Kadang-kadang kalau sebelum nak pergi travel mesti kita terfikir apa nak dibawa kan, lepastu nanti risau kalau barang keperluan tak cukup nak bawak pergi sana, atau kadang-kadang kita bawak barang mesti nak lebih katanya “in case of emergency” la katakan.
Kita kena ambil tahu juga barang apa yang kita perlu bawa dan sediakan tapi janganlah sampai nak bawak satu rumah macam nak pindah untuk selamanya.
Kalau setakat nak travel ala-ala bacpackers, bawak yang ringkas dan berguna sahaja
So kalau korang ada rasa nafsu nak travel tu, meh sini admin bantu buat checklist. Kalau korang nak tambah list lagi bole tambah dekat komen la ya!
1. PASPORT
Passport ni penting ni, kalau kat Malaysia, passport Malaysia warna merah yang ada logo Jata Negara tu. Passport merah tu tempoh sah laku dia adalah selama 5 tahun untuk perjalanan ke semua negara kecuali negara terlarang seperti Israel. Sini kami ada sediakan bayaran untuk Passport Malaysia Antarabangsa:
Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200.00
Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100.00
Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100.00
Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100.00
Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100.00
Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma
2. TIKET FLIGHT – sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan ataupun ejen jika travel menggunakan travel agent.
Jangan lupa sebelum nak travel tu beli tiket flight awal-awal supaya tak kelam kabut nanti nak check-in lagi. Sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan atau travel agent. Untuk pengetahuan kamu, Adamani Travel Sdn Berhad ada menawarkan pakej percutian dalam negara dan luar negara!
3. TRAVEL INSURANS
Kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang perjalanan kita travel nanti. Jadi beli travel insurans siap-siap dan pastikan polisi insuran cover segala kemungkinan seperti kehilangan bagasi dan kegagalan flight service. Keselamatan anda itu penting!
4. DUIT TUKAR
Pergi tukar duit negara tu awal-awal sebab takut nanti dekat luar negara kita susah nak cari money changer. Kalau nak senang, pakai kad kredit yang boleh di pakai di luar negara sekali. Tukar duit tu jangan tukar banyak sangat, nanti kalau kena curi menangis tak berlagu.
5. TELEPHONE & SIMKAD
Jangan lupa bawak handphone takut-takut berlaku kecemasan. Nak amek gambar kenangan indah travelling nanti perlukan handphone juga kan. Jadi bawak handphone yang bersesuaian. Ada beberapa model hanphone yang tak dibenarkan untuk menaiki flight mungkin atas sebab berlaku kes handphone meletup sebelum ini.
Simkad tu beli simkad yang boleh pakai di luar negara. Kalau bole beli yang data unlimited, so nanti tak la nak berkejar cari kedai beli topup lagi.
6. POWER BANK & EXTRA USB KABEL
Powerbank ni salah satu item yang mesti dibawa terutama yang kaki ambik video dan buat live. Powerbank tu perlu di Charge awal-awal sebelum travel supaya senang nak pakai semasa travel nanti. bawak sekali USB Cable lebih untuk elak jika berlaku kerosakan pada satu cable.
Cuba bayangkan kalau tak bawa powerbank lepastu handphone habis bateri. Fuhh tiba-tiba keluar lagu dalam otak “termenung ku sendiri~~memendam rindu tidak menentu~~”.
7. KAMERA / GO PRO
Yang suka merakam segala benda dari jalan raya hingga ke tandas luar negara, bawa lah kamera atau GoPro. Barang ini penting bagi menyimpan segala memori dan pengalaman supaya bole kasi jeles tu kawan yang tak travel tu.
8. INTERNATIONAL ADAPTOR & EXTENTION PLUG
Beberapa negara mempunya power outlet yang berbeza-beza. Beli international adaptor yang ada semua jenis outlet. pentingnya adapter ini adalah untuk menegcas handphone atau powerbank di luar negara nanti.
9. LUGGAGE / BACKPACK
Bawak luggage atau backpack yang senang untuk kita bawa. Bawa paling banyak pun 2 beg je maksimum. satu luggage dan satu backpack. Jangan isi barang sehingga penuh, tinggalkan ruang separuh untuk kita bawa pulang souvenir nanti. Backpack isi barang2 untuk kegunaan semasa berjalan-jalan sahaja.
10. PAKAIAN
Ini biasa yang jadi punca luggage atau backpack kita berat. Sila bawa pakaian seminima ya mungkin. Bawa pakaian yang senang dipakai tidak perlu digosok dan serap peluh. Bawa juga pakaian yang sesuai di tempat yang anda mahu travel. Jangan pula bawa winter coat pada musim panas nanti. Tak perlu beli coat yang mahal, banyak je kedai bundle yang jual coat yang murah-murah.
11. BAHASA ASING
Cuba sekurang-kurangnya belajar bahasa luar negara yang ringkas sahaja supaya senang untuk anda berkomunikasi dengan orang luar. Kalau susah sanagt pergi beli kamus bahasa yang anda mahu belajar tu di kedai buku atau cari di internet. Maklumat di hujung jari anda.
Jadi sekian sahaja beberapa tips yang kami dapat share kepada anda buat masa ini. Kalau anda ada tips lagi boleh share dekat komen di bawah. Selamat bercuti!
Sumber : SAIDILADOTCOM