Bos Sanggup Belanja Pekerja Percutian 5 Bintang Di Beberapa Negara. Beruntungnya Pekerja Di Syarikat Ini!

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter

main company bawa cuti

Bukan calang-calang majikan ya yang sanggup beri pekerjanya cuti berbayar selama sebulan, siap dengan percutian 5 bintang. Namun semua itu tidak mustahil jika memiliki bos yang sempoi habis seperti ini.

BACA: Terlalu Obses Watak Patung Mainan, Wanita Ini Sanggup Habiskan RM650,000 & Sehingga Tidak Ada Kawan?

Beruntung betul pekerja syarikat yang berpangkalan di Birmingham, Turn Partners ini. Luar biasa cara majikannya memberikan layanan kepada pekerja mereka.

Mike Bandar, 29 dan James Vardy, 31 bos dalam syarikat tersebut membenarkan 9 pekerjanya bekerja di mana juga yang mereka mahukan dan sering belanja pekerja percutian eksotik.

Mike Bandar dan James Vardy.

Terbaru, pada Februari lalu Mike dan James membawa sembilan pekerjanya itu ke percutian 5 bintang di Goa dan Mumbai, India selama sebulan.

Menurut Mike, mereka berdua mahu kakitangan mereka mendapatkan fleksibiliti dan nikmati kehidupan sepenuhnya. Mereka percaya jika pekerjanya gembira,  hasilnya nanti akan buatkan bos turut gembira!

Pasukan mereka sedang menikmati pemandangan indah di salah satu destinasi percutian.

“Dari masa ke semasa kami suka belanja pasukan kami percutian selama sebulan supaya kami dapat ‘lari’ dari cuaca sejuk di Britain,” kata Mike.

Nikmati percutian hebat.

Tambahnya lagi, syarikat Turn Partners membiayai semua kos dan walaupun mereka tiada di pejabat selama sebulan, namun kakitangan mereka boleh datang dan pergi ke pejabat sesuka hati dalam tempoh itu.

Walau di mana mereka berada, kerja tetap 'jalan'.

Lebih menarik lagi kawan-kawan, keluarga dan pasangan masing-masing turut dibenarkan menyertai percutian mereka.

Wow, hebat sungguh! Rasanya syarikat ini harus diberikan contoh kepada yang lain.

Sumber: Metro UK

Credit Sumber : https://himpunanceritalawak.com

 

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu