TIPS PACKING YANG WAJIB HIJABI TAHU SEBELUM BERCUTI

Sebut sahaja bercuti, pasti anda akan berbayangkan permandangan yang indah dan tidak sabar merasai keseronokannya.

Hendak pergi bercuti tu memang best, tapi part ‘packing’ barang yang perlu di bawa itu pastinya tidak seronok.

Kepada hijabi hijabi di luar sana, jangan risau. Kalau anda praktikkan tips ‘packing’ yang dikongsi oleh Bella Hasky ini, anda tiada masa untuk pening kepala!

Buat pengetahuan semua, Bella Hasky ialah seorang hijab traveler yang berasal daripada Indonesia dan telah menjelajah 26 negara.

 

  1. Buat Checklist

Tips pertama menurutnya ialah membuat checklist iaitu senarai barang yang perlu dibawa.

Melalui cara ini, anda dapat merancang OOTD sepanjang tempoh percutian secara tidak langsung.

 

  1. Pakai Hijab Yang Boleh Diulang

Tips kedua ialah jangan pakai hijab yang dibawa sekali sahaja. Setiap hijab yang dibawa haruslah dipakai sekurang-kurangnya dua kali sepanjang bercuti.

Ini akan membantu anda menjimatkan ruang bagasi.

Jangan lupa untuk memilih warna hijab yang mudah dipadankan dengan pakaian anda.

 

  1. Pastiksn Hijab Mudah Kering

Tips seterusnya, bawa hijab yang diperbuat daripada bahan cepat kering. Sekiranya anda bercuti panjang dan perlu mencuci hijab, ia dapat dipakai lagi tanpa perlu menunggu lama.

Bella juga menasihatkan agar membawa jumlah pakaian yang separuh daripada jumlah tempoh bercuti. Contohnya, sekiranya tempoh percutian ialah 10 hari, anda hanya perlu membawa 5 helai pakaian.

Untuk hari yang selebihnya, anda digalakkan untuk menerokai sisi fashionista anda melalui mix and match!

Ini juga dapat menjimatkan ruang bagasi anda.

 

Itu sahaja perkongsian daripada Bella Hasky. Semoga tips ini bermanfaat buat semua hijabista di luar sana. Buat anda yang bakal bercuti tak lama lagi, selamat jalan dan take care!

Untuk mengikuti perkembangan Bella, anda boleh follow beliau di Instagram @missturis

 

 

Credit Sumber : hijabista.com.my

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts