9 Tips Bercuti Ke Universal Studios Singapore

9 TIPS BERCUTI KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Semua orang sudah tahu apa itu Universal Studio Singapore (USS).

Universal Studios Singapore (USS) dibuka pada tahun 2010 ialah sebahagian daripada Resorts World Sentosa di dalam Pulau Sentosa. Kalau anda belum tahu, USS merupakan Universal Studios ke-2 di Asia selepas Jepun dan yang pertama dia Asia Tenggara tau.

Boleh dikatakan USS ni tempat menarik yang paling best  & popular di Singapore. Bagi anda yang belum pernah sampai ke USS, anda kena cepat-cepat pergi sebab best sangat. Pengalaman tu pasti menjadi yang terindah lagi-lagi kalau pergi dengan orang yang tersayang.

Kebanyakkan permainan kat sini sesuai untuk semua peringkat umur.

 

TIP 1 – PILIH MASA YANG SESUAI 

Walaupun anda telah membeli tiket. Jika pergi semasa peak period, anda perlu beratur panjang untuk masuk ke USS. Jika boleh elakkan pergi semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina, Krismas dan cuti sekolah di Singapore. Anda boleh ke laman web ini untuk semak cuti sekolah di Singapore. Jika anda pergi semasa off-peak :

  • ? Anda tidak perlu beratur panjang untuk bergambar bersama karakter kesayangan anda.
  • ? Anda tidak perlu menunggu lama untuk giliran anda menaiki mana-mana rides/attractions.

 

Harga tiket untuk sehari bagi orang dewasa ialah RM225+ sementara kanak-kanak ialah RM180+. Untuk membeli tiket USS, anda boleh KLIK LINK DI SINI –> >BELI TIKET USS SEKARANG <

Terdapat 2 jenis pass di USS :

  1. Universal Express – melayakkan pengunjung mendapat keutamaan menaiki satu ride tanpa perlu beratur atau jika beratur mungkin dalam tempoh yang singkat (priority access). Selalunya pengunjung yang membeli Universal Express ini adalah untuk Battlestar Galactica.
  2. Universal Express Unlimited melayakkan pengunjung menikmati priority access tanpa had di mana-mana rides/attractions.

Sebelum beli, tengok-tengok dulu jumlah pengunjung. Kalau agak-agak tak ramai, tak perlu beli. Beli kemudian pun takpe. Selain di pintu masuk (sebelah kiri), tiket-tiket Universal Express dan Universal Express Unlimited boleh juga dibeli di banyak tempat dalam USS.

 

TIP 2 : AMBIL STUDIO GUIDE & PETA USS

? Selepas melepasi palang besi, di kaunter masuk, terus ambil Studio Guide dan jadual pertunjukan berdekatan kaunter masuk.

Anda boleh dapatkan peta kat pintu masuk USS dan follow saja peta tu. Kat situ pun ada banyak papan penunjuk arah.

Ramai yang mengambil peluang bergambar di dpn pintu masuk USS dan selepas melepasi kaunter masuk. Lebih baik anda terus menuju ke rides/attractions yang popular dulu seperti Battlestar Galactica, Transformer & Revenge of the Mummy.

 

Di USS, terdapat 7 zon bertema (themed zones).

Anda akan bertemu dengan Zon Hollywood dahulu. Di sini terdapat kedai-kedai cenderahati. Tak perlu tergesa-gesa membeli. Di setiap zon ada kedai.

Kalau ada yang berkenan di mana-mana zon, beli sahaja. Ada kalanya cenderahati yang anda nampak di zon tidak terdapat di kedai cenderahati di Zon Hollywood.

Di sini juga ada Character Meet and Greet – artis-artis/karakter Hollywood seperti Marilyn Monroe, Woody Woodpecker, Minions.

Di persimpangan Zon Hollywood, anda perlu ke kanan jika anda membawa anak-anak dewasa/ kesemua ahli rombongan dewasa dan ingin mencuba Battlestar Galactica/Transformer/Revenge of the Mummy yang queue saban masa panjang.

Jika anda membawa anak-anak kecil/ahli rombongan anda tak berani cuba ketiga-tiga di atas, maka di persimpangan Hollywood, ambil jalan kiri.

HOLLYWOOD

Video Kredit : Resorts World Sentosa 

Terletak di kawasan pintu masuk utama USS. Antara tarikannya ialah Sesame street show – when I grow up. Elmo and friends akan buat persembahan di Pantages Hollywood theatre. Mereka akan perform musical theatre so anda boleh santai sambil tengok diorang menari dan menyanyi.

Kat sini juga mempunyai replika Hollywood Walk of Fame yang terkenal dan penampilan watak istimewa.

Anda boleh saksikan persembahan Lake Hollywood Spectacular dan Hollywood Dream Parade. Tapi hanya pada waktu2 tertentu saja. Lake Hollywood Spectacular pula hanya ada pada hari Sabtu.

Anda boleh check jadual di laman web https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/plan-your-visit.

Juga terdapat Po dari Kung Fu Panda, Frankenstein Monster, Woody Woodpecker, Winnie Woodpecker, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Beetlejuice, Betty Boop dan Minions dari Despicable Me.

 

SCI-FI CITY

Anda suka aktiviti mencabar tak? Kalau berani cubalah The Battlestar Galactia iaitu roller coaster yang paling laju dan best di dalam USS. Jangan naik ye kalau anda rasa kurang sihat atau kurang yakin.

Kalau anda sampai awal ke USS, pastikan anda terus ke zon ini kerana kalau lambat anda kena beratur sangat panjang.

Kalau dah lambat, anda boleh teruskan ke zon lain sebab zon ni pasti sudah sesak.

Akan ada 2 roller coaster yang bergerak dalam masa yang sama tapi cara yg berbeza. Cyclon(track biru) dan Human(track Merah). Anda kena try dua2 untuk lebih kepuasan.

Kat sini juga ada Accelarator. Anda akan berpusing dalam sebuah kerusi bulat. Sesuai untuk dinaiki satu keluarga.

Di stesen Transformer The Ride pula anda boleh tonton wayang 3D di mana anda akan berada di dalam sebuah kereta dan akan diselamatkan oleh kumpulan Transformer, Optimus Prime dan Bumble Bee yang di serang oleh Deceptions.

Di zon Sci-Fi City ini juga ada hiasan-hiasan dinding seolah-olah berada di dalam bandar Optimus Prime yang sebenar. Lorong panjang untuk menuju ke tapak permainan juga tersusun kereta-kereta Transformer. Anda mesti wow tengok kereta diorang yang canggih tu!

 

MADAGASCAR

Di zon ini, yang menarik ialah Madagascar: A Crate Adventure. Anda akan naik sampan selama 9 minit dan akan masuk ke dalam gua yang ada watak-watak Madagascar. Mereka akan bercakap dan buat pelbagai aksi.

Ada juga King Julien’s Beach Party-Go-Round (seperti merry-go-round) di mana Anda akan duduk di atas watak dalam Madagascar seperti Alex, Gloria, King Julien, Skipper, Kowalski, Swasta dan Rico.

 

FAR FAR AWAY

Anda semua pasti pernah tengok filem Shrek kan. Teringin tak nak pergi istana yang Princess Fiona tinggal? Di Far Far away, anda boleh merantau di dalam istana tu. Yang bestnya, kat situ ada Shrek 4-D Adventure show yang anda wajib tengok.

Sesiapa yang pernah tengok wayang 3D macam tu la wayang dan gambarnya. Tapi ni efek dia lebih eksklusif, kerusi akan bergerak-gerak dan ada pancutan air.

anda akan jumpa roller coaster, Enchanted Airways. Untuk para ibu bapa yang membawa anak kecil tak perlu risau kerana tunggangan ini untuk semua peringkat umur jadi para ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak.

https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/things-to-do/rides/enchanted-airways

Kat sini juga ada mini ferris wheel khas untuk kanak-kanak, Magic Potion Spin.
Yang terbaru, Puss In Boots’ Giant Journey. Roller coaster puss in boots yang pertama dia dunia.

anda mesti nak tahu kan macam mana kucing joget. Kalau nak tengok boleh datang ke The Dance For The Magic Beans di mana bakat terpendam Puss In Boots dan Kitty Softpaw akan terserlah.

 

THE LOST WORLD

kredit : https://media.activitiesbank.com/39070/ENG/XL/39070_1.jpg

 

Terbahagi kepada 2 kawasan iaitu Jurassic Park & Waterworld.

Tarikan utama kat sini ialah Jurassic Park Rapids Adventure. anda akan naik sampan moden yang berbentuk bulat, melawat habitat dinasour.

http://www.jurassicworld.com/theme-parks/universal-studios-singapore-sentosa-island-singapore
Bersedia untuk dibasahi kerana anda akan kena tempias air kalau sampan tu dibawa arus yang deras. Di sini ada adegan di mana akan ada dinasour menakut-nakut kan anda .

Then kat sini juga ada Canopy Flyer, macam roller coaster juga tapi tidak menakutkan macam roller coaster yang lain.

WaterWorld anda wajib pergi. Serius sangat best! Lakonan secara live dengan aksi-aksi menarik bertemakan air.

Ada juga letupan api dan air. Ada wet area dan dry area. Jadi anda boleh pilih nak basah ataupun tidak. Siapa yang duduk depan pasti akan kena air. Digalakkan anda datang awal untuk cop tempat duduk.

Waterworld ni sangat best sebab diorang berlakon kat kolam besar seolah-olah diorang berada di lautan dengan penggunaan bot dan jet ski. Persembahan dengan stunt yg hebat ditambah dengan letupan-letupan besar yang awesome! Gempak sangat wehh.

Kena tgok showtime tau sebab bukan setiap masa ada. Boleh rujuk pada peta.
anda boleh juga menaiki Dino-Soarin yang lebih sesuai untuk kanak-kanak tapi tak salah pun kalau yang dah dewasa nak feeling2 naik dinasour.

Amber Rock Climb pula untuk yang minat aktiviti lasak rock climbing.

http://www.rwsentosablog.com/rock-climbing-101-at-amber-rock-climb/

 

ANCIENT EGYPT

kredit : https://c1.staticflickr.com/5/4111/5038855734_d1eb76831d_b.jpg

 

Ancient Egypt merupakan zon Mesir Purba dengan latar belakang era tahun 1930 di mana penerokaan Mesir sedang dilakukan. Zon ini diisi dengan bangunan bergaya obelisk (Cleopatra Needle) yang melambangkan tuhan matahari dan piramid yang khas. Terdapat juga makam firaun di kawasan ini.

Jangan takut untuk manaiki Revenge of the Mummy. anda akan melalui kawasan yang gelap dan akan diganggu oleh mummy sepanjang perjalanan itu. Sangat menarik lagi2 untuk penggemar rumah hantu.
Yang jenis penakut pula, beranikan diri untuk mencuba dan jangan sia-siakan peluang yang ada untuk mencuba segala permainan dalam USS ini.

Sebelum meninggalkan zon ini, anda boleh bergambar bersama patung Army of Anubis yang teramat tinggi ala-ala anda berada di Egypt.

Treasure Hunters pula dimana anda boleh memandu jeep di sekitar kawan Egypt.

 

NEW YORK

Selamat datang ke New York, tetapi bukan NY 2019 tetapi NY pada tahun 1940-an. Bangunan bertemakan klasik akan buat uols rasa macam masa telah berputar ke zaman dahulu.

Zon ini ada Lights, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg. anda akan dapat pengalaman seolah2 ditiup oleh angin taufan yang bakal melanda New York.

anda juga dapat menyaksikan persembahan toe-tapping tune daripada Sesame Street Stage Shows dan dance with Bert dan Ernie.

anda boleh ikuti misi Elmo dan Super Glove 2.0 dalam Sesame Street Spaghetti Space Cheese dalam menghalang Macaroni daripada mencuri spaghetti di bumi

 

AKTIVITI POPULAR BAGI PENGGEMAR CABARAN

Bagi yang suka cabaran dan adventure, anda wajib mencuba

 Transformer The Ride
 Battlestar Galactica
 Revenge Of The Mummy
 Jurrasic Park Rapids Adventure
 Amber Rock Climb

 

AKTIVITI KANAK-KANAK POPULAR

Untuk yang datang bersama anak- anak, atau adik, anda tak perlu pening nak pilih sesuai untuk mereka. Di bawah ini adalah senarai untuk aktiviti kanak-kanak yang popular

 King’s Julien’ Beach Party-Go-Round (Madagascar)
 Puss In Boot’s Giant Journey
 Enchanted Airways (Far Far Land)
 Dino-Soarin (The Lost World)
 Sesame Street Spagetti

 

TIP 3 – AKSESORI TAMBAHAN

Ride kegemaran saya Jurassic Park Rapids Adventure (Zon : The Lost World). Anda akan basah menaiki ride ini. Kalau nasib tak baik, lencun. Dalam raft tu pun memang sedia basah. Jika anda tak ingin basah, bawa bersama anda poncho yang boleh dibeli dengan murah di Malaysia seperti di 7-Eleven dan Daiso. Jika anda beli di USS, harga adalah $4.

Disyorkan bawa payung lipat, senang bawa dalam beg. Saya juga bawa payung, cuma Alhamdulillah beli payung tak perlu pegang di pasar malam Hanoi (RM10).

 

TIP 4 WAKTU OPERASI USS

Normal: 10am -7 pm

Waktu operasi berubah-ubah mengikut musim. Adakalanya pada waktu cuti waktu operasi akan dipanjangkan sehingga pukul 10 malam sbb pengunjung yang terlalu ramai. Lake Hollywood Spectacular pula cuma ada pada pukul 10pm.

anda boleh tekan link ini https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/plan-your-visit untuk dapatkan waktu operasi yang tepat.

 

 

TIP 5 : PERTUNJUKAN

Bagi saya pertunjukan yang anda tak boleh miss :

Waterworld (Zon : The Lost World)

  • selalu pertunjukan diadakan pada pukul 12.30pm /1.00pm. Ada 2/3 pertunjukan ini sehari. Biasanya pengunjung akan tengok pertunjukan pada pukul 12.30pm/1.00pm. Ini kerana jika hujan pada waktu petang, pertunjukan ini akan dibatalkan.
  • jika cuaca baik, anda boleh tengok pertunjukan ini pada sesi berikutnya dan boleh mengambil kesempatan untuk menaiki rides lain di waktu ini kerana ramai yang akan menyaksikan pertunjukan Waterworld.

Shrek 4D (Zon : Far Far Away )

  • pertunjukan indoor yang menarik, umpama menonton wayang. Dapat merasakan gegaran, percikan air dan sebagainya. Ada tempat duduk yang dikhaskan untuk wanita mengandung, bayi dan mereka yang tidak mahukan gegaran. Jika anda ingin merasakan pertunjukan 4D, pastikan anda tidak duduk di barisan untuk mereka yang dinyatakan di atas.

Madagascar Boogie

  • berhibur bersama penguin-penguin yang comel dan King Julien yang mencuit hati. Selepas pertunjukan, cepat-cepat beratur untuk bergambar bersama mereka.

Hollywood Parade

  • hanya diadakan pada hari Sabtu pada pukul 3pm.

Bunga Api

  • juga diadakan pada hari Sabtu pada pukul 8pm.

Sesame Street Stage Show

  • menarik untuk anak-anak kecil.

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI USS

  • Terdapat kaunter kadar tukaran wang sebelum pintu masuk USS, di sebelah kanan.
  • Air minuman di air pancut sekitar taman
  • Kereta sorong bayi untuk disewa
  • Kerusi roda dan kenderaan bermotor (di pintu masuk)
  • WIFI- akses untuk 12 jam
  • Loker tempat menyimpan barang peribadi

 

TIP 6 LOKASI SURAU DI USS

Surau tersebut hanya boleh memuatkan maksimum 7 orang saja dalam satu-satu masa.

Surau terdapat di Egypt World – bersebelahan Revenge of Mummy dan bertentangan dengan Oasis Cafe.

TIP 7 – MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan di USS sama seperti taman tema lain, agak mahal. Air kosong pun dalam $4. Bawa botol air kecil, di sana banyak disediakan water cooler, boleh isi air.

Bawa botol mineral kosong untuk anda beristinjak. Di USS tiada paip disediakan dalam toilet. Kena isi air dalam botol mineral kosong dan dibawa masuk dalam toilet.

Makanan halal terdapat di tempat-tempat berikut :

Mel’s Drive Inn – menjual burger, kentang goreng, milkshakes

Marty’s Casa Del Wild Food Court – – menjual nasi lemak dan briyani

Friar’s – menjual seafood dan aiskrim

Goldilocks – menjual ayam goreng dan aiskrim Ben & Jerry

Oasis Spice Cafe – menjual makanan timur tengah

 

TIP 8  MONEY CHANGER DI USS

Pastikan anda membawa duit lebih dari $20 bersamaan dengan lebih daripada rm80 seorang untuk membeli makanan cendarmata di dalam USS. Lebih digalakkan untuk menukarkan wang di Malaysia kalau ingin berjimat.

Terdapat kaunter kadar tukaran wang sebelum pintu masuk USS, di sebelah kanan.

 

TIP 9 SYARAT KETINGGIAN

Kebanyakkan permainan di USS memerlukan ketinggian melebihi 122 meter. Jika kurang, kanak-kanak perlukan pengawasan penjaga. Sila rujuk jadual dibawah untuk keterangan lebih jelas.

http://www.rwsentosablog.com/universal-studios-singapore-guide/

 

PS : Kami menyediakan pakej lengkap ke Universal Studio Singapore termasuk tiket uss, penginapan dan pengangkutan dari jb 2019. Anda boleh buat pertanyaan dan tempahan di link ni —https://adamanitravel.com/pakej-uss-2019-dari-jb/

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts