Bagi anda yang gemar menonton drama drama Korea, anda pastinya teringin menjejakkan kaki ke Korea. Tapi percutian ke Korea pastinya akan memakan banyak kos.
Tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan sahaja sudah mencecah ribu, macam mana nak membeli cenderamata dan tiket lawatan.
Jadi, disini kami akan kongsikan beberapa tips berjimat ketika bercuti ke Korea yang pastinya berkesan. Manalah tahu masa jalan jalan kat Korea nanti terjumpa Lee Min Ho atau Song Joong Ki ke, dapatlah bergambar sama.
1.Gunakan Kad T-Money Dengan Bijak
Tips pertama ialah menggunakan Kad T-Money. Kalau anda nak tahu, Kad T-Money ni banyak kegunaannya. Kalau di Malaysia, kad ini sama seperti Touch and Go.
Yang menariknya, kad ini boleh digunakan jika anda ingin menggunakan public transport sama ada bas, subway dan juga teksi. Kad ini mudah dibeli di mana-mana convenience store dengan harga serendah 2500 won (RM 9.25) sahaja.
Kelebihan kad ini, ialah mempunyai 30 minit transfer window dimana jika anda bertukar stesen atau public transport dalam masa 3 minit, anda tidak akan dikenakan cas tambahan sebanyak 1250 won (RM 4.50).
Selain itu, kalau anda nak tahu, Kad T-Money ini juga boleh digunakan untuk membeli barang di convenience store di Korea. Cuma perlu ‘swipe’ kan sahaja Kad T-Money anda tu.
Info yang paling penting untuk Kad T-Money ini yang anda perlu tahu ialah anda boleh refund semula baki dalam Kad T-Money anda sebelum pulang ke Malaysia. Pergi sahaja ke mana mana convenience store yang berdekatan dan anda boleh dapatkan semula wang anda.
2.Borong Souvernir Murah di Namdaemun Market
Tak seronoklah jika bercuti tapi tidak membeli sourvenir atau buah tangan untuk di bawa pulang. Jadi bagi yang bercuti bajet tu korang bolehlah singgah ke Namdaemun Market untuk membeli belah.
Jangan risau, di Namdaemun Market ini, anda boleh dapatkan banyak sourvenir yang murah murah. Bagi anda yang bijak dalam tawar menawar, anda bolehlah menggunakan skill anda untuk meminta diskaun.
Harga barang di Namdaemun Market ini sememangnya 2 atau 3 kali ganda lebih murah berbanding di Myeongdong dan luar Namdaemun Market ini.
3.Beli Tiket Masuk Everland/Lotte World di Klook.com
Sangatlah rugi bagi anda yang melancong ke Korea tapi tidak pergi ke taman tema yang terkenal di Korea iaitu Everland dan Lotte World.
Harga tiket masuk ke taman tema yang terkenal ini sudah semestinya mahal. Namun, anda boleh berjimat dengan mendapatkan tiket masuk yang murah secara online di Klook.com
Harga asal untuk tiket on-day pass Everland adalah 54,000 won (RM 197) tapi jika anda membeli di Klook.com, anda boleh dapatkan dengan harga RM 106. Tiket Lotte World pula dijual dengan harga RM 116 berbanding dengan harga asal RM 190 (52,000 won).
Wah wah wah.. banyak betul bajet yang anda dapat jimatkan disini.
4.Melawat Muzium di Korea secara percuma
Tempat yang biasa dikunjungi jika pergi melancong ke negara lain sudah semestinya muzium. Kalau anda nak tahu, terdapat banyak jenis muzium di Korea.
Yang menariknya di sini hampir ke semua muzium di Korea menawarkan kemasukan secara percuma. Jadi anda bolehlah singgah di banyak muzium tanpa perlu mengeluarkan kos.
Antara muzium percuma yang anda boleh masuk adalah seperti National Museum of Korea, National Museum of Contemporary History, National Folk Museum, Argricultural Museum dan banyak lagi.
5.Jimat Duit Hotel Dengan Menginap di Jimjilbang Korea
Jimjilbang atau juga dikenali sebagai Korean Sauna adalah merupakan sauna besar yang terkenal di Korea. Dengan hanya bayaran 10,000 won – 15,000 won (RM36 – RM 54) anda boleh menginap di Jimjilbang untuk semalam dan tidak perlu belanja beratus-ratus untuk menginap di Hotel.
Apa yang menarik tentang Jimjilbang ini adalah terdapat banyak kemudahan yang disediakan selain sauna antaranya ialah ruangan tidur, bilik mandi, restoran, bilik cc dan ada movie theater.
Tapi anda perlu bersedia dari segi mental kerana anda akan berkongsi dengan semua penginap di sana dari segi bilik mandi, bilik tidur dan lain-lain lagi. Tetapi korang tak perlu risau sebab mereka juga menyediakan ruangan untuk berlainan jantina.
Jadi selepas mengetahui banyak tips berjimat untuk bercuti ke Korea ni, apa tunggu lagi? Cepat cepatlah booking flight tiket anda ke Korea.
Credit Sumber : daebaking.co