5 PERKARA YANG WAJIB BUAT BILA ‘TRAVEL’ KE KOREA, NOMBOR 4 LUBUK ‘SHOPPING’ PALING MURAH

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter

Kalau pergi travel tak kira sama ada di luar atau dalam negara mesti anda teringin nak pergi shopping atau jalan-jalan kat sana kan?

Yelaa, bukan selalu kita pergi negara orang, jadi mesti nak beli cenderahati dan barang nak bawak balik ke Malaysia

Tambahan pula, ada sesetengah barang yang ada hanya kat negara tu je, rugi pulak rasa kalau tak beli. Tapi sebelum tu, anda  perlu tahu tips untuk membeli belah supaya pembelian anda tu berbaloi.

Haa, sebab itu lah, kali ni kami nak kongsi dengan anda cara terbaik untuk shopping di Korea.

 

  1. Sediakan Wang Tunai

Ya, kami tahu kalau pergi melancong mestilah kena bawak duit kan? Tapi kami cadangkan supaya anda bawa wang tunai dan bukan dalam nilai kad kredit mahupun debit.

Kami tau sekarang ni memang mudah untuk membeli belah, anda hanya perlu swipe je tapi sebenarnya tempat shopping yang murah dan banyak diskaun adalah di kawasan pasar-pasar tau.

Jadi, lebih baik anda sediakan wang tunai supaya senang nak minta diskaun nanti.

 

  1. Kena Bijak Tawar-Menawar

Paling penting, anda kena hebat bab tawar menawar ni. Selalunya harga di kedai dah tetap dan apa yang anda boleh buat, anda mula tawar-menawar dengan barang yang harga rendah.

Tapi perkara ni yang susah sikit sebab para peniaga biasanya akan buat ayat sedih macam “Dia takda dapat untung pun, keluarga susah atau apa sahaja.

Tapi jangan risau sebab itu adalah ayat biasa peniaga di sana. Kebanyakan barang memang sengaja dinaikkan harga, jadi peniaga masih untung walaupun barang tu dijual murah.

 

  1. Biasakan Jalan Kaki

Kami tahu anda mesti malas nak jalan kaki kan, bukan anda sorang je, kami pun tak rajin jalan kaki.

Huhu.

Tapi sebenarnya   kalau naik kereta atau pengangkutan awam, anda akan terlepas kedai-kedai yang menarik dan jauh lebih murah sebab kedai macam tu biasanya terletak kat tempat tersorok.

Malah, kalau jalan kaki, anda boleh jimat duit dan boleh guna duit tu untuk beli barang lain, yeahhh!

 

  1. Cari Pasar Lambak

Ada beberapa pasar lambak yang popular kat Korea macam Seoul Folk, Hwanghak-dong vintage market dan Gwangjak.

Kat sini harga memang dijamin murah, jangan lupa untuk tawar menawar harga yee. Kat sini ada jual kraftangan, beg, buku lama, kasut dan cenderahati yang popular di Korea.

 

  1. Rajinkan Bertanya

Anda memang kena ringankan mulut bertanya. Kalau singgah mana-mana kedai tu , cuba tanya ada free gift tak? Hehe.

Jangan malu-malu ye, kadang-kadang tu memang  ada kedai yang akan bagi sample percuma, rugi tau tak ambik. Tak pun kalau korang dah beli barang banyak, cuba tanya ada dapat barang percuma tak sebab dah beli banyak.

Haa, jangan lupa ikut tips yang kami kongsikan ni waktu membeli-belah di Korea.

Opss, lagi satu, kalau anda ada beli baju, kasut atau barang-barang lain yang diperbuat di Korea. Tolong semak label dulu ye, jangan bila dah sampai Malaysia baru sedar rupanya barang anda beli tu dari China.

 

 

Credit Sumber : https://siakapkeli.my/2019/03/26/5-benda-korang-wajib-buat-bila-travel-ke-korea-nombor-4-lubuk-shopping-paling-murah/

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu