Tiada impian yang lebih mengujakan seperti impian untuk melancong ke serata dunia. Tanya sahaja orang di sekeliling anda dan mereka pasti akan berkata bahawa salah satu azam mereka ialah untuk kerap melancong.
Namun, terlalu banyak tempat dalam dunia ini untuk dilihat, di manakah anda patut mulakan? Jangan bimbang kerana kami telah menghimpunkan senarai tempat-tempat yang anda patut lawati pada tahun 2019! Berapa banyak yang anda boleh pangkah dari ‘bucket list’ ini?
Tempat Yang Sering Dikunjungi
Lawati “cermin” semula jadi yang terbesar di dunia (Salar de Uyuni, Bolivia)
Bersiar-siar di hutan konkrit di mana impian dibina (New York)
Mulakan perjalanan darat yang menyeronokkan di Australia
Menyelam di Great Barrier Reef sebelum ia pupus selama-lamanya
Mendaki bangunan tinggalan lama Machu Picchu (Peru)
Nikmati keindahan Northern Lights
Tetapi soalannya ialah DIMANAKAH untuk melihat pemandangan yang hebat ini. Terdapat beberapa lokasi yang baik seperti Iceland, Sweden, Norway dan Alaska.
Rancang ekspedisi safari di Afrika
Merungkai misteri Pyramids of Giza
Atau pergi melawati istana di Jerman dan Austria
Bersiar-siar di bandar Barcelona
Nikmati pengalaman menaiki gondola yang romantik di Venice
Berjalan-jalan di bawah pokok sakura pada musim bunga sakura
Tak kira sama ada di Jepun, Korea Selatan, Taiwan atau di mana jua, keajaiban berjalan-jalan di taman yang penuh dengan pokok sakura pada musim bunga memang tiada tandingannya.
Menakluki Tembok Besar China
Menaiki cruise sepanjang Ha Long Bay (Vietnam)
Ambil gambar di Angkor Wat yang tersergam megah (Cambodia)
Kagumi misteri Waitomo Glowworm Caves (New Zealand)
Mencari zen di Himalayas (Nepal)
Bercuti di vila atas air Maldives
Melawati Switzerland
Lokasi yang anda harus lawati bagi yang ke sini buat pertama kalinya ialah: Zermatt, Lucerne, Zurich, dan Gornegrat.
Simpan duit dan pastikan impian percutian anda di Eropah terlaksana!
Bagi para penggemar adrenalin
Bungee Jump di Bloukrans Bridge (Afrika Selatan)
Berlayar di Niagara Falls yang mengagumkan
Berenang bersama-sama ikan jerung di Sorsogon (Filipina)
Nikmati pemandangan candi tinggalan lama dengan belon udara panas (Bagan)
Beranikan diri di dalam Cage of Death (Australia)
Menjerit sekuat-kuat hati anda di atas Nevis Swing (New Zealand)
Terjun dengan wingsuit seperti ejen rahsia di Dubai
Mendaki Gunung Huashan yang curam (China)
Cabar diri dengan bungee jump tertinggi di dunia (Macau)
Jalan-jalan cari makan di seluruh Asia Tenggara
Mulakan dari Malaysia dan teruskan perjalanan anda ke Thailand dan Vietnam! Anda pasti memerlukan seluar yang baru selepas ini, jadi jangan lupa.
Rancang pengembaraan solo anda yang pertama
Simpan duit dan pergi bercuti dengan mewah
Nikmati penerbangan kelas pertama, resort mewah dan makanan berkelas tinggi sepanjang percutian anda! Kami percaya jika anda mampu menanggung percutian ini, anda patut melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Lawati tempat pelancongan yang jarang terpapar di Instagram
Tahun ini, apa kata jika anda melancong ke tempat yang kurang dikunjungi orang ramai? Bukan sahaja anda dapat mengelak kesesakan di tempat tumpuan pelancong, tapi anda juga berpeluang menerokai tempat-tempat yang tersembunyi.
Pergi bercuti tanpa kamera/telefon bimbit
Dunia media sosial telah memberi makna yang baru kepada aktiviti seharian kita, termasuklah pelancongan. Tahun ini, cuba untuk bercuti tanpa terlalu bergantung dengan kamera dan Instagram. Nikmati sepenuhnya pemandangan sekeliling anda dan pasti ia akan menjadi lebih berbaloi.
Belajar bahasa baru dan berbual dengan penduduk tempatan
Pengalaman Unik
Nikmati pengalaman Safari Padang Pasir di Qatar
Jelajahi monumen-monumen bersejarah di serata dunia
Lihat bangunan berwarna-warni di Cinque Terre (Italy)
Pergi ber-glamping di hutan belantara
Manjakan diri anda dengan percutian di pulau yang terpencil, jauh dari orang ramai
Hadiri festival atau acara antarabangsa
Sama ada anda ingin pergi ke festival Songkran di Thailand yang popular atau sambutan yang unik seperti Boryeong Mud Festival di Korea Selatan, acara antarabangsa seperti ini memang menyeronokkan bagi masyarakat tempatan dan pelancong. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya pada tahun ini.
Lawati Candi Borobudur di Indonesia
Terokai bangunan tinggalan lama di Petra
Rakyat Malaysia sering bersalah sangka akan Timur Tengah. Kita menganggap bahawa kawasan itu hanyalah terdiri daripada padang pasir. Tahun ini, sudah tiba masanya untuk membuang tanggapan itu! Mulakan dengan bangunan tinggalan lama yang masih kekal cantik di Petra, Jordan.
Berehat di Pulau Phu Quoc yang nyaman (Vietnam)
Tidur semalaman di hanok, rumah tradisional Korea
Kagumi kecantikan Wulingyuan Scenic and Historic Interest Area di Zhangjiajie, China
Nikmati pemandangan warna bermusim di Jiuzhaigou (Sichuan, China)
Lawati negara kerajaan pertapa (hermit kingdom) Bhutan
Terokai Asia Selatan dan kunjungi tempat-tempat pelancongan yang tersembunyi di India dan Sri Lanka
Mengembara di Son Doong Cave yang penuh misteri (Vietnam)
Kelilingi diri anda dengan padang bunga tulip di Belanda
Tapi tunggu dulu… pergi mendaki Gunung Kinabalu dululah…
Sebelum anda pergi menunaikan impian untuk melancong ke serata dunia, ayuh mulakan dengan Malaysia dahulu! Dapatkan kasut mendaki anda, dan lawati tarikan semula jadi yang tersohor di Malaysia. Pemandangan dari atas gunung ini akan membuatkan segala penat lelah anda berbaloi.
Bon voyage
Kenapa anda masih membaca artikel ini? Pergi! Pergi dan rancang perjalanan anda! Simpan duit dan pastikan percutian anda terjadi pada tahun 2019 ini.
Credit Sumber : https://www.tripzilla.my/senarai-bucket-list-destinasi-percutian-yang-lengkap-bagi-tahun-2019/4914