4 Tempat Menarik Yang “Wajib” Dikunjungi di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
16195630_1302268509832795_892059963253455311_n

Vietnam. Salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan para pengunjung terutama pengunjung dari Asia Tenggara. Semestinya ramai orang mahu ke destinasi ini iaitu Bandar Ho Chi Minh. Bandar ini menjadi tarikan dari segi makanannya hingga ke tempatnya yang menarik.

Jadi sini kami sediakan beberapa tempat yang wajib korang kunjungi apabila tiba di Ho Chi Minh.

#1.Ben Thanh Market

Tempat ini antara tarikan yang selalu dikunjungi pengunjung setiap hari. Apa sahaja yang dicari pasti akan dijumpai di sini dari pakaian, peralatan memasak, cenderamata, kopi dan macam-macam lagi dari pintu masuk hingga ke hujung.

Disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah kota, pasar ini adalah antara yang paling meriah di Ho Chi Minh. Yang penting, jangan berputus asa bertawar-menawar kalau shopping di sini walaupun tergantung dengan jelas papan tanda ‘Harga Tetap’nya, sure dapat murah punyalah!

#2.Ho Chi Minh City Book Street

Ho Chi Minh City Book Street adalah sebuah tarikan yang baru sahaja dibuka iaitu pada awal September 2016. Bagi yang ulat buku tu, inilah syurga dunia anda. Jalan yang berkepanjangan sekitar 100 meter ini adalah jalan seumpamanya yang terpanjang dengan genre buku yang paling pelbagai di dunia.

Ho Chi Minh City Book salah satu syurga bagi yang ulat buku. Tempat ini dibuka pada awal 2016. Terdapat pelbagai genre buku dari seluruh dunia boleh dicari di sini. Jalan yang berkepanjangan sekitar 100 meter ini adalah jalan seumpamanya yang terpanjang sekali.

Di sepanjang jalan ini anda dapat lihat banyak kiosk-kiosk yang bersebelahan antara satu sama lain yang terdiri daripada penerbit dan kedai buku yang berbeza. Di penghujung jalan ini pula terdapat ruang bacaan yang cukup selesa denga sofa dan kerusi untuk anda menghabiskan masa dengan bahan bacaan yang dibeli tadi.

Kadangkala, di ruang yang sama juga sering dijalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan seni dan budaya.

#3.Cu Chi Tunnels

Adakah anda berani untuk melalui terowong bawah tanah yang tidak diketahui dimana penghujungnya? Kalau berani, mai teroka Cu Chi Tunnels, sebuah terowong yang cukup panjang dan agak kompleks sekali rangkaiannya.

Terowong ini dibina untuk melawan tentera Amerika dan Selatan Vietnam yang memiliki kelengkapan senjata yang lebih sempurna. Di sinilah ramai askar ditempatkan sebagai persediaan serangan dan tempat dimana segala bekalan dan alat perhubungan disalurkan.

Dari masa ke masa, terowong ini berkembang menjadi  kawasan perkampungan bawah tanah, lengkap dengan hospital, dapur, kuaters, teater dan bermacam lagi. Namun kini, ia telah ditinggalkan setelah kehidupan di permukaan mula selamat.

Anda bukan sahaja dapat melihat sekitar terowong ini, tetapi juga dapat cuba menembak dengan menggunakan senapang M16 dengan caj tambahan. Menarik bukan?

#4.Mekong Delta

Sepadat mana pun jadual percutian anda di Ho Chi Minh, jangan lepaskan peluang untuk mendekati salah satu daripada sungai yang terpanjang di dunia, Mekong Delta. Sekitar kawasan sungai ini boleh dikatakan seperti dunia yang berbeza daripada kawasan lain di sekitar Ho Chi Minh.

Di sinilah anda dapat menyaksikan banyak kampung, pasar, dan sekolah yang terapung. Untuk menikmati pemandangan sekitar Mekong Delta anda boleh mendapatkan pakej menyusuri sungai daripada banyak pusat penginapan di bandar ini.

Cara lain? Cuba berbual dengan mana-mana penduduk setempat dan dapatkan khidmat sewaan bot mereka. Bermacam cara boleh digunakan untuk memuaskan jiwa adventure anda.

 

Jadi bila lagi nak pergi? Asyik dengar orang bercerita je kan, biarlah kita sendiri yang merasai pengalaman tersebut. Selamat Bercuti!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Naa cantik kan? Ini lah Garden by the Bay Singapore
  • Salah satu tempat menarik di Sabah Masjid Terapung di Kota
  • Etika ketika dalam penerbangan part 2 Apa peristiwa yang korang
  • Paling jauh korang travel sampai ke mana?  Cer korang
  • Autumn In My Heart Dont forget to visit Nami Island
Close Menu