6 Tempat Menarik yang POPULAR di Cameron Highlands : [Terkini 2020]

Cameron Highland boleh dikatakan tempat percutian di Pahang yang paling popular bukan sahaja di kalangan orang Malaysia bahkan turut menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk melihat keindahan flora & fauna di sini. Jadi, tidak hairanlah saban hujung minggu atau cuti sekolah memang ramai pelancong yang datang bercuti di Cameron Highland.

Sebaiknya, kalau nakkan percutian anda di Cameron Highland lebih best, datanglah ke sini pada waktu bukan cuti kerana lebih kurang sesak & tak perlu nak beratur panjang-panjang. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam di Cameron Highland, kawasan Brinchang & Tanah Rata adalah dua lokasi utama yang mempunyai banyak pilihan penginapan.

Kami senaraikan 6 tempat menarik di Cameron Highlands yang anda boleh lawati tahun 2020 ni.

#1.Ladang Teh Boh

Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.

Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.

 

#2.Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highland dan sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar apabila dibandingkan dengan tarikan lain di Cameron Highland, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

 

#3.Cactus Valley

 

Bukan selalu kita dapat melihat sebuah taman penuh dengan pokok kaktus betul? tapi di Cactus Valley anda dapat berjalan di taman yang dihias penuh dengan beraneka jenis pokok kaktus.

Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley. Selain daripada melihat pokok kaktus, jika anda berminat, anda juga boleh membeli satu pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

 

#4.Key Farm Market

 

Sebelum bertolak pulang, singgahlah dulu ke Pasar Kea Farm untuk memenuhkan bonet kereta anda. Di sinilah anda boleh membeli pelbagai ole-ole yang unik dan menarik. Ada banyak gerai yang menawarkan pilihan barangan segar, makanan, serta cenderahati seperti bantal berbentuk strawberi, T-shirt, keychain atau fridge magnet.

 

#5.Big Red Strawberry Farm

 

Juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism, ada macam-macam produk berasaskan strawberi yang boleh anda jumpa di sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Daripada waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake, semuanya rasa macam nak order. Kalau tak merasa, kempunanlah bila balik ke rumah nanti…

Selain daripada itu, bolehlah bergambar dengan buah strawberi gergasi yang menjadi mercu tanda di sini.

 

#6. MARDI Agrotechnology Park

 

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Semoga perkongsian destinasi dan tempat menarik di Cameron Highlands di atas memberi anda inspirasi untuk bercuti kelak dan memudahkan anda merancang perjalanan anda. Selamat Bercuti!

 
PS : Kami ada sediakan Pakej Cameron Highlands 2020 Dari Kuala Lumpur. Jika berminat anda boleh klik link > PAKEJ CAMERON HIGHLANDS 2020 MURAH <

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts