Risau Tak Jumpa Makanan Halal Masa Travel Luar Negara? Ini 6 Tip Buat Anda!

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
pexels-photo-1253245

Kalau nak travel tu mesti korang kene fikirkan sama ada tempat ni ada sediakan makanan halal atau tak kan?Kadang-kadang tu sampai luggage tu penuh makanan dari pakaian.

Kita perlu juga berjaga-jaga pada negara yang kita travel sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Memang susah untuk kita mencari makanan yang halal jika kita travel di luar negara.

Jadi di sini saya akan share kepada anda tips untuk dapatkan makanan halal di luar negara yang korang perlu tahu.

SHARE dekat kawan-kawan korang yang risau tentang makanan halal di luar negara.

1. Kenali Logo Halal Negara Yang Dilawati

Kenali logo halal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di luar negara. Kenalpasti logo-logo halal di setiap negara yang korang lawati. Setiap negara mempunyai logo halal yang berlainan corak. Ketahui logo-logo tersebut di www.halal.gov.my.

2. Hafal Istilah Makanan Haram Dalam Bahasa Tempatan

Sebelum pergi travel, study dahulu istilah-istilah makanan yang haram untuk korang makan. Pada era teknologi ini, google translate sesuai untuk anda ketahui istilah beberapa perkataan seperti kandungan sesuatu makanan apakah ia mengandungi bahan yang tidak halal. Contohnya, kalau korang travel ke Perancis, cari terjemahan perkataan daging babi, arak, wain, bakon dan sebagainya bagi mengelak korang terbeli atau terpesan menu yang ada ramuan-ramuan tersebut.

3. Download Apps Tempat Makan Halal

Sekarang segalanya di hujung jari. Sebelum travel pastikan korang buat sedikit research tentang lokasi percutian, ada berapa restoran atau kedai makan yang halal. Bagi memudahkan pencarian, korang boleh muat turun beberapa aplikasi berkaitan tempat makan halal.

Antaranya seperti Have Halal Will Travel (HHWT), Scan Halal, Halal Navi, Verify Halal, Muslim Pro, myJakim, Jalan Jalan Cari Makan dan Halal Trip!

4. Cari Restoran Vegetarian

Ini juga salah satu jalan terbaik untuk korang elak keraguan korang untuk mencari makanan halal dengan makan di restoran vegetarian. Kebiasaannya restoran vegetarian tidak akan menyediakan makanan yang berasaskan daging haiwan.

Salah satu cara lain juga boleh cari di restoran India kerana kebanyakan restoran tersebut tidak menyediakan hidangan daging, hanya makanan laut. Tapi korang kena juga tanya dulu sama ada diorang ada menggunakan alkohol atau lemak haiwan.

5. Cari Masjid, Islamic Centre atau Malaysia Hall

Ini pun satu lagi cara paling senang korang nak dapatkan sumber makanan halal. Kadang bukan halal je, silap-silap kalau tempat percutian korang tu ada Malaysia Hall, makanan tradisional Malaysia pun boleh dinikmati macam di Malaysia Hall London!

Kalau korang ke Korea pula, cari Seoul Central Mosque di Itaewon. Sepanjang perjalanan ke masjid tu korang akan jumpa banyak restoran makanan halal yang boleh disinggahi.

6. Masak Sendiri / Bawa Makanan Segera 

Kalau malas nak pening-pening kepala, antara solusi paling senang ialah korang masaklah sendiri masa bercuti nanti. Atau bawalah pek makanan segera sebab sekarang nasi dan lauk segera pun dah dijual kat pasaran, tinggal korang nak panaskan saja.

Jadi tahu kan macam mana nak dapatkan makanan halal di luar negara? Buat dulu persediaan dan kajian sebelum pergi travel. Selamat Bercuti!

 

Sumber : RILEKLAH

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu