempat masak, beli bungkus dan makan di homestay kerana kemudahan ruang makan yang disediakan selesa macam rumah sendiri.
Selain itu, jika anda bercuti bersama keluarga, Adam Homestay juga ada menyediakan peralatan dan ruang masakan yang cukup selesa untuk anda memasak begitu juga dengan kemudahan lain seperti kedai runcit yang berhampiran dengan lokasi ini. Rata-rata mereka yang telah ke sini berpuas hati dengan homestay ini yang begitu menekannya konsep rumah sendiri kepada pelanggannya. Dengan rona warna biru laut rumah yang mendamaikan, pasti menjadikan destinasi percutian anda bersama keluarga terpahat di dalam jiwa sepanjang hayat.
Keluasan Rumah Yang Mampu Memuatkan Seramai 30 Orang Tetamu Di Adam Homestay Johor Bahru
Adam Homestay merupakan homestay jenis ‘double storey’ atau teres 2 tingkat berkapasiti cukup luas hingga mampu memuatkan seramai 30 orang tetamu pada satu masa. Dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air di tambah pula setiap bilik mempunyai penghawa dingin pasti sudah cukup memberi keselesaan pada tetamu yang berkunjung.
Antara Kelebihan Lain Di Adam Homestay Johor Bahru
- 1 bilik air dengan pemanas air
- TV LCD, DVD Player
- Bilik 1: Queen Bed, A/cond, Kipas
- Bilik 2: Queen Bed, A/cond, Kipas
- Bilik 3: Queen Bed, A/cond, Kipas,
- Bilik 4: Queen Bed, A/cond, Kipas
- Dapur Gas
- Pinggan Mangkuk
- Rice Cooker
- Pemanas Air
- kelengkapan memasak
- Peti Sejuk
- Mesin Basuh Automatik
- Sabun Mandi
- Iron, Iron Board
- Sejadah
Kelebihan Tinggal Di Adam Homestay Johor Bahru
Apabila anda bermusafir atau melawati sesuatu tempat, pernahkah anda terfikir untuk tinggal homestay berbanding hotel? Walaupun tidak dinafikan ada yang menginginkan keselesaan yang ditawarkan oleh hotel yang mempunyai cawangan di serata tempat. Namun, tinggal di homestay bukan sahaja memberikan kelainan, bahkan khidmat pelanggan yang lebih khas berbanding di hotel. Homestay ini juga lebih berbaloi untuk menginap bersama keluarga kerana keluasan kawasan ini lebih luas jika nak dibandingkan dengan hotel yang mempunyai kawasan yang agak terhad.
Persekitaran Yang Tenang Dan Cantik Di Adam Homestay Johor Bahru
Kebanyakan tempat di mana terletaknya homestay merupakan tempat tarikan pelancong mahupun hampir dengan pelabuhan atau institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah berasrama.Seperti yang saya katakan, Adam homestay menjanjikan suasana yang lebih tenang kerana ia seperti rumah kedua anda.
Percutian Lebih Menarik Bersama Keluarga Di Adam Homestay Johor Bahru
Sekiranya anda bercuti dalam kumpulan yang besar contonya mempunyai anak yang ramai, atau bercuti bersama keluarga adik beradik lain yang tinggal berjauhan, dapat berbual-bual, catching up dan meluangkan masa bersama sangat bermakna. Kapasiti di Adam Homestay yang besar hingga boleh memuatkan seramai 30 orang lebih menguntungkan jika anda bercuti secara berkumpulan atau bersama keluarga. Kalau di hotel, masing-masing akan tinggal dibilik masing-masing. Kalau nak beramah mesra sama ada semua berkumpul di salah satu bilik atau berkumpul di lobby hotel atau coffee house.
Ruang Luas Dan Selesa Di Adam Homestay Johor Bahru
Kalau anda bercuti dan tinggal di hotel bersama keluarga yang besar, tentu tak seronok bila semuanya lepak kat bilik masing-masing. takcutilah namanya. Homestay merupakan rumah yang disewakan, jadi ia mempunyai pelbagai ruang seperti ruang tamu atau kawasan luar rumah. Dengan ruang extra ni berbanding hotel, anda ada pilihan untuk bersama-sama dengan keluarga atau bersendirian kat dalam bilik. Lagi pun suasana homestay yang seakan-akan rumah sendiri membuatkan anda rasa homey berbanding hotel. Bagi yang mempunyai anak kecik atau anak ramai, semestinya homestay menjadi pilihan terutama homestay yang mempunyai kawasan luas seperti di Adam Homestay. Anak-anak dapat bermain dengan bebas tanpa perlu risau.
Kemudahan Parking di Adam Homestay Johor Bahru
Sesuai dengan keluasan rumahnya, ruangan parking kereta di Adam homestay mampu memuatkan sebanyak 2 buah kereta. Kereta anda tidak perlu berpanas malah boleh mengelakkan kecurian sewaktu bercuti. Anda tidak perlu meragui keselematan anda dan keluarga ketika bercuti disini kerana inshAllah semuanya selamat dan terkawal.
Apa Kata Mereka Mengenai Adam Homestay Johor Bahru
Booking Adam Homestay Johor Bahru Sekarang!
Nikmati percutian anda bersama keluarga di Johor Bahru dengan keselesaan yang cukup sempurna di Adam Homestay. Untuk tempahan homestay hubungi :
Hubungi:
Website: http://www.adamhomestay.com/
Facebook: https://www.facebook.com/adamstay/