Mahu Ke Singapura? Ini Tips ‘Selamat’ Buat Kamu!

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
singapore-2358810_960_720

Singapura merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai tarikan menarik.Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia sering kali berkunjung ke kota singa itu apatah lagi, ia merupakan jiran terdekat negara kita.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu dan mungkin ada yang serik ke Singapura kerana sering kali terkandas terlalu lama ataupun terlepas penerbangan. Semuanya gara-gara menunggu giliran terlalu lama di pemeriksaan Imigresen baik di Johor Bahru mahupun di Singapura.

Bagi kamu yang menaiki penerbangan terus ke Singapura mungkin akan selamat dari situasi ini tetapi bagaimana pula bagi mereka yang memilih untuk ke sana menaiki bas? Berikut kami tampilkan tips ‘selamat’ ini sebagai rujukan kelak.

 Tukar Wang Secukupnya

Meskipun kamu hanya merancang untuk ‘transit’ sementara di Singapura, pastikan kamu tukar wang sedikit mahupun secukupnya ke Singapura Dollar. Kita tidak tahu apa yang akan menimpa sekiranya berada di sana kelak bukan? Bagi kami yang sudah merasainya, cukup perit! Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Grab Diletakkan Dalam Mood ‘Visa’

Ini adalah penyelamat kamu! Aplikasi Grab bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malah negara seperti Thailand dan Singapura juga menggunakan aplikasi yang sama. Nasihat kami pastikan tetapan bayaran Grab kamu diletakkan dalam tetapan ‘Visa’. Ini kerana jika kamu tidak mempunyai wang di dalam Singapura Dollar, aplikasi ini mampu membantu kamu sekiranya terkandas.

Rancang Perjalanan Seawal Mungkin

Jika kamu fikirkan untuk bergerak ke pusat Imigresen pada saat akhir memandangkan sempadan kedua-dua negara ini begitu dekat, lupakan sahaja hasrat tersebut. Ini kerana kamu pasti akan beratur panjang untuk pemeriksaan Imigresen. Satu jam , dua jam atau barangkali tiga jam kena beratur! Untuk itu pastikan kamu merancang perjalanan sebaik mungkin. Jika kamu ingin berada di Kota Singa ini pada tengah hari, seeloknya kamu harus berada di pusat Imigresen seawal pagi. Lebih bagus jika kamu berada dua jam lebih awal daripada sasaran masa yang diinginkan.

>>KLIK UNTUK MELIHAT PAKEJ KE SINGAPORE 2019<<

Isi ‘White Form’ Terlebih Dahulu

Mungkin akan ada yang menganggap perkara ini sebagai yang remeh. Namun adalah lebih baik kamu mengisi ‘White Form’ ini lebih awal. Borang ini boleh dapatkan di kebanyakan hotel mahupun tempat tumpuan pelancongan di sekitar Johor Bahru.

Simpan Jadual Perjalanan Bas

Pastikan kamu menyimpan jadual perjalanan bas. Penting! Ini kerana jadual perkhidmatan bas dari Johor ke Singapura adalah berbeza mengikut syarikat. Sebagai contoh kami letakkan dari JB Sentral ke Lapangan Terbang Changi, tidak semua bas menghantar penumpang ke sana. Oleh itu, pilih dengan tepat perkhidmatan bas yang diinginkan. Jika malas sekalipun, sila ‘screenshot’ jadual dan simpan dalam telefon bimbit kamu.

Jangan Matikan Data Selagi Tidak Roaming

Kami percaya pasti ramai yang khuatir jika sudah masuk ke sempadan sesebuah negara, data perantauan akan dikenakan sekiranya tetapan internet masih dipasang. Tidak bagi sempadan Singapura. Memandangkan sempadannya yang berhampiran dengan Johor, data internet kadang kala masih lagi dalam tetapan telekomunikasi tanah air. Untuk yang terdesak, barang kali ianya akan menjadi penyelamat terakhir kamu.

Ringankan Mulut Untuk Bertanya

Pergilah ke mana sekali pun, jangan sesekali segan untuk bertanya. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Tidak salah untuk kamu bertanya pada orang tempatan di sesebuah negara. Mana tahu mereka boleh menjadi kawan dan membantu kamu dalam pelbagai bentuk. Kami sudah alaminya dan merupakan satu pengalaman yang cukup indah!

Jadi kalau siapa-siapa mahu ke Singapura, pastikan anda buat persediaan awal untukk travel ke sana, untuk lebih senang, kamu bole ambil pakej pelancongan ke Singapura melalui agensi perlancongan seperti Adamani Travel Sdn Bhd.

 

>>KLIK UNTUK MELIHAT PAKEJ KE SINGAPORE 2019<<

 

Sumber Kredit : Youthconnect.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Paling jauh korang travel sampai ke mana?  Cer korang
  • Naa cantik kan? Ini lah Garden by the Bay Singapore
  • Salah satu tempat menarik di Sabah Masjid Terapung di Kota
  • Etika ketika dalam penerbangan part 2 Apa peristiwa yang korang
  • Autumn In My Heart Dont forget to visit Nami Island
Close Menu