Jika dilihat di peta dunia, cukup berbeza saiz negara Malaysia dengan Indonesia, keluasannya meliputi sehingga 17,000 buah pulau! Cukup luas, tidak mungkin dapat habis melawat segalanya walau dalam masa setahun.
Jadi untuk kalini kami akan fokuskan kepada kawasan Medan
Medan merupakan pintu masuk utama ke seluruh Sumatera Utara. Ia merupakan di antara destinasi perlancongan yang menjadi pilihan utama pelancong Malaysia ke Indonesia. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Medan yang membuatkan pelancong Malaysia suka ke sana.
#1. Kedai Kacang Tumbuk
Kedai yang menjual kacang tumbuk dan sangat fames di Medan. Kalau ke Medan, wajib singgah sini ya. Yang unik, setiap produk ada nama TengTeng, TingTing, TangTang, TungTung etc short form nama anak tokey. Lokasi kedai terletak di Permatang Siantar.
Kat sini bukan hanya ada jual kacang tau tapi macam-macam ada. Harga sekotak cuma Rp 25.000 saja.
#2. Bukit Simarjarunjung
Bukit Indah Simarjarunjung terkenal sebagai tempat swafoto terkenal di rata-rata pengguna media sosial disebabkan oleh keindahan alam semulajadinya.
Bukit Simarjarunjung menawarkan keindahan yang nyata, pastinya sesuai untuk dijadikan tempat refreshing sambil menikmati pemandangan yang sangat mengujakan.
Dari ketinggian Bukit Indah, korang boleh menikmati pesona Danau kota yang menakjubkan. Seiring waktu berjalan, terdapat beberapa spot bergambar yang menjadi favourite kebanyakan orang.
#3. Istana Maimun
Istana lama zaman Kesultanan Deli ini dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888. Merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong atau wisata Kota Medan disebabkan keunikan senibinanya. Lokasi di Jalan Brigjen Katamso dan tak jauh dari Hotel Madani.
Istana ni dibuka setiap hari dan bayaran masuk ialah Rp 5000.00 atau lebih kurang Rm 1.50.
Di sini jugak banyak gerai-gerai cenderamata yg menjual pelbagai jenis cenderamata dari keychain, t-shirt, dompet, ukiran kayu, fridge magnet ,songket,songkok, kain batik/pelikat, rehal, ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya.
#4. Air Terjun Sipis-piso
Air Terjun Sipiso-piso adalah air terjun tertinggi di indonesia. Kedudukannya berhampiran Desa Tongging dan berada di perbukitan dengan ketinggian 120m.
Korang akan kagum melihat keagungan ciptaan tuhan apabila korang berkunjung ke tempat ini. Dan korang juga boleh menelusuri tangga yang disediakan untuk ke dasar air terjun.
Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam untuk ke dasar air terjun tersebut.
#5. Bukit Gundaling
Ini dia tempat menarik di Berastagi yang menyajikan pesona keindahan alam tanah Karo yang tiada duanya. Berada di ketinggian 1.575 meter dari paras laut, membuat udara di Bukit Gundaling terasa begitu sejuk nan menyegarkan.
Apalagi Bukit Gundaling dipenuhi oleh bunga-bunga indah dan pepohonan rindang disekelilingnya, membuat fikiran kita jadi tenang, seolah-olah hilang begitu saja ketika pengunjung menghirup sejuknya udara sembari melihat panorama eksotis di samping kiri dan kanannya.
Di Bukit Gundaling, pengunjung boleh menemukan spot foto yang best, dengan background Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Untuk lebih senang, silahkan sewa kendaraan tradisional sejenis andong yang akan membawa anda berkeliling Bukit Gundaling.
Bagi kalian para pemburu sunrise dan sunset, Bukit Gundaling memiliki kejutan tersendiri yang akan memuaskan hasrat anda menyaksikan eksotisme kemunculan ataupun kembalinya sang surya ke peraduannya.
#6. Masjid Raya Medan
Masjid Raya Medan berlokasi di Jl Sisingamanganraja, 200 meter tak jauh dari Istana Maimun. Masjid ini merupakan salah satu bangunan bersejarah yang ada di Kota Medan.
Salah Satu Masjid Tertua Yang Ada di Kota Medan. Al Mashun artinya dipelihara. Masjid ini merupakan masjid peninggalan kesultanan Deli, dibangun pada masa pemerintahan Sultan Ma’mun Alrasyid Perkasa Alam. Masjid ini dibangun pada tahun 1906 dan baru digunakan sekitar 1909.
Arsitektur Yang Unik. Masjid Al Mashun dirancang oleh arsitek dari Belanda. Bangunan bersejarah tersebut kental dengan ornament yang mengadopsi budaya India, Eropah, serta dipadupadankan dengan budaya Melayu.
Terdapat Al Qur’an Berusia Tua. Di Masjid Al Mashun terdapat Al Qur’an berusia tua yang dipajang di pintu masuk jama’ah laki-laki. Al Qur’an ini terbuat dari kertas kulit yang sangat tua dan dibuat di Timur Tengah. Jika diperhatikan dari jarak dekat, ada lekukan ayat Al Quran yang merupakan tulisan tangan. Meski sudah berusia ratusan tahun namun Al Qur’an tersebut masih utuh dan bacaannya jelas.
Tradisi Unik di Bulan Ramadhan. Saat Ramadhan, Masjid Al Mashun menyajikan Bubur Sop Anyang sebagai hidangan untuk buka puasa. Bubur Anyang merupakan makanan ciri khas etnis Melayu. Bubur khas Kesultanan Deli ini setiap tahunnya menjadi menu warga Medan untuk berbuka puasa.
#7. Berastagi
Berastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu kegemaran masyarakat Medan. Di Berastagi terdapat banyak bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.
Selain itu, ia juga terkenal dengan keindahan dua gunung berkembar. Jika anda sukakan cabaran lasak seperti mendaki gunung, gunung berkembar ini merupakan pilihan yang tepat untuk dikunjungi di Medan.
#8. Taman Alam Lumbini
Tempat menarik di Medan dan sekitarnya yang selanjutnya iaitu Taman Alam Lumbini. Di Taman Alam Lumbini ini kamu dapat menemukan replika Pagoda Shwedagon yang berada di Myanmar.
Bagi kamu yang tertarik mengunjungi Taman Alam Lumbini ini, masuk adalah percuma. Untuk lokasinya, taman ini berada di Desa Tongkoh, Kecamatan Dolat Rakyat, Brastagi, Kabupaten Karo. Kamu dapat capai Taman Alam Lumbini ini sekitar dua jam dari Medan.
#9. Kampung Tomok
Tomok adalah sebuah kampung kecil di Pulau Samosir, Danau Toba, Sumatra, Indonesia. Ia adalah satu jam berjalan kaki dari Tuk-tuk. Terdapat beberapa rumah tradisional Batak yang boleh ditemui di Tomok. Ini adalah tempat feri kereta dari Ajibata (berhampiran Parapat) berhenti.
Selain itu, di Tomok anda boleh mencari kubur bekas raja Sidabutar. Bersama-sama dengan semua kios cenderamata, makam / sarkofagus ini adalah tarikan utama Tomok. Dalam perjalanan, melalui koridor kedai-kedai cenderamata, anda akan menemui beberapa keranda batu, semuanya milik keluarga bekas raja Sidabutar.
Terdapat juga beberapa persembahan muzik di kampung tradisional (Huta), berhampiran dengan kedai-kedai cenderahati. Di hujung jalan melalui kedai-kedai cenderamata, terdapat juga jalan setapak kecil menuju ke gunung. Ia akan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke puncak.
Anda akan mempunyai pemandangan indah di Lake Toba dan Tuk-tuk. Jangan lupa membawa kamera anda. Anda mungkin akan diminta minum kopi di salah satu daripada beberapa rumah yang anda akan dapati di sana. Berikan mereka sedikit tip.
#10. Kampung Ambarita
Antara perkara yang famous korang boleh buat dekat Danau Toba disebabkan mudah untuk diakses adalah melawat sebuah Perkampungan Batak Purba yang terletak berdekatan dengan Kampung Ambarita.
Ambarita terletak kurang lebih 5 kilometer daripada perkampungan Tuk-tuk kalau ikut jalan utama lah. Korang boleh ke tempat mesyuarat yang digunakan oleh Raja setempat disitu yang dibuat menggunakan batu. Ala-ala stone table dalam Narnia lah mungkin.
#11. Aek Natonang
Satu lagi tempat menarik di Pulau Samosir ialah tasik di bahagian atas tasik atau nama lainnya Aek Natonang. Tasik ini merupakan kawasan yang terletak di Danau Toba.
Ia adalah tasik di bahagian atas tasik. Pernahkah anda mendengar tentangnya? Sekiranya jawapannya tidak, maka anda mesti datang ke Aek Natonang untuk membuktikan ketepatan maklumat ini.
Namun begitu, sebelum memulakan ekspedisi anda, jangan lupa untuk menempah penginapan terlebih dahulu ya?
Jangan buang masa lagi, spot-spot untuk anda mendapatkan gambar-gambar yang luar biasa unik sedang menanti kedatangan anda sekeluarga! Selamat bercuti ke Indonesia!
PS : Kami ada sediakan Pakej Ke Medan 2020. Untuk info lanjut boleh klik di link berikut >> PAKEJ KE MEDAN 2020 <<