“Saya Dah ‘Travel’ Banyak Tempat Tapi Belum Pernah Jumpa Air Sejernih Ni” Jurugambar Kongsi Percutian ‘Lima Bintang’ Di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter

Menurut ketua pengarah Tourism Malaysia, Daruk seri Abdul Khani Daud jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara lebih tinggi daripada dalam negara. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan daripada mereka suka kepada cabaran, pemandangan  dan pengalaman baru di luar negara.

Namun dalam tidak sedar, sekiranya kita melancong dalam negara, kita sebenarnya akan lebih dekat untuk mengenali destinasi pelancongan, warisan dan kebudayaan negara. Malah seperti yang diketahui, negara ini amat kaya dengan keindahan alam semula jadi, flora, fauna dan kawasan pantainya.

Seorang pengguna Facebook, Arif Azfar telah berkongsi pengalaman percutiannya di dalam negara. Kerjayanya sebagai seorang jururgambar memerlukan beliau untuk pergi ke pelbagai tempat. Namun, Arif telah membuktikan bahawa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar pun boleh ‘memiliki’ percutian persis di luar negara. Menurut Arif :

View Redang, memang terbaikk, nice gila! Airnya jernih betul.

“saya dah ke Bali, Sabang, Tioman, dan lain-lain tapi belum pernah jumpa air sejernih & sebersih di Redang”

Pasirnya putih halus seperti tepung gandum. Kalau bergambar memang Pergh!!! Nice… thank you to Khalid Hamid kerana recommend saya utk stay di Mutiara Beach. Tag kawan2 anda yg plan nak pergi bercuti ke pulau.

Ini sedikit tips dari saya yang sudah ke sana :

1) Perjalanan

Kami naik flight dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan kembali semula ke Kuala Lumpur.  Tiket flight return RM160 ++. Sebab apa naik flight? Sebab kalau naik kereta atau bas 4-5 jam nanti badan letih. Lepastu nak naik bot dari Merang ke Redang lg 45 minit. So kami plan naik flight je senang. Supaya dapat berseronok sepuas-puasnya sepanjang percutian di Redang . Wuhuu.

2) Penginapan

Kami ke Redang 7 orang dan menginap di Redang Mutiara Beach Resort selama 4 hari 3 Malam. Pemandangan Mutiara beach ni memang A+. Sangat ok utk mereka yg nak relax di tepi pantai, suasanya aman damai, tenang bila dengar bunyi ombak… tapi tak ok utk mereka yg nak enjoy karaoke mabuk todi sebab Mutiara beach ni jauh dengan yg lain, dia satu je (private beach).

Kalau nak enjoy sakan, korang stay di long beach area Laguna & Pelangi resort. Di sana ramai orang.

3) Aktiviti

Snorkeling & Jungle Trekking. Kami hari-hari pergi Snorkeling. Di Redang ni yang specialnya adalah penyu. Tapi kami tak jumpa penyu, kami jumpa belut laut. Huhu. Ikan pun banyak, kalau nak ikan tu datang dekat, bagi roti gardenia… bawa siap-siap.

Jungle Trekking 45 minit, saya cadangkan pergi awal pagi, sampai atas bukit nikmati sunrise, view super nice.

 

4) Makanan

Makanan dihidang gaya buffet, so, boleh jadi, menu yg dihidang tak kena dengan selera semua orang, restoran pulak jauh. Kalau boleh bawa la kacang, buah apple, maggie ke sebagai makanan tambahan anda. Jika nak order menu sendiri, anda perlu naik taxi boat RM35 (return trip) dari Mutiara beach ke Long beach. Di long beach ada 2-3 restoran, boleh order seafood. Standby duit je. Huhu

5) Bajet

RM500 sorang all in 4hari 3 malam, tidak termasuk tiket flight. Kira murah juga lah. Kalau nak murah lg kena rajin survey. Oh ye saya lupa nak bagitahu, Pulau Redang beroperasi untuk percutian hanya 8 bulan dalam setahun iaitu bermula bulan Mac hingga bulan Oktober.

“Overall, Saya bagi LIMA BINTANG untuk Pulau Redang. Air jernih, pasir putih halus, pantai bersih yang tidak terlawan . Pandangan mata tembus terus ke dasar laut dari ketinggian 7-10 meter! Kami bertujuh berpuas hati dengan percutian kali ni.”

 

Credit Sumber : https://siakapkeli.my

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu