Pakej USS Murah Sesuai Untuk Keluarga Kecil dan Besar

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
universal-studios-singapore

Berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Universal Studio of Singapore (USS) melalui pakej USS murah yang sesuai untuk keluarga kecil dan besar mungkin menjadi idaman setiap individu. Ini kerana kewujudan pelbagai agensi pelancongan yang menawarkan harga yang berpatutan sudah semakin banyak.

Nak dapatkan Pakej USS Murah 2018

Bagi mereka yang sudah biasa menjejakkan kaki di USS, pastinya suatu pengalaman yang sukar dilupakan kerana USS merupakan salah satu taman tema terbaik di dunia. Kepada mereka yang belum pernah sampai atau sudahpun memasang angan-angan untuk ke USS, pastikan ia menjadi destinasi terbaik yang direalisasikan suatu hari nanti.

Universal Studio of Singapore (USS)

Universal Studio of Singapore atau lebih dikenali sebagai USS merupakan antara taman tema terbaik dan juga yang pertama di Asia Tenggara. Ia juga menjadi taman tema yang ke-2 dibina di Asia selepas Jepun. Untuk pengetahuan semua, terdapat hanya 4 Universal Studio dalam dunia iaitu Universal Studio of California, Universal Studio of Florida, Universal Studio of Japan dan yang terakhir sekali Universal Studio of Singapore.

bercuti di USS

USS adalah taman tema yang terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Terdapat 7 zon berbeza di USS dan setiap zon itu direka berdasarkan kepada filem-filem blockbuster atau rancangan televisyen berserta watak-watak yang sangat unik.

7 Zon Bertema di USS

zon tema di USS

Zon 1: Hollywood Zone

Terletak di kawasan pintu masuk utama USS yang mempunyai tarikan tertentu iaitu Teater ala-ala broadway dan replika Hollywood Boulevard. Selain itu, di zon Hollywood ini juga terdapat replika Hollywood Walk of Fame yang terkenal dan penampilan watak-watak istimewa.

woodie woodpeaker di uss

Antara watak-watak istimewa termasuklah Po dari Kungfu Panda, Frankenstein Monster, Woody Woodpecker, Winnie Woodpecker, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Beetlejuice, Betty Boop dan Minions dari Despicable Me.

Zon 2: Madagascar Zone

Zon Madagascar ini mempunyai hutan tropika yang subur. Kebanyakkan watak-watak di zon ini adalah sama seperti watak-watak di dalam kartun Madagascar. Antara penampilan istimewa di zon ini termasuklah Alex, Gloria, King Julien, Skipper, Kowalski, Swasta dan Rico.

watak madagascar di USS singapore

Zon 3: Far Far Away Zone

Zon Far Far Away pula menempatkan Shrek 4-D Adventure yang merupakan zon yang wajib dikunjungi. Konsep wayang 4-D yang ditambah dengan pergerakan kerusi tempat duduk dan boleh merasai percikan air seolah-olah mengalami sendiri suasana sebenar walaupun sekadar menonton wayang. Seperti biasa, kenakalan keldai itu menceriakan suasana dan pengembaraan tersebut dialami bersama Princess Fiona Dan Shrek.

watak shrek dan fiona di USS singapore

Zone 4: The Lost World Zone

Dalam zon The Lost World ini, ia terbahagi kepada 2 kawasan iaitu Jurassic Park dan Water World. Untuk kawasan Jurassic Park, ia dibina berdasarkan filem popular oleh Steven Spielberg dan novel seorang penulis bernama Michael Crichton. Manakala kawasan Water World pula, ia dibina berdasarkan kepada filem Water World yang dibintangi oleh Kevin Costner. Tarikan utama di zon The Lost World ini ialah Jurassic Park Rapids Adventure dimana pengunjung akan dibawa menaiki sampan moden yang berbentuk bulat. Kemudian, para pengunjung akan dibawa melawat tempat hidupan dinasour.

zone lost world USS singapore

Di kawasan Water World, akan ada lakonan semula secara live dengan beberapa aksi-aksi menarik yang bertemakan air. Perlu diingat bahawa, ketika dalam kawasan ini, pengunjung bakal berada dalam keadaan basah bergantung kepada kedudukan tempat duduk. Jika kedudukan di bahagian hadapan, maka kebarangkalian untuk basah adalah tinggi. Oleh itu, dinasihatkan agar datang awal dan memlilih tempat duduk di bahagian belakang. Lakonan yang dilakukan itu juga disertakan dengan aksi-aksi hebat ditambah pula dengan bunyi beberapa letupan yang besar untuk menambahkan kesan yang lebih real dan menarik.

Zone 5: Ancient Egypt Zone

Di zon Ancient Egypt menampilkan zon Mesir Purba dengan latar belakang era tahun 1930an dimana penerokaan Mesir sedang dilakukan. Kawasan ini telah dipenuhi oleh bangunan-bangunan berkonsepkan obelisk iaitu Cleopatra Needle yang melambangkan tuhan matahari dan piramid. Juga boleh didapati makan firaun di dalam zon ini. Para pengunjung yang singgah ke zon Ancient Egypt akan membawa peranan sebagai peneroka arkeologi yang berani untuk merungkai misteri pada negeri tersebut. Peranan yang dimainkan itu sangat mirip seperti peranan yang dimainkan oleh pelakon filem The Mummy iaitu, Brendan Fraser.

zone egypt di USS singapore

Zon 6: Sci-Fi City Zone

Zon ini juga dikenali sebagai zon permainan yang merupakan kawasan paling ramai pengunjung. Ini kerana di zon ini, terdapat permainan Transformer The Ride, Battlestar Galactica Cyclon (track biru) dan Battlestar Galactica Human (track merah) yang merupakan sebuah roller coaster.

zon sci fi USS singapore

Di stesen Transformer The Ride, para pengunjung boleh menonton wayang 3-D di mana memaparkan keadaan di dalam sebuah kereta yang kemudiannya diselamatkan oleh sekumpulan robot Transfomers iaitu Optimus Prime dan Bumble Bee yang diserang oleh Decepticons. Permainan ini tampak seperti keadaan realiti dan benar-benar hidup menjadikan pengunjung merasai situasi panik apabila kereta yang dinaiki seolah-olah terbalik ditambah dengan kesan letupan di merata-rata tempat. Sekitar kawasan Sci-Fi City ini dihiasi dengan hiasan-hiasan dinding yang menarik seolah-olah para pengunjung berada dalam bandar Optimus Prime yang sebenar.

Zon 7: New York Zone

Di zon New York pula, terdapat pelbagai ikon yang biasanya digambarkan dalam filem-filem tertentu termasuklah latar belakang langit sebuah bandar, lampu-lampu neon, facades dan juga kaki lima. Zon ini menempatkan replika Perpustakaan Awam New York yang terkenal dengan 2 patung singa di pintu masuk.

new york zone

Tips Percutian Ke USS

tips bercuti pakej ke uss singapore

Tip 1: Pilih Masa Yang Sesuai

Perlu diingat bahawa, meskipun pembelian tiket ke USS boleh dibuat secara online, elakkan dari pergi ke USS semasa peak period kerana pengunjung masih perlu beratur panjang untuk masuk ke dalam. Semaklah laman web yang berkaitan untuk menyemak bilakah waktu cuti sekolah di Singapura.

tiket ke USS paling penting sebelum bercuti ke singapore

Tip 2: First Thing First

Sebaik sahaja melepasi palang besi di kaunter masuk, terus ambil Studio Guide dan jadual pertunjukkan yang berdekatan di kaunter masuk. Jika boleh didapatkan dengan lebih awal adalah lebih baik untuk memudahkan perancangan awal terutama ketika pergi ke USS bersama keluarga atau kelompok yang ramai.

entrance Universal studio singapore

Memandangkan akan ada ramai pengunjung yang mengambil peluang untuk bergambar di depan pintu masuk, adalah lebih baik sekiranya terus menuju ke attractions yang popular terlebih dahulu seperti Battlestar Galactica and Transfomers.

Tip 3: Cut The Queue

Oleh kerana USS mempunyai 7 zon berbeza, maka zon pertama yang bakal dilalui ialah Zon Hollywood. Terdapat kedai-kedai cenderahati di sekitarnya, namun tidak perlu tergesa-gesa untuk membeli kerana di setiap zon mempunyai kedai cenderahati.

skip merchandise di setiap zon

Tip 4: Makanan dan Minuman

Di USS juga terdapat beberapa restoran makanan halal. Kebiasaanya pengunjung tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa makanan atau minuman dari luar. Perlu diingat bahawa harga makanan dan minuman di USS adalah lebih mahal sedikit berbanding taman tema yang lain.

makanan dan minuman di dalam USS singapore

Tip 5: Surau USS

Di USS ada disediakan kemudahan surau. Oleh itu tidak perlu risau mengenai ruang solat. Cuma perkara yang perlu dipertimbangkan ialah tandas. Tandas di USS tidak ada kemudahan air paip untuk beristinjak. Maka, seeloknya sediakan juga botol kosong untuk mengisi air paip bagi tujuan bersuci. Ini adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian.

ruang solat surau di USS Singapore

Tip 6: Aksesori Tambahan

Perlu diingat bahawa aktiviti di zon The Lost World merupakan aktiviti yang kebiasaannya para pengunjung akan basah. Oleh itu, eloklah sediakan bersama poncho yang boleh dibeli dengan harga yang murah di kedai 7-Eleven ketika di Malaysia. Jika di USS, harganya mencecah $4. Disyorkan juga membawa payung lipat sebagai persediaan ketika hujan.

sediakan poncho dan payung ketika di USS singapore

Tip 7: Kemudahan di USS

Terdapat kaunter pertukaran wang sebelum pintu masuk ke USS. Selain itu, kemudahan stroller dan juga wheelchair juga disediakan mengikut caj harga tertentu.

sewa wheelchair dan stroller dalam USS

Pakej USS Murah Dari Adamani Travel

Tuan Hafiz Mohamad yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Adamani Travel Sdn. Bhd. dan juga DV Management & Enterprise memainkan peranan penting dlaam memastikan pengalaman selama 6 tahun digunakan untuk menjayakan program percutian pelanggan, khususnya melalui pakej USS murah.

pasukan adamani travel singapore

Adamani Travel Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat yang menyediakan pakej USS murah bagi memenuhi keperluan dan kehendak bajet pelanggan. Antara perkara yang ditawarkan oleh pihak Adamani Travel Sdn. Bhd. termasuklah menyediakan ruang penginapan selesa seperti rumah tamu serta merangka pakej percutian bajet pelanggan.

konsultasi untuk tempahan pakej uss singapore

Kebanyakkan pelanggan yang merujuk kepada Adamani Travel Sdn. Bhd. untuk mendapatkan pakej USS murah sering menghadapi masalah berikut:

  • Tidak tahu dimanakah tempat menarik yang ingin dituju selain USS.
  • Tidak biasa dengan lokasi-lokasi di Singapura
  • Tidak mempunyai bajet yang besar
  • Kebanyakkan kemudahan meletak kenderaan adalah berbayar, namun di manakah lokasi meletak kenderaan yang lebih murah?
  • Perlu berasak-asak atau bersusah-susah menaiki bas untuk ke USS
  • Tidak faham akan undang-undang semasa di Singapura

Kenapa Perlu Memilih Pakej USS Murah Dari Adamani Travel ?

Oleh kerana pihak Syarikat Adamani Travel Sdn. Bhd. sangat komited dalam merangka percutian bagi kebanyakkan tempat, maka tidak hairanlah mengapa perlunya mengambil pakej USS murah yang disediakan.

Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Pihak Adamani Travel Sdn. Bhd. menyediakan penginapan yang murah, bersih, selesa dan strategik.

kemudahan homestay murah untuk pakej uss murah

2. Syarikat Adamani Travel Sdn. Bhd. menyediakan pengangkutan MPV pergi dan balik. Oleh sebab itu, para pelanggan tidak perlu lagi untuk turun dari kenderaan untuk beratur panjang bagi mendapatkan cop passport di imigresen.

khidmat pengangkutan ke USS murah

3. Program yang dirangka oleh Adamani Travel Sdn. Bhd. adalah sistematik dan sesuai untuk percutian keluarga.

itenerary pakej USS murah

Testimoni Adamani Travel

testimoni pengunjung USS dengan pakej murah (1) testimoni pengunjung USS dengan pakej murah (2) testimoni pengunjung USS dengan pakej murah (3) testimoni pengunjung USS dengan pakej murah (4) testimoni pengunjung USS dengan pakej murah (5)

Apakah Yang Termasuk Dalam Pakej USS

Pakej ke USS adalah termasuk:

  • Ticket USS untuk semua permainan
  • Pengangkutan Johor Bharu ke Singapura ke Johor Bharu
  • White card utk kastam Singapura
  • Briefing dari travel consultant

pakej universal studio singapore murah

Hubungi Adamani Travel Sekarang Untuk Uruskan Pakej Percutian Bajet Anda

Hubungi Adamani Travel untuk menempah slot Pakej Percutian Bajet USS ini Sekarang. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mana-mana destinasi terbaik percutian mahupun pelancongan selain USS juga dialu-alukan untuk menghubungi  pihak Adamani Travel Sdn. Bhd. seperti maklumat berikut ye.

logo adamani travel pakej percutian murah

Adamani Travel | Pakej Percutian Bajet
Hubungi: 
Tekan untuk telefon (018-7751456) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:  Adamani Travel
Website:  https://www.adamanitravel.com

Alamat:
Syarikat Adamani Travel Sdn. Bhd.
Jalan Padi Emas 4/1 Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru.
Email : adamanitravel@gmail.com

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • WOWWWWW !!! PAKEJBAJET SINGAPORE KAMI BAGI PRIVATE TRANSPORT MPV STAREX
  • PAKEJ BAJET DAY TRIP SINGAPORE CITY TOUR DARI JB PRIVATE
  •  WOWWWW DENGAN HARGA RM127  PAKEJBAJET NAIK MPV STAREX
  • NEW PAKEJBAJET SINGAPORE BY ADAMANI TRAVEL KHAS UTK ANDA YG
  • MACAM NI CARA AKU HAPPYKAN MAK AYAH  FAMILY AKU
  • PAKEJ VIP USS  SHORT SINGAPORE CITY TOUR 3H2M DARI
Close Menu