10 Percutian Keretapi dangan Pemandangan Paling Cantik

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
train-1728537_960_720

Perlangan ke luar negara tak sah kalau tidak merasa pengalaman tempat yang kita pergi itu. Kebanyakan tempat yang kita melancong, mesti kita nak rasa menaiki tren dan merasai pengalaman serta pemandangan sepanjang menaiki pengangkutan awam tersebut.

Jadi di sini saya akan share kepada anda 10 Percutian Keretapi dengan Pemandangan Paling Cantik.

Orient Express, Paris – Venice

Kebanyakkan orang akan menaiki tren ini disebabkan oleh pemandangan yang cantik yang mereka lihat dari sebuah filem ‘Murder on the Orient Express’. Ini membuatkan ramai orang tertarik untuk merasai sendiri pengalaman menaiki tren ini.

2.Trans Siberian, Malaysia – Russia

Perjalanan trip ini mengambil masa lebih dari seminggu, sepanjang perjalanan, anda berpeluang melawat ke 10 negara Eropah seperti Perancis, Itali, German, Switzerland, Sweden, Poland Bosnia Herzegovina, Portugal, Austria, Czech, Belgium dan mungkin ke Istanbul. Trip ini mungkin akan mengambil masa lebih dari 3 minggu. Cuma kena ready duit banyak-banyak la.

3.West Highland Line, Scotland

Sepanjang 264 kilometer melalui bandar dan pekan kecil di Britain, Anda akan dapat merasai perjalanan melalui Harry Potter Bridge iaitu Glenfinnan Viaduct yang digunakan oleh Hogwart Express. Jadi bagi peminat Harry Potter, inilah masanya anda mahu merasai pengalaman tersebut.

4.Glacier Express, Switzerland

Untuk anda yang suka mengamati pemandangan alam semulajadi, tren ini paling sesuai kerana tren ini merupakan express tren yang paling perlahan melalui perjalanan sejauh 290 kilometer selama 7 jam dari Zermat ke St Moritz. Tren ini mempunyai tingkap yang luas untuk anda menikmati pemandangan di pergunungan Alps, serus memang cantik, anda tidak akan rugi!

5.Maharaja’s Express, India

Perjalanan ini mengambil masa selama 4 ke 8 hari. Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati pemandangan di Jaipur, Udaipur, Fatephur Sikri dan Agra.

6.Inlandsbanan, Sweden

Perjalanan ini mengambil masa selama 14 Jam sepanjang 1300 kilometer. Perjalanan ini juga akan memasuki kawasan terpencil di Sweden termasuk di Selatan di Kristinehamn menuju ke Utara Artic Circle di Gallivare.

7. Le Train Jaune, France

Laluan yang merentasi kawasan pergunungan yang menarik di Perancis, iaitu merentasi Banjaran Pyrenees (French Pyrenees).

8.Bernina Express, Switzerland

Perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam sepanjang 144 kilometer melalui kawasan pergunungan. Switzerlang memang kawasan yang cantik dan berbaloi untuk anda kunjungi. Memang anda tidak akan rugi.

9.Blue Train, South Africa

Sepanjang 1600 kilometer, anda akan menikmati pemandangan yang menakjubkan selama 27 Jam antara Cape Town ke Pretoria. Tren ini ada menyediakan gerabak yang mewah yang berkeluasan setengah bilik hotel serta mempunyai balkoni untuk anda yang mempunyai duit yang banyak. Semestinya perjalanan anda akan lebih selesa.

10. Rhine Valley, Germany

Perjalanan ini tidak lama, hanya mengambil masa selam 50 minit sahaja melalui kawasan Sungai Rhine. Walaupun sekejap, pemandangan ini boleh dikategori sebagai pemandangan yang cantik dan memuaskan.

 

Jadi macam mana? Bila nak pergi? Daripada anda menaiki flight yang pemandangannya hanya awan dan langit, lebih baik menaiki tren yang bermacam-macam pemandangan boleh anda lihat. Tunggu apa lagi? Selamat Bercuti!

 

Sumber : Remaja

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu