15 Tempat Menarik Di Bandung Yang Wajib Anda Lawati

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Farm House Lembang

Bandung semestinya sebuah tempat terkenal di Indonesia dan merupakan tumpuan pasti bagi para pelancong apabila ke Jawa.

Jika anda bertanya kepada penduduk-penduduk tempatan, pastinya mereka akan mencadangkan Bandung. 

Ia sebagai destinasi untuk membeli belah, makanan dan lokasi menarik.

Ianya adalah satu destinasi hujung minggu yang popular bagi sesiapapun yang ingin mengasingkan diri daripada kesibukan Kota Jakarta.

Sebut sahaja Bandung, pasti yang bermain di fikiran anda kain dan pakaian yang murah.

Dilabel sebagai syurga membeli-belah kaum wanita, negeri Indonesia yang turut diberi gelaran ‘Paris Van Java’ ini kaya dengan keindahan alam semulajadi untuk diterokai bagi yang suka menikmati keindahan alam.

Seperti yang dikatakan, tarikan di Bandung bukan terhenti di lokasi shoppingnya sahaja yang begitu banyak, malahan juga kafe-kafe dengan konsep yang menarik, alam semulajadi dengan pemandangan mengasyikkan dan lain-lain lagi.

Berikut ini kami kongsikan 15 tempat menarik di Bandung yang anda wajib pergi.

 

#1. PASAR BARU TRADE CENTER

Pasar Baru Bandung, pasar tertua di kota ini adalah tempat beli belah wajib untuk berbelanja sakan. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong wanita di Pasar Baru ini ialah telekung bersulam, kain ela dan kain lace.

Oleh kerana terlalu ramai rakyat yang berkunjung di sini mencari pakaian perkahwinan, jangan terkejut kalau penjual anda memberikan harga dalam ringgit dan bukannya rupiah.

Jika anda biasa menghabiskan masa sekitar 3 – 4 jam di pusat beli belah, di Pasar Baru yang dipenuhi segala macam barangan tekstil ini, anda perlu meluangkan masa sehari suntuk atau lebih jika ingin melihat pelbagai baju sulam, kain sulam, jubah, batik dan beg beraneka jenama dan gaya. Harga yang dijual di sini boleh jadi serendah 1/4 dari harga barangan sama yang dijual di Malaysia.

Contohnya, telekung bersulam yang dijual dalam RM 500 ke RM 600 boleh dibeli dengan harga RM 80 manakala telekung biasa yang dijual sekitar RM 60 ke RM 80 dijual dalam harga RM 20 sahaja.

Yang lebih seronoknya, di Pasar Baru anda boleh mengasah bakat tawar menawar anda kerana hampir kesemua toko di sini menjual barangan mereka seperti pasar tradisional di mana tawar menawar dari pembeli memang sudah dijangka. 

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

 

#2. TOKO TIGA

Kedai ini terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia mahupun penduduk lokal sebagai tempat membeli jeans original dengan harga yang murah.

Sudah tentu jeans berjenama seperti Levi’s harganya sangat mahal jika dibeli di kedai-kedai lain.

Di sini, anda berpeluang membeli jeans berjenama dengan harga jauh dibawah harga pasaran! Rugi jika tidak memborong di sini.

Ada juga pelbagai kemeja berjenama yang dijual di sini. Kedai ini biasanya dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#3. D’FASHION TEXTILE & TAILOR

D’fashion Textile & Tailor terdiri dari 5 tingkat. Dan menyediakan kain yang tidak perlu diragukan lagi kualitinya.

Pelbagai macam material textile lengkap ada di sini baik kain tempatan ataupun import seperti dari Korea, Italy, Perancis, hingga Thailand.

Anda akan menjumpai pelbagai macam jenis material di setiap tingkatnya.

Selain itu D’fashion Textile & Tailor dilengkapi dengan kemudahan ruang rehat yang selesa. seperti sofa, TV, tandas serta tempat sembahyang untuk tetamu.

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#4. RUMAH MODE

Bagi kaki shopping, memang tidak sah ke kota Bandung jika tidak berkunjung ke Rumah Mode (dibunyikan sebagai moh-day) di Jalan Setiabudi ini.

Terkenal sebagai antara Factory Outlet Store wajib tuju, Rumah Mode terkenal kerana ia bukan sahaja mempunyai kedai-kedai yang menjual barangan berjenama antarabangsa (seperti Boss, Armani dan Burberri) tetapi juga lengkap dengan restoran dan taman indah beserta kolam dan air terjun kecil.

Tapi jika anda mengharapkan ketenangan di Rumah Mode, anda silap tempat. Oleh kerana tempat ini adalah ikon FOS di Bandung, ia penuh dengan pemburu barangan berjenama yang rela bersesak-sesak.

Pakaian juga diatur semaksima mungkin sehingga mereka yang membawa troli anak kecil mungkin bermasalah menelusuri lorong-lorong yang dipenuhi pelanggan dan rak pakaian.

Harga barangan berjenama di sini mungkin tidak semurah Factory Outlet Store yang lain di Bandung dan barangan di dalamnya ada yang diragui ketulenannya. Namun begitu, kebanyakan pakaian di sini tidak dibuang labelnya seperti di kebanyakan FOS lain.

Jika anda tidak punya banyak masa untuk berbelanja, Rumah Mode mempunyai pelbagai barangan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, dari hujung rambut ke hujung kaki. Selesai berbelanja, anda boleh mengurut kaki dan menjamu selera di bawa satu bumbung.

Jika bajet anda kecil, kunjungi juga Rumah Mode untuk bergambar dan melihat pesta mengosongkan akaun bank beramai-ramai oleh manusia dari seluruh pelusuk dunia.

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#5. JALAN CIHAMPELAS

Jika anda kaki jeans, jangan lupa singgah ke Jalan Cihampelas yang letaknya kira-kira 5 km dari pusat bandar.

Digelar Jeans Street, kebanyakan kedai dan Factory Outlet di sini menjual jeans dan t-shirt disamping cenderamata seperti gelang dan anting-anting buatan Bandung.

Di jalan sempit yang sesak kerana dikongsi pejalan kaki, penjaja jalanan dan kenderaan ini anda bukan sahaja boleh membeli pelbagai jenis jeans, tetapi juga memotong seluar jeans mengikut kesesuaian anda dari tukang jahit kaki lima atau menempah jeans dari pembuat jeans tempatan.

Jika anda mahu lebih selesa, terdapat sebuah pusat beli belah besar berhawa dingin di kawasan ini yang terkenal dipanggil Cihampelas Walk atau CiWalk.

Menggabungkan konsep mall mewah dalam taman hijau, ia boleh menjadi tempat bersantai dan makan-makan yang aman dari kebisingan kenderaan.

Di sini juga terdapat banyak patung besar super hero — dari hero Amerika seperti Spiderman hinggalah ke hero Jepun seperti Ultraman menghiasi deretan kedai. Orang tempatan sering bergurau yang Jalan Cihampelas kurang penyeluk saku berbanding di kawasan lain di Bandung disebabkan terlalu banyaknya super hero yang ada di sini. 

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 10 malam

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#6. FACTORY OUTLET JALAN RIAU

Pendek kata, anda pasti rambang mata dan lenguh kaki berkunjung dari satu outlet ke outlet yang lain. Outlet seperti Heritage dan The Summit hinggalah ke Terminal Tas, kesemuanya bersedia mengosongkan poket anda dengan pantas dengan tawaran pakaian terkini berharga rendah.

Berbeza dengan Jalan Dago, di Jalan Riau ini anda bakal menemui pelbagai pakaian berjenama mewah seperti Versace dan Dior.

Jika anda mahu mencari barang terpakai seperti baju dan kasut hinggalah ke raket dan alat muzik, jangan lupa singgah ke BABE (singkatan untuk Barang Bekas) — tempat nombor satu di Bandung untuk mencari barangan begini.

Jika BABE belum cukup, pergi ke Old New di jalan yang sama. Kedai yang sarat dengan barangan terpakai dan baru ini mempunyai klien bukan sahaja dari golongan biasa tetapi juga selebriti — dan anda boleh melihat sendiri foto mereka di dinding kedai.

Berbeza dengan FOS, anda boleh tawar-menawar harga di kedua-dua kedai ini.

Pendek kata, jika anda mencari barangan terkini atau barangan lama, anda perlu singgah ke Jalan Riau. J

ika lapar, singgah saja ke mana-mana kedai makan di jalan ini. Tetapi kalau anda terasa rugi terpaksa berehat makan, beli saja snek Pisang Salai Keju yang popular sebagai lapik perut.

Waktu Operasi

Setiap Hari: 10 pg – 9 mlm

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#7. BAKSO MALANG KARAPITAN

Antara makanan yang sedap di Bandung ialah Bakso Malang Karapitan. Anda hanya perlu pergi ke Bakso Malang Karapitan kerana di sini rasa bakso Malangnya sama seperti yang di Malang.

Selain bakso Malang tempat ini juga menyajikan mi ayam, fried rice burger steak. Bakso Malang Karapitan memberikan menu makanan khas street food dengan rasa dan penampilan yang mewah. Untuk harga pun masih lagi mencapai bajet.

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#8. KAWAH PUTIH

Terletak 2.5 jam dari kota Bandung, Kawah Putih Ciwidey adalah adalah tasik semulajadi yang muncul akibat letusan Gunung Berapi Patuha.

Dikatakan datang dari nama ‘Pak Tua’, gunung Patuha ini pada masa dahulu merupakan kawasan larangan menyeramkan yang dikatakan berhantu dan tidak berani dimasuki oleh penduduk. Haiwan seperti burung yang terbang di atasnya dikatakan boleh mati tiba-tiba.

Yang menariknya, tasik yang cukup luas ini mempunyai air berwarna putih kehijauan dan dikelilingi tanah bercampur belerang.

Warna ini terhasil hasil dari campuran batu kapur dan belerang, dan warna air ini dikatakan bakal berubah-ubah mengikut suhu udara dan cuaca. Di dalam suhu yang sejuk ( 8 – 22 Celcius) tasik dengan air yang tenang ini cukup memukau dan seakan sebuah tasik misteri, ditambah pula dengan iringan alat muzik tradisi dari pemuzik tempatan.

Di sini, anda sukar menemui binatang hidup kecuali beberapa spesis burung hantu.

Oleh kerana suasananya yang pelik, putih dan luas, kawasan ini sering menjadi tempat tumpuan pengantin mengadakan photo-shoot dan pengunjung luar melihat fenomena alam yang sukar dijumpai di tempat lain di Asia Tenggara.

Oleh kerana kedudukannya yang agak jauh dari Bandung, anda dinasihatkan agar tidak memandu sendiri ke sini tetapi sebaliknya menggunakan khidmat tourist guide agar tidak bermasalah mencarinya.

Selain itu, dengan khidmat pemandu, anda juga mungkin di bawa ke tempat lain seperti kawasan strawberry, kolam air panas atau ke danau di bawah gunung Patuha yang mempunyai sebuah kawasan yang dipanggil Pulau Cinta.

Waktu Operasi

7 pg – 5 ptg

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

#9. RUMAH MAKAN SAUNG ANDIR

Berbagai menu makanan disajikan Rumah Makan Saung Andir, sebut saja ikan bakar, ikan goreng, ayam bakar, ayam goreng, lalapan, sayur asem, pete, tahu, tempe, serta berbagai minuman. Harga pelbagai, dari Rp5.000 hingga Rp60 ribu.

Di sisi lain restoran, terdapat tempat berkumpul, reunion, serta aula bagi para pengunjung yang ingin mengadakan diskusi atau seminar dengan jumlah peserta yang besar.

 

#10. JALAN CIBADUYUT

Anda peminat kasut dan barangan kulit? Jom ke Pasar Cibaduyut, lokasi yang terkenal sejak tahun 1920an sebagai ikon kasut dan barangan kulit di Indonesia.

Dibuka secara rasmi sebagai lokasi pelancongan pada 1989, warga Indonesia berbangga dengan pasar ini kerana ia adalah pasar jualan kasut terbesar di dunia dan kebanyakan produk yang dijual di toko-toko di sini adalah hasil kerja tangan masyarakat setempat.

Terletak dalam jarak 8km atau 30 minit dari pusat bandar Bandung, tidak susah untuk mengenalpasti yang anda telah sampai ke Cibaduyut kerana terdapat sebuah ikon kecil dengan monumen kasut di kawasannya.

Dengan hampir 700 kedai kasut yang rata-ratanya dimiliki oleh orang Padang, industri kasut Cibaduyut boleh menghasilkan sehingga 3.5 juta kasut buatan tangan setahun — satu angka yang cukup membanggakan penduduk setempat.

Di sini anda boleh memilih bukan sahaja aneka jenis kasut tetapi juga pelbagai jenis barangan kulit — dari tali pinggang dan beg tangan hinggalah ke dompet yang dibuat oleh pakar tempatan.

Anda juga boleh menempah kasut dengan ukuran kaki anda sendiri jika anda betul-betul inginkan sesuatu yang sesuai dengan anda.

 Waktu Operasi

9 pg – 6:30 ptg

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#11. GUNUNG BERAPI TANGKUBAN PERAHU

Ingin mengetahui suasana berada di sebuah gunung berapi? Kalau ya, anda wajib pergi ke gunung Tangkuban Perahu.

Terletak 30 km (90 minit) dari pusat bandar Bandung, gunung berapi yang masih hidup tetapi kurang aktif ini merupakan antara tarikan alam paling popular di kota ini.

Kali terakhir meletus kecil pada 2013, gunung setinggi 2000 meter ini adalah satu-satunya gunung berapi di Indonesia yang mana anda boleh hampir sehingga ke kawah gunung berapi samada dengan berjalan kaki atau berkenderaan.

Jika anda bersendirian, anda akan dipelawa untuk mengambil khidmat salah seorang dari 75 pemandu pelancong terlatih yang dilantik oleh badan pelancongan di sini.

Jika ini kali pertama kedatangan anda ke sini, anda dinasihati agar menggunakan khidmat mereka atau datang menggunakan pakej ke Tangkuban Perahu.

Di kawasan pelancongan penting ini, anda bukan sahaja boleh bergambar dan melihat fenomena alam yang mengkagumkan ini tetapi juga membeli barangan kraf yang diperbuat dari kayu dan sulfur.

Tetapi bawa wang mencukupi dan makanan seadanya. Walaupun terdapat surau dan balai polis, tiada ATM di sini. Harga makanan di kawasan kawah juga agak tinggi kerana ia perlu diangkut ke atas.

Kawah ini adalah kawah besar yang berada di puncah Tangkuban Perahu.

Di sini juga anda mungkin mendengar bunyi seolah-olah seorang tua sedang mengeluh — hasil dari satu bunyi wap sulfur yang dilepaskan dari perut bumi.

Di sini anda boleh berjalan sehingga ke kawah kedua yang dipanggil kawah Upas dan kawah Domas yang dikelilingi pohon teduh dan pemandangan yang cukup indah.

Namun begitu anda perlu sihat kerana jarak ke kawah Upas sekitar 20 minit dan ke Domas sekitar 2 jam 30 minit.

Cuaca di sekitar Tangkuban Perahu boleh turun sehingga 7 darjah Celcius pada waktu pagi walaupun kebiasaannya hanya sekitar 23 darjah pada waktu tengahari. Jadi pakai baju tebal jika anda rancang untuk tiba awal.

Lagenda Tangkuban Perahu

Seperti mana-mana fenomena alam yang menarik, Tangkuban Perahu juga mempunyai mitos atau cerita lagendanya sendiri.

Menurut kisahnya, ada seorang puteri raja bernama Dayang Sumbi yang amat manja yang suka menenun kain, pada satu masa berasa sangat letih kerana pintalan benangnya asyik jatuh ke lantai.

Sehinggalah sampai satu ketika, beliau yang berang apabila ia masih jatuh kesekian kalinya, telah bersumpah yang siapa yang pertama mengembalikan semula benang yang jatuh akan dikahwininya.

Malangnya pintalan benang itu digigit dan dihantar ke tapak tangan Dayang Sumbi oleh seekor anjing sakti bernama Tumang. Mau tidak mahu, si puteri terpaksa menikah dengan si anjing sakti.

Perkongsian hidup ini akhirnya menghasilkan seorang anak lelaki bernama Sangkuriang. Sejak kecil, si anak kerap ditemani anjing sakti ini yang dikenalinya sebagai teman setia. Tidak pula diketahuinya yang si anjing yang setia itu adalah ayahnya.

Pada satu hari, Dayang Sumbi menyuruh si anak berburu rusa untuk satu majlis keramaian. Setelah puas berburu, Sangkuriang gagal mendapatkan rusa seperti yang diminta.

Tetapi oleh kerana tidak mahu mengecewakan ibunya Sangkuriang membunuh anjing setianya dan menyerahkan daging itu kepada ibunya, kononnya itulah daging rusa yang diburunya.

Hanya selepas selesai majlis, barulah Dayang Sunda tahu yang anaknya telah membunuh Tumang. Kerana amat marah, beliau memukul anaknya sehingga luka di keningnya dan menghalaunya dari istana.

Dikatakan, si anak mengembara dan membesar di luar istana sehingga umurnya muda belia.

Pada satu ketika, Sangkuriang jauh cinta pada seorang wanita cantik. Tidak diketahuinya yang wanita itu adalah ibunya yang selama ini kekal muda dan tidak lagi mengenalinya.

Mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin, sehinggalah pada satu hari, apabila Dayang Sunda membelai rambut si kekasih, si puteri ternampak bekas parut kerana pukulannya.

Oleh sebab itu, Dayang Sunda cuba menggagalkan perkahwinan mereka sambil merahsiakan keadaan sebenar dari Sangkuriang.

Dia berhelah dengan meminta syarat perkahwinan yang mustahil — iaitu Sangkuriang perlu membuat sebuah tasik yang boleh menutup seluruh bukit dan membuat sebuah perahu untuk mereka menyusuri tasik itu. Ia juga perlu disiapkan sebelum fajar.

Sangkuriang menggunakan kuasa saktinya beserta bantuan dari alam jin untuk membantunya. Apabila hampir fajar, Sangkuriang hampir selesai dan hanya perlu menebang pokok untuk menyiapkan perahunya.

Dayang Sunda yang kaget akhirnya meminta bantuan dewi-dewi kayangan untuk mempercepatkan fajar dari biasa. Matahari menjengah lebih cepat dan menggagalkan usaha Sangkuriang.

Berang kerana merasa tertipu, Sangkuriang menendang perahunya ke dalam hutan sehingga ia jatuh dalam keadaan terlangkup. Perahu yang tertangkup ini kemudiannya menjadi Tangkuban Perahu. Tidak jauh dari situ terdapat satu bukit yang bernama Bukit Tunggul — iaitu hasil dari pohon yang diguna membuat perahu itu.

Sangkuriang dan Dayang Sunda dikatakan menghilangkan diri di dalam air tasik yang dibuat Sangkuriang dan tiada khabar berita sehingga kini.

Waktu Operasi

Setiap Hari: 7 pg – 5 ptg

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

 

#12. FARM HOUSE LEMBANG

Terletak di kawasan tanah tinggi pergunungan Lembang, Farm House Lembang boleh dikatakan seperti sebuah kota Eropah kecil dengan bunga-bungaan yang tumbuh mekar pelbagai warna, udara yang sejuk dan bangunan-bangunan dengan seni bina negara Eropah.

Pendek kata, tak payah terbang jauh ke sana untuk menikmati semua ini, di Bandung pun ada Eropahnya sendiri! Selain daripada atmosferanya yang begitu menyegarkan, Farm House Lembang turut memiliki tarikan lain seperti zoo mini yang menempatkan arnab, kambing, burung, angsa dan banyak lagi.

Bagi para wanita, anda boleh menyewa gaun era klasik di Eropah dengan bayaran Rp.50.000 untuk sejam dan berposinglah anda sepuas hati di sekitar farm house ini.

Antara tarikan yang paling unik di sini adalah rumah hobbitnya yang sering menjadi spot pilihan instagrammers tegar.

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#13. FLOATING MARKET (PASAR TERAPUNG LEMBANG)

Terletak kira-kira 16 km (40 minit) dari pusat bandar Bandung ialah sebuah pasar unik yang dipanggil Floating Market Lembang.

Di sini, anda bakal membeli makanan dan minuman dari puluhan penjaja yang menyediakan santapan ringan dan berat dari perahu mereka.

Pasar terapung yang dipenuhi pelbagai perahu beraneka warna dan ragam ini adalah antara peluang untuk anda merasai keenakan masakan masyarakat Bandung di dalam suasana danau.

Jika anda tidak mahu bereksperimen, anda boleh merasa hidangan yang hampir sama seperti di Malaysia seperti otak-otak, pau dan gado-gado dan merasai ais cendol dan aneka minuman dan puding sebagai pencuci mulut.

Di pasar terapung Lembang ini, pengunjung perlu terlebih dahulu menukar wang rupiah kepada bentuk syiling khas di kiosk penukaran untuk digunakan di sini. Tiket masuk yang anda bayar di sini juga boleh ditukar menjadi syiling untuk dibuat membeli minuman atau makanan.

Aktiviti di Floating Market Lembang

Setelah puas menjamu selera, anda boleh memberi makan angsa atau duduk berehat menikmati pemandangan danau dengan dikelilingi bukit-bukit menghijau.

Jika anda bernasib baik, anda juga mungkin dapat melihat upacara tradisi masyarakat tempatan seperti upacara Kahwin Air masyarakat Sunda yang menemukan air dari satu mata air ke mata air yang lain.

Upacara ini sebagai simbol kesyukuran masyarakat ini kepada Tuhan atas nikmat air yang dilimpahkan kepada mereka.

Jika anda datang dengan anak kecil, mereka juga boleh melakukan beberapa aktiviti lain seperti menangkap ikan di kolam randuk kecil, menaiki perahu kayuh serta memberi makan itik angsa yang dibela di sini.

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis: 8 pg – 5 ptg
Jumaat – Ahad: 8 pg – 8 mlm

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#14. DE’ RANCH

Suhu yang sejuk, udara yang nyaman dan pemandangan yang mempesonakan, apa lagi sebab yang perlu dinyatakan untuk meyakinkan anda supaya ke sini? Teringin menaiki kuda? Di sinilah tempatnya untuk anda mencuba aktiviti ini, dengan konsep “Wisata Kuda Ala Koboi” anda dapat menunggang kuda di sini sambil mengenakan pakaian koboi yang disewa.

Suasananya di De’Ranch Lembang begitu sempurna membuatkan anda tidak berhenti-henti menekan kamera. Bukan itu sahaja aktiviti yang ditawarkan di sini, aktiviti lain yang boleh juga dicuba adalah seperti flying fox, peti luncur, memancing dan banyak lagi! Penuh aktiviti sehari anda di sini.

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

 

#15. PARIS VAN JAVA SHOPPING MALL

Bagi anda yang sukakan shopping, mall ini menyediakan pelbagai pilihan kedai berjenama dari serata dunia serta kafe dan restoran bertaraf antarabangsa. Selain itu, terdapat juga pawagam dan tempat meluncur ais, taman permainan, gym, dan kedai buku.

Dengan rekabentuk bercirikan ala Paris, pusat membeli-belah berkonsep semi outdoor ini boleh dikatakan antara yang termoden di Bandung. Waktu Operasi: 10.00pagi – 10.00malam

Bandung tidak seharusnya dilihat sebagai sekadar Kota Fesyen semata-mata. Terdapat pelbagai kawasan pelancongan yang menarik perlu diterokai di sini.

Kawasan gunung berapinya serta lokasi alam semulajadinya yang lain pasti akan memberikan pengalaman baru bagi anda.

KESIMPULAN

Rasanya dengan senarai tempat menarik di bandung ini, sudah cukup meyakinkan anda sekeluarga untuk memilih Bandung sebagai destinasi pelancongan yang akan datang.

Tapi sebelum ke sana, jangan lupa untuk untuk membuat tempahan Pakej Bandung dari Adamani Travel yang terbaik dengan tawaran harga yang juga termurah. 

>KLIK SINI PAKEJ BANDUNG 2020 MURAH <

Jangan ditangguh-tangguhkan lagi, bakso panas sudah pun menunggu kedatangan anda ke Bandung. Semoga anda sekeluarga berseronok di negeri Jawa!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Lain yang mungkin anda suka....

Sila kongsikan pendapat anda di bawah..

Leave a Reply

Dapatkan Checklist PERCUMA Untuk Bantu Anda Travel Ke Luar Negara yang bernilai lebih RM100!

Ikuti kami di Instagram @adamanitravel

No images found!
Try some other hashtag or username
Close Menu