5 TIPS BAWA BEKALAN MAKANAN UNTUK BAYI SEMASA BERCUTI

Seronoknya bercuti bersama keluarga. Namun begitu, bagi anda yang mempunyai anak kecil, pastinya tertanya-tanya bagaimana hendak memberi anak kecil anda makanan.

Makanan yang dibeli di luar biasanya kurang sesuai untuk diberikan kepada anak kecil, bayi. Jadi untuk artikal kali ini, kami akan kongsikan anda tips membawa bekalan makanan bayi semasa bercuti.

 

  1. CHECKLIST PERALATAN

Sebagai ibu bapa, anda pastinya mahu memberikan yang terbaik untuk anak anak anda termasuklah permakanan mereka.

Jadi, jika mahu memberi makan kepada anak anak, anda perlulah sediakan peralatan yang sepatutnya. Antaranya peralatan yang perlu disediakan ialah mini rice cooker / slow cooker / electric lunch box.

Pinggan mangkuk dan sudu anak juga jangan lupa ya…

Sediakan juga ziplock bag dari pelbagai saiz untuk kegunaan menyimpan lebihan makanan, pencuci pinggan, thermos/food container yang kecil, cooler bag dan ice packs untuk menyimpan buah, wet tissue

Contoh Mini Rice Cooker

 

  1. STOK MAKANAN KERING

Selain itu, anda juga boleh bawa stok makanan kering dari rumah.

Antaranya ialah serunding ayam / ikan, serbuk bilis/ayam sebagai perasa, homemade biscuits, pasta/ beras/bihun, homemade jam dan biskut bayi.

Makanan kering ni tidak mudah rosak dan sangat sesuai untuk anda bawa jika hendak pergi bercuti dalam jangka masa yang lama.

 

  1. COLEMAN BOX PENGGANTI ‘PETI AIS’

Kalau travel dalam Malaysia atau dengan kereta anda boleh standby coleman box. Ibarat macam anda bawa peti ais, letak ais dan garam. Insha Allah tahan.

Bahan makanan yang boleh simpan dalam coleman box ni antaranya ialah sayuran / puri buah-buahan, homemade nugget / kuih muih. Nanti tinggal goreng je.

Minyak masak / unsalted butter dalam paket kecil juga jangan lupa bawa ye..

 

  1. RANCANG MENU

Kalau nak cepat, rancang siap-siap menu yang nak dimasak dan asingkan dalam ziplock bag awal-awal.

Contohnya kalau 5 hari nak travel, seeloknya dah plan dah Day 1 nak makan apa untuk breakfast, lunch, snacks.

Makanan anak sentiasa kena fikir awal supaya anak tak meragam.

 

  1. PERJALANAN DALAM KENDERAAN

Bagi yang akan travel agak lama di dalam kereta atau kapal terbang, boleh buat bekal macam biasa dan masukkan dalam thermos. Sama macam bawa bekal untuk hantar anak ke babysitter.

Boleh bawa serbuk beras dan sediakan air panas. Bila berhenti makan, kita bancuh terus jadi bubur. Kalau perlu, bawa penapis teh untuk tapis.

Selain tu, boleh juga sediakan finger food atau nasi goreng, nasi putih biasa, telur dadar, ayam cincang, sayur cincang.

 

SEMAK POLISI LUAR NEGARA

Kalau travel luar Malaysia, bahan basah bolehlah dibeli ketika dah sampai di destinasi. Roti, telur pun belilah di sana.

Ada sesetengah negara macam Australia tak boleh bawa makanan kering ataupun basah. Jadi, kalau nak lebih selamat semak dulu polisi penerbangan dan kastam negara yang nak dilawati ya!

Pastikan juga anda mendapatkan sumber air yang bersih untuk anak minum dan masak. Kalau was-was dengan kualiti air di sana, beli air di convenience store.

Semoga dengan tips ini, ibu dapat menyediakan makanan yang sihat dan lazat untuk anak-anak walaupun ketika travel!

 

Semoga dengan tips ini, dapat membantu anda menguruskan bekalan makanan untuk si kecil. Anak anda juga akan sentiasa mendapat zat zat yang diperlukan dalam makanan mereka.

 

 

Credit Sumber : siraplimau.com

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts