Panduan : Beli Rumah dulu atau ‘Travel’ dulu?

Apabila kita sudah bekerja, kita akan dapat merasai nikmat gaji pertama. Kadang-kadang ramai orang yang nafsu untuk belanja ni mula meningkat, segala perancangan perbelanjaan entah ke mana.

Kebiasaannya golongan muda ni ada dua persoalan yang bermain dalam fikiran mereka sama ada mahu membeli rumah, atau pergi melancong. Kedua-dua perkara ini memerlukan kos yang tinggi dan juga tempoh yang agak lama untuk mengumpul perbelanjaan tersebut.

Jadi sebelum anda membuat keputusan, kami akan berkongsi beberapa aspek penting yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan.

Kemampuan

Anda perlu lihat dulu pada kemampuan anda sama ada mahu  beli rumah dahulu atau travel dahulu. Jika mampu buat kedua-duanya, itu lebih baik tetapi jika anda bergaji rendah, cadangan kami adalah anda boleh membeli aset terlebih dahulu kerana aset tersebut mampu mendatangkan pendapatan kepada anda contohnya seperti rumah atau kereta.

Anda masih boleh melancong tapi bukan buat masa sekarang bak kata pepatah, ‘Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Jika tidak mampu melancong ke luar negara, melancong dulu dalam negara. Jika belum mampu beli rumah, menyewa dahulu atau tinggal bersama ibubapa anda.

Matlamat



Pastikan matlamat anda adalah tetap dan jelas. Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza. Kadang-kadang setiap orang pada usia muda matlamatnya tinggi tetapi bila capai usia tua matlamat mereka mula berubah-ubah disebabkan masalah kewangan yang menjejaskan mereka.

Anda perlu tetapkan matlamat berdasarkan situasi anda berada sekarang, anda perlu lihat keadaan ekonomi anda berada sekarang. Harga rumah semakin mahal jadi anda perlu persediaan lebih jika anda tidak mahu terus menyewa rumah. Untuk travel, anda perlu menyediakan duit simpanan yang lebih dari sepatutnya kerana nilai matawang negara anda mungkin akan menurun dari negara lain.

Ilmu



Salah satu faktor yang membantu anda membuat pilihan adalah ilmu pengetahuan. Jika anda tahu betapa pentingnya pemilikan aset di Malaysia, anda mungkin akan lupakan sementara aktiviti mahu pergi melancong.

Namun, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman apabila pergi melancong ke negara luar. Pengalaman tersebut mungkin akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan peka terhadap pentingnya pemilikan hartanah.

Apabila anda pergi ke negara maju, anda mungkin boleh menilai betapa pentingnya pemilikan hartanah di usia muda terutama apabila melihat harga rumah yang semakin mahal. Pada masa yang sama, anda boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan orang lain terutama bagi golongan yang sudah merasai keperitan memerlukan tempat tinggal.

Ganjaran



Beli rumah, kemudian pergi melancong. Anda sudah boleh menikmati keduanya. Bagi individu yang bekerja keras untuk mendapatkan rumah pertama, anda boleh jadikan aktiviti melancong sebagai ganjaran mendapatkan rumah pertama.

Jika sudah cukup duit dalam tangan, belilah rumah kerana mampu mendatangkan pendapatan kepada anda. Setelah beli rumah baru lah boleh fikir untuk melancong. Naa dah boleh dapt kedua-duanya sekali kan? Pilih sesuatu yang mendatangkan faedah untuk anda dahulu seperti beli rumah lepas tu baru anda bole jadikan melancong itu sebagai ganjaran.

Sumber : Nasihat Kewangan

Sumber Credit : OhBulan!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts