Pakej Percutian Bajet di Malaysia dan Singapore

Berpeluang untuk merancang suatu percutian idaman melalui pakej percutian bajet di Malaysia dan Singapore merupakan antara perkara yang sangat mengujakan. Ditambah pula dengan kewujudan tempat-tempat menarik yang pastinya mampu memahat kenangan berharga bagi mereka yang merasainya.

merancang percutian bajet keluarga di malaysia

Rata-rata masyarakat sekarang sudah bijak mencari malah memilih pakej-pakej percutian terbaik samada dalam Malaysia mahupun Singapore berdasarkan kepada sasaran bajet tertentu.

Statistik yang direkodkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia menunjukkan percutian domestik masih kekal meningkat sebanyak 8% setiap tahun kepada 253.9 juta. Ini tidak termasuk percutian ke luar Malaysia.

pakej percutian bajet yang menarik

Jelas membuktikan bahawa kekangan kewangan semasa bukanlah satu penghalang untuk mana-mana individu ataupun kelompok keluarga untuk merasai suasana percutian.

Pakej Percutian

Terdapat pelbagai pakej percutian yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pelacongan samada untuk pakej percutian domestik ataupun pakej percutian luar negara. Kebiasaannya harga bagi pakej-pakej yang ditawarkan itu bergantung kepada jenis pakej percutian yang diambil, destinasi percutian dan juga mengikut lokasi tertentu.

pakej percutian bajet di malaysia dan singapore

Antara perkara-perkara yang sering ditawarkan oleh pihak agensi pelancongan melalui pakej percutian termasuklah:

1. Penginapan

Mungkin bagi mereka yang bercuti bersama keluarga, amat memerlukan kepada penginapan yang selesa tetapi masih menepati bajet yang diperuntukkan berbanding mereka yang memilih untuk bercuti secara backpacker.

penginapan yang disediakan dalam pakej percutian bajet perlu diambil kira

Namun, tidak perlu risau kerana pakej penginapan yang sesuai dan mengikut bajet juga disediakan.

2. Makanan

Makanan merupakan antara aspek yang penting sebagai pelengkap dalam pakej percutian. Kebanyakkan harga makanan yang ditawarkan bersama pakej adalah lebih murah berbanding harga makanan yang diambil secara berasingan.

makanan yang disediakan oleh travel agensi percutian bajet

Walau bagaimanapun, ada juga yang memilih untuk menolak pakej makanan tersebut daripada pakej percutian memandangkan mereka mungkin mengenali selok-belok kawasan sekitar.

3. Pengangkutan

Untuk pengangkutan biasanya ia lebih diperlukan sekiranya percutian yang dirancang itu adalah percutian luar negara. Bagi percutian domestik amnya, ramai yang memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah.

pengangkutan adalah perkara penting semasa bercuti

Namun, pihak atau agensi percutian juga ada menyediakan kemudahan pengangkutan bagi memastikan keselesaan pelancong.

4. Aktiviti

Bagi mereka yang tidak mempunyai idea untuk melakukan aktiviti-aktiviti di tempat percutian, tidak perlu risau kerana kebanyakkan agensi pelancongan juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik.

aktiviti yang disediakan sepanjang percutian

Kemungkinan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pakej, tempat dan juga bajet yang telah dipersetujui. Oleh itu, berbincanglah dengan pihak agensi mengenai pakej yang bakal diambil.

Merancang Percutian Bajet

Sesiapa sahaja pasti inginkan sebuah percutian yang diidamkan mencapai matlamat dan juga kepuasan tersendiri. Perkara yang perlu diambil berat ialah melalui perancangan percutian untuk memastikan segalanya diatur dengan baik mengikut kesesuaian demi kebebasan beriadah dan beraktiviti semasa bercuti.

merancang percutian bajet sebelum bercuti

Perancangan dalam percutian yang baik bukan sahaja penting sekadar untuk mendapatkan lokasi percutian, penginapan dan aktiviti di kawasan tersebut. Malah melalui perangan percutian yang baik juga boleh membantu dalam menjimatkan kos. Oleh itu, percutian bajet bukan lagi istilah yang sukar dicapai oleh semua orang.

Tips Rancang Percutian Bajet

Sediakan Bajet

Bajet yang perlu disediakan juga bergantung berapa lama kita mengambil keputusan untuk bercuti. Oleh itu, perlu bersedia dengan anggaran yang diperlukan untuk percutian tersebut.

Antara perkara yang perlu diambilkira termasuklah tempat penginapan, makan, minum, pengangkutan, minyak, tol dan bayaran-bayaran lain yang mungkin diperlukan tanpa diduga.

merancang bajet semasa percutian adalah penting

Paling bagus ialah boleh menyediakan satu checklist khas menyenaraikan segala kelengkapan yang diperlukan.

Bercuti Mengikut Kemampuan

Ini merupakan tips penting yang perlu dipertimbangkan lebih awal. Sekiranya kedudukan kewangan tidak memungkinkan untuk individu mahupun keluarga untuk bercuti, janganlah sesekali berhutang atau menambah bebanan yang tidak sepatutnya. Cubalah untuk menjimatkan kos misalnya melalui bekalan makanan yang disediakan dari rumah.

tips untuk tidak membazir semasa bercuti

Terdapat pelbagai tawaran percutian bajet yang jauh lebih murah yang boleh dipilih meskipun destinasi tersebut tidaklah begitu popular. Namun, bukanlah bermakna ianya tidak mampu menjadi percutian terbaik.

Rancanglah Perjalanan Dengan Tepat

Perbezaan pendapat mungkin berlaku sesama ahli keluarga atau rakan-rakan yang terlibat dalam merancang percutian terhebat. Kebarangkalian yang kecil mungkin berlaku dimana sesuatu yang tidak diduga boleh terjadi ketika bercuti.

sentiasa menghormati bajet yang ditetapkan semasa percutian

Walau bagaimanapun, teruskan menikmati momen-momen penting tersebut kerana tidak semua yang dirancang mampu memuaskan mana-mana pihak. Maka, rancanglah percutian dengan tepat termasuklah tentatif tentang tempat-tempat yang bakal dilawati supaya tidak berlaku kelam-kabut dan seumpamanya.

Selesaikan Tugasan Kerja Sebelum Bercuti

Ini antara yang paling penting untuk diberikan perhatian sebagai salah satu tips percutian yang melegakan. Perlu dipastikan agar segala yang dirancang tidak terbeban atau dipengaruhi oleh tugasan kerja sebelum bercuti. Berusahalah untuk tidak bertangguh kerja dan selesaikan segalanya sehabis baik.

menyiapkan semua kerja sebelum mula bercuti untuk elakkan gangguan kerja

Perkara-perkara seperti ini meskipun kelihatan remeh namun ia mampu mengganggu mood dan perasaan ketika bercuti.

Pakej Percutian Bajet di Malaysia dan Singapore

Apa yang dikongsikan disini hanyalah gambaran secara kasar mengenai tempat-tempat yang boleh dikunjungi melalui pakej percutian bajet di Malaysia dan juga Singapore. Perkongsian ini juga tertumpu kepada beberapa kawasan yang dianggap sebagai lokasi terbaik yang perlu diletakkan dalam senarai pakej percutian bajet tahunan.

pakej percutian bajet 2018

Pakej Percutian Bajet Ke Kota Kinabalu Sabah

Pemandangan membiru di kawasan laut sekitar Kota Kinabalu, Sabah serta keindahan pergunungan yang tersergam indah dan tumbuhan menghijau di sekitarnya membuatkan hati terpesona.

pakej percutian bajet ke sabah

Antara tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di Kota Kinabalu, Sabah ialah:

1. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Ia merupakan masjid kedua dibina di Bandar Kota Kinabalu selepas Masjid Negeri. Masjid ini dibuka bersempena dengan hari pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya dan dikenali sebagai Masjid Terapung.

percutian bajet kota kinabalu sabah

2. Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah

Masjid pertama di Kota Kinabalu yang menempatkan tokoh-tokoh pahlawan terkenal Sabah di Makam Pahlawan seperti Tun Mohammad Fuad Stephens, Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohamed Said Bin Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert.

masjid negeri sabah dalam pakej percutian

3. Menara Jam Atkinson

Merupakan struktur pra-perang dunia ke-2 yang masih kekal wujud di Kota Kinabalu. Merupakan menara jam yang berusia lebih kurang 106 tahun. Dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson iaitu Pegawai Daerah Jesselton pertama yang meninggal dunia kerana penyakit malaria ketika berusia 28 tahun.

menara jam atkinson tempat sejarah sabah

4. Bangunan Yayasan Sabah

Dikenali sebagai Menara Tun Mustafa yang merupakan antara 4 bangunan tertinggi di dunia yang menggunakan teknologi Bangunan Tergantung. Bangunan yang menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri ini mempunyai tarikan tersendiri dimana ia mempunyai restoran berputar di tingkat 18 yang satu-satunya restoran berputar di pulau Borneo.

bangunan kerajaan negeri sabah

5. Rumah Terbalik

Rumah Terbalik ini juga dikenali sebagai The Upside Down House of Borneo yang mengambil masa selama 30 minit daripada Kota Kinabalu.Seperti rekaan rumah terbalik di tempat lain, rekaan dan susun atur rumah serta peralatannya adalah digantung secara terbalik.

up-side-down di sabah

Juga terdapat Muzium 3D sebagai tarikan terbaru di kawasan ini.

Pakej Percutian Bajet Ke Johor Bharu

1. Danga Bay

Merupakan antara kawasan santai yang popular apabila berkunjung ke Johor Bharu.

percutian ke johor

Terdapat pelbagai tarikan berkonsepkan mewah dengan kewujudan kawasan-kawasan membeli-belah seperti Danga City Mall.

danga park taman permainan untuk percutian di johor

Disini juga letaknya Danga Park iaitu sebuah taman tema khas untuk kanak-kanak.

2. Johor Premium Outlets (JPO)

Ia merupakan pusat membeli-belah utama di Iskandar Malaysia, Johor. Merupakan outlet berjenama premium mewah yang pertama di Asia Tenggara yang juga lokasi wajib bagi mereka yang berpeluang bercuti di sekitar Johor.

johor premium outlet di kulai

Lokasi Johor Premium Outlets ini adalah di daerah Kulai, Johor.

3. Legoland Malaysia Resort

Legoland adalah antara lokasi popular terutamanya bagi kanak-kanak. Terletak di dalam kawasan Nusajaya yang merupakan destinasi percutian menarik di Johor Bharu.

legoland tarikan semasa percutian bajet anda di johor

4. Puteri Harbour Indoor Theme Park

Taman tema ini terletak hanya bersebelahan dengan Legoland Malaysia Resort. Ia adalah satu taman tema indoor untuk kanak-kanak. Mempunyai 3 tarikan utama iaitu The Little Big Cloud, Sanrio Hello Kitty Town dan Restaurant kanak-kanak yang bertemakan Let’s Place.

Puteri Harbour Indoor Theme Park di johor

5. Hello Kitty Town

Hello Kitty Town juga terletak tidak begitu jauh daripada Legoland Malaysia Resort. Sekiranya ingin merasai sendiri suasana alam Hello Kitty, bolehlah berkunjung ke sini. Pastinya antara lokasi yang tidak boleh dilepaskan oleh semua pengunjung yang meminati karakter Hello Kitty World.

hello kitty town johor

6. UK Farm Agro Resort , Kluang

UK Farm Agro Resort ini merupakan antara tempat yang mempunyai tarikan tersendiri. Kecantikan ladang yang memakau seolah-olah berada di luar negara menjanjikan pengamalan yang tidak dapat dilupakan.

uk-farm agro resort di keluang

Merupakan salah satu projek pertanian moden di Kluang yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik di sekitarnya.

memberi kambing makan di uk farm resort johor

Pakej Percutian Singapore

Bagi yang tercari-cari pakej yang sesuai untuk berkunjung ke Singapore, pihak Adamani Travel Sdn. Bhd. juga menyediakan pakej untuk ke sana.

percutian bajet ke singapore

Meskipun ada yang merasakan sangat mudah untuk ke sana, namun ada juga yang masih tercari-cari sumber bagaimana ingin bercuti di Singapore memandangkan kurangnya pendedahan mengenai kawasan-kawasan yang patut dilawati.

1. Gardens By The Bay

Merupakan salah satu lokasi menarik di Singapore yang dibina khas berinspirasikan alam semulajadi. Kedudukan berhampiran dengan Marina Bay menjadikan ia sebuah pulau yang sangat unik dan cantik dengan struktur tumbuh-tumbuhan dan air terjun buatan manusia.

garden by the bay percutian bajet menarik di singapore

Kawasan ini juga sangat cantik di waktu malam kerana dihiasi dengan lampu neon pelbagai warna.

2. National Orchid Garden

Bagi penggemar bunga-bungaan, pasti tidak akan lepaskan peluang untuk berkunjung ke National Orchid Garden ini kerana ia menjadi syurga bunga-bungaan dengan pelbagai spesis memukau.national orchard garden di singapore yang cantik

 

Pengunjung juga dinasihatkan agar membawa air minuman secukupnya dan topi sebagai penutup kepala kerana suhu kawasan sekitar agak panas terutama waktu siang.

3. Singapore Zoo

Seperti di Malaysia, Singapore Zoo juga tidak dinafikan hebatnya dengan kewujudan pelbagai spesis binatang yang belum pernah dilihat di mana-mana. Antara yang menarik perhatian ialah beruang Koala daripada Australia.

singapore zoo tempat menarik untuk bercuti

Pengunjung dinasihatkan juga untuk merujuk kepada jadual Singapore Zoo berkenaan kerana sesetengah program dan spesis binatang yang tidak ada di Malaysia.

4. Marina Bay Snads Skypark

Lokasinya yang terletak berhampiran air menjadikan Marina Bay Sands Skypark ini lebih unik. Dikatakan bahawa waktu yang sesuai untuk berkunjung ke sini adalah pada waktu senja. Selain itu, terdapat pertunjukkan laser yang dimainkan beberapa kali dan mampu memukau para pengunjung.

Marina Bay Snads Skypark

5. Singapore Flyer

Roda gergasi ini kelihatan seolah-olah seperti London Eye di London. Ia akan membawa pengunjung selama 30 minit untuk menikmati keindahan bandar Singapore dan menjanjikan pemandangan yang terbaik sekitar kotaraya.

singapore flyer tempat manarik percutian bajet singapore

Hubungi Adamani Travel Sekarang Untuk Uruskan Pakej Percutian Bajet Anda

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mana-mana destinasi terbaik percutian mahupun pelancongan samada dalam dan luar negara, boleh berhubung melalui pihak Adamani Travel Sdn. Bhd.

logo adamani travel pakej percutian murah

Adamani Travel | Pakej Percutian Bajet
Hubungi: 
Tekan untuk telefon (018-7751456) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:  Adamani Travel
Website:  http://www.adamanitravel.com

Alamat:
Syarikat Adamani Travel Sdn. Bhd.
Jalan Padi Emas 4/1 Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru.
Email : adamanitravel@gmail.com

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts