Bangkok terkenal Dengan Pasar Terapung, Selain itu, ia juga Terkenal Dengan Ladang Bunga Matahari yang terletak di Lopburi.
Waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari di Lopburi adalah sekitar bulan November sehinggalah ke bulan Januari setiap tahun.
Bangkok antara destinasi percutian yang popular untuk bercuti sebab Bangkok hanya 2 jam saja dari Malaysia jika naik flight.
Antara 10 tempat menarik yang seronok untuk dilawati ialah :
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
1. Lawatan Ke Ladang Bunga Matahari
Musim sunflower ni hanya dari Nov – Jan sahaja. Bukan sekadar melihat, anda boleh berposing bergambar dengan bunga matahari yg cukup cantik.
2. Floating Market ( Damnoen Saduak)
Sudah bosan ke pasar malam? Inginkan pengalaman membeli-belah yang lebih unik? pasar terapung ini cukup terkenal di dunia.
Anda boleh menyewa sebuah sampan yang akan membawa anda dari satu bot ke satu bot yang lain yang menjual pelbagai jenis makanan yang segar dan juga cenderamata.
3. Shopping (Iconsiam)
Shopping mall yg wajib anda lawati ketika di bangkok. ICONSIAM ni tempat shopping terbaru dan kedai Apple rasmi pertama di Thailand selepas Singapura.
4. Melawat Asiatique
Asiatique City adalah sebuah pusat membeli-belah outdoor yang terletak di tepian sungai. Dapatlah anda bershopping sambil menikmati pemandangan kan?
5. Shopping Di Chatuchak Market
Di sinilah syurga bagi anda yang kaki shopping, Chatuchak Market menempatkan lebih daripada 8000 gerai membuatkan ia salah satu pasar yang terbesar di dunia.
6. Mae Klong Station ( Keretapi)
Pasar itu terkenal kerana ada laluan kereta api yang sangat hampir dengan pasar. Siren akan dibunyikan apabila kereta api semakin menghampiri dan pengunjung dapat menyaksikan penjual akan menutup gerai dengan menarik keluar barangan mereka dari landasan. Kereta api akan bergerak perlahan-lahan dan ia menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar.
7. Lawatan Ke Palio Piazza (Khao Yai)
Khao Yai adalah salah satu daripada daerah yang paling cantik di Thailand, hanya 3 jam memandu dari Bangkok. Khao Yai juga dikatakan sebagai mini Europe dengan taman bunga yang luas, replika rumah hobbit dan struktur arkitektur bertemakan Itali. Cantik sangat nak bergambar.
8. Visit Chocolate Factory
Kat sini ada macam2 dessert yg berasaskan chocolate. Tempat makan pun sangat selesa. Teringat chocolate frappe diaa.. sedapnyaa.. chocolates kat sini semua halal ye..
9. Visit Pratunam Market
Barang di Pratunam memang murah. Tapi kena beli borong. 3 pieces and more is considered wholesale already. Jeans cuma THB150. Blaus THB200. Sepanjang jalan ke Pratunam, banyak gerai2 kecil jual macam2 barangan dengan harga sangat murah.
10. Visit MBK Mall
MBK Shopping Centre adalah sebuah pusat membeli-belah yang sangat terkenal di Bangkok, lebih kurang macam Mid Valley di KL. menjual pelbagai jenis barangan seperti aksesori, pakaian, handbag, produk kulit, perabot, peralatan elektronik dan banyak lagi!
PS : Kami ada sediakan Pakej ke Bangkok 2020. Pakej ni amat berbeza dari Pakej Bangkok yang lain kerana:
🏨 Hotel Di Tengah Bandar
Hotel betul-betul di tengah Pratunam Wholesale Market . So anda tak perlu risau tak sempat nak shopping . Nak Pulut Mangga , Nak pancake halal , tomyam semua dekat . Seven eleven pun depan mata je.
🚌 Private Transport Di Sediakan
Kami sediakan private vip coach atau van, tak perlu kongsi bersama pelancong negara lain.
🏃♂ Tour Leader & Driver Berpengalaman
Tour Leader & driver yang amat berpengalaman fasih berbahasa english
Anda berminat ke Bangkok dan nak tengok tarikh dan itinerary tahun 2020?
klik link ini untuk info lanjut sekarang >> PAKEJ BANGKOK MURAH 2020 <<