10 Tempat Menarik di Aceh Indonesia : Terkini [POPULAR]

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Tempat Menarik di Aceh

Apa yang terlintas di fikiran anda apabila terdengar perkataan Aceh? Mungkin anda akan teringat kejadian tsunami teruk yang pernah melanda pulau tersebut pada tahun 2004.

Mendapat jolokan Serambi Mekah kerana pernah menjadi pusat perkembangan agama Islam di asia tenggara pasa satu masa dahulu & menjadi kediaman ramai wali terkenal, Aceh kini kembali sebagai destinasi perlancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Di sini kami kongsikan dengan anda senarai 10 Tempat Menarik di Aceh Indonesia : Terkini [POPULAR] yang anda bole kunjung di Aceh pada tahun 2020 ini.

#1. Benteng Jepang

Credit : www.pedomanwisata.com

Apabila pelancong tiba di lokasi, mereka mungkin melihat pemandangan alam yang menakjubkan termasuk bukit hijau, hutan tebal, tangga, Pantai Anoi, dan pastinya benteng kecil yang terletak di kaki bukit. Masalahnya mereka perlu menaiki tangga agar dapat mencapai benteng.

Jangan risau, ini adalah usaha yang berbaloi kerana di sini ada pemandangan alam yang indah yang mengelilingi lokasi. Saat mendekati benteng, sebuah struktur kecil berada di bawah tanah dengan ukuran sekitar 1,5 x 1,5 meter.

Dari atas, pemandangan Selat Malaka dan lautan luas berwarna biru terlihat sangat jelas. Apa saja pemandangan menarik lainnya? Di depan benteng, pengunjung bole menjumpai meriam tua yang memiliki panjang sekitar 3 meter.

Faktanya adalah meriam tersebut menjadi daya tarikan utama dari benteng tersebut. Tak heran, pengunjung sering bergambar di depan meriam. Ini menjelaskan mengapa membawa kamera sangat digalakkan apabila mengunjungi benteng.

#2. Pantai Sumur Tiga

Credit : sorotpolitik.kompas.com

Lautnya tak kalah menawan. Kawasan Pantai Sumur Tiga masih memiliki lautan biru yang jernih. Di kala matahari memancarkan sinar sempurna, hamparan karang berwarna menawan di dasar lautan bisa terlihat jelas.

Suasana seperti ini membuat pantai ini dikunjungi dan dinikmati dari pagi hingga matahari terbenam.
Bagi pelancong luar, pantai ini menjadi tempat yang sesuai untuk menyelam (snorkeling).

Selain menyelam, pelancong luar juga dapat berehat di bawah cahaya matahari atau berjemur di pantai ini.

#3. Kota Sabang

Credit : travel.kompas.com

Pesona Sabang menawarkan keelokan garis pantai yang indah, air laut nan biru dan bersih serta pepohonan nan hijau. Akan tetapi, bukan wisata bahari saja dapat ditemukan di Sabang. Ada gunung, danau, pantai, laut, serta hutannya yang masih alami dan terjaga menunggu dikunjungi.

Belum lagi interaksi Anda dengan masyarakat setempat akan memberikan pengalaman yang berkesan. Sabang merupakan kota kecil yang indah dengan struktur tanah berbukit-bukit sehingga warga setempat menyebut kota Sabang dengan dua nama yaitu kota bawah dan kota atas.

Sabang terdiri dari lima pulau besar dan kecil, yakni Pulau Weh sebagai pulau terbesar, Pulau Rubiah, Pulau Klah, Pulau Seulako, dan Pulau Rondo.

Jumlah penduduknya sekitar 26.000 jiwa. Sabang terbagi ke dalam dua kecamatan dan 72 desa. Topografinya meliputi dataran rendah, tanah bergelombang, berbukit dan bergunung, serta batu-batuan di sepanjang pantai.

#4. Pantai Iboih

Credit : travel.detik.com

Berada di ujung barat Pulau Sumatera, Pantai Iboih menawarkan kecantikan alam yang masih alami. Air lautnya begitu jernih, belum lagi jika menyelam, Anda akan disambut dengan kerajaan bawah laut yang megah.

Di Pantai Iboih, anda akan dihadapkan dengan banyak hidupan akuatik. Mungkin tak cukup sehari untuk menikmati isi bawah airnya. Terutama jika ingin diving di daerah ini, lebih kurang seminggu untuk puas bermain di Sabang.

#5. Pulau Rubiah

Credit : http://www.gosumatra.com

Pulau Rubiah berada di ujung barat Pulau Sumatera, menawarkan pesona keindahan bawah lautnya. Pulau ini memiliki luas kurang lebih 26 Hektar. Karena pesona kekayaan bawah lautnya tersebut Taman Laut Rubiah atau Sea Garden of Rubiah dijuluki sebagai surganya para penyelam.

Pulau Rubiah adalah bagian dari Kota Sabang, tepatnya berada di sebelah barat laut Pulau Weh. Pulau ini hanya berjarak sekitar 250 meter dari Pantai Iboih Aceh.

Dengan taman lautnya menawarkan pesona keindahan alam bawah laut yang dapat memukau bagi siapa saja yang mengunjunginya. Anda akan menemui berbagai macam spesies ikan tropis seperti angel fish, gigantic clams, school of parrot fish, lion fishdan sebagainya.

Terdapat juga berbagai jenis terumbu karang. Untuk bisa menikmati keindahan alamnya, Anda tidak harus memiliki lisensi menyelam. Karena di pulau ini, terdapat banyak spot penyelaman yang aman digunakan untuk aktivitas menyelam bagi pemula atau penyelam yang belum memiliki lisensi.

Selain sebagai tujuan wisata, Pulau Rubiah merupakan tempat penelitian biota laut. Terdapat 15 jenis biota laut yang dilindungi oleh pemerintah Indonesia. Setelah lelah melakukan kegiatan menyelam atau snorkeling.

Anda dapat memanjakan perut Anda di warung makan satu-satunya yang terdapat di pulau ini. Untuk masalah fasilitas dan akomodasi, Pulau Rubiah memang masih sangat minim, karena pulau ini masih belum berpenghuni.

#6. Muzium Tsunami

Credit : www.pakarpercutian.com

Muzium Tsunami meyimpan pelbagai memori sejarah yang terburuk yang pernah melanda di negara tersebut. Di situ, kita sendiri dapat melihat bagaimana bencana itu dapat memusnahkan hampir  keseluruhan Acheh.

Selain itu, kita juga boleh merasai dengan pengalaman sendiri perkara yang  berlaku dengan melalui lorong tsunami pada tahun 2014.

Reka bentuk bangunan Muzium yang dibina seperti ombak dan dikatakan bangunan tersebut adalah tahan daripada gegaran gempa bumi dan akan menjadi tempat perlindungan sekiranya kejadian itu berlaku lagi.

Tambahan lagi muzium ini juga adalah merupakan salah satu pusat bagi orang ramai dalam menimba ilmu tentang pengetahuan langkah-langkah awal yang patut dilakukan sekiranya berlaku kejadian ini.

#7. PLTD Apung

Credit : TripAdvisor

PLTD Apung adalah satu lagi monumen tsunami yang wajib anda lawati. Ia merupakan sebuah taman elektrik terapung dengan berat sebanyak 780 tan.

Bayangkan, taman elektrik seberat 780 tan ini beralih kedudukan semasa berlakunya tsunami pada tahun 2004. PLTD Apung dikekalkan di lokasi barunya dan menjadi tarikan pelancongan di Aceh pada hari ini.

#8. Masjid Baitulrahman

Credit : www.pakarpercutian.com

Masjid Baiturrahahman adalah merupakan salah satu tempat menarik di Acheh yang harus dilawati bagi yang berkunjung di Acheh.

Selain menjadi Mercu Tanda, masjid baiturrahman yang dikatakan tidak musnah semasa berlakunya tsunami tanpa ada sedikit pun kerosakkan, namun disekitarnya sedang hancur musnah.

Masjid ini adalah merupakan zaman Kesultanan Acheh yang telah dibina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1022 H/ 1612 Masihi.

Reka bentuk masjid yang seperti Taj Mahal  terletak di ditengah-tengah kota Acheh dan ia adalah merupakan salah satu pusat segala kegiatan Acheh Darusslam.

Selain daripada reka bentuk yang menarik terdapat kolam air pancuran di dalamnya seakan-akan Kesultanan Turki Uthamaniah dan ia akan sentiasa membuat kita merasa sejuk ketika berada di dalamnya.

#9. Kapal Atas Rumah

Credit : steemit.com

Anda pernah melihat sebuah kapal besar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut berada di atas bumbung sebuah rumah? Mesti tak tak pernah, kan?

Apa kata anda lihat dengan mata sendiri kejadian hebat sebuah kapal nelayan yang berada di atas sebuah rumah di Kampung Gampong Lampulo di Aceh.

Yang sebenarnya, kapal menangkap ikan tersebut dibawa ombak semasa kejadian tsunami lalu tersangkut dengan keadaan yang baik di atas rumah bertuah tersebut.

Kapal tersebut dibiarkan kekal dalam posisi asal di atas bumbung rumah tersebut sebagain tarikan pelancong yang datang ke Aceh. Sehingga ke hari ini, kapal nelayan di atas rumah ini sememangnya berjaya menarik ramai pelancong ke sini.

#10. Pasar Acheh

Credit : www.pakarpercutian.com

Selain Bandung, Acheh juga turut dikenali syurga membeli belah seperti Pasar Acheh. Di situ, ia adalah merupakan syurga kain idaman para wanita kerana terdapat pelbagai pakaian, telekung, barang perhiasan rumah, cenderahati  yang dijual di situ dengan harga yang amat murah.

Biasanya pelancong Malaysia suka memborong telekung sembahyang, pakaian muslimah, cenderamata, peralatan rumah, kain pasang, tudung, shawl, dan sebagainya.

Jadi begitulah antara senarai yang terbaik bagi kami. Kalau anda ada lagi tempat menarik selain dari senarai yang kami bagi, anda boleh tinggalkan komen di bawah.

Jadi jangan sia-siakan hidup anda tanpa melancong ke tempat orang. Selamat Bercuti!

­

PS : Kami ada sediakan Pakej Ke Aceh 2020. Jika berminat anda boleh klik link berikut untuk info leboh lanjut  >>PAKEJ ACEH 2020<<

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

  • Wahhh cantiknya lampu ni warna warni! photo bykevouthere Cloud Forest
  • Would you ride this? Singapore flyers Great photo reubenchan Anda
  • Autumn In My Heart Dont forget to visit Nami Island
  • PAKEJ SINGAPORE 2019 2020 3HARI 2MALAM !  APA YANG
Close Menu