Pergi melancong sememangnya satu perkara yang menyeronokan. Dapat melihat panorama, budaya malah dapat merasai sendiri pengalaman dan makanan di tempat yang dikunjungi. Ada yang travel untuk menenangkan perasaan, bersantai mahupun dengan tujuan pembelajaran.
Destinasi seperti pantai, laut, tasik dan gunung semestinya menjadi destinasi utama untuk dilawati.
Bagi yang sudah berkeluarga, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa mereka pergi melancong bersama-sama.
Semestinya ia akan menjadi moment menggembirakan yang bakal anda kenang selamanya. Namun dalam keseronokkan itu, banyak persoalan yang mula muncul terutamanya berkenaan anak-anak anda.
Sebab itulah, anda kena buat persediaan awal sebelum bertolak memulakan perjalanan. Banyak faktor yang perlu anda titik beratkan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku.
Lebih-lebih lagi apabila anda miliki anak kecil, sudah tentu anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal tentang kemungkinan yang bakal terjadi.
#1 Tentukan Tempat Pilihan Keluarga
Cuba duduk berbincang dengan keluarga termasuk anak-anak tentang tempat yang mereka ingin lawati. Pandangan dari semua pihak amat penting ketika memilih destinasi, takkan nak ikut pilih anda seorang je kan?
Tunjukkan gambar-gambar kepada anak anda dan biar mereka buat pilihan. Apa salahnya sekali sekala kita ikut cadangan mereka.
Lagi pun masa inilah setiap ahli keluarga nak merasai sendiri pengalaman melancong ke negara pilihan. Bincangkan sekali dengan pasangan berkenaan bajet dan perjalanan semasa melancong.
Set kan tempat yang anda dan keluarga bakal lawati supaya perjalanan semasa melancong akan lebih lancar.
#2 Bawa Permainan, peralatan Elektronik & Ubat-Ubatan Asas
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak cepat berasa bosan. Terutamanya dalam perjalanan panjang seperti di dalam flight, kereta api mahu pun bas. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kena pandai alihkan perhatian mereka.
Mungkin anda boleh sediakan tablet ataupun telefon bimbit untuk anak-anak melihat video semasa perjalanan. Malah anda juga digalakkan untuk memebawa sekali patung, mainan atau buku kesayangan anak-anak.
Perjalanan yang jauh semestinya akan membuatkan tubuh terasa letih. Jika kita yang dewasa ini pun tahu terasa penat, inikan pula tubuh si anak kecil. Untuk elakkan si kecil merengek, lebih baik anda sediakan barangan tadi untuk alihkan perhatian mereka.
Jangan lupa untuk bawa sekali ubat-ubatan asas. Kita tidak tahu bila dan di mana kemalangan boleh terjadi. Jadi lebih baik anda sediakan ubat sapu, ubat elergi, ubat demam atau minyak angin di dalam beg anda.
#3 Beri Anak Anda Maklumat Untuk Dihubungi
Walaupun dah jaga anak-anak dengan sehabis baik, namun kita still tidak boleh elak sekiranya ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebab itulah kita patut sediakan payung sebelum hujan.
Sentiasa sediakan nota yang bertulis maklumat anda untuk dihubungi seperti nama dan nombor telefon. Kita tidak tahu, bila-bila masa sahaja anak kita boleh hilang dari pandangan.
Kadang-kadang, tengah ralit shopping, baru tersedar anak sudah tiada di sisi. Anda boleh letak nota tersebut di poket, bahagian tepi tali pinggang dan di dalam kasut.
Tapi, pastikan anak anda tahu kedudukan nota tersebut supaya mereka boleh meminta bantuan orang untuk menghubungi anda. Selain itu, galakkan anak anda untuk mengingati nama dan nombor telefon anda dan pasangan.
#4 Pilih Tempat Menginap Yang Child-Friendly
Paling penting, anda mencari tempat menginapan seperti rumah tumpangan ataupun hotel yang child-friendly. Tempat seperti ini akan menyediakan segala kemudahan untuk anak-anak seperti kolam renang, padang dan taman permainan.
Selalunya kawasan seperti ini selamat dan terdapat pelbagai tempat menarik, kedai makan atau pantai yang dekat dengan tempat penginapan anda. Ia tentu akan menjimatkan masa, tenaga, wang dan dapat mengelakkan anak anda dari bosan.
Malah, tempat penginapan jenis ini akan menyediakan stroller, katil kanak-kanak dan menu yang sesuai untuk mereka.
#5 Minta Diskaun Untuk Kanak-Kanak
Tahu tak yang anda boleh jimat sehingga beratus ringgit apabila menggunakan diskaun kanak-kanak. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertanya kepada syarikat pelancongan mengenai perkara itu (diskaun) melalui email.
Anda tentunya akan terkejut melihat harga yang jauh lebih murah (selepas diskaun). Antara diskaun untuk kanak-kanak yang boleh anda dapat adalah pengangkutan (bas & kereta api), yuran kemasukan ke tempat lawatan dan restoran (sesetengah restoran ada menyediakan makanan percuma kepada kanak-kanak).
Sumber : ytravel.blog.com
Sumber Kredit : https://siakapkeli.my