Tempat-Tempat ‘Wajib Singgah’ Di Korea Selatan. Rugi Kalau Tak Pergi!

Korea! Salah satu lokasi yang menjadi kegemaran kebanyakkan orang kerana makanannya yang sedap, dan tempat yang menarik. Zaman sekarang, budaya K-Pop, K-Drama manjadi trend terkini bagi generasi muda, jadi Korea Selatan menjadi tumpuan dunia untuk melancong.

Dengan itu, kami akan menyediakan list tempat-tempat yang wajib korang singgah di Korea Selatan.

NAMSANGOL HANOK VILLAGE

Namsangol Hanok village merupakan sebuah perkampungan tradisi Korea yang terletak di tengah-tengah bandar yang dikepung oleh bangunan pencakar langit moden.

Selain dari rumah-rumah yang dibina berkonsepkan senibina asal Korea, terdapat juga taman dan kolam-kolam air disekitar kawasan ini.

Kawasan ini agak besar jadi menjadikan ia salah satu tempat melepak yang bagi aku kira ok lah. Kalau bernasib baik ada juga pertunjukkan pakaian pengantin oleh model-model berdasarkan perkahwinan orang Korea lama.

ISTANA GYEONGBOKGUNG

Anda bole datang menghayati sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Anda juga dapat merasai budaya tradisional masyarakat Korea dengan mencuba pakaian tradisional mereka iaitu hanbok dan bergambar sekitar kawasan tersebut.

Berdekatan dengan istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi.

Muzium Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. Anda juga boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan.

CHEONGGYECHEON STREAM

Berlokasi di Taepyeong-ro 1-ga, Jung-gu, Seoul, sungai ini membentang dan dilewati oleh lebih dari dua puluh jembatan cantik. Dua yang paling terkenal di antaranya adalah Narae Bridge, berkonsepkan kupu-kupu terbang. The Rhythmic Wall Stream adalah dinding yang dilapisi dengan marmer halus dan patung yang menghiasi jembatan ini.

Cheonggye Plaza merupakan sebuah area seluas 2.500 meter persegi. Alun-alun di plaza ini didesain seperti kain pembungkus Korea yang warna-warni. Menampilkan pemandangan keindahan elegan dari batu tradisional Korea yang warna-warni dan halus.

Plaza ini juga menyediakan pemandangan Sungai Cheonggyecheon pada pengunjung dengan angle bird’s eye view. Di plaza ini juga terdapat beberapa air mancur cantik yang tersebar di beberapa area, membuat jalan-jalan di sini terasa semakin menarik dan menakjubkan.

ITAEWON

Itaewon seperti yang kami ketahui merupakan bandar yang penuh dengan budaya termasuk budaya Islam. Untuk muslim, terdapat Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan halal juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai.

Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah.

Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.

NAMSAN TOWER

Sumber: Honeyzlemon

Namsan Tower merupakan mercu tanda yang terdapat di Seoul, Korea.

Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang.

Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.

MYEONGDONG & NAMDAEMUN

Memang rugi kalau tidak singgah ke Myeongdong sesudah sampai ke Seoul. Kawasan ini ada tempat membeli-belah terbaik jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap dari Korea. Kedai pakaiannya juga tidak kurang hebatnya. Harga juga agak berbaloi dan boleh ditawar.

Kalau ke sini, tak sahlah kalau tak singgah ke kafe-kafe unik di sini seperti Cat Cafédan Hello Kitty Café. Tentunya ia memberi pengalaman yang baru bagi anda. Selain itu, bagi penggemar Kpop, kedai menjual CD dan merchandise Kpop ada di serata tempat.

Berdekatan Myeongdong, anda boleh pergi ke satu lagi tempat membeli-belah yang popular iaitu Namdaemun.

EVERLAND

Credit : HaB Korea

Sekiranya korang dah sampai di Korea, semestinya korang tak nak melepaskan peluang untuk pergi ke taman tema yang terkenal di Korea iaitu Everland dan Lotte World.

Harga tiket kemasukan untuk Everland dan Lotte World sudah semestinya mahal tapi korang boleh beli tiket ni dengan harga jauh lebih murah dari harga asal dengan Klook.com.

Harga asal untuk tiket on-day pass Everland adalah 54,000 won (RM 197) tetapi sekiranya korang book dengan Klook.com, korang boleh beli dengan harga RM 106. Tiket Lotte World pula dijual dengan harga RM 116 berbanding dengan harga asal RM 190 (52,000 won) dan korang dah boleh jimat banyak duit dengan cara ini.

PULAU NAMI

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran.

Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.

Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.


Songwol-dong Fairy Tale Village

Songwol Dong Fairy Tale Village
Sumber: Honey Jam Jam

Anak-anak anda sukakan kartun atau suasana yang warna-warni? Nah, ini dia lokasi pengubat jiwa anak anda, Songwol-dong Fairy Tale Village.

Siapa yang tak seronok melihat karakter-karakter kartun terkenal di sekitar kampung ini. Walaupun kawasannya agak kecil, namun setiap pelusuk, tiang, dinding, bumbung, tingkap malahan tangga dihidupkan dengan warna-warni dan watak-watak kartun. Snow White, Cinderella, Jack and the Beanstalk, Peter Pan, Alice in the Wonderland dan bermacam lagi, semuanya ada di sini.

G TOWER

Sumber : ArchDaily

G-Tower merupakan salah satu bangunan penting di Songdo. Di dalam, bank, restoran, pejabat pos, dan bangunan pejabat.

Ia terkenal dengan seni bina yang unik. Terdapat Sky Garden yang dibuka kepada pengunjung pada waktu siang. Di sini anda akan dapat melihat Songdo secara keseluruhannya. Terdapat juga perkhidmatan sewa basikal secara percuma.

SORAE POGU MARKET

Sumber : TripAdvisor

Tidak sulit untuk menemukan makanan laut segar di Incheon, karena ini adalah kota pelabuhan terbesar kedua di Korea Selatan.

Tetapi jika Anda ingin menemukan tempat yang menjual semua jenis makanan laut, Anda pasti harus pergi ke Pasar Ikan Tradisional Sorae Pogu, yang terutama terkenal menjual kepiting renang biru segar.

Jika Anda pergi di pagi hari, Anda akan dapat membeli kepiting yang baru ditangkap dan makanan laut lainnya. Selain itu, ada banyak restoran yang terletak di pasar sehingga pengunjung dapat menikmati makanan laut pribadi mereka dengan segera.

DONGDAEMUN MARKET

Pusat-pusat membeli-belah borong era lampau memenuhi Pasar Dongdaemun yang memukau di daerah utara pusat bandar.

Empat buah pusat membeli-belah zaman lama di Dongdaemun ini lebih muda daripada pasar Era Joseon di Namdaemun, tetapi tidak semoden bangunan-bangunan pencakar langit di Jongno yang berhampiran.

Namun ia masih sarat dengan trend-trend terkini di Korea. Kedai-kedai kebudayaan kecil terselit di celahan pusat-pusat komersial yang popular di Dongdaemun, dan menawarkan sesuatu yang berbeza untuk dicuba.

Di sini, Little Mongolia dan Little Russia menyajikan hidangan istimewa di depan kedai-kedai setingkat dan kedai-kedai milik keluarga.

NATIONAL FOLK MUSEUM

Terletak di dalam Istana Gyeongbokgung, National Folk Museum of Korea menyediakan lebih dari 4.000 artefak sejarah yang biasa digunakan masyarakat Korea dalam kehidupan sehari-hari.

Di sini anda akan dapat sepenuhnya membenamkan diri dalam gaya hidup rumah tangga dan pertanian pada masa sebelumnya, dan belajar tentang keyakinan budaya Korea.

National Folk Museum of Korea memiliki tiga pameran permanent dan dua pameran khusus, serta perpustakaan, toko suvenir, dan fasilitas anak lainnya.

 

Dapat tahu dah kan mana nak pergi? Jadi apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda bercuti. Selamat Bercuti!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts