Kad Ketibaan Elektronik Ganti Borang Fizikal Jika Anda Ke Singapura

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Image via Reddit
Image via Reddit

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya kini telah menggantikan penggunaan kad ketibaan yang sebelum ini menggunakan borang fizikal kepada kad ketibaan elektronik.

Langkah ini diambil bagi memudahkan pelancong kerana tidak lagi perlu mengisi borang tersebut di lapangan terbang. 

Selain itu langkah ini juga diambil untuk mengurangkan penggunaan kertas. 

Walaubagaimana pun, keberkesanan kad elektronik ini akan berada dibawah tempoh percubaan untuk 3 bulan pertama bermula 4 Oktober 2018.

Ini bermakna pelancong perlu memohon kad ketibaan pelancong melalui laman web ICA sebelum melancong ke negara tersebut.

Ketika ketibaan, pelancong hanya perlu mengeluarkan pasport mereka untuk kelulusan imigresen. 

Kad ini akan diguna pakai di beberapa checkpoint seperti di Checkpoint Woodlands, Checkpoint Tuas, Lapangan Terbang Changi dan empat terminal feri.

Sumber : thevocket.com

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Salah satu tempat menarik di Sabah Masjid Terapung di Kota
  • Autumn In My Heart Dont forget to visit Nami Island
  • Etika ketika dalam penerbangan part 2 Apa peristiwa yang korang
  • Paling jauh korang travel sampai ke mana?  Cer korang
  • Naa cantik kan? Ini lah Garden by the Bay Singapore
Close Menu