TIPS ANAK TAK MERAGAM SEMASA BERCUTI

Tips yang akan dikongsikan kali ini merupakan tips dari seorang selebriti yang sangat terkenal dengan cara sempoinya dalam mengendalikan program. Wajahnya sentiasa muncul di kaca tv, laris bak pisang goreng panas.

Nabil Ahmad. Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, namun keluarga tetap menjadi keutamaan. Sesekali berpeluang, dia akan membawa anak dan isterinya bercuti.

Memandangkan jadual tugasannya agak padat membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.

Menurut Nabil, jika dia dan keluarga mahu bercuti, mereka akan membuat perancangan dan tempahan awal. Namun jika dia ke luar Negara atas urusan kerja, dia akan membawa anak dan isterinya jika berkesempatan

Bagi Nabil, jika dia tidak bercuti bersama isteri dan anak-anak tu adalah suatu pekara yang mustahil. Bercuti memang relaks bagi Nabil, tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada bersama.

Antara Negara yang pernah Nabil sekeluarga kunjungi ialah Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.

Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.

“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini.

Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan.

Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.

“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja” ujurnya.

“Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya” katanya lagi.

Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti Nabil dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak anak. Pernah tertinggal stroller tapi tak pernah lagi anak demam atau sakit.

“Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.

Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.

Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya. Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.

“Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.

Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.

“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah,” luahnya.

Ketika bercuti Nabil dan isteri banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat mereka namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

“Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.

 

 

Credit Sumber : keluarga.my

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts