Terma & Syarat Adamani Travel

1. Harga yang ditawarkan adalah untuk warganegara Malaysia sahaja

2. Harga yang ditawarkan adalah untuk musim ‘low season’ sahaja

( Surcaj hotel akan dikenakan sekiranya tarikh percutian anda adalah pada waktu kemuncak )

3. Harga yang ditawarkan adalah untuk bilik seorang, berdua atau bertiga (jika ganjil)

4. Adamani Travel Sdn Bhd berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak semula tambang tanpa notis terlebih dahulu kerana keadaan yang tidak diduga.

5. Terma dan syarat Adamani Travel Sdn Bhd adalah terpakai untuk setiap pakej yang ditawarkan.

6. Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan.

7. Jadual perjalanan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca/ pergerakan peserta & perubahan mengikut budi bicara.

8. Untuk apa-apa perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.

9. Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, bayaran balik tidak dikembalikan.

10. Adamani Travel Sdn Bhd. Hanya bertindak sebagai agen yang menyediakan perkhidmatan yang disediakan penyedia perkhidmatan seperti penerbangan, hotel, ferry, coaches dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjuawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab ke atas liabiliti kelalaian, bagi perbuatan ketinggalan, kegagalan membayar perkhidmaatan yang lepas dan perubahan peraturan-peraturan kerajaan.

11. Harga pakej pelancongan yang disediakan adalah berdasarkan pada harga nilaian semasa Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilaian mata wang asing US Dollar (USD).

Oleh kerana ketidaktentuan kadar nilai MYR di waktu ini, harga yang dinyatakan boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian mata wang asing.

Pihak kami Adamani Travel Sdn Bhd akan memaklumkan kepada pelanggan yang telah membuat penempahan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh berlepas tentang perubahan harga sekiranya ada.