#7 Tempat Menarik Di Yogyakarta yang Sering Pelancong Kunjungi.

Tempat Menarik Di Yogyakarta

Yogyakarta atau selalu disebut sebagai Jogjakarta atau Jogja sememangnya menarik. Bagi pengunjung yang suka bergambar atau update di instagaram, tempat ini merupakan tempat yang menarik untuk anda merasai keindahan di Jogjakarta.

Jogjakarta lebih terkenal dengan sejarah kesultanan mereka dan bangunan-bangunan mereka yang unik. Disana juga terdapat kawasan hutan dan pantai yang cantik untuk anda yang gemarkan keindahan alam semulajadi.

Kalau nak di ceritakan semua tempat menarik di Indonesia ni memang lebih dari beribu tempat, jadi untuk kali ni kami akan kongsikan antara beberapa tempat menarik di Jogjakarta.

#1. Kebun Buah Mangunan

Credit : TripAdvisor

Kebun Buah Mangunan ini berada di ketinggian 200 meter dari paras laut, yang sekaligus membuatnya mendapat julukan Negeri di Atas Awan. Dibangunkan pada tahun 2003, lokasi menarik ini memiliki luas sekitar 23 Hektar.

Berada di ketinggian lebih dari 200 meter, pengunjung bakal di pegunkan dengan pemandangan luar biasa indah. Deretan pengunungan terlihat jelas dari kejauhan.

Atmosfera romantik sangat terasa dengan adanya  gumpalan-gumpalan awan tebal. Rasanya bagaikan berada diatas awan, sangat menakjubkan.

#2. Pantai Timang

Credit : http://www.pelancongbajet.com

Suasana Pantai Timang tidak terlalu ramai dengan pelancong bila berbanding pantai-pantai terkenal di Yogyakarta. Dibahagikan kepada dua kawasan, yang pertama ialah kawasan pesisir dengan pasir putih selayaknya pantai secara umum.

Ia tidak memiliki garis pantai yang panjang, tetapi ia masih menghasilkan suasana yang menarik. Dari pantai pelancong boleh melihat Pulau Panjang atau Pulau Timang.

Bahagian kedua adalah bahagian yang menjadi teras dan ikon dari Pantai Timang. Itu adalah tebing berbatu yang cerun. Daripada tebing berbatu ini pelancong boleh melihat pemandangan yang sangat menarik. Di seberang tebing, berdiri tegak sebuah pulau yang merupakan batu karang besar. Letupan ombak ke tebing batu karang menjadikan suasana lebih eksotik.

Di bahagian bukit dengan tebing terdapat gondola kayu yang direka sedemikian rupa dan di gantung oleh beberapa tali yang sangat kuat dan secara manual didorong dengan kuasa manusia.

#3. Lava Tour Merapi & Kaliadem

Credit : TripAdvisor

Pelancong yang mengikuti Lava Tour Merapi akan diajak menyusuri kaki Merapi menggunakan jeep Willys buatan Amerika. Selain willys, ada juga kendaraan adventure lainnya yang tak kalah gagah.

Route yang ditempuh bermula dari Parkiran Tlogo Putri, Kalikuning, hingga bunker Kaliadem dan kembali lagi ke Kaliurang.

Semakin jauh route yang kamu pilih, semakin banyak tempat yang bisa kamu lihat. Bahkan jika memilih paket Long Trip kamu bisa mengunjungi makam Mbah Maridjan yang tersohor itu.

Selama mengikuti paket wisata ini kamu juga akan diajak singgah ke berbagai tempat yang memiliki kisah menarik.

#4. Hutan Pinus Pengger

Credit : rutemu.com

Selain menawarkan keindahan dan keunikan, Hutan Pinus Pengger ini juga menawarkan kesejukan alam semulajadi. Bukan hanya itu saja, disana Kamu akan dissergahkan dengan pemandangan yang sangat cantik serta beberapa spot foto yang menarik.

Bagi kamu yang ingin menikmati keindahan Hutan Pinus Asri, maka Hutan Pinus Pengger ini merupakan pilihan yang tepat. Apalagi Kamu juga boleh menikmati keindahan alam dengan mengadakan camping.

Tak hanya itu saja, di Hutan Pinus Pengger ini juga terdapat tangan raksasa. Atau spot gardu pandang yang berbentuk tangan raksasa.

Dari sini, kamu dapat melihat keindahan alam Kota Jogja yang sangat menakjubkan. Jika Kamu datang ketika malam hari, maka hujung jari tangan raksasa ini akan mengeluarkan cahaya lampu yang sangat indah. Sehingga foto yang akan dihasilkan lebih menarik.

#5. Istana Air Taman Sari

Credit : www.bidadari.my

Istana Air Taman Sari merupakan bekas taman diraja kesultanan Yogyakarta. Asalnya ia menjadi tempat mandi para permaisuri dan ratu, dan juga terdapat taman dan pulau buatan manusia.

Selain itu ia menjadi tempat bermeditasi dan pertahanan kerajaan pada waktu itu. Ia menjadi lokasi penggambnaran untuk banyak filem dan drama.

Anda sukakan street art? Di sini ada banyak dinding grafiti yang cantik. Anda akan mendapat banyak gambar yang cantik di sini. Sebolehnya elakkan pergi pada hari minggu kerana keadaan akan menjadi sedikit sesak & susah untuk mendapat gambar yang cantik.

#6. Kuil Borobudur

Credit : www.bidadari.my

Ia merupakan candi atau kuil Budha yang terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia.

Candi berbentuk stupa ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800-an Masehi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra. Dinding tokong budha ini dihiasi dengan 2672 panel dan 502 patung Budha.

Borobudur kini masih digunakan sebagai tempat ziarah keagamaan. Setiap tahun penganut Buddha datang dari seluruh Indonesia danberkumpul di Borobudur untuk memperingati Trisuci Waisak. Jika anda sampai ke Yogyakarta, pastinya sangat rugi kalau anda tak pergi ke sini.

#7. Jalan Malioboro

Credit : www.pikniek.com

Mencari cenderamata buat kenangan dan buah tangan untuk orang di Malaysia? Anda boleh shopping di Malioboro. Ianya dibuka 24 jam sehari dan sepnjang 1 kilometer.

Di sini dijual pelbagai cenderamata termasuk perhiasan wanita, batik indonesia, emas, permata, malah perhiasan rumah. Anda boleh tawar-menawar di sini.

Bagi anda yang suka bergambar tu, inilah tempat yang sesuai untuk bergambar, banyak tempat menarik di Jogja yang anda boleh terokai.

Banyak lagi tempat menarik yang anda boleh jumpa di Jogjakarta, tapi kami sediakan list yang terbaik kami boleh bagi. Jadi apa tunggu lagi, Selamat Bercuti!

PS : Kami ada sediakan Pakej Ke Yogyakarta 2020. Jika berminat anda boleh klik link berikut untuk info lebIh lanjut  >>PAKEJ YOGYAKARTA 2020<<

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts