Singapura Mansuhkan Tol Motosikal Di Tuas

Ini merupakan berita baik buat rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Singapura. Singapura akan turut memberi pengecualian tol kepada penunggang motosikal di tempat pemeriksaan Tuas. Sebelum ini, para penunggang motosikal dikenakan bayaran tol sebanyak S$0.40 (~RM1.21).

Keputusan ini dibuat sejajar dengan keputusan Malaysia untuk memansuhkan tol di Linkedua pada tahun hadapan. Dalam Bajet 2019 yang dibentangkan Jumaat lalu, pemansuhan tol bagi penunggang motosikal di Linkedua akan dimansuhkan mulai 1 Januari 2019.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari, purata penunggang motosikal menggunakan Linkedua setiap hari adalah sebanyak 40,000 buah.

sumber : Bernama

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts