Banyak Tempat Menarik di Johor yang boleh anda lawati untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan seperti taman tema, tempat membeli belah, pantai, pulau, air terjun, tempat makan menarik dan banyak lagi.
Semoga informasi di bawah bermanfaat untuk panduan anda apabila bercuti ke tempat menarik di Johor Darul Takzim nanti.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : TEMPAT BERSEJARAH DAN MUZIUM DI JOHOR
Terdapat 5 tempat menarik di johor bersejarah seperti :
- Muzium Diraja Abu Bakar
Bangunan berstruktur megah ini siap dibina pada tahun 1866. Ia ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar yang turut dikenali sebagai Istana Besar Johor.
Bangunan ini dibina oleh orang tempatan dibawah penyeliaan seorang arkitek Eropah mengikut gaya Renaissance. Perabut di dalam istana dibuat di England dan ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dalam tahun 1866.
Pada tahun 1982, istana ini dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar. Sehingga hari ini, ia masih ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri
Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta pameran cenderahati di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Lawati muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor. Muzium ini dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
- Muzium Kota Tinggi
Muzium yang dibina pada tahun 1997 dan dibuka kepada umum pada tahun 2002 ini mengimbau semula zaman Kesultanan Johor, yang bermula sejurus selepas kejatuhan empayar Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.
Tapak Kota Tinggi telah dipilih sebagai muzium kerana kepentingan sejarahnya sebagai takhta Kesultanan Johor lama.
Ia juga berada di lembah Sungai Johor di mana penulis tersohor Tun Sri Lanang telah menulis di dalam “Sejarah Melayu”, pensejarahan keunggulan Melayu.
Bangunan dua tingkat ini akan membawa anda melihat koleksi pameran yang jarang ditemui dari kurun ke-19 sehinggalah sekarang, termasuk tembikar kurun lama, lukisan kanvas yang besar, peralatan muzik purba dan senjata yang dahulunya menjadi sebuah keagungan.
Menjejaki sejarah salah sebuah empayar yang paling berwarna-warni di rantau ini. Muzium ini dibuka setiap Sabtu-Khamis dari jam 9 pagi-4 petang dan ditutup pada hari Jumaat. Kemasukan adalah percuma.
- Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru
Antara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika anda berada di Johor Bahru ialah Muzium Warisan Tionghua(Johor Bahru Chinese Heritage Museum).
Pengunjung akan dikenakan bayaran untuk masuk ke muzium ini. Sebanyak RM5 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan ditutup pada hari Isnin.
Terletak di Jalan Ibrahim, muzium ini sememangnya amat mudah untuk dikunjungi kerana lokasinya yang terletak di bandar Johor Bahru. Saya sekeluarga berkesempatan untuk melawat muzium ini pada cuti Hari Krismas yang lalu.
Bangunan setinggi 3 tingkat ini menempatkan pelbagai koleksi pameran yang menarik berkaitan sejarah perkembangan masyarakat Cina serta sejarah negeri Johor secaram amnya.
- Muzium Nenas
Terletak di Pontian, Johor iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Johor Bahru. Di sini pengunjung berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan proses penghasilan produk daripada nenas.
Selain pelbagai informasi berkaitan dengan sejarah nenas di galeri, anda juga boleh membeli produk yang dibuat daripada nenas di sini seperti jem dan jus nenas.
- Bangunan Sultan Ibrahim–
Sebuah bangunan yang dibina oleh kolonial British pada tahun 1940 sebagai sebuah pusat pentadbiran. Kini ianya menjadi satu tarikan pelancongan kerana seni bina bangunannya yang sangat klasik dan berunsurkan stail Inggeris.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : PANTAI DI JOHOR
Negeri ini mempunyai banyak pantai. Antaranya 4 pantai di johor paling besar iaitu:
- Pantai Desaru
Tempat peranginan di Johor yang popular di kalangan warga JB dan juga Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia.
- Pantai Stulang Laut
Pantai rekreasi yang hanya beberapa kilometer dari bandar JB. Sesuai sebagai tempat santai-santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran di sekitarnya.
- Pantai Lido
Pantai rekreasi yang menjadi tumpuan warga JB untuk bersantai petang-petang melihat keindahan pantai dan matahari terbenam di waktu senja. Dari sini juga anda boleh melihat Singapura di seberang Selat Tebrau.
- Teluk Mahkota
Pantai yang berteluk dan juga dikenali dengan Jason Bay ini menghadap Laut China Selatan dan tidaklah sepopular seperti Pantai Peranginan Desaru. Sekiranya anda inginkan satu tempat percutian tepi pantai yang tidak sibuk dengan orang, di sinilah salah satu tempat di Johor. Beberapa penginapan turut ada di sini seperti Tanjung Sutera Resort, Jason Bay Resort dan Mutiara Motor Resort.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : PULAU DI JOHOR
Negeri ini mempunyai banyak pulau. Antara 8 pulau di johor paling besar iaitu:
- Pulau Sibu
Sebuah Pulau kecil yang boleh anda datang bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling atau pun menyelam. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung Island. Di sini terdapat resort yang boleh anda menginap ketika bercuti nanti.
- Pulau Rawa
Sebuah Pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karang. Destinasi terbaik untuk anda adalah snorkeling, scuba diving, wind surfing, berkayak, mendaki bukit, BBQ. Terdapat resort di sini untuk menginap seperti Alang’s Rawa dan Rawa Island Resort.
- Pulau Dayang
Sebuah pulau yang terdiri daripada Pulau Aur, Pulau Pinang, Pulau Besar dan Pulau Pemanggi. Di sini merupakan destinasi popular untuk mereka yang sukakan aktiviti scuba diving. Hidupan Marin di sini memang sangat banyak dan mudah untuk menjumpai ikan seperti spesis jerung, paus mahupun ikan pari .
- Pulau Aur
Pulaunya lebih besar berbanding pulau bersebelahannya seperti Pulau Dayang ataupun Pulau Pemanggil. Di sini juga ada resort dan destinasi sesuai untuk aktiviti pulau seperti snorkeling dan scuba diving.
- Pulau Pemanggil
Selain terkenal dengan aktiviti menarik di pulau, di sini juga terkenal di kalangan pemancing laut dalam. Di tengah-tengah pulau terdapat kawasan berbukit dan berhutan untuk beraktiviti darat seperti jungle tracking ataupun camping. Antara resort paling popular di sini ialah Lanting Beach Resort.
- Pulau Kukup
Pulau yang hanya 1km jaraknya dari tanah besar Johor dan merupakan pulau yang dipenuhi dengan hutan paya bakau dan spesis-spesis haiwan paya bakau. Pulau Kukup juga merupakan hutan paya bakau antara yang terbesar di dunia yang masih kekal asli. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di jeti Kukup.
- Pulau Besar
Pulau yang bersebelahannya terdapat 2 pulau kecil iaitu Pulau Tengah dan Pulau Hujong . Digazetkan sebagai taman marin oleh kerajaan Johor untuk mengekalkan kehidupan marin di sini. Juga popular sebagai tempat penyu (Giant Leatherback) untuk bertelur.
- Pulau Tengah
Pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Besar dan dikelilingi dengan taman marin yang dipelihara oleh kerajaan. Juga merupakan tempat pendaratan penyu bertelur.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : ZOO & TAMAN DI JOHOR
- Zoo Johor
Zoo di Jalan Gertak Merah teletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam dan hampir pupus.
- Ladang Burung Unta
Tarikan haiwan yang sangat unik berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik untuk di cuba seperti menunggang burung unta, melihat telur burung unta yang besar, belajar proses penetasan burung unta dan memberi makan burung unta. Yang paling best anda berpeluang mencuba telur dadar burung unta dan satey unta di sini .
- Taman Buaya Teluk Sengat
Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah beroperasi sejak tahun 1979. Ada beberapa ekor buaya yang saiznya sangat besar dan berusia hampir 100 tahun.
- UK Agro Resort/ Farm
Sebuah ladang biri-biri dan kambing terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancong dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah atau untuk pelancong yang ingin lebih mengenali budaya penternakan di malaysia.
Di sini juga terdapat resort (http://ukfarm.com.my/index.html) untuk penginapan dan aktiviti menarik yang boleh di lakukan. Selain melihat kambing / biri-biri ,anda juga ialah memanah , menunggang kuda dan melawat ladang cendawan.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR: MEMBELI BELAH
- City Square JB
Sebuah shopping mall yang moden dan menempatkan pelbagai shoplot yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai kategori. Terdapat juga foodcourt di sini yang sering menjadi pilihan waga kota untuk makan-makan.
- Komtar JBCC Shopping Complex
Shopping mall atau plaza yang besar dan menempatkan banyak kedai dan foodcourt yang best . Samaada barang berjenama atau yang biasa-biasa , semuanya ada . Plihan restoran yang menyediakan makanan tradisional Johor juga banyak.
- Bazaar Johor (Bazaar Karat)
Sebuah pasar malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barangan antik, kasut , stokin, tali pinggang dan macam-macam lagi. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang happening di waktu malam terutamanya di hujung minggu.
- Johor Premium Outlet (JPO)
Satu tempat menarik untuk shopping di Kulai Johor dan bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya . Sering dipenuhi pengunjung terutamanya ketika ada sales.
- Shopping Mall di Johor
Galeri Kotaraya, Plaza Angsana, Paradigm Mall Johor Bahru, IKEA Tebrau (Terbesar di Asia Tenggara).
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : TARIKAN ALAM SEMULA JADI DI JOHOR
- Tanjung Piai, Pontian
Merupakan tempat paya bakau yanag kaya dengan dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Disini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghujung platform ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia.
- Air terjun Kota Tinggi
Sebuah air tejun yang boleh dikatakan paling popular bagi warga Johor Bahru dan juga orang Singapura. Menempatkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengujung serta kolam buatan dan gelongsor air untuk kanak-kanak .
- Gunung Ledang
Sebuah gunung yang penuh dengan Misteri dan menjadi salah satu destinasi untuk mereka yang suka mendaki. Terletak berhampiran dengan sempadan negei Melaka dan di kaki bukitnya terdapat tarikan pelancongan lain seperti air terjun . Kemudahan resort dan kem motivasi .
- Air Terjun Gunung Ledang
Sebuah air tejun yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan . Untuk ke sini pengunjung perlu ke Gunung Ledang resort sebelum berjalan kaki ke lokasi air terjun .
- Taman Rekreasi Tasik Y
Sebuah taman rekreasi yang terletak di Batu Pahat untuk riadah bersama keluarga . Terdapat kemudahan seperti laluan jalan kaki berbata , pondok, taman permainan, Replika dinasour dan gerai-gerai makan.
- Gunung Lambak
Satu destinasi untuk aktiviti mendaki dan jungle trekking di kluang , Johor . Mempunyai beberapa denai yang disediakan khas untuk dan mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke puncak .
- Zenxin Organic Park
Satu taman organik kecil yang menempatkan tubuhan herba dan pokok-pokok buahan seperti buah dragonfruit. Terdapat jugak kolam ikan dan juga sangkar arnab. Sesuai sebagai destinasi Bercuti sambil Belajar untuk anak-anak.
- Taman Awam Hutan Bandar
Sebuah taman rekreasi di JB yang sesuai untuk aktiviti outdoor bersama keluarga. Antara kemudahan yang ada di sini laman permainan kanak-kanak, pondok berehat, medan selera, tasik, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya .
- Hutan Lipur Gunung Pulai
Tarikan hutan lipur di Bukit Nenas yang sesuai untuk aktiviti jungle trekking ataupun mendaki. Di atasnya terdapat sebuah air terjun yang cantik dan pengunjung boleh melalui laluan jalan kaki yang tersedia. Sering menjadi tumpuan keluarga untuk beriadah dan mandi air terjun terutamanya di bahagian kaki bukit .
- Taman Negara Johor Tanjung Pai
Merupakan sebuah kawasan paya bakau yang juga mempunyai haiwan seperti monyet, pelbagai spesis burung dan ketam nipah. Terdapat platform jalan kaki bagi memudahkan pengunjung melawat hutan paya bakau di sini .
- Taman Merdeka
Tempat rekreasi dan jogging warga kota JB di waktu pagi dan petang . Sesuai juga untuk beriadah bersama keluarga dan pemandangan di sini pun cantik terutamnya pada waktu malam kerana ad air pancut berwarna warni di tengah tasiknya.
- Pantai Air Papan Mersing
Pantai peranginan yang cantik yang sesuai utuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai. Terdapat beberapa chalet dan resort untuk penginapan seperti Sri Mersing Resort Air Papan, Fishing Bay Resort dan Teluk Godek beach Resort.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : TAMAN TEMA DI JOHOR
- Legoland Malaysia Resort
Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik dan best.
- Puteri Harbour Indoor Theme Park
Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk menghabiskan masa dengan anak-anak dan juga makan di tempat menarik bersama anak-anak.
- Kuso Trick Art Gallery
Galeri yang menempatkan lukisan-lukisan mural 3D yang sangat manarik untuk dilawati . Lukisan hidupnya nampak seakan realistik jika gambar diambil dari sudut dan posisi yang betul.
- Angry Bird Indoor Theme Park
Merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada oktober 2014 dan berada di aras shopping mall komtar JBCC. Antara permainan yang ada di sana ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya. Satu tempat yang manarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan kanak-kanak.
Sumber google
- Dinasour Alive Water Theme Park
Sebuah kolam kecil di KSL Hotel & Resort yang di kelilingi dengan 2 patung replika dinasour dan juga gelongsor air kecil untuk kanak-kanak. Mungkin satu destinasi yang biasa-biasa yang juga boleh anda temui di tempat lain .
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : MERCU TANDA DI JOHOR
- Masjid Negeri Sultan Abu Bakar–
Masjid yang berusia lebih satu dekad yang terletak di Pantai Lido dan mempunyai senibina yang bercirikan masjid dari Mesir. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sesuai untuk mereka yang sukakan sejarah di Johor.
- Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat )
Sebuah dataran yang terletaknya mercu tanda di Daerah Batu Pahat. Kawasannya yang lapang di tengah pekan menjadikan ia sebuah tempat lepak yang ‘happening’ terutamanya pada hujung minggu dan ketika adanya persembahan atau event-event.
- Masjid Jamek Mersing
Satu masjid berwarna biru yang terletak di Mersing dan berhampiran dengan jeti ke pulau-pulau di Johor. Lokasinya di atas bukit menawarkan pemandangan yang luas termasuk pekan sekeliling dan juga laut. Sesuai untuk anda singgah untuk solat sementara menuggu feri di jeti.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : LAIN-LAIN
- Danga Bay
Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat Restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat Menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang selattebrau. Di sini juga terdapat taman permainan yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
- Desaru Fruit Fram
Ladang di Desaru (http://www.desarufruitfarm.com/) yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buah tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.
- Kluang Coffee Powder Factory
Destinasi untuk mereka yang hendak melihat sendiri bagaimana proses membuat kopi dari proses memanggang, menggoreng, mengisar dan proses membungkus. Pengunjung juga boleh membeli kopi segar sebagai cenderahati dari Johor.
- Istana Bukit Serene
Merupakan Istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat oleh tentera Johor. Walaupun ianya tidak dibuka untuk umum namun sering menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar istana yang cantik itu . Anda boleh lihat istana ini dari waterfront di Danga Bay.
- BP Walk (Batu Pahat Walk)
Satu tempat yang menarik di Batu Pahat Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. Bagi warga Batu Pahat, di sinilah port paling best kalau nak tengok siaran perlawanan bola sepak sambil pekena menu makan best di sana iaitu sup, satay dan mee rebus.
- Puteri Harbour Marina
Merupakan sebuah waterfront yang sangat moden dan juga terdapat pelabuhan yang menempatkan banyak kapal-kapal layar dari seluruh dunia. Sesuai untuk santai-santai mengambil gambar dengan panoramanya yang cantik. Terdapat jugak Club House di mana anda boleh minum-minum kopi didalam cafenya.
===================================================
PS: Anda bercadang nak Tour ke Tempat-Tempat Menarik di Johor & Singapore?
Adamani Travel Menyediakan Pakej Percutian Menarik ke Johor Bahru & Singapore termasuk Penginapan Homestay Di Johor Bahru + Pengangkutan MPV oleh Pemandu Berpengalaman & Mesra.
Untuk Pertanyaan Lanju pohon Whatsapp >> +6018- 775 1456 (Encik Hafiz)