Perbezaan Passport Merah dan Passport Biru

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
globe-3383088_960_720

Kalau kita nk pergi melancong mesti memerlukan passport betul tak? Untuk Warganegara Malaysia, Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) merupakan satu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bagi tujuan perjalanan beberapa buah negara yang dibenarkan kecuali mendapat kebenaran khas bagi negara terlarang.

Macam yang kita biasa lihat, passport kebiasaannya berwarna merah. Tapi adakah anda tahu bahawa terdapat juga passport yang berwarna selain warna merah iaitu passport berwarna biru.

Jadi apa beza passport merah dangan passport biru? Sini kami Adamani Travel akan share kepada anda perbezaan keuda-dua passport tersebut.

Passport Merah (PMA)

Credit : Road Trippers Asia

Biasa nampak kan passport ni? Passport merah ni biasa digunakan untuk perjalanan ke semua negara kecuali negara yang dilarang seperti Israel.

Passport merah ni antara passport yang paling berkuasa di dunia. Hebat tak? Satu lagi kelebihan passport ni, ia boleh digunakan untuk memasuki negeri Sabah dan Sarawak.

“Aik? kalau tak pakai passport tak boleh ke?”. Boleh je masuk Sabah dan Sarawak tanpa passport tapi anda akan diberikan sekeping kertas iaitu Pas Perjalanan Terhad. Walaupun hanya sekeping kertas, ia perlu dijaga baik supaya tidak berlaku kesukaran di sana.

“Nak mohon passport ni kat mana?”. Anda boleh mohon Passport Malaysia Antarabangsa ni di Jabatan Imigresen Malaysia atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Tempoh sah laku passport ni adalah selama 5 tahun. Kalau sebelum ni pada 2015, tempoh sah laku adalah selama 2 tahun tapi tidak dibenarkan lagi sudah. Hanya ada tempoh sah laku 5 tahun sahaja.

Passport Biru (Pas Sempadan)

Credit : Jr’s Blog

Nampak sama tapi bukan! Passport biru ni sebenarnya bykanlah passport tapi merupakan pas sempadan atau pas lintas sempadan (border pass). Sempadan mana satu ni ya?

Pas Sempadan Thailand-Malaysia

Pas ni hanya akan diberikan kepada mereka yang berWarganegara Malaysia dan Penduduk tetap Malaysia yang berketurunan Thai yang tinggal melebihi 3 tahun di Kelantan, Kedah, Perlis atau Perak (hanya kawasan tertentu di Perak sahaja).

“Orang Malaysia tak boleh mohon?”. Tak boleh, hanya orang Thailand yang menetap di Malaysia lebih 3 tahun sahaja yang boleh mohon. Tempoh sah laku cuma 6 bulan sahaja untuk hanya beberapa kali perjalanan Malaysia-Thailand sahaja. Tak boleh lanjutkan tempoh sah laku, kena mohon yang baru.

Pas Lintas Batas Malaysia-Indonesia

“Haa ni mesti untuk orang Indonesia je kan?”. Jawapannya tidak!. Pas Lintas Batas Malaysia-Indonesia ni adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap lebih 6 bulan di dalam daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau yang terletak di Sabah manakala Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

Pas ni hanya untuk orang Malaysia di beberapa buah kawasan sahaja cuma pas ini hanya digunakan untuk masuk ke Indonesia tidak boleh lebih dari 30 hari dan cuma beberapa kali perjalanan sahaja.

Passport Biru (Terhad ke Brunei Darussalam)

Credit : thekayangangirl.blogspot.com

Ada satu lagi passport warna biru tapi warna ni biru tua. Passport ni dikeluarkan untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Tempoh sah laku passport ini adalah 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan.

Jadi dah faham dah perbezaan passport warna merah dengan passport warna biru?

Harapnya lepasni anda lebih tahu la macam mana nak bezakan passport-passport ni. Jangan pulak nanti salah bawah warna buku pulak nanti. Dan jangan pulak sampai tamat tempoh. Semoga info ni bermanfaat dan Selamat bercuti!

 

Sumber : JOMLAHCUTI

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu